|
Taman Agroteknologi MARDI Langkawi |
Aku pergi Langkawi kalau ikutkan hampir setiap tahun. Tapi ni kali pertama aku masuk ke Taman Agroteknologi MARDI Langkawi niπ
. Sebelum ni macam tak tahu kewujudan Taman Agroteknologi MARDI. Rupanya ada ek di Langkawi... Boleh masuk dan melawat dalam ni...tapi ada dikenakan tiket untuk masuk..bukan free yerππ
|
tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI |
Lepas korang bayar tu, kena tunggu kat tempat menunggu kenderaan untuk korang round satu taman tu...bukan berjalan kaki ye..mau tercabut kaki kalau nak berjalan...kenderaan tu lori yang diorang modified sikit letak tempat duduk...konon-konon macam jeep safari laππ
|
naik lori ni untuk pusing satu taman |
Sepanjang perjalanan korang akan disajikan dengan permandangan pelbagai ladang-ladang buah. Ada beberapa check point perhentian yang korang boleh turun...makan ke ambil gambar ke...ada tempat yang korang boleh makan buah sepuas-puasnya...buah yang dihidangkan adalah buah dari dalam ladang ni sendiri. Kalau musim durian, memang untung la...sebab durian pun korang boleh makan sepuas-puasnya...free jer
|
buah-buah segar dari ladang..boleh makan sampai kenyang |
|
tempat makan buah-buah |
Cuma selain buah, korang kena beli la...buah jer free... Dekat sebelah tempat makan buat ni ada ladang kambing. Korang boleh juga nak bagi kambing tu makan....
|
bagi makan kambing |
Dah kenyang, teruskan perjalanan ke tempat lain pulak....
|
permandangan ladang buah...luas ladang ni |
|
ladang yang bersih, dijaga elok oleh mardi |
Selian bagi makan kambing, korang juga boleh bagi makan ikan...ada kolam ikan....tapi air dia keruh sikit...dalam gambar tak berapa nak nampak ikan tuπ
..tapi kalau tengok real depan makan, boleh nampak la ikan-ikan yang banyak...
|
bagi makan ikan dalam kolam |
Selain tu korang boleh tengok juga pokok-pokok buah yang rare, yang dalam pasaran memang tak pernah jumpa, tapi masih dipelihara dan di tanam di taman ni...ada juga anak sungai yang jernih dan cantik...
|
anak sungai yang jernih |
|
pokok-pokok hiasan |
|
wanita-wanita dan gadis-gadis sukan la pokok-pokok ni |
Selain tu, ladang anggur pun ada di taman agroteknologi Mardi ni...boleh tengok sendiri bagaimana kaedah penanaman anggur...
Maka selesai la aku dan famili pusing satu taman ni..best jugak...lain kali kalau nak repeat lagi, pastikan datang masa musim durian...untung-untung boleh makan durian di siniππ
Lokasi Taman Agroteknologi MARDI Langkawi, boleh rujuk google map dan gps koordinat di bawah ni.
GPS koordinat: 6°21'40.1"N 99°47'33.8"E atau 6.361136979582801, 99.79270897002802
https://maps.app.goo.gl/kPZsz8ufXVna2YVPA