Makan malam di Cafe Yunus, Kampung Morten, Melaka

 

Yunus Cafe
Yunus Cafe

tugu Kampung Morten
tugu Kampung Morten
Selesai naik river cruise, terus cari kedai makan untuk makan malam. Cari yang dekat-dekat jer dengan river cruise ni. Aku ternampak la Cafe Yunus ni... bertentangan dengan Yunus Cafe ni adalah sungai tempat laluan river cruise yang aku naik tadi...

Tengok macam menarik jer kedai makan ni, jadi try jer la di sini...lagi pun dah lapar giler ni..

menu Cafe Yunus
menu Cafe Yunus

menu Cafe Yunus
menu Cafe Yunus

menu Cafe Yunus
menu Cafe Yunus
Ada banyak la makannan kalau tengok dalam list menu tu... Untuk malam tu, aku pilih untuk makan asam pedas ikan kembong, bihun goreng, lempeng, nasi goreng daging, fries....
milo tabur
milo tabur

nasi goreng daging
nasi goreng daging

fries
fries

lempeng
lempeng

bihun goreng
bihun goreng

asam pedas ikan kembung
asam pedas ikan kembung
Kepada yang nak try makan di Yunus Cafe ni, boleh la rujuk GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 2.2039453498901147, 102.25005038237016

https://maps.app.goo.gl/wSxvxPb9YzVXVUy56


Sarapan Pagi di Warong Onie Corner, Ayer Keroh Melaka

 

Warong Onie Corner
Warong Onie Corner

Warong Onie Corner
Warong Onie Corner
Macam mana aku jumpa port sarapan ni? Aku google jerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Aku duduk hotel area Ayer Keroh, jadi aku cari je port sarapan sempoi yang berdekatan dengan Ayer Keroh ni...dan taraaaa, terjumpalah Warong Onie Corner ni...tengok menu-menu pun sempoi...review pun best, jadi tanpa berlenggah, teruslah aku ke sini...

antara menu yang hot di sini adalah Roti Canai Lambshank, Roti Gearbox Kambing, Roti Canai Ayam, 
Roti Tsunami Kambing, Roti Arab Kari Kambing, Nasi Lemak Sotong Crispy.
roti canai banjir
roti canai banjir

lontong paru
lontong paru

teh ais, teh tarik
teh ais, teh tarik
Disebabkan agak lewat aku datang ke sini, banyak menu yang dah habis....tak dapat nak makan yang sempoi-sempoi...
Kepada korang yang nak datang ke sini, boleh cari Warong Onie Corner ni di Ayer Keroh. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat: 2.2589367190941556, 102.28837598626448

Asam Pedas Pak Man, Ayer Keroh Melaka

Restoran Asam Pedas Pak Man
Restoran Asam Pedas Pak Man 

stesen makanan selain asam pedas
stesen makanan selain asam pedas
Kalau datang ke Melaka ni, mesti akan jumpa asam pedas. Mana-mana restoran yang korang masuk, majoritinya akan ada asam pedas. Jadi, aku tak payah nak memburu sangat asam pedas ni, masuk je mana-mana restoran or kedai makan, kebarangkalian nak jumpa tu sangatlah tinggi.

Justeru itu, penyinggahan aku di restoran Asam Pedas Pak Man ni memang tepat...sesuai dengan nama kedai, confirm sini ada asam pedasπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

menu restoran pak man asam pedas
menu restoran pak man asam pedas

menu restoran pak man asam pedas
menu restoran pak man asam pedas

menu restoran pak man asam pedas
menu restoran pak man asam pedas

menu restoran pak man asam pedas
menu restoran pak man asam pedas
Begitulah senarai menu-menu yang ada di restoran ni.... So, menu yang aku order di sini adalah set asam pedas. Set ni adalah sekali dengan set nasi putih beserta taugeh dan telur masin. Asam pedas yang aku order adalah asam pedas tenggiri, asam pedas pari dan asam pedas tetel.
asam pedas tetel, tenggiri dan pari
asam pedas tetel, tenggiri dan pari

asam pedas pari
asam pedas pari

asam pedas tenggiri
asam pedas tenggiri

set bersama nasi putih, taugeh dan telur masin
set bersama nasi putih, taugeh dan telur masin
Kat mana Asam Pedas Pak Man ni? Korang boleh cari di Ayer Keroh, Melaka... GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

https://maps.app.goo.gl/Hctdc2SZsGVFooxaA

GPS koordinat: 2.2652562114044916, 102.30523767398121 atau 2°15'54.9"N 102°18'18.9"E

Warong Wak John, Kampung Parit Jelutong, Parit Raja, Johor

 

Warong Wak John
Warong Wak John

Warong Wak John
Warong Wak John
Port sarapan aku ketika bermusafir ke Johor. Aku ada urusan sikit di UTHM. Pintu masuk UTHM tu betul-betul bertentangan dengan Warong Wak John ni. Jadi lepas sarapan di Warong Wak John, boleh terus gerak masuk ke UTHM.

Warong Wak John ni buka dari jam 7.30 pagi sehingga ke 2 petang. Hari Jumaat dan Sabtu diorang tutup. Cuti umum pun tutup jugak...apa la wak john tutup kedai cuti-cuti ni😁.

Gambar kat bawah ni adalah menu sarapan yang ada di warong ni.

menu warong wak John
menu warong wak John
Menu sarapan utama di sini adalah lontong, soto, nasi lemak.
teh tarik
teh tarik

soto
soto

lontong sambal
lontong sambal
Jadi kesimpulannya, makanan di sini sedap-sedap belaka. Sangat recommended untuk korang makan di sini. Landmark senang jer, bertentangan dengan pintu masuk UTHM. GPS koordinat dan google map ke warong Wak John adalah seperti berikut.

GPS koordinat: 1.8519836959998683, 103.08643785498857 atau 1°51'07.4"N 103°05'11.1"E

https://maps.app.goo.gl/HEHTbqTcsVpPF4s87

Singgah makan satay kajang rnr dengkil

 

restoran satay kajang, rnr Dengkil
restoran satay kajang, rnr Dengkil

restoran satay kajang, rnr Dengkil
restoran satay kajang, rnr Dengkil
Peminat satay kajang yang singgah di rnr Dengkil, korang boleh la lepaskan ketagih nak makan satay kajang ni.. nak gi kajang jauh sangat. So, yang di sini pun ok jer....Segala jenis satay ada...tinggal nak bayar jerπŸ˜…πŸ˜…
satay kajang daging, ayam dan perut
satay kajang daging, ayam dan perut

nasi himpit, timun dan bawang
nasi himpit, timun dan bawang

sekali dengan kuah kacang dan sambal
sekali dengan kuah kacang dan sambal
Peminat satay, jangan lupa cari satay kajang ni di RnR Dengkil.

GPS koordinat: 2.9036838391476554, 101.61551345757398

https://maps.app.goo.gl/uum4CehJqebCQmoq9


Makan Nasi Briyani di Medan Selera Benteng, Batu Pahat Johor

Medan Selera Benteng, Batu Pahat Johor
Medan Selera Benteng, Batu Pahat Johor

antara gerai Nasi Briyani di medan selera Benteng
antara gerai Nasi Briyani di medan selera Benteng
Johor memang terkenal dengan nasi briyani. Mana-mana tempat pasti korang akan jumpa gerai nasi briyani. Macam di Penang la kan...mana tempat pasti akan jumpa nasi kandarπŸ˜….

Alang-alang aku di Batu Pahat, wajib la nak try makan nasi briyani. Ada banyak gerai, tapi aku pilih gerai di medan selera Benteng. Dalam medan selera ni pun banyak gerai nasi briyani, tinggal nak pilih je mana satu korang nak try.

nasi briyani ayam masak merah
nasi briyani ayam masak merah

air bandung soda
air bandung soda
Ada 2 -3 jenis lauk masakan nasi briyani ni..ada kambing, daging lembu, ayam. Untuk makan tengahari aku kali ni, aku nak try briyani ayam masak merah. Air mesti kena ambil bandung soda. Di Johor je senang nak dapat bandung soda ni.

Kira sedap la nasi briyani yang aku makan ni. Recommended untuk korang try. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke medan selera Benteng ni.

GPS koordinat: 1.8592788421639412, 102.92267779710359

https://maps.app.goo.gl/8KBxJggVKbCBkV7W8

Nasi Kandar Kayu di KL Sentral, Kuala Lumpur

 

Nasi Kandar Kayu di KL Sentral
Nasi Kandar Kayu di KL Sentral

Nasi Kandar Kayu di KL Sentral
Nasi Kandar Kayu di KL Sentral
Kalau korang sampai di KL Sentral, rasa lapar nak makan nasi kandar, boleh la cari di Restoran Nasi Kandar Kayu Original yang terletak area KL Sentral ni. Kalau dekat Penang ni, Nasi Kandar Kayu antara nasi kandar yang top la.....famous di Penang.

Di KL Sentral pun korang boleh makan nasi kandar ni..tak payah pergi jauh-jauh ke PenangπŸ˜…....Disebabkan aku datang awal pagi, jadi aku singgah di Nasi Kandar Kayu ni untuk nak sarapan je la.... Aku tak makan la nasi kandar, walau lauk nasi kandar dah ada masa aku sampai sini.

lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr
lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr

lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr
lauk-lauk masakan nasi kandar..surrr
makanan sarapan yang aku makan di sini, boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni....
roti canai kosong
roti canai kosong

roti canai bawang
roti canai bawang

megi goreng telur mata
megi goreng telur mata

roti canai telur
roti canai telur

minuman
minuman
Begitu lah kisah aku di nasi kandar kayu KL Sentral...😁😁😁😁....meh le singgah gaisssss...