|
jejantas ke Kidzania dari The Curve Mall |
|
kalau dari luar, ni adalah bangunan Kidzania |
Kidzania ni adalah tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak korang terutamanya waktu cuti sekolah. Di sini diorang akan berpengalaman untuk berada dalam dunia dewasa buat seketika...Banyak aktiviti pekerjaan dewasa yang kanak-kanak dapat merasai sendiri pengalaman tersebut seolah-olah mereka sedang lakukan perkara sebenar!
Kidzania ni buka setiap hari kecuali hari Selasa bermula jam 10 pagi sehingga ke jam 6 petang. Harga tiket aku taknak tulis di sini, takut ada perubahan nanti tak sama plak dengan harge tiket yang aku masuk ni...untuk tiket, korang boleh terus ke website https://www.kidzania.com.my/ untuk latest harga tiket.
|
guideline untuk yang kali pertama masuk kidzania |
Penting untuk yang kali pertama yang nak masuk ke Kidzania ni, korang kena fahamkan dulu arahan(guideline) seperti dalam gambar di atas tu..Biasanya akan ada seorang staf Kidzania yang akan explain dekat extrance.
Apa yang korang ke faham adalah.....setiap kanak-kanak akan dibekalkan dengan duit sebanyak 50 kidZos (macam RM50 la)...kidZos ni kira matawang dalam dunia kanak-kanak di Kidzania laππ..Lepas korang boleh buat B.KIDZANIAN paZZport (macam passport laaa) untuk kalau nak membeli boleh dapat diskaun, kalau nak bekerja boleh dapat extra income...tapi yang optional jer..taknak buat pun ok...
Dalam Kidzania ni, kanak-kanak yang dibekalkan dengan 50 kidZos tu, diorang boleh nak shopping..dan yang bestnya diorang boleh tambah duit dengan banyak jika diorang rajin bekerja..berapa banyak dapat duit tu? setiap pekerjaan tak sama upahnya..ada yg dpt 5 kidZos, ada 10 kidZos, ada yang belas-belas kidZos....
Ada 5 tempat pekerjaan yang korang kena buat reservation dulu sebelum boleh nak join...aku cadangakan bila korang masuk jer, terus cari tempat-tempat ni untuk buat reservation..kalau lambat booked, jawabnya tak dapat join la aktiviti ni...slot sentiasa full...5 tempat tu adalah bomba, airasia, tealive, KZPD (polis) dan AVISENA...
|
ni duit yang digunakan dengan matawang kidZos |
Dalam Kidzania ni, semua bentuk-bentuk banguan adalah direkabentuk seperti dunia sebenar..seolah-olah kita berada dalam dunia lain yang di penuhi dengan kanak-kanakππ...macam duduk dalam movie hollywood cerita kanak-kanakπ
...
|
tengok jalan diorang buat pun macam duduk kat europeπ |
|
banyak bangunan comel-comel untuk nak shopping or bekerja |
|
suasana di salah satu lorong dalam kidzania |
|
tengah-tengah tu ada pokok besar (pokok tiruan je)π
|
Di dalam Kidzania ni, antara pekerjaan yang kank-kanak boleh join adalah sebagai bomba, polis, foodpanda, penghantar barang, buruh pembinaan, pilot, doktor, pekerja kedai tealive, kedai kek, dan banyak lagi lahπππππ.....
|
jadi ahli bomba untuk padam kebakaran |
|
jadi foodpanda hantar makanan |
|
jadi pilot airasia |
|
jadi buruh binaan |
Gambar-gambar kat atas antara aktiviti yang kanak-kanak boleh join...ada banyak lain yang best-best untuk bagi pengalaman kat dioarang... Bila diorang dah faham konsep ni, diorang sendiri akan semangat cari kerja untuk kumpul duit banyak-banyak sebab tu nanti diorang boleh guna untuk shoppingπππ...duit tu laku oooo dalam kidzania ni!!
|
kedai barang yang boleh shopping guna duit KidZos |
|
antara barang-barang yang boleh beli pakai duit kidZos |
|
antara barang-barang yang boleh beli pakai duit kidZos |
Dah kumpul banyak-banyak duit, boleh la shopping kat kedai kat atas tu....tapi kalau korang nak shopping last minute, memang tak dapat la barang yang korang dah aims...sebab waktu dekat-dekat pukul 6 petang (Kidzania dah tutup), akan ramai kanak-kanak serbu nak beli barang-barang tuπππ...
|
kedai dah kena serbuπππππ |
Tapi kalau korang plan nak datang lagi ke kidzania ni, duit kidZos tu korang boleh simpan dalam bank dalam kidzania ni yer...bukan pergi simpan dalam bank yang kat luar sana tuπ
....nanti bila datang balik, boleh cashout balik dekat bank tu....tapi kalau taknak simpan dalam bank pun takdak masalah...simpan sendiri, nanti kalau datang balik, boleh pakai balik duit tu....
Memang terbaik Kidzania ni untuk bagi pengalaman yang lain yang bukan kebiasaan bagi kanak-kanak...Sangat recommeded untuk korang datang. Bagi yang nak datang ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
GPS koordinat: 3.1580948988437623, 101.61380426278228
No comments:
Post a Comment