|
Ikan Bakar Kuala Perlis, Kepala Batas |
Peminat Ikan Bakar Kuala Perlis yang duduk area Kepala Batas dan kawasan sekitarnya tak perlu lagi nak travel jauh-jauh semata-mata nak makan ikan bakar kuala perlis. Kuala Perlis memang terkenal la dengan ikan bakar yang ohsem. Kini restoran ikan bakar citarasa kuala perlis kini berada di Kepala Batas, Pulau Pinang. Lebih spesifik lagi, ianya berada di Kampung Permatang Tiga Ringgit!
|
tempat yang agak luas, parking pun ok |
|
senarai harga makanan laut |
|
boleh pilih ikan fresh-fresh |
Korang boleh pilih ikan @ makanan laut yang fresh. Kemudian bagitau je nak masak apa. Harga yang aku tunjuk tu mungkin berubah, mungkin kekal ikut isu semasa la..sekarang ni masa aku tulis ni, ada isu harga minyak naikπππ
|
ikan siakap bakar |
|
sotong goreng tepung |
|
sayur kangkung |
|
sup ayam |
|
set sambal belacan, sos, air asam, kuah kari dan ulam |
Daripada pengalaman yang aku makan ni, rasa boleh nak repeat lagi...ikan bakar pun sedap..sup sedap..petai bakar lagi....perghh padu...
Kepada yang nak datang ke sini, boleh cari di Permatang 3 Ringgit, Kepala Batas. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.
GPS koordinat: 5°32'10.8"N 100°26'09.4"E atau 5.536342, 100.435935
https://maps.app.goo.gl/WYyQdo5XsCrExtvx9
No comments:
Post a Comment