Resepi rendang pedas ikan tongkol

Rendang pedas ikan tongkol
Rendang pedas ikan tongkol

Bahan-bahan:
  • Beberapa ketul ikan tongkol(tak perlu di rebus ye)
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia dan lengkuas*
  • 2 batang serai*
  • 5/6 biji cili kering*
  • Sedikit belacan
  • 5/6 biji cili api(nak pedas boleh lebihkan)*
  • Kunyit hidup (sebesar ibu jari)*
  • Santan pekat
  • Air asam jawa.
  • Daun limau purut(racik dan tabur)
Cara-caranya:
  • Blend bahan yang bertanda*.
  • Kemudian tumis dengan sedikit minyak. Bila naik bau,masukkan santan pekat.
  • Masukkan ikan. Gaul sebati dan biarkan seketika.
  • Masukkan air asam jawa.Agak-agak dah dekat nak masak tu, perasakan gula, garam.
  • Kalau saya letak sikit gula melaka. Kemudian taburkan daun limau purut.
Kredit resepi: hasma aqil via masak apa hari ni   

No comments:

Post a Comment