Jom minum kopi di ZUS Coffee - CALTEX Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang

ZUS Coffee - CALTEX Bandar Putra Bertam
ZUS Coffee - CALTEX Bandar Putra Bertam
Peminat minuman ZUS yang berada di area Bertam, Kepala Batas, korang boleh cari ZUS Coffee ni di stesen minyak CALTEX Bandar Putra Bertam. Dekat stesen minyak tu ada 1 ZUS coffee. Seperti biasa, memang ramai la peminat-peminat ZUS datang serbu ZUS coffee tu dan satu lagi fakta yang korang kena tahu, daripada semua yang datang serbu tu, 90% adalah dari kalangan wanitaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
mai-mai beli air ZUSSSSS
mai-mai beli air ZUSSSSS
GPS koordinat dan google map ZUS Coffee ni adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 5°31'11.6"N 100°29'03.2"E atau 5.519890577653306, 100.48420321838678

https://maps.app.goo.gl/sE35AmBEdZAqsseQ7

Restoran Ali-Ko Koay Teow Kerang Corner, Bandar Perda, Pulau Pinang

 

Ali-Ko Koay Teow Kerang Corner
Ali-Ko Koay Teow Kerang Corner
Restoran Ali-Ko Koay Teow ni terletak di Lorong Perda Utama 6, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Daripada tajuk restoran diorang ni, aku dapat agak la special menu diorang ni tentulah koay teow kerang kaannnπŸ˜…..Aku memang peminat koay teow kerang, jadi signboard kedai dah tangkap mata aku sampai secara dalam tak sedar aku drive dan terus park kat depan restoran diorang niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
masakan ala thai dan nasi ayam
masakan ala thai dan nasi ayam

nasi campur tengahari
nasi campur tengahari
Selain koay teow kerang, ada juga menu lain seperti masakan ala thia, nasi ayam dan tak tinggal juga menu nasi campur. Tapi disebabkan aku dah aim nak makan koay teow kerang, jadi yang lain tu aku tak peduli dah laa😁😁....lantas terus diordernya koay kerang tersebut walaupun aku dah 50-50 tak jadi makan or nak makan sebab aku duduk kat meja, tunggu orang ambil order, lambat betul nak datang..walaupun dalam kedai aku sorang ja yang adaπŸ˜…πŸ˜…...kira cam memerontak la sikit hahahahahaha...
koay teow kerang
koay teow kerang
Akhirnya sampai juga koay teow kerang aku...cili jeruk wajib kena ada la kalau makan koay teow kerang...Bagi aku koay teow kerang diorang ni sedap...bagi tekak aku la...tapi aku ada yang lagi sedap yang aku pernah makan...dalam blog aku ni pun, aku dah masukkan posting pasai tempat tu..korang boleh cari sendiri posting tu dalam blog aku ni...

Korang nak try koay teow kerang Ali-Ko Koay teow kerang ni? Boleh cari di Bandar Perda Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

5°22'02.6"N 100°25'44.0"E atau 5.367382, 100.428876

https://maps.app.goo.gl/HtxYaHW8usVLudbS9

Resepi jagung sweet cream (jagung manis berkrim)

Jagung sweet cream
Jagung sweet cream

Bahan:
  • 4 tin air
  • 1tin susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan majerin
  • 2 sb tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Jagung 
Cara-cara:
  • Masukkan semua kecuali tepung jagung
  • Rebus jagung 8-10 minit kemudian angkat
  • Masukkan tepung jagung untuk pekatkan
  • Dah nampak pekat, masukkan semula jagung.. Siap!

RESEPI PUTERI AYU CHEESE COKLAT

puteri ayu cheese coklat
puteri ayu cheese coklat

Bahan A:
(Satukan semua bahan & ayak)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B:
(Satukan semua bahan & masak guna api sederhana hingga naik wap dan sebati koko)
  • 1 cawan serbok koko
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
Bahan C:
(Pukul)
  • 4 biji telur
Bahan D:
(Adunan cheese)
  • 250gm cream cheese
  • 80gm gula kastor
  • 25 ml susu cair ( susu segar pon boleh )
  • 40 gm tepung gandum
  • 1 biji telur
Caranya:
  • Masukkan bahan A ke dalam bahan B berselang seli dengan bahan C
  • Kacau sebati, ketepikan
  • Satukan semua bahan D ( adunan cheese ) dan pukul sebati. Masukkan dalam paiping bag supaya mudah untuk masukkkan dalam acuan nanti.
  • Sapu@ spray sedikit minyak pd acuan
  • Panaskan pengukus hingga didih air
  • Paipkan adunan cheese ke dalam acuan (1/4 dlm acuan) dan kukus sekejap 3 min.
  • Tuang adunan coklat hingga paras atas acuan dan kukus semula selama 10min.
  • Angkat dan sejukkan , keluarkan dari acuan.
  • Paipkan coklat spread di tengah-tengah lubang kuih & dan sedia dimakan😍
kredit resepi: Ina Zurinah  

Makan di Restoran Nasi Beriani Buluh, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

 

Restoran Nasi Beriani Buluh, Bertam Kepala Batas,
Restoran Nasi Beriani Buluh, Bertam Kepala Batas

Restoran Nasi Beriani Buluh, Bertam Kepala Batas,
Restoran Nasi Beriani Buluh, Bertam Kepala Batas
Restoran Nasi Beriani Buluh ni ada beberapa cawangan. Di Bertam ni, yang ni kira macam baru la...sebelum restoran beriani buluh ni ambil alih, ada beberapa restoran pernah berniaga di sini, tapi tak bertahan lama...moga-moga Restoran Nasi Beriani Buluh ni dapat bertahan lama laπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡... Tapi kalau service diorang tiptop, makanan pun sedap, tak mustahil akan bertahan lama...
Kaunter ala-ala macam restoran fast food
Kaunter ala-ala macam restoran fast food
Menu nasi beriani di sini takda la pelbagai lauk, tapi standard beriani yang kebiasaan orang makanan ada di sini. Yang ada kelainan sikit adalah di Restoran Nasi Beriani ni, diorang ada nasi beriani lamb shank dan juga beriani set dulang. Gambar kat bawah ni adalah menu yang diorang sediakan di restoran ni....
menu restoran nasi beriani buluh
menu restoran nasi beriani buluh
Aku beli takeaway jer...jadi takde la gambar sepinggan nasi beriani yang aku order tuπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†...Tapi dari segi kesedapan tu, memang sedap la..mungkin lagi syahdu kalau makan dine-in terus kat situ la kot...

Pada ada sedap dan sesuai untuk di makan bersama keluarga....Korang boleh cari Restoran Nasi Beriani Buluh ni di Pusat Bandar Bertam, bersebelahan dengan restoran anjung satey. GPS koordinat dan google map adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 5°31'01.6"N 100°26'52.8"E atau 5.517115525140408, 100.44799642733992

https://maps.app.goo.gl/jGNCLDFqCxMid7Sy6

RESEPI HOMEMADE POTATO CHIP

HOMEMADE POTATO CHIP
HOMEMADE POTATO CHIP

Bahan-bahan:
  • 3 biji kentang besor
  • ketulan ais secukupnya
  • air
  • garam dan gula
Caranya:
  • Kentang dibuang kulit dan hiris nipis. 
  • Rendam dalam air sejuk atau ketulan ais. Boleh juga rendam dan simpan ke dalam peti ais.
  • Rendam sekurang kurangnya setengah jam ke sejam.
  • Bancuh garam dan sedikit gula dengan air panas (dijadikan air garam), ketepikan.
  • Toskan dan keringkan kentang menggunakan towel bersih.
  • Goreng dengan minyak yang panas Sehingga keperangan. 
  • Apabila kentang perang, sudukan sedikit air garam tadi ke dalam gorengan. *berhati-hati kerana minyak akan sedikit percik, tapi tak kuat mana pun. 
  • Kacau kacau sebentar dan angkat kentang yang garing tadi.
  • Tos kan minyak dan nikmati kerangupannya.

RESEPI ROTI PISANG RANGUP SEDAP

 

roti pisang rangup
roti pisang rangup

Bahan:
  • Roti gardenia keping
  • Pisang masak
  • Majerin
  • Kuning telor
  • Gula perang ( kalau takde, letak je gula putih tapi jangan tabur banyak) 
  • Cheddar cheese (ni takde pun takpa. Tabur je gula.)
Cara-cara:
  • Sapu majerin atas roti.
  • Susun pisang ikot kreatif sendiri.
  • Sapu lagi mejerin dan sapu kuning telur.
  • Tabur cheddar cheese atau gula perang. 
  • Bakar dengan suhu 180°c, 5-7minit. 
Siap! 

Kredit resepi: Hamizah Zakaria

Resepi Bingka Jagung (Loyang 10x10x3)

Bingka Jagung
Bingka Jagung

Bahan-bahan:
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan susu sejat (susu cair)
  • 1 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 3 sudu minyak jagung
  • 1 cawan jagung (kisar halus terlebih dahulu)
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 tea spoon esen vanilla
  • Sedikit bijan (hiasan)
Cara-cara:
  • Kisar semua bahan-bahan hingga sebati kecuali bijan dan jagung
  • Kemudian masukkan jagung ke dalam adunan dan tuang ke dalam loyang
  • Tabur bijan di atas permukaan adunan
  • Bakar pada suhu 180° celcius api atas bawah selama 50 minit atau hingga masak.
Kredit resepi: Niessa Chang

Nasi Kandar Kapitan Maju, Medan Perniagaan Pauh Jaya, Jalan Baru, Perai, Pulau Pinang

 

Nasi Kandar Kapitan Maju, Jalan Baru
Nasi Kandar Kapitan Maju, Jalan Baru
Nasi Kandar Kapitan Maju ni antara nasi kandar famous la di Penang ni...Original Kapitan Maju ni terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town. Dekat-dekat dengan nasi kandar beratur masjid kapitan keling.. Tapi yang aku datang makan ni bukan dekat dengan Masjid Kapitan Keling tu...yang ni cawangan diorang di Medan Perniagaan Pauh Jaya, Jalan Baru yang bertentangan dengan Pasaraya besar Mydin...Jadi kalau geng-geng di permatang pauh ni, kalau ketagih nasi kandar kapitan maju ni, boleh datang ke cawangan diorang ni....
lauk-lauk nasi kandar yang surrrr
lauk-lauk nasi kandar yang surrrr
Diorang berniaga nasi kandar sahaja di sini...kalau roti canai ke, makanan goreng-goreng ke...memang takda la kat sini..Gambar kata bawah ni menunjukkan nasi kandar yang aku order dan makan bersama famili aku....
nasi kandar ayam goreng
nasi kandar ayam goreng

nasi kandar ayam goreng dengan bendir rebus
                              nasi kandar ayam goreng dengan bendi rebus                                     

nasi kandar ayam goreng dengan
nasi kandar ayam goreng dengan
Semoga maju jaya kepada Nasi Kandar Kapitan Maju. Peminat dan hantu nasi kandar, boleh munculkan diri di restoran ni.

GPS koordinat: 5°22'17.8"N 100°24'45.5"E 5.371614, 100.412630

https://maps.app.goo.gl/iRuc5eUC452fJjpt5

Resepi pes ikan bakar dan air asam

pes ikan Bakar dan air asam
pes ikan Bakar dan air asam

Pes Ikan Bakar

Bahan-bahan:
  • 2 inchi lengkuas
  • 3 inci halia
  • 5 btg serai
  • 8 biji Bawang merah
  • 1 biji bawang holland
  • 1sudu udang kering @ jika takde guna belacan
  • 8 biji cili padi-boleh tambah kalau nak lagi pedas berapi
  • 3 biji cili merah
  • 3 helai limau purut
Cara-cara:
  • Blander semua bahan sampai lumat.
  • Tumis dgn minyak yg agak byk, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu.
  • Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping .
  • Tumis smpai pecah myk.siapp.!
*nak Bakar ikan, lumur jer atas ikan tu, buh dlm aluminium foil. Balut bagi kemas Bakar atas dapur.
*udang n sotong pon sesuai jgk.
*tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.


Sambal Air Asam

Blender dahulu;
  • 7-10bj cili padi(ikut citarasa nak pedas bubuh lebih)
  • 2 biji cili besar(merah)
  • 2 biji bwg merah
  • 2 sudu Pes asam jawa adabi
  • 1 sudu belacan
  • Garam gula(secukup rasa)
Dah siap blender, Campur dengan bahan hirisan dibawah:
  • 1 biji tomato-hiris
  • 3 biji cilipadi -hiris
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 2 biji limau nipis(perahkan)
  • Gaul semua bagi sebatiii.
kredit resepi: Habeebah Md Daud 

Makan western food di Restoran Fais, Permatang Janggus, Permatang Pauh

 

Restoran Fais, Permatang Janggus
Restoran Fais, Permatang Janggus
Aku pernah try makan di sini dulu..dah lama..dalam tahun 2019...boleh tengok posting lepas tu DISINI...Kali ni saja la nak try sekali lagi...diorang buka petang hingga ke malam...tengahari masa dulu-dulu ada nasi campur, tapi sekarang tengahari macam tak buka dah...

Menu-menu diorang ni adalah menu berkonsepkan western food...kalau ada nasi goreng pun, akan ada ala-ala western gak...antara menu western yang ada di Fais ni, korang boleh rujuk gambar kat bawah ni..

menu restoran Fais
menu restoran Fais

menu restoran Fais
menu restoran Fais
Menu air minuman kena layan diri..ni yang lain la dari yang aku datang dulu...air diorang buat siap-siap, letak dalam peti sejuk, then kita pilih jer lepas tu letak ais...
grill chicken chop fried rice
grill chicken chop fried rice

fish & chip
fish & chip

ni kuah-kuah dalam menu yang aku order
ni kuah-kuah dalam menu yang aku order

nasi goreng kampung
nasi goreng kampung

spaghetti cabonara chicken grill
spaghetti cabonara chicken grill
Kepada yang nak try makan western di restoran Fais ni, boleh cari di Permatang Janggus, Permatang Pauh Pulau Pinang. Restoran tepi jalan jer...boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5.400772478480555, 100.41720563217098

https://maps.app.goo.gl/1ginJfR82AWM2MkQ9


RESEPI AYAM PEDAS KEMANGI

AYAM PEDAS KEMANGI
AYAM PEDAS KEMANGI

Bahan:
  • 1 ekor ayam potong 12
  • Bahan bumbu dikisar dengan 1 cawan air
  • 10 ancili merah
  • 10 batang cili padi merah
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ruas jari kunyit hidup
  • 2 ruas jari halia
  • 3 biji buah keras
  • 1 biji tomato
  • Tumis bahan di atas dengan sedikit minyak tambah
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 ruas jari lengkuas diketuk
Cara-cara:
  • Masak 15 minit baru masukkan ayam
  • Biar ayam setengah masak,masukkan ubi kentang lebih kurang 5 biji dibelah 2
  • Masukkan Daun limau purut dan sehelai daun kunyit
  • Tambah air secukupnya untuk lebih berkuah
  • Setelah ayam dan ubi masak elok, tambah 1/2 kotak kecil santan kotak
  • Masukkan garam
  • Masukkan 1 sudu besar gula
  • Gaul perlahan
  • Akhir tambah segenggam daun Kemangi
Selamat mencuba 

Kredit Resepi: makcik ratu 

Resepi apam kampung pandan

Apam kampung pandan
Apam kampung pandan 

Bahan-bahan:
  • 1 cawan air daun pandan
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan gula (tambah jika suka manis)
  • 1/4 cawan santan
  • 1 sudu kecil pewarna makanan hijau
  • 3 cwn tepung gandum
  • 1 sudu besar yis kering
  • Satu sudu kecil garam
Cara-cara:
  • kisar satu cawan air dengan 5-6 helai daun pandan.
  • Masukkan air pandan,air suam ke dalam sebuah mangkuk dan whisk sehingga gula larut.
  • Masukkan santan, pewarna makanan, tepung, garam dan yis kering.
  • Whisk semua bahan sehingga sebati
  • Kemudian rehatkan adunan selama 30-40 minit dan ia akan naik 3 kali ganda.
  • sediakan loyang atau bekas yang sudah di oles sedikit minyak.
  • Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan kemudian kukus apabila pengukus sudah panas.
  • Kukus dengan api sederhana kuat selama 30-40 minit.
  • Biarkan betul-betul sejuk dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut.
Kredit resepi: Nur Ayuni Syazira  

Resepi sotong cili padi petai

 
Sotong cili padi petai
Sotong cili padi petai

Bahan-bahan:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api cmpur skit yg merah
  • Serai
  • Petai
  • Sotong
Cara-cara:
Blend semua kecuali serai..petai dan sotong..serai titikkn je..tumis semua yg di blend td..masukkn la serai..petai..sotong dan perasa2 sewaktu dgnnya.

Kredit resepi: Zairah Nazri  

Resepi Popia Carbonara

 

Popia carbonara
Popia carbonara

Bahan-bahan:
  • 2 biji bawang Holland
  • 8 cili api hijau
  • 12 ulas bawang putih
  • Sepeket sosej yang dihiris serong-serong
  • Ayam cincang (saya pakai RAMLY @ SAUDI) 1 peket
  • Kiub pati ayam (1 kiub)
  • 2 tin sos carbonara prego (tin biru cair)
  • 1 tin sos cheesy prego (tin kuning)
  • Susu full cream 1/2 kotak kecik (100ml) -optional
  • Sedikit butter untuk menumis
  • Serbuk lada hitam (agak-agak)
  • Mixed herbs (wajib) 2 sudu kecik
  • Sedikit bancuhan tepung jagung (pekatkan inti)
  • Kulit popia (jenama KG pakai yang 40 pcs punya) inti ni boleh dapat banyak popia. Ikut berapa banyak inti anda letak la, anggaran 2-3 peket kulit popia
  • Garam (kena rasa dulu, sebab sos carbonara dalam tin dah masin)
  • Sedikit tepung + air (gam kulit popia)
Cara-cara:
  1. Blend bawang, bawang putih, cili api (guna air agak-agak jangan banyak sangat)
  2. Goreng sosej dengan sedikit minyak sehingga agak garing & ketepikan (ini menambahkan tekstur dalam popia)
  3. Masakkan ayam cincang dengan sedikit minyak & ketepikan (proses ni cepatkan kita buat inti; air & minyak lebihan proses ni nanti masukkan dalam inti)
  4. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan blend.
  5. Masukkan mixed herbs + lada hitam sedikit
  6. Bila bahan tumis dah agak kering dan bau wangi semerbak, masukkan isi ayam. Masukkan dengan semua air & lebihan minyak. Jangan dibuang.
  7. Masukkan kiub ayam. Gaul sebati.
  8. Masukkan sos prego (semua). Gaulkan sehingga rata.
  9. Masukkan susu full cream.
  10. Setelah mendidih. Masukkan sosej yang digoreng tadi
  11. Masukkan sedikit air + tepung jagung. Ini untuk pastikan inti kita agak pekat. Kalau tak nanti goreng dia meleleh keluar. (Agak-agak ye yang ni)
  12. Sejukkan inti.
Kredit resepi: Almie Amira  

Kita layan dulu koay Teow kerang di Pa'E Koay Teow Kerang, Seberang Jaya Pulau Pinang

 

menu di Pa'e Koay Teow Kerang
menu di Pa'e Koay Teow Kerang

Food Court Taman Siakap, Perai
Food Court Taman Siakap, Perai
Makan di gerai Pa'E Koay Teow Kerang dalam food court ni memang padu. Menu di sini gerai ni hampir semuanya adalah koay teow goreng yang di goreang secara Chinese style. Gerai ni buka dari jam 5 hingga ke 9 malam dan tutup pada Jumaat. Kalau korang nak koay teow goreng special, nanti diorang akan letakkan udang dan kerang dalam 1 pinggan. Udang tu dah siap kopek( buang kulit)..tak payah susah-susah nak buat kulit sendiri.
koay teow goreng special (ada udang dan kerang)
koay teow goreng special (ada udang dan kerang)

koay teow udang
koay teow udang

koay teow kerang
koay teow kerang
Memang padu..memang sedap! sangat recommended untuk korang try makan di Pa'E Koay Teow Kerang ni...

Food court ni bertentangan dengan masjib seberang jaya dan berdekatan dengan flyover jalan menuju ke arah Taman Sutera. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°23'09.2"N 100°24'08.5"E atau 5.38586596660266, 100.40235089174247

https://maps.app.goo.gl/J975MM2ibxSJhJSf7


Makan murtabak cheese di Restoran Bismie Murtabak Cheese House, Bertam Putra Kepala Batas

 

Restoran Bismie Murtabak Cheese House - Bertam Putra
Restoran Bismie Murtabak Cheese House - Bertam Putra
Ada port menarik untuk korang layan murtabak di Bertam Putra, Kepala Batas ni. Murtabak yang sempoi dan padu korang boleh makan di Restoran Bismie Murtabak Cheese. Kira murtabak cheese ni diorang punya signature dish la... kalau korang datang sini wajib try yang ni...
murtabak cheese
murtabak cheese
Murtabak cheese yang penuh cheese di dalam murtabak di cicah pula dengan sirap bawang dan kuah dal....kena sepinggan terus boleh kenyang oooo....Ada banyak variasi murtabak ni yan korang boleh try..kalau taknak makan murtabak, korang boleh makan roti canai...sampai ke malam roti canai kat sini ada jual... Selain murtabak cheese ni, aku try gak makan nasi lemak ayam goreng...nasi lemak pun sedap...sambal padu, nasi pun berlemak....
nasi lemak ayam goreng
nasi lemak ayam goreng

roti canai
roti canai
Ada banyak lagi menu-menu lagi yang ada di sini...korang boleh la nak try...antara menu-menu di Bismie Murtabak Cheese ni, korang boleh tengok dalam list-list menu lat bawah ni yang sempat aku snap gambar....
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House

Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House

Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House

Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House

Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Menu Restoran Bismie Murtabak Cheese House
Boleh la korang masukkan dalam wish list makanan korang😁😁... Kepada yang nak try murtabak cheese boleh cari restoran ni di Bertam Putra, Kepala Batas Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°31'11.2"N 100°28'50.4"E atau 5.519764654671835, 100.48068049781497

https://maps.app.goo.gl/etTEAT1vHXxcP2789

Jalan-Jalan di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi

 

Taman Agroteknologi MARDI Langkawi
Taman Agroteknologi MARDI Langkawi
Aku pergi Langkawi kalau ikutkan hampir setiap tahun. Tapi ni kali pertama aku masuk ke Taman Agroteknologi MARDI Langkawi niπŸ˜…. Sebelum ni macam tak tahu kewujudan Taman Agroteknologi MARDI. Rupanya ada ek di Langkawi... Boleh masuk dan melawat dalam ni...tapi ada dikenakan tiket untuk masuk..bukan free yer😁😁
tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI
tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI
Lepas korang bayar tu, kena tunggu kat tempat menunggu kenderaan untuk korang round satu taman tu...bukan berjalan kaki ye..mau tercabut kaki kalau  nak berjalan...kenderaan tu lori yang diorang modified sikit letak tempat duduk...konon-konon macam jeep safari laπŸ˜‚πŸ˜‚
naik lori ni untuk pusing satu taman
naik lori ni untuk pusing satu taman
Sepanjang perjalanan korang akan disajikan dengan permandangan pelbagai ladang-ladang buah. Ada beberapa check point perhentian yang korang boleh turun...makan ke ambil gambar ke...ada tempat yang korang boleh makan buah sepuas-puasnya...buah yang dihidangkan adalah buah dari dalam ladang ni sendiri. Kalau musim durian, memang untung la...sebab durian pun korang boleh makan sepuas-puasnya...free jer
buah-buah segar dari ladang..boleh makan sampai kenyang
buah-buah segar dari ladang..boleh makan sampai kenyang

tempat makan buah-buah
tempat makan buah-buah
Cuma selain buah, korang kena beli la...buah jer free... Dekat sebelah tempat makan buat ni ada ladang kambing. Korang boleh juga nak bagi kambing tu makan....
bagi makan kambing
bagi makan kambing
Dah kenyang, teruskan perjalanan ke tempat lain pulak....
permandangan ladang buah...luas ladang ni
permandangan ladang buah...luas ladang ni

ladang yang bersih, dijaga elok oleh mardi
ladang yang bersih, dijaga elok oleh mardi
Selian bagi makan kambing, korang juga boleh bagi makan ikan...ada kolam ikan....tapi air dia keruh sikit...dalam gambar tak berapa nak nampak ikan tuπŸ˜…..tapi kalau tengok real depan makan, boleh nampak la ikan-ikan yang banyak...
bagi makan ikan dalam kolam
bagi makan ikan dalam kolam
Selain tu korang boleh tengok juga pokok-pokok buah yang rare, yang dalam pasaran memang tak pernah jumpa, tapi masih dipelihara dan di tanam di taman ni...ada juga anak sungai yang jernih dan cantik...
anak sungai yang jernih
anak sungai yang jernih

pokok-pokok hiasan
pokok-pokok hiasan

wanita-wanita dan gadis-gadis sukan la pokok-pokok ni
wanita-wanita dan gadis-gadis sukan la pokok-pokok ni
Selain tu, ladang anggur pun ada di taman agroteknologi Mardi ni...boleh tengok sendiri bagaimana kaedah penanaman anggur...

Maka selesai la aku dan famili pusing satu taman ni..best jugak...lain kali kalau nak repeat lagi, pastikan datang masa musim durian...untung-untung boleh makan durian di sini😁😁

Lokasi Taman Agroteknologi MARDI Langkawi, boleh rujuk google map dan gps koordinat di bawah ni.

GPS koordinat: 6°21'40.1"N 99°47'33.8"E atau 6.361136979582801, 99.79270897002802

https://maps.app.goo.gl/kPZsz8ufXVna2YVPA