KUIH BAKAR PANDAN @ KEMBOJA LOYANG |
Bahan:
- 3 biji telur
- 1 cawan santan
- 1 + 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula (boleh lebih)
- 2 cawan air daun pandan
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- 1 sudu kecil perisa pandan
- Sedikit garam
Untuk sapu loyang:
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar Butter
Cara-cara:
- pecahkan telur dan masukkan dalam blender, selepas tu blend sampai berbuih
- masukkan semua bahan lain dan blend lagi sehingga sebati
- lepas tu ambil loyang sapu permukaan loyang kiri dan kanan loyang dengan butter masukkan minyak sikit.
- bahan yang dah sebati di blend tadi tuang ke dalam loyang yang dah disapu minyak.
- panaskan dulu oven 10 minit bersama loyang tadi.
- bakar 180 50 minit.Nak garing boleh tambah masa dalam 1jam.
Kredit resepi: cyda syukur
No comments:
Post a Comment