RESEPI NASI DAGING UTARA AIR ASAM KERISIK

NASI DAGING UTARA AIR ASAM KERISIK
NASI DAGING UTARA AIR ASAM KERISIK

Bahan-Bahan Nasi daging:
  • Daging setengah kg potong kiub sederhana kecil dan rebus
  • Beras 5 cawan
  • 2sb rempah kurma
  • 3 sekawan
  • 1 sb marjerin
  • 1 ulas bawang merah hiris
  • 1 ulas bawang putih hiris
  • 1 helai daun pandan
  • Setengah kiub pati ayam
  • Suku setengah cawan susu cair
  • 2 sb sos tomato
cara-cara:
  • Panaskan minyak dan marjerin
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, dan serbuk kurma. Kacau kejap biar sebati dan berbau harum
  • Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan kacau biar sebati
  • Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging dan susu cair dan sos tomato.
  • Pindahkan periuk nasi ke dapur elektrik tunggu je sampai masak.
  • Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
Air Asam Kerisik:
  • 1 biji tomato dihiris
  • 3 ulas bawang merah hiris
  • 3 biji cilipadi hiris
  • Asam jawa
  • 1 sb kerisek
  • 3 batang cili merah*
  • 4 biji cili padi*
  • Belacan bakar besar ibu jari*
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto
Cara-cara:
  • Tumbuk bahan bertanda * di atas.
  • Bahan hiris masukkan dalam mangkuk.
  • Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk.
  • Masukkan air asam jawa, gula, garam, ajinomoto dan masukkan air sikit ramas-ramas biar sebati.
  • Masukkan kerisik dan ramas-ramas lagi.
  • Siap.
Tips:
  • Air asam jawa kena lebihkan sikit. Kena pekat.
  • Kerisik jangan banyak sanagt nanti pening 😂
  • Kuantiti bahan-bahan tu agak-agak sendiri. Jangan follow resepi bulat-bulat.
kredit resepi kepada empunya resepi

RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN

SINGGANG DAGING KELANTAN
SINGGANG DAGING KELANTAN

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg daging
  • 1 inchi lengkuas (diketuk-lebihkan pun takpe kalau suka)
  • 2 sudu besar ketumbar (tumbuk kasar)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 keping asam gelugur
  • 2 biji lada kering (potong sesuka hati)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk. Rebuslah hingga daging empuk. Perasakan garam. Siap untuk dihidang bersama nasi panas.

*Lagi sedap kalau dimakan bersama budu + sambal tempoyak

Kredit resepi: Kak Baini

RESEPI ROTI KUKUS

ROTI KUKUS
ROTI KUKUS

Bahan-bahan:
  • 500gm Tepung roti/tepung gandum
  • 120gm gula kastard
  • 300ml susu segar 
  • 2 tsp yis segera
  • Minyak jagung/minyak sayur 100 ml
Cara-cara:
  • campurkan tepung,gula,yis dan susu segar dalam bekas..kecuali minyak masak.
  • uli sampai doh tak melekat di tangan (Adunan memang macam lembik sikit,tapi teruskan uli sampai doh cantik)
  • Rehatkan doh selama 30 minit @ sehingga naik 2 kali ganda.
  • setelah itu,tumbok doh bagi mengeluarkan angin...dan tambah bahan terakhir iaitu minyak masak...
  • uli lagi sampai dok betul-betul elastik....lagi lama lagi elastik doh tu....
  • Terus bahagikan kepada 2 bahagian dan dibentukkan ikut acuan roti 
  • Jangan lupa sapu minyak makan dikeliling bekas roti tu,dan letak kertas minyak ok...Biar adunan naik 2 kali ganda...
  • Boleh la dikukus selama 30 minit @ sehingga masak...
  • sedap di makan bersama kaya @ kuah kari
TIP UNTUK KUKUS ROTI NI SUPAYA CANTIK:
  • Kukus roti bila pengukus betul-betul panas.
  • jangan kukus dengan api yang perlahan,sebab bila api perlahan wap tu tak cukup untuk mengembangkan roti ke tahap maksimum...
  • Guna api sederhana sahaja.
  • bila roti dah masak,jangan terus buka penutup pengukus tu....tutup api dan biarkan seketika selama 15 minit...Tujuan nyer adalah untuk mengelakkan roti kukus ni berkedut.
  • pastikan penutup pengukus ditutup dengan kain yer
  • Pastikan roti sudah sejuk baru la di potong...
  • Boleh la di makan bersama kaya @ kuah kari
Selamat Mencuba....

Kredit resepi: noah asfa

Resepi apam inti kacang merah

 

apam inti kacang merah
apam inti kacang merah

Bahan-bahan:
  • 2 sudu teh yis
  • Setengah cwn air suam @ 100ml
  • 1 sudu teh gula 
Bancuh gula hingga larut kemudian tambah yis.. kacau-kacau sehingga sebati..biar sekejap hingga berbuih,
  • 1½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras cap teratai
  • 1 cawan gula nak kurang manis guna ¼ sahaja gula, sbb inti Kacang merah dah manis, 
  • 1 cawan air bersamaan 200ml, 
  • Nak buh esen boleh je ye.. dan pewarna yang di sukai, 
Cara-cara:
Tepung gandum tepung beras gula dan air sekalikan dalam bekas, kacau-kacau guna senduk bagi tak berketul-ketul, kemudian tuangkan adunan yis.. kacau lagi sehingga adunan betul-betul sebati. Perap lebih kurang 40 minit bagi adunan naik ye..dah naik kacau-kacau, lepastu ikut suka nak letak pewarna apa.. acuan sapu minyak terlebih dahulu.. sudukan adunan kemudian letak inti kacang merah.. 
Kukus 20-25 minit.

Kredit Resepi: lydia na

Resepi Roti Sardin

Roti Sardin
Roti Sardin

Bahan-bahan:
  • roti gardenia(gelek @ penyek hingga leper)
  • 1 tin sardin
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji limau kasturi
  • 2 biji cili padi
  • 1 biji tomato dadu dadukan
  • gula garam secukup rasa
  • 2 biji telur dipukul pakai garfu
Cara-cara:
  • tumiskan bawang yang dihiris, masukkan sardin(hancur2kan), cili padi, perahkan jus limau kasturi
  • masak hingga sedikit pekat dan perasakan gula garam
  • ambil inti gulungkan roti kemas2 dan lekatkan pakai telur&celupkan roti ke dalam telur dan golekkan dengan breadcrumb
  • panaskan minyak dan goreng hingga perang

Resepi ikan Bakar sambal

 

ikan Bakar sambal
ikan Bakar sambal

Bahan- bahan :
  • Ikan pari Tuka saiz sederhana
  • Daun pisang
  • 4 biji Bwg besar*
  • 3 ulas Bwg putih*
  • 10 tangkai cili kering* (nak pedas boleh tambah cili padi merah)
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 2 btg serai*
  • 3 biji buah keras*
  • 20gm belacan*
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula melaka
  • Msg
Untuk hiasan:
  • Limau kasturi/limau nipis
  • Cencaluk/limau je ler
Cara-cara:
  • Blend semua bahan bertanda*
  • Tumis sampai pecah minyak, kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan msg, siap.
  • Tuang sambal atas ikan pari yg dibakar atas griil/pan..
 Kredit resepi: Anna Aziz

Resepi bendi tumis belacan

bendi tumis belacan
bendi tumis belacan

Bahan-bahan:
  • Cili merah besar*
  • Cili api pedas*
  • Bawang besar*
  • Bawang kecik*
  • Bawang putih*
  • Sedikit ikan bilis*
  • Sedikit belacan*
  • Garam
  • Gula
  • Perasa secubit rasa kalau nak letak
Cara-cara:
Basuh bendi dan kemudian potong. kalau nak kurangkan lendir goreng kejap je...pastu toskan...
Bahan bertanda * tumbukakn kasar-kasar kemudian tumis sampai nak bau dan layu...masukkan garam, gula sikit dan perasa kemudian masukkan bendi tadi...masukkan air sikit je bagi berkuah...kacau-kacau,bila dah mendidih terus matikan api...tumis bendi kejap je bagi rasa sayur tu siapppp

Kredit resepi: Saidatul Arnie (FB)

RESEPI IKAN MERAH MASAK CUKA

ikan merah masak cuka
ikan merah masak cuka

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kilo potongan ikan merah
  • 3-4 sudu besar cuka masakan
  • 10 batang cili padi merah(jangan diketuk)
  • ½ biji timun Di potong
  • 1 Biji tomato(dibelah 6)
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 1 Biji bawang besar dipotong bulat
  • 3 ulas bawang putih Di hiris
  • 2 cm halia(dihiris)
  • 1 batang serai(diketuk)
  • ½ sudu kecil garam
  • 400-500ml air
  • 1 sudu serbuk perasa Knorr atau maggi
  • ¼ sudu kecil serbuk kunyit
CARA MEMASAK
  • ikan dicuci bersih Dan direndam sebentar bersama air garam,bilaskan dan lumurkan bersama garam dan kunyit untuk mengoreng ikan
  • panaskan minyak didalam kuali,masukkan biji sawi(biarkan biji sawi meletup letup)sebentar
  • masukkan halia,bawang putih dan serai,masak sehingga sedikit keperangan sehingga Naik bau..
  • masukkan bawang merah dan cili padi merah
  • masukkan cuka dan air,serbuk kunyit,garam dan serbuk perasa(Rasakan seperti Yang dimahukan)
  • madukkan ikan,timun dan tomato...biarkan ianya masak seketika..dan padam Kan API
  • siap dihidang dan dimakan bersama nasi

Kredit resepi: nurul Ateekah mahn

Resepi Rojak Tauhu

Rojak Tauhu
 Rojak Tauhu

Bahan Rojak:
  • Tauhu (Goreng/bakar separuh masak)
  • Kangkong (celur).
  • Tauge (celur).
  • Timun.
Bahan untuk Kuah Rojak:
  • Cili kering 10 tangkai (blend halus)
  • Sos Cili 1/2 cawan.
  • Belacan 2 inci.
  • Gula Merah 1 Cawan.
  • Gula pasir 1/2 cawan.
  • Kicap pekat manis 1/3 cawan.
  • Air masak 1 cawan.
  • Tepung Jagung 3 sudu besar.
Cara membuatnya:
  • Campur semua bahan kecuali tepung jagung.
  • Masak sampai gula semua cair dan mendidih. Lepas tu masukkan tepung jagung, kacau² sampai pekat likat dan sejukkan.
  • Campurkan dengan kacang tumbuk, curahkan ke atas Tauhu, taugeh, timun dan kangkung dan gaul rata.

RESEPI AYAM MASAK MERAH

 

AYAM MASAK MERAH
AYAM MASAK MERAH 

BAHAN-BAHAN KISAR:
  • CILI KERING(dalam 10 tangkai + 5 tangkai cili kering)
  • BAWANG BESAR(dalam 7 bijik)
  • BAWANG PUTIH((3 @ 4 ulas)
  • HALIA(ckit ja..agak-agak ye)
  • BUNGA LAWANG*
  • KULIT KAYU MANIS*
  • BUAH PELAGA*
  • DAUN PANDAN*
  • SOS CILI
  • SOS TOMATO
  • SOS TIRAM
  • GULA NISEY(YG SEKETUL NIPIS TU)
  • KACANG PEAS
  • CILI BESAR MERAH
  • DAUN SUP N DAUN BAWANG
  • BAWANG BESAR(potong bulat2)
  • AYAM YANG DIGORENG SEPARUH MASAK
CARA-CARA:
  • TUMIS BAHAN BERTANDA *
  • KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN KISAR
  • MASUKKAN SEKALI SATU KETUL GULA NISEY..KALAU TAKNAK..BOLEH GANTIKAN DENGAN GULA
  • DAH PECAH MINYAK...MASUKKAN SOS CILI,SOS TIRAM DAN SOS TOMATO...tambah air jika nampak kering sangat
  • MASUKKAN AYAM YANG TELAH DIGORENG SEPARUH MASAK
  • PERASAKAN
  • MASUKKAN CILI BESAR MERAH YANG DIPOTONG SERONG...
  • MASUKKAN CILI BESAR MERAH
  • MASUKKAN KACANG PEAS
  • AKHIR SEKALI...TABUR DAUN SUP DAN DAUN BAWANG..SIAPPPP

RESEPI LONTONG SAMBAL

lontong sambal
lontong sambal

Bahan-bahan kuah lemak lontong:
  • 1/4 biji kubis
  • 1 batang carrot - potong panjang
  • 9 batang kacang panjang
  • 1 ikat soo hoon 
  • 1 keping fucuk - potong panjang
  • 1 keping tempe - potong dadu dan goreng dahulu
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 cawan udang hidup 
  • 1/2 biji kelapa parut 
  • Garam gula secukup rasa
  • Serbuk kunyit
Bahan kisar :
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering
Cara-cara:
  • Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya. 
  • Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
  • Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
  • Masukkan kunyit sampai warna nampak cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yang digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api slow je.
  • Last sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa

RESEPI KEK LAPIS CHEESE

kek lapis cheese
kek lapis cheese

Bahan-bahan :
  • 20 keping biskut marie ikut perisa apa yang anda suka (original/chocolate/coffe)
  • 1 cawan susu segar
  • 250g cream cheese
  • 100g whipping cream non-dairy
  • 3 sudu besar gula castor
  • 1 sudu besar gelatin halal
  • 50 ml air panas
Cara Membuatnya:
  • Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping creamhingga kental. Campurkan kedua-duanya dan gaulkan bersama dengan spatula.
  • Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
  • Sediakan bekas/loyang dengan dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
  • Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejap jgn sampai lembik.
  • Lapiskan satu persatu dengan adunan cream cheese tadi sehingga habis.
  • Bekukan dalam 1-2 jam sebelum makan 

Resepi Chocolate Lava Cake

Chocolate Lava Cake
Chocolate Lava Cake

Bahan-bahan:
  • 5 sudu besar butter
  • 100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
  • 2 biji telur saiz besar
  • 1 kuning telur saiz besar
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar tepung
  • 2 sudu kecil serbuk koko
  • 1 secubit garam
  • 4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter
Cara penyediaan:
  • Panaskan oven – 200degree (atas bawah) 180degree (hot air/udara panas)
  • Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” , atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.
  • Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
  • Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yg tebal yg telah disapu dgn butter.
  • Kalau ada masa sejukkan dulu adunan di dalam freezer selama 5 minit namun kalau taknak boleh terus masuk oven.
  • Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava. Kalau tak nak masuk oven boleh steam. Atau boleh juga guna teknik “waterbath” kalau nak, tapi make sure pakai ramekins lah yer.  Angkat dan biarkan sejuk seketika dan hidangkan.

RESEPI KASWI PANDAN

 

kaswi pandan
kaswi pandan

Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air + 4 helai daun pandan blender dan tapis(pastikan dapat 2 cawan juga air daun pandan tu tau..kalau kurang tambah air)
  • 4 sudu besar air kapur
  • Sedikit pewarna hijau
  • kelapa ambil putih sahaja
  • sedikit garam
Cara-cara:
  • satukan tepung gandum,tepung beras dan gula.
  • masukkan air daun pandan,air kapur dan sedikit pewarna gaul sebati dan tapis.
  • sapu minyak pada acuan dan tuang adunan.
  • kukus 30 minit
  • sejukkan dulu sebelum potong
  • gaul kelapa.
Kredit resepi: Nur Eisya MAHN 

Restoran Selera Nogori, Seremban, Negeri Sembilan

 

Restoran Selera Nogori,  Seremban
Restoran Selera Nogori,  Seremban

Restoran Selera Nogori,  Seremban
Restoran Selera Nogori,  Seremban
Kalau korang ada kat Seremban, Negeri Sembilan, nak makan nasi campur berlaukkan masakan orang negeri sembilan, boleh la singgah di Restoran Selera Nogori. Di restoran ni banyak pilihan makanan yang korang makan. Restoran pun luas dan selesa..kalau dah penuh di bahagian bawah, korang boleh naik ke tingkat atas.
ada kuih-kuih
ada kuih-kuih

pelbagai jenis masakan yang ada di restoran ni
pelbagai jenis masakan yang ada di restoran ni

ada ikan bakar
ada ikan bakar

Kepada yang nak try makan di restoran ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 2°42'27.1"N 101°55'09.6"E atau 2.7074992309852455, 101.9193211273443

https://maps.app.goo.gl/oqXdEJNPb1DCjQ1K9


Restoran Thai Smile - Original Thai Food

 

Restoran Thai Smile - Original Thai Food
Restoran Thai Smile - Original Thai Food
Thai Smile ni adalah restoran masakan ala thai yang terletak di Jalan Perda Jaya, Kawasan perniagaan perda jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Restoran ni macam eklusif jugak la...lain dari yang lain yang kebiasaan yang kita makan di restoran masakan ala thai.
tempat makan yang selesa
tempat makan yang selesa
Tempat makan pun selesa...siap dengan aircond lagi...so korang takde l kepanasan....makanan panas-panas takpa😆😆..

Banyak juga menu makanan yang menarik yang ada di restoran Thai Smile ni...makanan pun nampak macam eklusif..macam makan kat hotel😅...Menu apa yang ada di sini?, boleh tengok gambar-gambar menu kant bawah ni....

Thai Smile - Original Thai Food menu
Thai Smile - Original Thai Food menu

Thai Smile - Original Thai Food menu
Thai Smile - Original Thai Food menu

Thai Smile - Original Thai Food menu
Thai Smile - Original Thai Food menu

Thai Smile - Original Thai Food menu
Thai Smile - Original Thai Food menu

Thai Smile - Original Thai Food menu
Thai Smile - Original Thai Food menu

Thai Smile - Original Thai Food menu
Thai Smile - Original Thai Food menu
Dalam banyak-banyak menu tu, aku pilih untuk makan green kari thai style, kangkung goreng belacan, dan daging harimau menangis yang dimakan bersama nasi putih. Air aku pilih sirap bandung dan sirap limau...
sirap bandung dan sirap limau
 sirap bandung dan sirap limau

kangkung goreng belacan
kangkung goreng belacan

sambal belacan dan timun
sambal belacan dan timun

green kari thai style
green kari thai style

daging harimau menangis
daging harimau menangis
Ternyata menu yang aku makan ni memang padu, memang sedap..terutamanya green kari thai style...dengan rasa berlemak dia.....ngam betul😋😋😋😋..

Sangat recommended untuk korang try makan di sini..Boleh cari berhampiran dengan simpang nak masuk ke bnadar Perda dan bersebelahan dengan stesen petronas. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat:  5.363806199932666, 100.43327164240503 

https://maps.app.goo.gl/sREVdWnkdaGHFJfr7

Makan masakan ala thai di restoran D'Phuket Tomyam Thai Seafood, Bertam Kepala Batas

restoran D'Phuket Tomyam Thai Seafood
restoran D'Phuket Tomyam Thai Seafood
Jangan compius tuan-tuan, ni bukan di Phuket yer...restoran ni di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang..tak lintas sempadan langsung😂😂😂.....Sebenarnya itu adalah nama restoran  yang aku datang ni...Makanan yang dijual ni adalah makanan masakan ala thai...jadi sesuai la dengan nama restoran ni D'Phuket Tomyam Thai Seafood....

Makanan disini pun sedap..menu pun banyak...boleh try menu ala carte ataupun menu set hidangan..ni ikut bajet korang la. Boleh tengok senarai menu seperti dalam gambar di bawah.

menu set hidangan
menu set hidangan

menu ala carte
menu ala carte
Menu yang aku makan di restoran ni, korang boleh tengok kat bawah ni....sedap, korang boleh try...
pulut mangga
pulut mangga

paprik ayam
paprik ayam

sotong halia
sotong halia

tomyam udang
tomyam udang

nasi goreng ayam kunyit
nasi goreng ayam kunyit
Kepada yang try makan di restoran ni, boleh la cari di Bertam Kepala Batas. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 5°30'51.7"N 100°26'52.2"E atau 5.514351162562072, 100.44783877272222

https://maps.app.goo.gl/sP3YwX4hTu4Uz9bV9

Santai-santai sarapan pagi di Restoran Dapoq 5 Beradek, Bertam Putra Kepala Batas

Restoran Dapoq 5 Beradek
Restoran Dapoq 5 Beradek
Port nak sarapan pagi di area Bertam Kepala Batas, korang boleh cari restoran ni...Restoran Dapoq 5 Beradek ni terlatak di Bertam Putra, Bertam Kepala Batas..Tempat sempoi punya untuk nak bekpes..makanan pun sedap-sedap. Dulu dekat kedai lain, sekarang dah pindah ke kedai baru..

menu-menu bekpes pun sedap-sedap belaka. Antara menu yang aku makan di Dapoq 5 beradek ni adalah koat teow kerang, roti bakar coklat dan lontong sambal.

lontong sambal
lontong sambal

roti bakar coklat
roti bakar coklat

koay teow kerang
koay teow kerang
Kepada yang nak try makan di Dapoq 5 Beradek ni, boleh cari di Bertam Putra, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordiant: 5.518957701759923, 100.47954693967536

https://maps.app.goo.gl/EFRLssfQLmqdMvBm6

Resepi Roti John

Roti John
Roti John

Bahan-bahannya:
  • Telur
  • Serbuk perasa
  • Lada putih
  • Daun sup
  • Bawang putih goreng
  • Sosej, filet ketam, atau daging burger (ikut apa yang ada di dalam peti ais)
  • Kobis yang diracik halus
Cara-cara membuatnya:
  • 5 biji telur atau lebih dikocak rata. Campurkan dengan serbuk perasa, daun sup, bawang putih yang telah digoreng dan lada putih. 
  • Kemudian, masukkan isi seperti sosej atau daging burger. Masukkan sekali kobis yang telah diracik halus dan goreng seperti telur dadar. 
  • Selepas itu, tempelkan pada roti. Akhir sekali boleh tambah perisa sos atau mayonis.

RESEPI MUFFIN LEMON POPYSEED

 

MUFFIN LEMON POPYSEED
MUFFIN LEMON POPYSEED

Bahan-Bahan:
  • 1/2 cawan butter
  • 2/3 cawan gula
  • 2 biji telur saiz A, asingkan putih dan kuning
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 2 sudu besar poppyseed
  • 1/2 cawan plain yoghurt
  • 2 biji lemon, parut kulit sahaja
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu teh esen vanilla.
Bahan untuk 'lemon drizzle sugar':
  • 10 sudu besar gula aising2 sudu besar perahan jus lemon segar
Cara Penyediaan:
  • Panaskan oven pada suhu 170°C.Pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang.Masukkan telur kuning sebiji dan putar, kemudian masukkan sebiji lagi dan putar sekata.
  • Dalam mangkuk berasingan, ayak bahan kering iaitu tepung gandum, baking powder dan baking soda dan kemudian masukkan poppyseed dan parutan kulit lemon. Kacau sekata.
  • Sudukan bahan kering ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit dan selang selikan dengan yoghurt sehingga adunan menjadi sebati.Dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur sehingga kembang dan menjadi 'bertanduk' apabila ditarik.
  • Gaul adunan putih telur ke dalam bancuhan muffin dengan perlahan-lahan supaya ruang udara di dalam putih telur tidak terjejas. Sangat penting untuk digaul dengan lembut supaya tekstur muffin menjadi lembut dan gebu.Sudukan ke dalam acuan kertas 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga anda cucuk dengan lidi dan apabila ditarik, lidi keluar dengan bersih.
  • Sejukkan selama 10 minit sebelum dihidang dan drizzle dengan 'lemon drizze sugar' sebagai hiasan. 
Tips:
Muffin ini sangat sedap jika gunakan mentega tanpa garam (unsalted butter atau sweet butter). Jika anda pilih mentega tanpa garam, masukkan 1/4 sudu garam di dalam adunan supaya rasa menjadi seimbang.

Resepi Muffin Pisang Gebu

Muffin Pisang Gebu
Muffin Pisang Gebu

Bahan-Bahan:
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 4 biji pisang berangan masak – dilecek halus (160gm)
  • 25 gm susu segar @ susu cair
  • 1/2 sudu kecil esen pisang
  • 90 gm minyak jagung @ minyak masak
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 125 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
  • Pukul telur dan gula sehingga ringan dan berkrim, anggaran dalam 2-3 minit.
  • Tambahkan susu segar, pisang lecek halus, minyak jagung serta esen pisang dan putar sekejap.
  • Dalam mangkuk lain, ayak tepung, baking powder dan baking soda, gaul hingga rata.
  • Masukkan tepung kedalam bahan basah dan kaup balik rata hingga tiada ketulan tepung kelihatan sedikit pun. Jangan digaul terlalu lama, cukup sekadar semua bahan bercampur sebati sahaja.
  • Sudukan adunan kedalam acuan muffin atau paper cup dan bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan ia sepenuhnya.

RESEPI DAGING MASAK HITAM

DAGING MASAK HITAM
DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging
  • 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
  • Gula pasir/gula Melaka
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • 1 Bawang besar mayang – hiasan
Bahan (dikisar):
  • 10 batang serai
  • 10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
  • Sejengkal halia – 4 ke 5 inci
  • 3 biji bawang besar kuning
  • 6 biji buah keras
  • 1 labu bawang putih
Cara-cara Menyediakan:
  • Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.
  • Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
  • Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resepi: butterkicap.com

Resepi Kerabu Daging & Mangga Muda

 

Kerabu Daging & Mangga Muda
Kerabu Daging & Mangga Muda

Bahan-bahan diperlukan:
  • 300 g daging 
  • 1 sudu teh lada hitam kisar 
  • 1 sudu makan minyak masak  
  • 1 kuntum bunga kantan (Dibelah 2 dan dihiris) 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 batang serai 
  • 3 biji cili merah 
  • 3 biji cili hijau 
  • 5 biji cili api
(Semua bawang besar, batang serai, cili merah, cili hijau, cili api dihiris)
  • 1 biji mangga muda (Dicencang kasar) 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • ½ sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
  • Hiris daging kira-kira setebal 1 inci. 
  • Gaulkan dengan lada hitam, minyak masak dan sedikit garam. 
  • Bakar daging sehingga masak. Sejukkan. 
  • Hiriskan kecil. 
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. 
  • Gaul rata. 
  • Sedia dihidangkan
Kredit resepi: Chef Hanieliza

Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih

ayam goreng mamak
ayam goreng mamak

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
  • Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
  • Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.
Kredit :Pakar diari hati