PAU KAYA PANDAN |
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung pau
- 50gm gula halus
- 2gm garam halus
- 15gm Shortening
- 3gm yis
- 1 sudu kecil baking powder
- 3gm magic improver atau bread softener
- Air secukupnya
- Inti pes pandan atau apa-apa inti kegemaran
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk kecuali yis.
- Sebatikan bahan dan masukkan air secukupnya.
- Kemudian masukkan yis dan putar doh hingga adunan menjadi elastik.
- Selepas siap adunan, timbang doh seberat 40-50g setiap satu.
- Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 5 minit.
- Masukkan inti ke dalam doh dan bulatkan. Perap sekejap dalam 35 minit hingga doh kembang.
- Sebelum kukus, panaskan air dalam periuk kukus terlebih dahulu. Kemudian letak doh pau tadi dan kukus selama 10-12 minit guna api sederhana besar.
- Untuk nak tahu pau siap masak atau belum, lihat permukaan pau. Jika licin ia menunjukkan pau telah masak.
- Keluarkan pau dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resepi & foto: Fierah Zulaikha
No comments:
Post a Comment