Resepi Kek Marble Bakar Mudah

 

Kek Marble Bakar
Kek Marble Bakar

Bahan-bahan:
  • 300g mentega
  • 250g tepung naik sendiri
  • 200g gula kastor
  • 5 biji telur
  • 3 sudu teh serbuk koko
  • 2 sudu besar susu cair
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh pewarna pilihan
Cara-cara:
  • Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan ovalette dan esen vanilla. Teruskan memukul.
  • Masukkan telur dan perlahankan speed mixer.Tambah tepung dan susu cair.
  • Bahagikan kepada tiga bahagian. (Koko, pewarna dan satu lagi perisa asal)
  • Sendukkan perisa asal ke dalam tin pembakar, diikuti satu senduk yang dicampurkan pewarna kemudian satu senduk bercampur koko.
  • Ulangi proses sehingga habis.
  • Bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau sehingga kek masak.

Makan western food di Big Tas Tea Pokok Sena, Penang

Big Tas Tea Pokok Sena
Big Tas Tea Pokok Sena

Peminat makanan barat (western food) di Kepala Batas, boleh la cari restoran Big Tas Tea yang terletak di Pokok Sena. Restoran ni menyagikan makanan yang berkonsepkan western food. Ada pelbagai jenis menu ada di sini.
set talam western
set talam western

olio aglio
olio aglio
Disebabkan aku nak merasa semua makanan western, so aku order la set talam.... Dalam set ni ada pelbagai jenis menu western. Jadi boleh la menikmati keenakan hampir kesemua menu western di dalam satu hidangan.
air minuman
air minuman
Korang boleh la cari cawangan Big Tas Tea ni di area Pokok Sena. Aku sertakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5°29'16.7"N 100°27'28.2"E atau 5.487958332177863, 100.45781898061345

https://maps.app.goo.gl/uXJgwPyRrazLLpnw5

RESEPI CUPCAKE PISANG

CUPCAKE PISANG
CUPCAKE PISANG

Bahan-bahan:
  • 1 cawan pisang lemak manis lecek halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • secubit garam
Cara-cara:
  • Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  • Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
  • Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
  • Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
  • Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
  • Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.
Kredit resepi: Che Amie

Santai-santai di Khlong Hae Floating Market, Hatyai Thailand

 

Khlong Hae Floating Market, Hatyai
Khlong Hae Floating Market, Hatyai

Khlong Hae Floating Market, Hatyai
Khlong Hae Floating Market, Hatyai

Pasar Terapung Khlong Hae di Hatyai memang terkenal. Ini satu-satunya pasar terapung di Selatan Thailand, Hatyai. Setiap hujung minggu dari Jumaat sampai Ahad, pasar ini memang meriah. Yang bestnya, barang-barang jualan tu semua melalui sampan je, jadi unik sikit. Pasar ni buka dari jam 2 petang sampai 9 malam, so pastikan korang datang pada hari dan waktu yang betul.
berniaga atas sampan jer
berniaga atas sampan jer

port orang bergambar
port orang bergambar

Korang kena try kerabu maggi dan tom yam kat Khlong Hae Floating Market. Memang sedap gila, confirm jatuh cinta dengan rasanya!

Lagi satu kalau pergi Thailand, memang wajib cuba ais krim kelapa. Kat pasar terapung ni pun ada ais krim kelapa yang paling sedap di Hat Yai.

Ada lagi tempat shopping makanan di darat
Ada lagi tempat shopping makanan di darat

Ada lagi tempat shopping makanan di darat
Ada lagi tempat shopping makanan di darat

Kalau korang nak pergi sana, sebaiknya datang selepas pukul 4 petang. Cuaca Thailand panas gila, jadi kalau datang awal, boleh jadi tak selesa sebab panas sangat.

Kalau boleh, elakkan pergi hari Sabtu sebab pasar ni penuh sesak dengan orang dari pelbagai negara (paling ramai orang Malaysia laπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚)....susah sikit la korang nak shopping dalam keadaan ramai macam tu.

Kat sini ada jual air kelapa dalam buluh dan pasu, memang unik. Kalau suka ambil gambar OOTD, air kelapa ni boleh jadi props korang...ramai dok bergambar dengan buluh air kelapa ni dalam media sosial yang aku tengokπŸ˜…

Sekadar nasihat untuk korang, berhati-hatilah kalau pergi sana. Dengan keadaan yang sesak, boleh jadi ada benda yang tak diingini berlaku. Jadi, sentiasa jaga diri di tempat orang.

Kalau korang nak ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 7°02'46.5"N 100°28'27.5"E atau 7.046279622717418, 100.47428966058966

https://maps.app.goo.gl/ZZvV2cmEXZm1ebeZA

Kaysorn Souvenir tempat wajib singgah untuk shopping di Hatyai Thailand

 

Kaysorn Souvenir, Hatyai
Kaysorn Souvenir, Hatyai

Kaysorn Souvenir, Hatyai
Kaysorn Souvenir, Hatyai

Di sini adalah salah satu gudang untuk membeli belah yang terdapat di Hatyai. Kebanyakan orang yang mengunjungi tempat ini adalah orang Malaysia. Korang akan lihat bila musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu atau cuti perayaan, pasti dan pasti ramai pelancong dari Malaysia akan ke sini untuk mendapatkan cenderamata Hatyai.. Sekali datang berbas-bas, mana tak penuh satu kedai dengan rakyat Malaysia jerπŸ˜…πŸ˜…
pelbagai baju yang cantik-cantik
pelbagai baju yang cantik-cantik

pelbagai baju yang cantik-cantik
pelbagai baju yang cantik-cantik
Pelbagai jenis corak & jenis baju yang terdapat di sini. Saiz juga available bermula dari bayi sehingga orang dewasa. Kain baju di sini dikatakan lebih berkualiti dan pastinya harga sedikit berbeza dari pasaran luar. Mudahnya di sini, saiz dan corak baju yang begitu banyak membuatkan kita rambang mata.
baju-baju tshirt
baju-baju tshirt
Kat sini juga ada banyak keychain and fridge magnet tapi harganya sama je dekat tempat lain, cuma korang ada banyak pilihan la di sini. Jadi bolehlah borong kalau nak bagi hadiah kat orang lain.. atau souvenir untuk kawan-kawan atau keluarga.

Beg kat sini ada macam-macam size. Pelbagai kegunaan. Beg dompet kecil atau beg barang yang besar pun ada di sini.. 
 
Selain itu, ada jugak jual produk barangan keluaran Thailand seperti Meggi, pes tomyam, beras, kacang, coklat, dan lain-lain. Harga mahal sikit la compare denga ntempat lain. Sebab kedai dia more to souvenir..

Jadi jangan lupa singgah sini bila dah datang Hatyai..

Sebagai panduan lokasi Kaysorn ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan.

GPS Koordinat: 7.003432811346121, 100.47892361902207

Resepi Cheezy French Toast

 

Cheezy French Toast
Cheezy French Toast

Bahan:
  • 8 kpg roti
  • 4 kpg cheese
  • 3 bj telur
  • 3 sb susu uht
  • 1 sk serbuk cukup rasa
  • sedikit serbuk blackpeppper
  • sedikit butter
Cara Buat:
  • pukul telur, serbuk cukup rasa, black pepper & susu hingga sebati.
  • roti & cheese dilapiskan seperti sandwich & potong 4 tiap satu.
  • panaskan non stick pan dgn sedikit butter.
  • celup roti td dalam adunan telur & goreng atas pan dengan api yang kecil.. balik-balikkan hingga kekuningan..siap.
Kredit resepi: resepicampakcampak (IG)

Resepi Ikan Bakar Sempoi

Ikan Bakar
Ikan Bakar

Bahan-bahannya:
  • 500 g ( pelbagai jenis ikan)
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
Untuk Air Asam:
  • 100 ml jus asam jawa
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil gula melaka
  • 1 biji bawang besar dicincang kasar
  • 10 biji cili padi dihiris halus
  • 4 biji cili merah dihiris halus
  • 2 helai daun ketumbar dihiris halus
Cara Penyediaanya:
  • Mula-mula siang ikan. Buang isi perut dan insang. Buat beberapa torehan yang dalam pada kedua-dua belah ikan agar mudah ketika diperap.
  • Letakkan pada pinggan dan lumurkan serbuk kunyit dengan serbuk perasa pada seluruh ikan. Perap selama 10 minit.
  • Masak ikan di atas gril, penyalai atau pemanggang dengan suhu yang tinggi hingga masak sepenunhnya dan bahagian luar menjadi sedikit rangup.
  • Untuk air asam pula, tambahkan jus asam jawa, air, gula Melaka, masak hingga mendidih. Selepas itu biarkan sejuk hingga menjadi suhu bilik.
  • Kemudian, masukkan bawang yang telah dicincang, cili padi, cili merah dan daun ketumbar.
  • Nikmati ikan bakar dengan air asam.

Mudahnya Buat Cili Jeruk Tahan Lama & Rangup

Bahan-bahan:
  • Cili hijau (ambil yang segar/keras)
  • Gula
  • Garam
  • Cuka Masukkan 2 sudu gula dan 2 camca kecik garam. Dalam kes saya ni, saya bubuh 5/6 cili, bubuh gula dan garam, kemudian bubuh lagi balance cili (sebenarnya sebab tak nak bagi gula dan garam tumpah).
Cara Buat:
  • Pastikan cili hijau kering ye. Kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama, lap pakai tisu. Apa yang penting kering.
  • Bila dah kering, potong ikut suke ya. Nak cantik, pakai pisau yang betul-betul tajam. Lepas dah siap potong, jampi-jampi sikit. Eh, tampi bagi biji-biji dia keluar.
  • Masukkan dalam botol kaca ye, kalau botol lain saya tak jamin fresh.
  • Masukkan cuka sehinga 2/3 botol. Takyah bubuh penuh cukanya, nanti susah nak ceduk. Membazir pun ada.
  • Dah siap,tutupkan botol kaca tu, tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam gula cuka.
  • Tada!!! dah siap,esok dah boleh makan. InsyaAllah tahan lama dan rangup.
  • Kejadiannya setelah hampir 24jam. Dah boleh makan!
Tips: 
botol & cili tu kena betul-betul kering, kalau tak cili jeruk anda akan diselaputi lapisan putih (kulat).

Kredit resepi: petua ibu
dikongsikan Puan Nurul Nadia Dan Azhar

6 Sebab Kenapa Perlu Sarapan Dengan Telur Separuh Masak

 Seringkali kita lihat telur menjadi makanan utama dalam menu sarapan. Malahan, ia menjadi kegemaran ramai untuk diambil sebagai pemula hari yang baharu agar lebih bertenaga untuk melakukan sebarang aktiviti. Di sini, kami kongsikan beberapa khasiat dan kebaikan bersarapan dengan telur separuh masak.

1. Membantu Pembentukan Otot
Pengambilan telur separuh masak membantu dalam membentuk otot tegap dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.

2. Menurunkan Berat Badan
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi tenaga. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber tenaga yang jauh lebih baik, jika dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda untuk kenyang lebih lama.

3. Menguatkan Daya Ingatan
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak seseorang.

4. Mencegah Penuaan
Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara tetap boleh membantu tubuh, organ tubuh, serta fungsinya mengelak daripada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.

5. Mencegah Anemia
Darah di dalam tubuh sangat, dan kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.

6. Baik Untuk Mata
Vitamin A yang terkandung dalam telur separuh masak adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata. Vitamin A nya jauh lebih banyak, berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.

Sumber: Women Online Magazine  ResepiMasterChefFazleyYaakob 

59 tempat menarik di negeri kelantan

 ✅Menarik di KotaBharu
~ Street Art Kota Bharu
~ Pantai Mek Mas
~ Pantai Pulau Kundur @ Pulau Nami - 2
~ Bazaar Karat KB
~ Masjid Ar-Rahman, Pulau Gajah 
~ Min House Camp Kubang Kerian
~ Pantai Cahaya Bulan 
~ Pantai Sabak
~ Pantai Nusuk, Sabak 

✅Menarik di Bachok
~ Kemayang Lagoon
~ Pulau Nami - 1 @ Pantai Senok 
~ D'Aur Beach Resort
~ Pantai Irama
~ Hattori Coffee
~pantai kuala rekang

✅Menarik di PasirPuteh
~ Pantai Bisikan Bayu
~ Jeram Pasu
~ Jeram Mengaji @ Mak Nenek
~ Tok Aman Bali Beach Resort
~ Jeram Linang
~ Masjid Andalusia

✅Menarik di Machang
~ Lorong Cek Mek Molek Street Art
~ Bukit Bakar

✅Menarik di KualaKrai
~ Istana Sangkut
~ Gua Ikan, Gua Keris
~ Jelawang pipe Resort & extreme
~ Air Terjun Chenulang
~ Gunung Ayam, Baha, Stong
~ Air Terjun Jelawang
~ Aie Terjun Gunung Stong
~ Dabong
~ Zoo Kuala Krai 

✅Menarik di GuaMusang
~ Masjid Razaleigh ala Masjidil Haramm
~ Taman Negara Kuala Koh
~ Bunga Rafflesia Lojing
~ MoonRiver Lodge, Lojing
~ Masjid Buloh
~ Chalet Orang Asli 
~ Gua Chiku 2

✅Menarik di Jeli
~ Bukit Kudung & Lalang's Chalet
~ Gunung Reng
~ Lata Janggut
~ Lata Kashmir 
~ Rumah Kucing Bandar Jeli (Sebelah Pejabat Veterinar) 

✅Menarik di Tanah Merah
~ Bukit Panau
~ Guillemard Bridge
~ Lata Bijih
~ Jambatan Sultan Ismail

✅Menarik di PasirMas
~ Masjid Brunei
~ Danau To' Uban
~ Rumah Tokey Dodol
~ Masjid Beijing 

✅Menarik di Tumpat
~ Muzium Wau
~ Pulau Suri Floating Market
~ Kilang Serunding RS & Suzara Kg. Laut
~ Masjid Kampung Laut
~ Kampung Warisan @ Kilang Serunding Kg Laut
~ Pantai Sri 7
~ Pantai Geting

RESEPI BISKUT CORNFLAKES

 

BISKUT CORNFLAKES
biskut cornflakes

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan gula halus (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 1 1/2 cawan planta/butter
  • 1 cawan kismis (potong kecil)
  • 2 biji kuning telur
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cawan cornflake (ramas kasar)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 susu teh baking pwder
  • Extra conflakes untuk celup
Cara-cara:
  • Pukul margerin & gula hingga sebati masukkn telur, esen dan susu pekat manis, gaul sebati dan masukkan smua bahan-bahan lain. Gaul hingga rata.
  • Sudukan dan celup dalam cornflakes yg diramas. Letak atas dulang dan bakar Pada suhu 150'c selama lebih kurang 25 minit bergantung pd oven masing-masing.
  • Bakar sehingga biskut dah rupa golden brown.Tunggu sejuk dan bolehlah disimpan dlm bekas kedap udara.
Nota:
Selain kismis, boleh letak chocolate chips, almond cincang. Nak campur pun boleh.
adunan memang lembik, jangan tambah tepung, nanti dah masak dalam gebu macam kek tapi rangup diluar.

Resepi Lala Masak Pattaya

Lala Masak Pattaya
Lala Masak Pattaya

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg lala
  • 3 sudu minyak masak untuk menumis
  • 3 biji cili hidup ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 1 inci halia diketuk
  • 2 batang serai dibelah 4
  • 5 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos tomato/sos cili
  • 3-5 helai daun limau purut
  • 1 biji perahan limau nipis
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 gelas air…..ikut kepekatan kuah
  • daun bawang
  • garam & gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
  • tumis serai hingga wangi
  • masukkan halia dan cili hidup yang telah ditumbuk bersama bawang putih
  • masukkan sos tiram dan sos tomato/sos cili
  • masukkan 1 sudu gula
  • masukkan lala
  • masukkan bawang besar dan daun limau purut, dan kacau rata
  • tutupkan lala dengan tudung kuali selama 2 minit
  • buka tudung kuali…..lala tadi akan terbuka kulitnya dan sebagai petanda ia sudah masak
  • Perahkan air limau nipis
  • masukkan tomato
  • rasa….dan tambahkan garam jika kurang masin (sos tiram memberi rasa masin pada masakan)
  • Hidang dengan daun bawang. 

Ni baru betul-betul nasihat A hingga Z ( A to Z)!

 Subhanallah Cerdas sekali yang merangkai erti abjad ini :  A hingga Z


A llah
B eri kita hidup
C uma sekali
D i dunia ini...
E sok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimat syahadat
L ailaha Illallah
M uhammaddur Rasulullah
N ikmat dunia hanya sementara
O rang muda atau tua
P asti merasakan mati
Q ualitas Iman jaminannya syurga
R asulullah s.a.w bersabda :
S iapa bisa mengucap syahadat jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia didepan kita
Y ang pasti semua akan ditinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dan Amal.

PERKARA YANG WARGA EMAS PERLU AMBIL TAHU

Masalah yang muncul pada manusia apabila mereka sudah tua dipanggil sarcopenia. 
 
Apakah maksud  'sarcopenia'..?

Sarcopenia ialah kehilangan jisim dan kekuatan otot rangka akibat penuaan.
   Ia adalah keadaan yang dahsyat.

  Mari terokai sarcopenia.

   1.  Amalkan tabiat suka berdiri; jangan malas dan banyak habiskan masa dengan hanya duduk dan  berbaring.

   2.  Jika orang tua jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital, jangan minta dia hanya baring dan berehat dan tidak bangun dari katil.
   
Berbaring selama seminggu akan mengakibatkan kehilangan sekurang-kurangnya 5% jisim otot.
Orang tua itu tidak dapat memulihkan ototnya yang merosot.
 
  Kebiasaannya, warga emas yang mengambil pembantu akan lebih cepat kehilangan otot.

   3.  Sarcopenia lebih menakutkan daripada osteoporosis.
 Dengan osteoporosis, kita hanya perlu berhati-hati agar tidak jatuh, manakala sarcopenia bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup tetapi juga menyebabkan paras gula darah meningkat tinggi kerana jisim otot yang tidak mencukupi untuk membantu pergerakan.

   4.  Kehilangan atrofi otot yang paling cepat adalah pada otot kaki.
  Kerana apabila seseorang sedang duduk atau berbaring, kaki tidak bergerak dan kekuatan otot kaki terjejas.
Ini amat penting.
 
Kita harus berhati-hati dengan sarcopenia.

   Naik dan turun tangga, berjalan dan berbasikal adalah senaman yang hebat dan boleh meningkatkan jisim otot.

  Untuk kualiti hidup yang lebih baik bagi orang tua.....

   Banyakkan bergerak, jangan buang otot

  Penuaan bermula dari kaki ke atas.
       
   Pastikan kaki anda aktif dan kuat.

   ▪️ Apabila kita semakin tua setiap hari, kaki kita harus sentiasa aktif dan kuat.
   ▪️ Jika kita tidak menggerakkan kaki kita selama 2 minggu sahaja, kekuatan kaki sebenar kita, akan berkurangan selama 10 tahun.

   Senaman yang kerap SEPERTI BERJALAN, AMAT PENTING.

   Kaki adalah sejenis tiang yang menanggung seluruh berat badan manusia.

   BERJALAN-JALANLAH SETIAP HARI....!

   Menariknya, 50% tulang seseorang dan 50% otot berada di bahagian kaki.

   ADAKAH ANDA BERJALAN..
   Sendi dan tulang yang terbesar dan terkuat dalam tubuh manusia juga terdapat di kaki.

   70% aktiviti manusia dan pembakaran tenaga dalam kehidupan manusia dilakukan oleh kedua-dua kaki kita.

   Kaki adalah pusat pergerakan badan..
  ▪️ Kedua2 kaki bersama mengandungi 50% saraf tubuh manusia, 50% saluran darah dan 50% darah yang mengalir melaluinya.

  Penuaan bermula dari kaki ke atas
  ▪️ Senaman kaki tidak pernah terlambat walaupun selepas umur tujuh puluh, lapan puluh tahun.
  ▪️ Berjalanlah sekurang-kurangnya 30-40 minit sehari untuk memastikan kaki anda mendapat senaman yang mencukupi dan untuk memastikan otot-otot kaki kita kekal sihat.

   Kongsi maklumat penting ini dengan semua rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga kita yang berumur lebih dari 40 tahun,kerana semua orang semakin tua setiap hari..

RESEPI CENDAWAN GORENG TEPUNG RANGUP

CENDAWAN GORENG TEPUNG RANGUP
CENDAWAN GORENG TEPUNG RANGUP

Bahan-bahan:
  • Cendawan
  • Telur - 1 biji
  • Perencah maggi kari
  • Tepung jagung
Cara-cara:
  • Cendawan kena basuh dan toskan kasi betul-betul kering (boleh gunakan kitchen towel/tisu untuk serap lebihan air kat mushroom ni)
  • Pecahkan telur then masukkan perencah maggi ke dalamnya. Pukul hingga kembang
  • Celupkan mushroom ke dalam telur
  • Keluarkan dari telur tu, golek-golek kan pulak mushroom ni kat atas tepung jagung
  • Masukkan ke dalam minyak panas
  • Goreng hingga kekuningan
  • Angkat dan toskan

RESEPI PAU KAYA PANDAN YANG SEDAP, GEBU & MUDAH

PAU KAYA PANDAN
PAU KAYA PANDAN

BAHAN-BAHAN:
  • 250gm tepung pau 
  • 50gm gula halus 
  • 2gm garam halus
  • 15gm Shortening
  • 3gm yis
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 3gm magic improver atau bread softener 
  • Air secukupnya
  • Inti pes pandan atau apa-apa inti kegemaran
CARA MEMASAK:
  • Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk kecuali yis.
  • Sebatikan bahan dan masukkan air secukupnya.
  • Kemudian masukkan yis dan putar doh hingga adunan menjadi elastik.
  • Selepas siap adunan, timbang doh seberat 40-50g setiap satu.
  • Bulatkan doh dan rehatkan doh selama 5 minit.
  • Masukkan inti ke dalam doh dan bulatkan. Perap sekejap dalam 35 minit hingga doh kembang.
  • Sebelum kukus, panaskan air dalam periuk kukus terlebih dahulu. Kemudian letak doh pau tadi dan kukus selama 10-12 minit guna api sederhana besar.
  • Untuk nak tahu pau siap masak atau belum, lihat permukaan pau. Jika licin ia menunjukkan pau telah masak.
  • Keluarkan pau dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resepi & foto: Fierah Zulaikha

Resepi Sizzling Yee Mee

 

Sizzling Yee Mee
Sizzling Yee Mee

Bahan Tumis:
  • 5 ulas Bawang Putih *ketuk
  • 2 inci Halia *hiris
  • 10 tangkai Cili Kering *potong

Bahan Lain:
  • Isi Ayam *potong kecil
  • 4 sdb Sos Tiram
  • 4 sdb Kicap Cair
  • 1 sdk Minyak Bijan
  • 1 ketul kecik Gula Melaka
  • 4 cwn Air
  • 1 sdb Lada Hitam *tumbuk
  • 1 mangkuk Cendawan Shitake
  • 1 kiub Ayam
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • 4 sdb Tepung Jagung *bancuh air
  • Garam, Gula *jika perlu
  • Sawi
  • Telur
Cara:
  • Tumis Bahan Tumis *naik bau
  • Masuk Isi Ayam *biar sebentar
  • Masukkan Sos Tiram + Kicap Cair + Minyak Bijan + Air *biar mendidih
  • Masuk Shitake
  • Masukkan Lada Hitam + Gula Melaka *biar sebati
  • Masuk Air Asam Jawa
  • Masukkan Bancuhan Tepung Jagung
Nota:
Panaskan Hot Plate @ Non Stik Pan
Masuk Yee Mee
Letak Sawi
Tuang Kuah Sizzling
Pecah Telur
Biar Telur & Mee masak sebentar

Kredit resepi: Junaidah Abdullah

RESEPI KUIH SAGU MATA IKAN

 

KUIH SAGU MATA IKAN
KUIH SAGU MATA IKAN

Bahan-bahan:
  • 3 cawan air
  • 1 cawan sagu
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 6 titik sirap pekat
  • sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)
Cara-cara:
  • Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sebati.
  • Bila air dah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
  • Kemudian bila dah nampak pekat sikit, masukkan gula pasir.Jangan masuk gula pasir awal-awal, nanti susah nak hilang putih-putih biji sagu tu.
  • Kacau sehingga pekat.
  • Bila dah likat sikit...Masukkan ke dalam bekas/loyang.
  • Kukus sehingga sagu kembang and tiada lagi putih-putih. (kaedah kukus digunakan bagi mendapatkan struktur sagu yang berbiji-biji).
  • Sejukkan sagu di luar.
  • Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa dan gaulkan bersama-sama kelapa putih.
  • Siap untuk dihidangkan.

Penyelidikan Universiti Denmark: Keyakinan diri selepas usia pertengahan bukan di otak, tetapi di kaki!

 1. Semakin meningkat usia, kaki dan kaki mesti sentiasa kuat.

2. Apabila anda semakin tua, anda tidak perlu risau tentang rambut anda menjadi uban, kulit kendur, atau kulit berkedut. Sebaliknya, anda harus menjaga kaki anda.

3. American Journal of Prevention menggariskan tanda-tanda umur panjang, dengan otot kaki yang kuat disenaraikan sebagai otot yang paling penting.

4. Jika anda tidak menggerakkan kaki anda dalam masa dua minggu, kekuatan kaki anda akan berkurangan selama 10 tahun.

5. Penyelidikan telah mendapati bahawa jika semua peringkat umur tidak aktif selama dua minggu, kekuatan otot kaki mereka akan menjadi lemah sebanyak 1/4, bersamaan dengan 20 hingga 30 tahun penuaan.

6. Jika otot kaki lemah, walaupun kita melakukan pemulihan dan senaman, ia akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

7. Senaman dan berjalan secara kerap adalah sangat penting.

8. Keseluruhan berat badan terletak pada kaki.

9. Badan manusia menanggung berat di atas kakinya. 50% daripada berat badan manusia adalah dalam tulang, dan 50% daripada tulang adalah di kaki.

10. Sendi dan tulang yang terbesar dan terkuat dalam tubuh manusia ialah di bahagian kaki.

11. Tulang yang kuat, otot dan sendi yang fleksibel membentuk "Segi Tiga Besi", yang membawa beban paling penting pada tubuh manusia.

12. 70% daripada tenaga aktiviti anda dibakar di kaki anda.

13. Masa muda, peha dah kuat angkat kereta!

14. Kaki dan kaki adalah "pusat pergerakan" badan.

15. Kaki mengandungi 50% saraf tubuh manusia, 50% saluran darah dan 50% darahnya.

16. Rangkaian peredaran darah besar yang menghubungkan kaki ke badan.

17. Mereka yang mempunyai kaki dan kaki yang sihat akan mempunyai aliran darah yang lancar, dan mereka yang mempunyai otot kaki yang berkembang dengan baik akan mempunyai jantung yang kuat.

18. Apabila orang tua, mereka bermula dari kaki dan kemudian naik ke atas.

19. Apabila orang semakin tua, ketepatan dan kelajuan penghantaran arahan otak ke kaki menurun berbanding dengan orang muda.

20. Semakin meningkat usia, kalsium tulang akan hilang lambat laun, jadi orang tua mudah patah tulang.

21. Patah tulang pada orang tua terdedah kepada komplikasi, terutamanya penyakit maut seperti trombosis serebrum.

22. Secara statistik, 15% warga emas mati dalam tempoh satu tahun selepas mengalami patah tulang paha!

23. Masih belum terlambat untuk bersenam kaki untuk lelaki berusia 60 tahun.

24. Kaki dan kaki akan menua dengan masa, tetapi bersenam kaki dan kaki adalah tugas sepanjang hayat.

Sekadar perkongsian.

Peringatan Buat Diri Serta Muslimin dan Muslimat


1 - Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:40 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.

2 - Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3 - Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4 - Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.

5 - Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah-mudahan dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6 - Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.

7 - Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 - Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg  utama.

9 - Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.

10 - Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang-orang yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yg istiqamah bersugi. 

12 - Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13 - Lazimi pagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

Perbaiki solatmu,
maka Allah akan perbaiki hidupmu.
Cintailah Nabimu,
maka Allah akan mencintaimu.
Muliakanlah ibumu,
maka Allah akan memuliakanmu.
Bahagiakan ayahmu,
maka Allah akan bahagiakan hidupmu.

Cara menjaga solat waktu :

1 - Buat solat taubat ..
2 - Solat diawal waktu ..
3 - Qada solat jika tertinggal ..
4 - Paksa diri untuk solat walaupun rasa terpaksa ..
5 - Berdoa semoga diri diteguhkan keimanan ..
6 - lstighfar jika terniat untuk tinggalkannya ..

Masukkan 5 perkara dalam hati kita :

1 - Rasa ingin dekat dengan Allah ..
2 - Rasa ingin diampuni Allah ..
3 - Rasa ingin dibersihkan ..
4 - Rasa ingin diangkat darjat ..
5 - Rasa ingin diubah tabiat ..

KESIMPULAN : 
Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah

"Wahai jiwa-jiwa yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. 

Nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

RESEPI LEPAT LABU

 

lepat labu
lepat labu

Bahan-bahan:
  • 500 gm labu kuning (kukus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung tepung beras
  • 1/2 cawan pati santan
  • 1 biji kuning telur
  • 1tsp garam
  • Gula secukup rasa (brown sugar pun boleh)
  • Kelapa parut + garam (untuk inti)
  • Daun pisang layurkan dulu
Cara-cara:
  • Campurkan kedua-dua tepung + kuning telur + santan + gula ke dalam labu yang telah dilecek.
  • Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung...adunan mesti tak terlalu lembik
  • Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang.
  • Masukkan inti kelapa ditengah-tengahnya.
  • Kemudian bungkus seperti buat lepat biasa.
  • Kukus sampai masak.

Makan dimsum di Restoran Dimsum Chabura, Hatyai, Thailand

 

Restoran Dimsum Chabura, Hatyai, Thailand
Restoran Dimsum Chabura, Hatyai, Thailand

Restoran Dimsum Chabura, Hatyai, Thailand
Restoran Dimsum Chabura, Hatyai, Thailand

Siapa yang nak travel ke Hatyai, dan korang peminat dimsum, korang boleh cari dekat restoran dimsum yang paling sedap di Hatyai iaitu di Restoran Dimsum Chabura yang beralamat di 430 Ratthakan, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand. Jangan rasa was-was ye, di sini dimsum HALAL.

Dimsum di sini pun boleh dikatakan murah la jugak. Lepas tu korang boleh self service untuk ambil dimsum yang korang nak.

layan diri ambil dimsum
layan diri ambil dimsum

layan diri ambil dimsum
layan diri ambil dimsum

layan diri ambil dimsum
layan diri ambil dimsum
Banyak pilihan yang ada kalau korang datang awal. Antara dimsum yang ada adalah fish cake, sayur brokoli, sosej, isi ketam, isi udang, telur, isi ayam dan banyak lagi. Nak tunggu diorang masak pun boleh, sekejap jer. Kalau taknak makan dimsum pun, ada jugak masakan lain yang goreng-goreng ke... Tapi dah datang sini, wajib la kan nak rasa dimsum...walaupun aku bukan la peminat dimsumπŸ˜…πŸ˜…. Gambar kat bawah ni adalah menu-menu yang aku order. Sebenarnya aku pun dah lupa nama-nama menu yang aku order tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
yang ni bubur nasi
yang ni bubur nasi

yang nasi putih makan dengan apa ntah hahaha
yang nasi putih makan dengan apa ntah hahaha

hidangan ni datang sekali dalam kotak..kira 1 set la..pun aku tak ingat nama menu ni
hidangan ni datang sekali dalam kotak..kira 1 set la..pun aku tak ingat nama menu niπŸ˜…

yang ni macam mee udang galah
yang ni macam mee udang galah😎

yang ni pun sedap...nama lupa
yang ni pun sedap...nama lupa😌

green tea dengan teh ais madu
green tea dengan teh ais madu

ni la dimsum yang aku makan..ada banyak..semua sedap-sedap
ni la dimsum yang aku makan..ada banyak..semua sedap-sedapπŸ˜‹πŸ˜‹
Tempat ni pun besar dan yang penting service cepat dan family friendly. Sangat recommeded untuk korang datang sarapan di sini. Diorang buka dari 6 pagi hingga jam 2 petang je..datang malam memang tak buka.
suasana dalam restoran Dimsum Chabura
suasana dalam restoran Dimsum Chabura
Kepada yang nak ke Hatyai, boleh la singgah di sini. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang untuk ke sini.

GPS koordinat: 7.02662753793611, 100.46762128320619

https://maps.app.goo.gl/e3yWnWfVMHtqfzJJA

Resepi Daging Briyani

Daging Briyani
Daging Briyani

Bahan-Bahan:
  • 1 kg daging lembu/kambing, dipotong
  • 3 ulas bawang besar, dihiris nipis
  • 3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
  • 4 sudu besar rempah briyani
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1 senduk kecil tomato puree
  • 3 biji tomato, dihiris
  • 3 sudu besar serbuk badam
  • 1/2 cawan tairu atau susu cair
Bahan untuk dikisar:
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 biji cili hijau
  • 4 biji cili merah
  • Bahan untuk ditumis:
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 kuntum buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
Cara Penyediaan:
  • Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
  • Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
  • Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

 

SAMBAL AYAM PENYET
SAMBAL AYAM PENYET

Bahan-bahan:
  • cili api merah dan hijau
  • cili besar merah
  • tomato
  • ikan bilis
  • bawang merah
  • bawang putih
  • belacan
(tak ada sukatan, main agak-agak je semua bahan kat atas tu)

Cara-cara:
Potong kasar-kasar bahan di atas, masak dengan 2 sudu minyak sampai layu, blend kasar semua bahan-bahan tadi (tumbuk lagi best), masak semula selepas blend masak sampai pecah minyak, boleh masuk perasa ikut selera masing-masing, masuk gula merah sikit kalau suka manis-manis. siap πŸ€—
yang suka masam-masam boleh picit asam limau sikit ye sebelum nak makanπŸ˜‰

Kredit Resepi: Puan Airul‎