Resepi ikan masak singgang

 

Ikan masak singgang
Ikan masak singgang

Bahan-bahan:
  • Ikan, apa-apa jenis pun tak apa
  • Lengkuas
  • Kunyit 
  • Bawang putih (diketuk)
  • Kacang bendi (dipotong dua)
  • Asam keping
  • Air 1 1/2 cawan
  • Garam dan secukup rasa
Cara-caranya:
  • Masukkan air dalam periuk dan campakkan sekali lengkuas, kunyit dan bawang putih. Biar mendidih. 
  • Masukkan ikan, asam keping dan kacang bendi. Biarkan sampai ikan masak. 
  • Kemudian, masukkan garam dan secukup rasa. Biar mendidih. Siap untuk dihidang.

PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA

SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.

Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.

Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.

Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.

Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.

Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu - penyayang dan pengasih.

Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.

Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.

Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.

Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.

Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.

Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.

Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati -
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭

Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.

Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.

Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.

Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.

Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.

Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!

Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!

Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.

Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.

Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.

Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.

Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.

Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.

Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.

Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada πŸ˜‚) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.

Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.

Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.

Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.

Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Sardin Dalam Tin

Masak Lemak Cili Padi Ikan Sardin Dalam Tin
Masak lemak cili padi ikan sardin dalam tin

Bahan bahan:
  • 1 tin ikan sardin (ikut kita nak goreng dulu atau tidak isinya)
  • 1 kotak Santan
  • Garam secukupnya
  • Sedikit air limau
  • Belimbing buluh
Bahan tumbuk:
  • 8-10 biji cili api (boleh tambah atau kurangkan ikut kepedasan masing-masing).
  • Kunyit hidup
Cara -cara:
Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih. Gunakan api dapur yang sederhana dan kacau sentiasa supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak. Masukkan sardin dan kuahnya sekali. Kacau sebati. Masukkan air limau dan perasakan dengan garam secukupnya. Seimbangkan rasa. Akhir sekali masukkan belimbing buluh. Kacau sebentar sehingga belimbing buluh lembut.
OK siap untuk dihidangkan.

Kredit resepi: Ammar Affendy

Richeese Cafe di KLIA 2

 

Richeese Cafe
Richeese Cafe
First aku nak nak flight di KLIA 2 ni..Sebab kali ni aku nak travel naik air asia...Jadi Air asia ni semuanya di KLIA 2. Dalam KLIA 2 ni, punya la banyak kedai-kedai termasuk kedai makan..dah rasa masuk dalam mall plak aku rasa😁😁😁

Aku tak suka sangat richeese ni, anak aku la ni nak makan...korang siap boleh pilih level kepedasan tau di richeese ni...

ayam goreng pedas ikut level kepedasan
ayam goreng pedas ikut level kepedasan
Nak tahu kar mana lokasi Richeese ni, korang msuk jer KLIA2, cari jer dalam tu..ad jerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Missen Cafe, Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang

 

Missen Cafe, Bertam
Missen Cafe, Bertam
Aku pernah review cafe ni dalam blog aku ni..korang boleh baca DISINI. Masa tu sebelum covid lockdownπŸ˜…...dah lama la aku tak datang sini balik..

Cafe ni menu diorang berkonsepkan western...jadi, oleh yang demikian....maka aku pun mengoder la menu wester dalam ni...Air kalau korang ambil yang large, nanti korang dapat aku satu baldiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

speghetti bolognese
speghetti bolognese

nasi goreng chicken chop
nasi goreng chicken chop

chicken chop
chicken chop

french fries
french fries

menu ni aku lupa nama dia...
menu ni aku lupa nama dia...πŸ˜…πŸ˜‡

2 air gelas besar minum sorang tak boleh habis ni
2 air gelas besar minum sorang tak boleh habis ni
menu sedap-sedap dan sempoi-sempoi....kora boleh cari Missen Cafe i di Bertam, kepala Batas Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°30'54.7"N 100°26'55.0"E atau 5.515201881246418, 100.4486009421589

https://maps.app.goo.gl/mC3xLGDEfdrgVn4Q7

RESIPI AYAM TANDOORI YANG SANGAT SEDAP

ayam tandoori
ayam tandoori

Bahan-bahan:
Campuran rempah ratus:
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 2 inci hirisan halia
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar marjerin-sapukan pada ayam  panas-panas setelah ayam masak
  • 2 ikat daun pudina
  • 2 biji buah lemon
  • 1 cawan susu cair
  • 2 ikat daun ketumbar
  • sedikit pewarna merah
Cara membuat tairu:
  • Potong lemon dan gunakan 1/2 sahaja.
  • Kemudian perahkan kedalam satu cawan susu cair.Kacau sehingga sebati.Susu akan berubah tekstur.
  • Kalau malas nak buat beli plain yogurt.
Cara membuat bahan perapan:
  • Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar.
  • Perah satu biji lemon ke dalamnya.Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt.
  • Kisar bahan-bahan tersebut hingga sebati.
  • Kemudian lumurkan bahan perapan  pada ayam hingga sekata.
  • Perapkan ayam didalam beg kedap udara.Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam.
  • Perap selama 5 jam atau perap semalaman.
  • Bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam.Kalau nak cepat,boleh goreng seperti biasa ataupun guna pemanggang ajaib..Siap.
Kredit resepi:MamaMia Kitchen

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI

Bahan-bahan:
  • 1 kg siput sedut
  • 2 ikat pucuk ubi
  • 5 ulas bawang merah ~ kisar halus
  • 3 ulas bawang putih ~ kisar halus
  • 2 inc kunyit hidup ~ kisar halus
  • 2 inc halia ~ kisar halus
  • 15 tangkai cipi padi ~ kisar halus
  • 2 batang serai ~ di titik
  • 500 ml santan
Cara-cara:
  • Siput sedut di berus hingga bersih
  • Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur
  • Potong bahagian ekornya
  • Cuci bersih dan toskan
  • Pucuk ubi ambil bahagian pucuk daun yang lembut
  • Rebus hingga empuk, angkat dan toskan
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum
  • Masukkan santan, serai dan siput
  • Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
  • Masukkan pucuk ubi
  • Perasakan dengan garam
  • Masak hingga kuah sedikit pekat. Siap 
Kredit resepi: Pak Engku

Resepi masak lemak pucuk ubi tempoyak

 

masak lemak pucuk ubi tempoyak
masak lemak pucuk ubi tempoyak

BAHAN-BAHAN: 
  • 1 ikat pucuk ubi - ambil daun saja 
  • 2 sudu besar tempoyak
  • boleh tambah 1 keping asam keping-saiz sedang-sedang ya 
  • 3-4 cawan santan pekat
  • boleh tambah ya Segenggam ikan bilis
  • boleh tambah Garam secukup rasa 
BAHAN DITUMBUK LUMAT: 
  • 10 biji cili api 2-3cm kunyit hidup 
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan tumbuk , ikan bilis serta santan pekat dalam periuk kemudian dikacau supaya cukup mesra dan biarkan kuah hampir mendidih . Masukkan asam keping dan garam , kacau kemudian boleh la dimasukkan semua pucuk ubi . Biarkan kuah memdidih dan bila pucuk ubi dah cukup empuk serta masak baru la boleh ditutup api dapur . Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur sedikit gula tetapi sebaik-baiknya guna la tempoyak fresh home made baru la sedap menu ni..

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Petai

Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Petai
Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Petai

Bahan-bahan:
1/2 kg daging
  • serbuk kunyit dan garam halus (lumur pada daging)
  • 5 papan petai (amik isi shj)
  • *santan
  • *kunyit hidup
  • *bawang besar 1 biji (saiz kecil ja)
  • *cili padi 5-6 biji
  • *cili besar 1 biji
  • *sedikit belacan
  • serai (diketuk)
  • asam keping
  • garam
  • buah tomato (belah 6)
  • cili besar hijau (belah 2)
Cara-cara:
  • daging digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. kemudian disalai/bakar..bila dah siap salai/bakar,hiris nipis-nipis.
  • bland bahan bertanda * dan tuangkan dalam periuk 
  • kemudian masukkan daging dan serai.
  • masak dengan api sederhana.biar mendidih.masukkan petai, asam keping dan garam.biar masak seketika...
  • sebelum padam api masukkan cili hijau dan buah tomato
  • sedia hidang..nak bagi harum tambah hirisan daun kunyit

Resepi Telur Itik Masak Lemak Bersama Belimbing Buluh

 

Telur Itik Masak Lemak Bersama Belimbing Buluh
Telur Itik Masak Lemak Bersama Belimbing Buluh

Bahan-bahan:
  • 6 biji telur itik - dibasuh dan dicuci telur untuk menghilangkan kekotoran pada kulitnya
  • 2 kotak kecil santan pekat
  • 2 kotak kecil air
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 helai daun kunyit - dibuang tulang daun dan dihiris halus
  • 10 biji belimbing buluh - dibelah dua
  • Garam
  • Serbuk perasa
BAHAN TUMBUK LUMAT:
  • Segenggam cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1/2 biji bawang besar
Cara-cara:
  • Masukkan bahan tumbuk, serai dan secawan air ke dalam kuali.
  • Kacau dan masak hingga airnya sedikit kering.
  • Masukkan santan dan air. Masak guna api sederhana dan sentiasa dikacau untuk elak santan pecah.
  • Bila santan sudah mendidih, masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi hingga kuah mendidih sekali lagi.
  • Pastikan sentiasa dikacau.
  • Perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu di tempat yang berlainan. Biarkan sehingga telur masak. Tak perlu kacau sehinggalah telur keras dan masak.
  • Kemudian, perlahan-lahan dan berhati-hati, masukkan sudip ke dasar kuali supaya telur tidak lekat pada dasar kuali.
  • Bila telur sudah masak sempurna, tutup api dan hidangkan.

RESEPI UDANG VS NANAS MASAK LEMAK CILI PADI

UDANG VS NANAS MASAK LEMAK CILI PADI
UDANG VS NANAS MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan:
  • udang
  • 1 labu bawang besaq
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 kotak santan
  • nanas
  • cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
  • kunyit
Blend:
  • Bawang besaq + bawang putih + cabai melaka + sedikit nanas(untuk rasa kuah lebih pekat dan sedap)
Cara-cara:
  • Panas minyak
  • Tumis bahan-bahan di blend tadi sampai wangi
  • masukkan nanas (potong ikut citarasa)
  • masukkan cabai melaka (kalau nak letak)
  • masukkan santan
  • letak sedikit kunyit
  • masukkan udang
  • perasa garam dan gula
  • Siap
Kredit resepi: zihan remy via mahn

RESEPI REBUNG MASAK LEMAK CILI API

REBUNG MASAK LEMAK CILI API
REBUNG MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:
  • 300 gram rebung
  • 250 gram udang
  • 3 batang serai – diketuk
  • 3 helai daun kunyit – disiat
  • 1 keping asam keping
  • 1 liter santan cair
  • 1 biji santan
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan yang perlu dikisar :
  • 20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan
  • setengah inci kunyit hidup
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
Cara-cara memasak:
  • Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan
  • Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati
  • Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak
  • Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya.
  • Siap untuk dihidangkan
P/s:Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas lebih sedap jika dimasak dengan menggunakan santan segar.Selain itu,kuahnya perlulah sentiasa di kacau atau dilimbuk supaya kuahnya tidak berbiji-biji.

RESEPI NASI MINYAK

NASI MINYAK
NASI MINYAK 

Bahan-bahan

Nasi:
  • 3 cawan beras basmati1 sudu besar garam kasar
Aromatik:
  • 5 bawang merah, dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, dipukul alu & dicincang halus
  • 2 cm halia, dipukul alu & dicincang kasar
Untuk menggoreng:
  • 5 sudu besar ghee
  • 3 daun pandan, diikat
  • 2 batang kayu manis 4cm
  • 3 bunga lawang
  • 1 sudu kecil buah pelaga
  • 1 sudu kecil bunga cengkih
Untuk memasak:
  • 3 sudu yoghurt
  • 3 batang daun sup, dikerat
  • 1 cawan susu sejat
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 cawan air
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar ghee
Penghiasan:
  • 1 sudu besar bawang goreng
Cara-cara:
  • Bilas beras sehingga air jernih. Langkah ini akan memerlukan beberapa bilasan.
  • Rendam beras dengan air garam selama 1 jam. Tapis dan simpan tepi.Potong dan campur bahan-bahan aromatik.Pada suhu api tinggi, panas dan cairkan ghee di dalam kuali besar.
  • Bila ghee cukup panas untuk menggoreng, kira-kira 190°C, masukkan pandan, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan campuran aromatik. Goreng sehingga tepi-tepi bahan aromatik mula berkaramel.
  • Masukkan beras dan kacau hingga rata. Terus kacau sehingga beras berwarna perang sedikit dan mengeluarkan aroma seperti kacang. Ini akan mengambil masa kira-kira 5 minit.
  • Masukkan nasi dan semua bahan dari kuali ke dalam periuk nasi.
  • Masukkan yoghurt dan kacau.
  • Seterusnya, masukkan daun sup, diikuti susu, stok ayam dan air. Masukkan garam, gula dan ghee dan kacau untuk campur.
  • Masak seperti biasa dalam periuk nasi.
  • Setelah masak, hidang nasi di atas bekas hidangan dan keluarkan bahan-bahan besar seperti pandan dan kayu manis.
  • Hias dengan bawang goreng.
Tips Tambahan dari Chef:
  • Lebih baik kualiti beras basmati anda, lebih sedap nasi minyak anda.
  • Cuba keluarkan bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih dari nasi masak sebelum disajikan. 
  • Bahan-bahan ini menambah banyak rasa dan wangian kepada mana-mana masakan, tetapi agak pahit jika digigit. Bahan-bahan ini agak kecil, jadi keluarkan sebanyak mungkin dan beri amaran kepada tetamu tentang potensi tergigit ‘perangkap’ ini.
  • Guna saiz cawan yang sama untuk beras dan bahan cecair anda. Kami cadang anda guna cawan pengukur dan bukan cawan yang biasanya datang dengan periuk nasi kerana ukuran mungkin berbeza.
  • Jika ingin menambah perisa setelah nasi minyak telah masak, taburkan sedikit kismis untuk rasa manis-manis.
Kredit resepi: butter kicap 

Lepak makan-makan di Restoran Nasi Kandar Haleesya, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Restoran Nasi Kandar Haleesya
Restoran Nasi Kandar Haleesya
Nasi Kandar Haleesya ni terletak di Pusat Bandar Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Ni kira port baru la untuk lepak. Restoran ni standard macam restoran mamak yang lain la dari segi menu-menu yang ada kat sini. Ada nasi kandar, ada roti canai, mee goreng dan goreng-goreng yang lain. Kalau nak makan nasi kandar pagi-pagi takda lagi la...kena tunggu tengahari sikit. Pagi korang boleh layan roti canai..
roti canai kuah dal
roti canai kuah dal

mee goreng
mee goreng
Mee gorang memang padu..setiap kali datang aku wajib order mee goreng...aku ambil mee goreng kosong je...pernah try mee goreng daging, tapi yang kosong lagi padu... Roti canai pun sedap, kuah dal..jarang kedai mamak jual roti canai kuah dal..biasa kuah kari...
pelbagai lauk pauk untuk nasi kandar
pelbagai lauk pauk untuk nasi kandar

ni sepinggan nasi kandar aku
ni sepinggan nasi kandar aku
Kalau nak makan nasi kandar pun sedap jugak..memang boleh layan la...tak hairan la restoran nasi kandar haleesya ni sentiasa ada je orang datang.

Kepada yang datang ke Bertam, Kepala Batas ni boleh la singgah di Nasi Kandar Haleesya. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5°31'03.0"N 100°26'51.8"E atau 5.517497780044039, 100.44770664829872

https://maps.app.goo.gl/g5fQRCMYqK6QMBv28

Resepi Onion Ring

Onion Ring
Onion Ring

Bahan-Bahan:
  • 3 biji bawang besar holland - dipotong membulat
  • 8 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil gula halus
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada hitam secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 150 ml air sejuk
  • minyak masak secukupnya
Cara-cara Menyediakan:
  • Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak dan bawang holland ke dalam mangkuk besar dan gaulkan serta kacau sebati.
  • Masukkan dalam peti dan sejukkan dalam 1/2 jam.
  • Panaskan minyak dalam kuali.Pastikan minyak anda mencukupi untuk memastikan bawang yang digoreng tenggelam.
  • Celupkan bawang ke dalam adunan tepung sejuk tadi dan goreng sehingga kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.

Restoran Resepi Hatyai, Bandar Setia Fontaines, Kepala Batas, Pulau Pinang

 

Restoran Resepi Hatyai
Restoran Resepi Hatyai

Restoran Resepi Hatyai
Restoran Resepi Hatyai
Jangan keliru geng!. Ni bukan di Hatyai ya...Walaupun nama restoran ni restoran Resepi Hatyai, tapi lokasi ni restoran ni adalah terletak di  Bandar Setia Fontaines, Kepala Batas, Pulau Pinang. Ni kira kawasan perumahan yang baru la di Kepala Batas ni. 

Menu-menu di sini adalah menu-menu masakan ala thai. Macam restoran ala thai yang lain-lain jugak, menu pun lebih kurang sama. Menu restoran ni, korang boleh tengok seperti di bawah.

menu restoran resepi hatyai
menu restoran resepi hatyai

menu restoran resepi hatyai
menu restoran resepi hatyai

menu restoran resepi hatyai
menu restoran resepi hatyai

menu restoran resepi hatyai
menu restoran resepi hatyai
Menu makanan yang aku makan di restoran Resepi Hatyai ni adalah seperti dalam gambar di bawah. Sedap jugak la...boleh la korang nak try.
nasi goreng kampung
nasi goreng kampung

bihun tomyam
bihun tomyam

nasi goreng paprik
nasi goreng paprik

daging bakar
daging bakar
Ni kira first time la aku makan di sini. Walaupun restoran ni agak tersorok sikit, tapi ramai jugak yang datang makan. Mungkin repeated customer barang kali😁.

GPS koordinat dan google map lokasi Restoran Resepi Hatyai adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°30'40.8"N 100°28'37.1"E atau 5.511323, 100.476957

https://maps.app.goo.gl/8BpW9Avu1q72eikY9

RESEPI AYAM SAMBAL BALI

ayam sambal bali
ayam sambal bali

Bahan:
  • ½ ekor ayam
  • Sedikit kunyit dan garam
  • 2 biji bawang besar (saiz besar)
  • 10 ulas bawang putih
  • 6 batang serai
  • 1 inci halia
  • Sedikit belacan
  • 1½ genggam cili kering (direndam)
  • 3 tangkai daun kari
  • Sedikit gula dan sedikit garam
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
Cara-cara:
  • Goreng ayam sehingga masak. Jangan sampai garing tau.
  • Guna minyak ayam, tumis Serai dan daun kari sehingga kekuningan.
  • Masukkan bawang yang di blend tadi. Tumis sampai naik minyak.
  • Dah naik minyak, masukkan cili yang kita dah blend. Tumis sampai cili betul-betul masak.
  • Masukkan kicap manis. Renjis-renjis ikut suka. Hehe. Sebab yang ni tak de sukatan.
  • Kemudian masukkan 1 ½ sudu kicap pekat.
  • Kacau rata. Perasa kan dengan gula dan garam
  • Gaul sebati, masukkan ayam goreng tadi.
  • Kacau sampai ayam dan sambal mesra.
  • Dah siap, sedia dihidang!

RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL

ASAM PEDAS DAGING TETEL
ASAM PEDAS DAGING TETEL

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg tetel & 1/2 kg daging (direbus untuk bagi lembut)
  • cili blend 3 senduk kecil
  • bawang besar 2 biji
  • bawang putih 4 @ 5 ulas
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil halba
  • Asam keping
  • Daun limau purut
  • Kerisik
  • Garam bukit & serbuk maggie secukup rasa
Cara memasak:
  • Blender bawang besar, bwg putih, halia, lengkuas, belacan, lada hitam & jintan manis
  • Panaskan minyak & masukkan halba
  • Tumis kan bahan-bahan yang di blend tadi
  • Masuk kan cili kering
  • Masukkan asam keping, garam & maggie secukup rasa
  • Kacau sehingga naik minyak
  • Bila cili dah garing, masukkan air rebusan daging beserta daging tetel yang telah direbus
  • Akhir sekali masukkan kerisik & kacau hingga sebati
  • Siap untuk dihidang

Resepi Pau inti kelapa

Pau inti kelapa
Pau inti kelapa

Pau
====
Bahan A:
  • 1 1/2 cawan air suam kuku
  • 1 paket yis
  • 2 sdb gula pasir
(Satukan semua dlm satu bekas kacau dan biarkan berbuih. . 5- 6 minit lebih kurang)

Bahan B:
  • 4 1/2 cawan tepung gandum @ tpg pau
  • 3 sdb shortening
  • 2 sdb susu pekat manis
  • 1 1/2 sdt  baking powder 
  • Sedikit garam
(Satukan semua bahan B.. gaul hingga jadi serbuk)

Caranya:
  • Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B.. gaul rata dan uli sebati selama 8-10mnt.. kemudian peram adunan dalam bekas bertutup selama 15 minit..
  • Uli semula. . . bulat-bulatkan. .ambil satu adunan  masukkan inti dan  letak atas kertas minyak..perap lebih kurang 15-20 min dan kukus 7 min
Kredit resepi: pn mariana zainal

RESEPI PUDING KARAMEL

 

PUDING KARAMEL
PUDING KARAMEL

BAHAN-BAHAN:
Bahan gula karamel:
  • 60gm gula1 sudu makan air
Bahan puding:
  • 4 biji telur saiz A
  • 500mg susu segar
  • 70gm gula
  • Sedikit esen vanila. 
CARA MEMBUAT:
  • Masukkan gula dam loyang pembakar dan letakkan di atas api kecil. 
  • Biarkan gula menjadi keperangan tetapi jangan sampai hangit. Sejukkan gula dan ketepikan. Campurkan semua bahan puding dan pukul rata. Kemudian tapiskan untuk mendapatkan adunan yang licin. 
  • Kukus selama 45 minit atau 1 jam menggunakan kaedah water bath dengan api sederhana. Setelah masak, disejukkan.

RESEPI KOKTAIL KASTARD

KOKTAIL KASTARD
KOKTAIL KASTARD

BAHAN-BAHAN:
  • 1 tin buah-buahan koktail campuran
  • 1 tin nata de coco
  • 1 tin nenas kiub
  • ceri merah dibelah dua (optional)
  • agar-agar merah 
UNTUK KUAH KASTARD:
  • 1 tin susu cair (IDEAL)
  • 2 sudu besar tepung kastard (larutkan dalam sedikit air)
  • 6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sebab air koktail tu dah manis)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
CARA-CARA:
  • Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yang sederhana.
  • Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard tadi dan esen vanilla.
  • Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sebab takut kastard tu bergentel.
  • Bila campuran susu dan kastard tadi tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
  • Satukan campuran buah-buahan koktail, nanas kiub, agar-agar, ceri dan nata de coco tadi ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah-buahan koktail dan nanas tadi.
  • Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yang dimasak tadi ke dalam campuran koktail tadi atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. 
  • Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
  • Kalau suka bolehlah dihiaskan dengan ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yang dimesin kasar.
TAMBAHAN BAHAN-BAHAN:
  • epal merah
  • epal hijau
  • buah pear
  • buah lai
  • oren
  • kiwi
  • anggur
  • strawberi
  • kiwi
  • kesemua buah-buah ni dipotong dadu kecuali anggur dan strawberi

RESEPI PUDING JAGUNG

PUDING JAGUNG
PUDING JAGUNG

BAHAN-BAHAN:
  • 80 gm tepung kastard
  • 200 ml susu segar
  • 1 cawan jagung berkrim
  • 1½ sudu besar serbuk agar-agar
  • 400 ml Santan Kelapa M&S
  • 300 ml air
  • 100 gm gula pasir
  • Garam
CARA-CARA:
  • Larutkan tepung kastard dengan sedikit susu. Tapiskan ke dalam periuk.
  • Masukkan baki susu, jagung, serbuk agar-agar, santan, air, gula dan garam.
  • Kacau atas api perlahan hingga pekat.
  • Tuangkan campuran puding ke dalam loyang atau acuan (basahkan dulu) dan biar keras.
  • Simpan di dalam peti sejuk sebelum disajikan.