Khlong Hae Floating Market, Hatyai |
Khlong Hae Floating Market, Hatyai |
berniaga atas sampan jer |
port orang bergambar |
Korang kena try kerabu maggi dan tom yam kat Khlong Hae Floating Market. Memang sedap gila, confirm jatuh cinta dengan rasanya!
Lagi satu kalau pergi Thailand, memang wajib cuba ais krim kelapa. Kat pasar terapung ni pun ada ais krim kelapa yang paling sedap di Hat Yai.
Ada lagi tempat shopping makanan di darat |
Ada lagi tempat shopping makanan di darat |
Kalau korang nak pergi sana, sebaiknya datang selepas pukul 4 petang. Cuaca Thailand panas gila, jadi kalau datang awal, boleh jadi tak selesa sebab panas sangat.
Kalau boleh, elakkan pergi hari Sabtu sebab pasar ni penuh sesak dengan orang dari pelbagai negara (paling ramai orang Malaysia laππππ)....susah sikit la korang nak shopping dalam keadaan ramai macam tu.
Kat sini ada jual air kelapa dalam buluh dan pasu, memang unik. Kalau suka ambil gambar OOTD, air kelapa ni boleh jadi props korang...ramai dok bergambar dengan buluh air kelapa ni dalam media sosial yang aku tengokπ
Sekadar nasihat untuk korang, berhati-hatilah kalau pergi sana. Dengan keadaan yang sesak, boleh jadi ada benda yang tak diingini berlaku. Jadi, sentiasa jaga diri di tempat orang.
Kalau korang nak ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
GPS koordinat: 7°02'46.5"N 100°28'27.5"E atau 7.046279622717418, 100.47428966058966
https://maps.app.goo.gl/ZZvV2cmEXZm1ebeZA
No comments:
Post a Comment