Muffin Pisang Gebu |
Bahan-Bahan:
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 4 biji pisang berangan masak – dilecek halus (160gm)
- 25 gm susu segar @ susu cair
- 1/2 sudu kecil esen pisang
- 90 gm minyak jagung @ minyak masak
- 50 gm gula kastor
- 1 biji telur gred A
- 125 gm tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
- Pukul telur dan gula sehingga ringan dan berkrim, anggaran dalam 2-3 minit.
- Tambahkan susu segar, pisang lecek halus, minyak jagung serta esen pisang dan putar sekejap.
- Dalam mangkuk lain, ayak tepung, baking powder dan baking soda, gaul hingga rata.
- Masukkan tepung kedalam bahan basah dan kaup balik rata hingga tiada ketulan tepung kelihatan sedikit pun. Jangan digaul terlalu lama, cukup sekadar semua bahan bercampur sebati sahaja.
- Sudukan adunan kedalam acuan muffin atau paper cup dan bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak. Setelah masak, sejukkan ia sepenuhnya.
lamanya tak buat muffin pisang
ReplyDeletesedap harum aromanya waktu dalam oven... tak sabar nak makan