Resepi Donut Pandan

Donut Pandan
Donut Pandan

Bahan A :
  • 1 paket yis kering – 11 gram
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 cawan air pandan suam
Bahan B :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
Cara-cara:
  • Bancuhkan kesemua bahan A di dalam mangkuk. Kemudian, biarkan bancuhan itu hingga berbuih. Kira-kira dalam 10 minit. Oh ya, daun pandan perlulah dikisar ya dan tapis hampasnya. Kemudian panaskan air pandan di atas api hingga suam atau sederhana panas. Barulah tuang ke dalam bahan-bahan lain. Sementara itu, sediakan bahan B pula ya.
  • Masukkan kesemua bahan B ke dalam satu bekas besar yang memudahkan untuk mengadun. Ramas bahan-bahan B hingga menjadi sebati. Setelah itu, campurkan air bancuhan kita tadi ke dalam adunan doh donut pandan  kita. Gaul hingga sebati yakni, hingga tepung tidak melekat di tangan.
  • Setelah doh donut pandan siap, jangan lupa untuk tutup doh kita dan perap selama 1 jam. Ini untuk menghasilkan donut pandan yang gebu dan lembut. Anda tak perlu nak uli teruk-teruk. Cukup sekadar adun hingga bahan semua sekata.
  • Selepas 1 jam, tumbuk-tumbukkan doh donut yang telah mengembang tadi untuk mengeluarkan angin. Kemudian, bolehlah canaikan doh kita. Jangan terlalu nipis ya. Lalu, terapkan menggunakan acuan donut. Doh agak lembik ya tapi jangan risau. Teruskan mencanai dan bentukkan saja. Tak perlu tambah tepung gandum.
  • Setelah selesai sesi mencanai dan membentuk donut, susun donut di atas talam yang ditaburi tepung gandum. Ini untuk menggelak daripada doh melekat. Lalu, biarkan donut pandan kita rehat lagi selama 15 minit. Setelah itu, anda bolehlah menggoreng dengan api sederhana hingga keperangan. Hiaskan donut pandan gebu tadi dengan salutan gula. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resepi: Hajah zainab binti Mawan

No comments:

Post a Comment