RESEPI KUEH SERI MUKA

 

KUEH SERI MUKA
KUEH SERI MUKA

Bahan-bahan:
(A) bahagian bawah
  • 2 cawan beras pulut, 
  • 2 1/2 cawan air, 
  • 5 sudu besar santan pekat, 
  • 1 sudu kecil garam
(B) Bahagian atas
  • 1 cawan santan pekat, 
  • 1 cawan jus pandan,
  • 1 cawan air, 
  • 6 biji telur, 
  • 1 cawan gula, 
  • 1 cawan tepung gandum.
Cara-cara:
  • (A) Basuh pulut dan toskan. Masukkan pulut,santan,air dan garam ke dalam loyang. Kacau sekejap dan kukus sehingga masak. Kacau sekali-sekala. Bila sudah masak, isikan ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak. Tekan untuk mampatkan. Masukkan semula ke dalam kukus.
  • (B) Masukkan santan,jus pandan,telur,gula dan tepung ke dalam pengisar. Kisar sebati dan tapiskan. Tuang adunan ke atas pulut tadi. Kukus sehingga masak.
*jika kuih dimasukki air, buka tutup kukus dan biarkan wap mengeringkan air itu*

CARA-CARA BUAT AIR KACANG SOYA

 

AIR KACANG SOYA
AIR KACANG SOYA

Bahan-bahannya:
  • 250 gram kacang soya
  • 1 jug air masak 
  • Daun pandan
  • Gula pasir
Cara-caranya:
  • Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang mengembang. Buangkan kulit yang tertanggal. 
  • Masukkan 1/4 kacang soya dalam blender dan kisar dengan 3 cawan air. Kisar hingga kacang hancur. 
  • Tapis ke dalam periuk menggunakan kain kasa. Perah kacang hingga semua air dapat dikeluarkan. Selesaikan baki kacang dengan cara yang sama.
  • Bila sudah habis perah, masak susu kacang soya dengan api yang kecil bersama daun pandan. Masukkan gula sesedap rasa atau boleh juga buat air gula berasingan. 
  • Masak hingga mendidih dan elakkan dari susu soya membuak keluar.

resepi sup ayam kampung

Sup ayam kampung
Sup ayam kampung

Bahan-bahan:
  • Ayam
  • Halia
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Fish ball
  • Kentang
  • Perasa secukupnya
  • Cili hidup 5 biji*
Cara-cara:
  • Tumbuk bahan yang ditanda * kemudian di tumis dan masukkan halia sehingga naik bau dan masukkan air sedikit dan masukkan ayam biarkan dahulu dan masukkan kentang bersama fishball..
  • biarkan sehingga bahan empuk dan masukkan perisa garam dan ajinomoto..taraaaaa sedia di hidangkan... 

RESEPI POPIA BASAH

POPIA BASAH
POPIA BASAH 

Bahan-bahan:
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 20 kulit popia
  • Daun salad segar, basuh dan toskan kering
Inti Popia Basah:
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 sudu besar udang kering
  • 4 tauhu, dipotong dadu kepada kepingan kecil
  • 1/2 biji kobis, diricih halus
  • 3 biji sederhana carrot, disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • Bawang goreng secukupnya
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil garam atau citarasa
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu teh gula
  • 1 cawan air
Sos Popia Basah:
  • 1/2 cawan sos manis (tee Cheo) atau sos Hoisin
  • 1/4 cawan sos cili (Sriracha atau Lingham Hot Sauce)
Cara-Cara Masak Popia Basah:
  • Panaskan kuali anda dengan 1/4 cawan minyak, goreng tauhu sehingga warna perang. Angkat dan toskan pada tuala kertas.
  • Dalam periuk dalam, masukkan minyak yang tinggal dan panaskan. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi, masukkan udang dan bawang besar lalu kacau sehingga masak.
  • Masukkan sos tiram, gula dan garam.
  • Kemudian masukkan kobis dan carot, kecilkan api dan masak hingga layu
  • Letakkan sekeping kulit popiah di atas permukaan yang rata.
  • Sebarkan sos manis dan sos cili di atasnya.
  • Letakkan daun salad di atas sos.
  • Letakkan 3 sudu besar inti di atas daun salad. Taburkan bawang goreng
  • Lipat kulit popiah dan gulung. Kukus lebih lebih kurang 10-20 mnit 
  • Popia basah siap dihidangkan

RESEPI KERABU TAUGEH DAN KERANG ALA UTARA

 

KERABU TAUGEH DAN KERANG ALA UTARA
KERABU TAUGEH DAN KERANG ALA UTARA

Bahan-Bahan:
  • 600 gram taugeh
  • 6-7 tangkai daun selom, hiris nipis
  • 1 mangkuk isi kerang rebus
  • 1 biji bawang besar, belah 6 dan hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi, hiris nipis
  • 1 sudu kecil perahan air limau nipis
Bahan untuk kisar halus:
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1 genggam atau 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 biji cili padi
  • 1 barang serai, ambil bahagian yang lembut sahaja
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar air bancuhan pekat air asam jawa
Cara Penyediaan:
  • Celur taugeh dalam air panas selama 1-2 minit. 
  • Angkat dan toskan. Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus.
  • Gaul bahan kisar halus bersama taugeh, daun selom, isi kerang rebus dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang :)
#tipsDapur
Kalau tak ada daun selom, boleh juga masukan daun ulaman lain seperti daun pegaga, pucuk paku atau daun putat. Ikut mana yang anda suka lah.

kredit resepi: Che' Nom

Resepi Bulgogi Beef

Bulgogi Beef
Bulgogi Beef

Bahan:
  • 350 gram daging lembu daging pinggang atau prime beef lain (sedikit lemak dan urat), dihiris nipis yang mungkin
Perapan:
  • 2 sudu makan kicap
  • 3 sudu makan air
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu makan madu
  • 1/2 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu makan bijan sangrai / panggang
  • 1 batang daun bawang, rajang halus
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sendok teh kaldu bubuk (opitional)
Cara membuat:
  • Untuk memudahkan agar kita bisa menghiris daging nipis yang mungkin maka masukkan daging ke freezer hingga setengah beku, kemudian dengan menggunakan pisau tajam iris daging nipis yang mungkin.
  • Siapkan mangkuk, masukkan semua perapan, aduk hingga rata dan larut. Masukkan daging lembu yang telah dihiris nipis. Aduk rata. Tutup permukaan mangkuk dengan plastic wrap atau penutup lain. Rendam daging dalam bumbu selama sekurang-kurangnya dua jam di dalam peti sejuk.
  • Siapkan kuali besi / hot plate atau boleh menggunakan kuali rata anti lengket yang ada. Panaskan hingga benar-benar panas. Tuangkan daging dan semua rempah perapan ke kuali. Masak daging di kuali atau panggangan hingga matang, sambil dibalik-balik. Jika anda menggunakan hot plate maka proses ini tidak memakan masa lama.
  • Saat daging telah matang dan empuk, perapan telah habis, matikan api. Taburkan bijan panggang dan daun bawang, aduk rata. Sajikan bulgogi panas-panas langsung dari hot plate ditemani dengan nasi putih panas. Yummy!

RESEPI MAKARONI BAKAR

MAKARONI BAKAR
MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan:
  • 250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega
Bahan inti:
  • 500 g daging cincang (daging fresh bukan yang beli kat pasaraya tu) tapi kalau malas boleh le – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
  • 30 gm mentega
  • 2 biji bawang besar } dicincang
  • 1 ulas bawang putih } dicincang halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar rempah kari daging – kalau nak pedas lebihkan rempah
  • ½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering
  • 2 biji tomato buang biji, potong dadu
  • Sedikit daun saderi – potong halus
  • 2 biji capsicum merah /hijau – potong dadu
  • 2 putih telur (saiz A)
  • 500 ml sos putih – ada kat belakang cara nak buatnya
  • 125 g keju cheddar } diparut
Cara-cara:
  • Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
  • Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
  • Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
  • Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
  • Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dengan sedikit mentega
Cara-cara: 
  • Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.
  • Bakar didalam oven pada suhu 180’C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
  • Angkat biarkan selama 15 minit sedia untuk dihidangkan
Sos Putih:
  • 30 g mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 500 ml susu segar
  • 2 kuning telur
  • 125 g keju cheddar } diparut
  • garam secukup rasa
  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah
Cara membuat sos putih:
  • Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
  • Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
  • Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
  • Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  • Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan

Resepi Udang Goreng Nestum

Udang Goreng Nestum
Udang Goreng Nestum

Bahan-Bahan:
  • 1/2 kg udang saiz sederhana
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji cili padi hijau dan 2 biji cili padi merah – dipotong nipis
  • 2 biji telur putih gred A
  • 2 kiub pati ayam KNORR – dihancurkan
  • 100 gm nestum
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit serbuk lada sulah
  • minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
  • Udang yang telah dibersihkan dimasukkan garam serta sedikit serbuk lada sulah dan telur putih..gaulkan sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga udang menjadi keemasan.Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak yang berlainan dan masukkan mentega.
  • Kemudian,masukkan cili padi,daun kari,kiub pati ayam,nestum serta bahan perasa.
  • Gaulkan sehingga menjadi sebati.
  • Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga sebati.
  • Siap untuk dihidang.

Resepi Sup Bebola Ikan dan Cendawan

 

Sup Bebola Ikan dan Cendawan
sup bebola ikan dan cendawan

Bahan-Bahan:
  • 400g cendawan tiram (dipotong kecil-kecil)
  • 10 bebola ikan (dibelah dua)
  • 3 ulas bawang merah- dicincang 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu udang kering (rendam & ditapis)
  • 1 cawan air
  • ¼ lada sulah
  • ¼ garam
Cara-Cara:
  • Panaskan minyak dalam kuali. 
  • Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. 
  • Masukkan udang kering. Tumis hingga udang rangup.
  • Tambahkan air dan lada hitam. Cincang cendawan halus, cuci dan tos. Masukkan bebola ikan.
  • Kacau hingga cendawan dimasak. Rasa dan perisakan dengan garam.
  • Padamkan api.

RESEPI UDANG LEMON

UDANG LEMON
UDANG LEMON

Bahan-bahan diperlukan:
  • 500 g udang besar 
  • 5 ulas bawang putih (Ditumbuk halus) 
  • 3 inci halia (Ditumbuk halus)
  • 1 biji lemon  2 sudu makan mentega Daun bawang (Dicencang halus)
Cara menyediakan dan memasak:
  • Belah bahagian belakang udang, basuh kemudian tuskan. 
  • Panaskan mentega kemudian tumiskan bawang putih dan halia. 
  • Masukkan udang dan kacau rata. Ketepikan udang dan perahkan lemon ke dalam kuali. 
  • Kacau rata dan taburkan daun bawang. Hidangkan.
Kredit resepi: Chef Hanieliza 2 (my resepi)

Resepi Otak-Otak Ikan ala Johor

Otak-Otak
Otak-Otak

Bahan-Bahan:
  • 3 keping ikan tenggiri atau ikan merah – diambil isinya sahaja dan dicincang halus
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 3 batang cili merah – dibuang biji dan dikisar halus
  • 5 tangkai cili kering – direndam hingga lembut dan dikisar halus
  • 4 ulas bawang merah – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 3 biji buah keras – dikisar
  • 1 cm halia – dikisar
  • 1 batang serai – dikisar
  • 1 cm kunyit hidup – dikisar
  • 175 ml pati santan
  • garam secukup rasa
  • 20 helai daun kelapa
  • Lidi secukupnya
Cara Membuat:
  • Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa.
  • Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya
  • Tunggu sehingga kuah sejuk. Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi.
  • Sudukan ramuan ke atas daun kelapa.
  • Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya dan siap boleh disimpan dalam peti sejuk atau terus dibakar.
  • Bakar kedua-dua belah sehingga masak.

RESEPI LEPAT PISANG

LEPAT PISANG
LEPAT PISANG

Bahan-bahan:
  • 2 cawan pisang, yang sudah dilecek
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)
  • 1/4 cawan kelapa parut
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara:
  • Panaskan periuk kukus. Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.
  • Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau rehatkan adunan seketika.
  • Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.
  • Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.
  • Sudukan adunan sebanyak 3 sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.
  • Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
Tip:
Jika tak ada gula nisan atau gula melaka keping, boleh juga digunaka gula melaka berbentuk silinder, dalam anggaran 1/3 ketul.

Resepi Kastard Jagung

Kastard Jagung
Kastard Jagung

bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir (-/+)
  • 1 tin jagung manis (creamy) 
  • 1 sudu kecil esen vanillasecubit garam
  • 1 sudu besar mentega/marjerin
Cara-cara:
  • Satukan susu cair, tepung kastard, santan, air, gula pasir dan garam di dalam periuk. Kacau sehingga larut. 
  • Kemudian masukkan jagung manis dan kacau lagi. Letakkan periuk tadi di atas dapur dan jerang dengan api perlahan. Kacau lagi tanpa henti. 
  • Apabila sudah hampir pekat, masukkan mentega/marjerin dan kacau lagi hingga pekat, likat dan berkilat. Tutupkan api. 
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan mentega atau bubuh dalam bekas yang bersesuaian. Sejukkan sebelum dipotong. 
kredit resepi: DayangJack

RESEPI CAKOI MUDAH

kuih cakoi
kuih cakoi

BAHAN BAHAN:(15-20 ketul)
  • 400g tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat/susu tepung
  • 1 biji kuning telur – tak letak pon boleh
  • 2 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • minyak untuk menggoreng
CARA CARA:
  • Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung masih lagi lembik adunan tersebut, boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh. Alter2 lah sikit ye.
  • Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.
Penyediaan:
Ambil doh tadi dan buat step seperti di bawah untuk dijadikan cakoi:
  • Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat.
  • Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
  • Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
  • Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit ye. Takut dalam tak masak pulak. Buat sehingga habis.
  • Boleh dicicah dengan sos kegemaran.

Resepi Kailan Ikan Masin dan Udang

Kailan Ikan Masin dan Udang
Kailan Ikan Masin dan Udang

Bahan-bahan:
  • Sayur kailan-dipotong
  • 5 ekor udang - buang kulit
  • 1 keping ikan tenggiri jeruk - potong kecil
  • 1 sk air dari botol ikan masin jeruk
  • 1 biji bawang besar- dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • 3 ulas bawang putih-diketuk
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • Sedikit air asam limau nipis
  • Sedikit serbuk lada sulah
Cara Memasak:
  • Panaskan minyak dan tumis ikan masin tenggiri hingga naik bau sambil dikacau rata.
  • Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Selepas itu, masukkan udang dan sos tiram.
  • Masukkan batang kailan dulu dan tambah air dr botol ikan masin tadi. Akhir sekali, masukkan daun kailan, sos ikan dan dikacau rata.
  • Masukkan dalam 2 sudu besar, biarkan seketika dan angkat. Semasa dihidangkan, tabur sedikit lada sulah dan perah air asam limau.

RESEPI PUCUK PAKU GORENG BELACAN

PUCUK PAKU GORENG BELACAN
PUCUK PAKU GORENG BELACAN

Bahan-bahan yang perlu ada :
  • Seikat pucuk paku
  • 6 biji cili padi (tumbuk)
  • Segenggam ikan bilis (tumbuk manja-manja aje)
  • Bawang merah 5 ulas (tumbuk)
  • Bawang putih 3 ulas (tumbuk)
  • Belacan 1 inci (tumbuk)
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
  • Garam dan gula
Cara-cara :
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang serta belacan.
  • Lepas tumisan naik bau,masukkan cili padi dan seterusnya masukkan pucuk paku.
  • Kacau sebati,perasakan..maka siaplah
TIPS: Pastikan anda jangan menggoreng pucuk paku goreng belacan ini terlalu lama...Kalau terlalu "Overcook" nanti tak sedap...

RESEPI SAYUR KAILAN

SAYUR KAILAN
SAYUR KAILAN

Bahan-bahan:
  • 400 gram sayur kailan - potong sepanjang 3 cm - potong batang dan daun secara berasingan
  • 5 batang putik jagung - potong serong
  • 1/2 batang lobak merah - hiris bulat
  • 200 gram udang - buang kepala dan kulit, tinggalkan ekor, belah bahagian belakang dan tarik keluar uratnya
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
  • 3 sudu makan minyak
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan udang, lobak merah serta batang kailan. Gaul rata dan masak sehingga udang berubah warna.
  • Kemudian masukkan putik jagung serta daun kailan. Tutup kuali selama 2 minit.
  • Buka penutup kuali dan taburkan perencah Maggi Cukup Rasa
  • Buka penutup kuali dan taburkan perencah Maggi Cukup Rasa
  • Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
  • Sedia untuk dihidangkan.

RESEPI ACAR RAMPAI

 

ACAR RAMPAI
ACAR RAMPAI

Bahan-Bahan:
  • 1 batang timun
  • 1 batang carrot
  • 2 labu bawang besar
  • 3 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili hijau
  • 1/2 cawan cuka tiruan
  • 1 s/b gula
  • 1 s/b biji sawi
  • Garam
  • Kunyit
  • 1 s/k kapur (dibancuh ngan 1 liter air)
Bahan tumis:(mayang)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • Minyak
Cara Memasak:
  • Semua sayur dipotong kecil dan panjang. Kemudian, rendamkan dalam air kapur supaya rangup.
  • Toskan sayuran tadi hingga kering.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis serta biji sawi sehingga layu.
  • Masukkan cuka tiruan, garam, serbuk kunyit dan gula. Bila mendidih, masukkan sayuran dan kacau rata.
  • Bila nampak pekat boleh angkat dan hidangkan.

CARA BETUL BUAT CUCUR UDANG BAGI RANGGUP

Nampak senang tapi sebenarnya nak buat cucur udang pun kena tahu rahsianya.
Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya, bila digoreng ia ‘masuk minyak’ dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit je cucur, terus mulut kita ‘bermandikan’ minyak.
Jadi ini salah satu resipi yang boleh anda gunakan untuk cucur udang yang rangup. 

BAHAN-BAHAN:
  • Sedikit Udang
  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
  • Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 200gm taugeh
  • 1 pokok kucai
  • 2 biji cili merah | dihiris nipis
  • Minyak untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
  • Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
  • Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.
  • Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
  • Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. 
  • Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.
  • Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
  • Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.
RAHSIA MASAK CUCUR
  • Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
  • Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.
  • Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.

makan masakan thai di Arked Niaga Padang Besar, Perlis

 

gerai-gerai jual makanan
gerai-gerai jual makanan
Kalau pergi Padang Besar, wajib kena singgah Arked Niaga. Di sini adalah syurga bagi geng-geng wanita dari sekecil-kecil kuman ke sebesar-besar alam...apa taknya, kat sini adalah tempat shopping. Selain mengekalkan bazar lama, gerai-gerai di bangunan baru pun banyak telah dibuka.Maka lagi meriah la Padang Besar ni.
teh ais
teh ais
Disebabkan aku dah lapar, jadi aku singgah la di salah sebuah gerai makan di sini. Kebanyakan adalah menu masakan ala thai la...dah Padang Besar ni sempadan kan dengan Thailand.....

somtam
somtam

nasi goreng paprik daging
nasi goreng paprik daging

yang ni aku lupa nama dia
yang ni aku lupa nama dia
GPS koordinat dan google map tempat ni adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°39'38.5"N 100°19'31.4"E atau 6.660680, 100.325383


Makan nasi arab di Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang

Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang
Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang

Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang
Halab Gate Restaurant, Bukit Bintang
Jalan-jalan di Bukit Bintang, kalau teringin nak makan makanan arab, ada banyak restoran di sini yang korang boleh pilih. Semua makanan arab di restoran area Bukit Bintang ni sedap-sedap. Restoran pun restoran yang famous dan viral. Tapi yang tak bestnya adalah korang kena hadap dulu beratur panjang, baru boleh dapat makan nasi arab. Korang kena pilih restoran mana yang tak terlalu panjang beratur. So aku pilih untuk makan di restoran Halab Gate. Itu pun aku kena hadap dalam 40 minit beratur, baru boleh masuk ke dalam restoran..😂😂😂
beratur tunggu giliran nak makan
beratur tunggu giliran nak makan
Penat beratur panjang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang-alang berjemur tengah panas beratur, biar sampai boleh makan nasi arab😂😂...kipidap dongibab!
kunafa
kunafa

teh satu teko
teh satu teko

nasi arab kambing (maaf aku lupa nama sebenar dia)
nasi arab kambing (maaf aku lupa nama sebenar dia😅)

nasi arab ayam (yang ni pun aku lupa nama sebenar dia)
nasi arab ayam (yang ni pun aku lupa nama sebenar dia)
Nasib sedap juga makanan di sini. Nak repeat lagi boleh, tapi kena hadap la beratur panjang. Ni aku datang bukit bintang waktu cuti sekolah. Tak pasti kalau week days biasa, beratur panjang jugak ke.

Kepada yang tengah mencari halab gate ni, boleh rujuk gps koordinat dah goole map di bawah.

GPS koordinat: 3.1474911825540914, 101.71078783526264

https://maps.app.goo.gl/zTh6bM6NaGTt8bKJ9

Nak makan nasi lemak? Jom makan di Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam
Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam

Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam
Restoran Nasi Lemak Ketua Kampung, bertam
Kepada peminat nasi lemak area utara ni terutama di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang, ada satu lagi port nasi lemak padu muncul! Nama restoran ni adalah Nasi Lemak Ketua Kampung yang beralamat di no 7, Jalan Dagangan 13, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Waktu operasi adalah bermula dari jam11.30 pagi hinggalah ke jam 11 malam.

pelbagai lauk pauk yang korang boleh pilih
pelbagai lauk pauk yang korang boleh pilih
Kalau tengok style susunan lauk pauk tu, nak macam nasi kandar pun ada jugak😂😂😂...Tapi jangan tertibu, bukan nasi kandar tu....masakan semua tu ngam untuk makan nasi lemak.
ni sepinggan nasi lemak yang aku makan
ni sepinggan nasi lemak yang aku makan

sambal petai udang
sambal petai udang
Nasi lemak sini memang sedap. recommeded untuk korang try. Boleh cari di Bertam Kepala Batas. GPS koordinat dan google map ada disediakan kat bawah ni untuk rujukan korang.

GPS koordinat: 5.514856615301588, 100.44730753660957

https://maps.app.goo.gl/d5Q9EDpF4PVtH2CAA

Jom santai-santai makan di The Table Cafe (specialty coffee), Jalan Green Hall, George Town, Pulau Pinang

 

The Table Cafe (specialty coffee)
The Table Cafe (specialty coffee)

Deco Dalaman di The Table Cafe
Deco Dalaman di The Table Cafe 
Jalan-jalan di George Town, tetiba perut rasa lapar. Dah la lapar, demand plak nak makan western food. Syarat kena wajid halal la...Google punya google, akhirnya jumpa The Table Cafe, muslim owner dia... Nak datang ke sini, korang kena guna google map/waze, sebab cafe ni ada tersorok sikit... tapi dekat je dengan padang kota. Kalau korang berjalan kaki dari Padang Kota pun, boleh sampai jugak.

Cafe ni macam hipster cafe la jugak. Makanan agak pricy, tapi sedap. Untuk orang-orang kaih pagi makan pagi, kaih petang makan petang macam aku ni, terasa jugak bila na bayar. Tapi aku yakin korang semua poket tebal, jadi no problem bab ni😁

menu 1 The Table
menu 1 The Table

menu 2 The Table
menu 2 The Table

menu 3 The Table
menu 3 The Table

menu 4 The Table
menu 4 The Table

menu 5 The Table
menu 5 The Table
Kat atas tu adalah menu-menu yang ada di The Table Cafe ni. Banyak makanan yang best dan sedap. harga pun sedap jugak la😂😂😂.

So, di The Table Cafe ni, aku pilih nak makan fried rice with chicken chop, creamy carbonara, aglio olio classic, chicken chop dan juga mocha preddo.

pelbagai jenis desert ada
pelbagai jenis desert ada

creamy carbonara
creamy carbonara

aglio olio classic
aglio olio classic

chicken chop

mocha preddo
mocha preddo

fried rice with chicken chop
fried rice with chicken chop
Dari segi ksedapan, sangat sedap, recommended untuk korang try. Kalau korang nak datang ke The Table ni, aku sediakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5.422313790249654, 100.33951677365094

https://maps.app.goo.gl/mVx2FKpjAQDSr1aa8

Makan malam di Cafe Yunus, Kampung Morten, Melaka

 

Yunus Cafe
Yunus Cafe

tugu Kampung Morten
tugu Kampung Morten
Selesai naik river cruise, terus cari kedai makan untuk makan malam. Cari yang dekat-dekat jer dengan river cruise ni. Aku ternampak la Cafe Yunus ni... bertentangan dengan Yunus Cafe ni adalah sungai tempat laluan river cruise yang aku naik tadi...

Tengok macam menarik jer kedai makan ni, jadi try jer la di sini...lagi pun dah lapar giler ni..

menu Cafe Yunus
menu Cafe Yunus

menu Cafe Yunus
menu Cafe Yunus

menu Cafe Yunus
menu Cafe Yunus
Ada banyak la makannan kalau tengok dalam list menu tu... Untuk malam tu, aku pilih untuk makan asam pedas ikan kembong, bihun goreng, lempeng, nasi goreng daging, fries....
milo tabur
milo tabur

nasi goreng daging
nasi goreng daging

fries
fries

lempeng
lempeng

bihun goreng
bihun goreng

asam pedas ikan kembung
asam pedas ikan kembung
Kepada yang nak try makan di Yunus Cafe ni, boleh la rujuk GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 2.2039453498901147, 102.25005038237016

https://maps.app.goo.gl/wSxvxPb9YzVXVUy56