apam inti kacang merah |
Bahan-bahan:
- 2 sudu teh yis
- Setengah cwn air suam @ 100ml
- 1 sudu teh gula
Bancuh gula hingga larut kemudian tambah yis.. kacau-kacau sehingga sebati..biar sekejap hingga berbuih,
- 1½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung beras cap teratai
- 1 cawan gula nak kurang manis guna ¼ sahaja gula, sbb inti Kacang merah dah manis,
- 1 cawan air bersamaan 200ml,
- Nak buh esen boleh je ye.. dan pewarna yang di sukai,
Cara-cara:
Tepung gandum tepung beras gula dan air sekalikan dalam bekas, kacau-kacau guna senduk bagi tak berketul-ketul, kemudian tuangkan adunan yis.. kacau lagi sehingga adunan betul-betul sebati. Perap lebih kurang 40 minit bagi adunan naik ye..dah naik kacau-kacau, lepastu ikut suka nak letak pewarna apa.. acuan sapu minyak terlebih dahulu.. sudukan adunan kemudian letak inti kacang merah..
Kukus 20-25 minit.
Kredit Resepi: lydia na
No comments:
Post a Comment