RESEPI KARI AYAM PEKAT

kari ayam
kari ayam

BAHAN-BAHAN :
  • 12 ketul ayam
  • 2 biji kentang - potong 4
  • 1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
  • 6 ulas bawang putih - hiris
  • 3 inci halia - hiris
  • 1 asam keping
  • 1 kotak santan kotak
  • Air secukupnya
  • 10 sudu besar rempah kari
  • Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 1 pelepah daun kari
  • Gula
  • Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
  • Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair.
  • Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak.
  • Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
  • Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
  • Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam.
  • Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai.
  • Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.
  • Kuah kari ayam pekat seperti ini pasti sedap dimakan dengan roti jala.
Kredit resepi: Empunya resepi

No comments:

Post a Comment