Resepi Nutella Pod Cookies

Nutella Pod Cookies
Nutella Pod Cookies 

Bahan-bahan:
  • 380g tepung gandum
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1/2 tsp baking powder
  • 50g serbuk hazelnut
  • 250g mentega
  • 220g gula pasir halus
  • 1 biji telur gred A
  • 1 tsp esen vanilla
  • Acuan muffin kecil - di gris
  • 1 botol nutella
Cara-cara:
  • Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder. Satukan dengan serbuk hazelnut.
  • pukul mentega & gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telur & esen vanilla. Putar rata.
  • masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit.
  • bulatkan doh 25g, tekan ke dalam acuan.
  • bakar suhu 170 darjah selama 10-15 minit.
  • keluarkan dari oven, kemudian tekan menggunakan penekan kayu untuk membuat lubang di tengahnya. Buat ketika biskut masih panas, jangan tunggu sehingga biskut sejuk kerana ia akan retak dan susah di tekan.
  • bakar semuka selama 5 minit.
  • sejukkan dahulu sebelum di paipkan nutella di tengahnya. Hias ikut suka
Kredit resepi: Hanalicious

No comments:

Post a Comment