Singgah makan di Restoran Padi House, The Curve, Mutiara Damansara

 

Restoran Padi House
Restoran Padi House

Restoran Padi House
Restoran Padi House

ada pokok padi tiruan dalam restoran
ada pokok padi tiruan dalam restoran😍
Aku singgah di restoran Padi House ni untuk makan tengahari...sebab aku dah pusing-pusing dalam The Curve ni mencari restoran yang kena dengan tekak makan tengahari aku tak jumpa-jumpa....last sekali setelah hampir give up, terjumpa la dengan restoran Padi House ni...Walaupun harga makanan dalam ni level-level T20, aku hadap jugak la sebab menepati dengan selera aku😁😁😁...Walaupun begitu, restoran ni ramai juga yang datang waktu lunch ni...makna kata penduduk area sini ramai T20 la kotπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...
Nasi campur daging kicap lada hitam
Nasi campur daging kicap lada hitam

Nasi campur ayam goreng krak krak
Nasi campur ayam goreng krak krak

aiskrim sambal
aiskrim sambal

air limau asam boi
air limau asam boi
Untuk makan tengahari aku dengan wife aku, kami ambil set makanan nasi campur ayam goreng krak krak dan nasi campur daging kicap lada hitam yang diberi sekali dengan aiskrim sambal dan air limau asam boi....aiskrim tu rare sikit la sebab diorang letak sambal ikan bilis atas aiskrim tuπŸ˜…..
kids meal - kids bolognese
kids meal - kids bolognese

kids meal - penne mamamia
kids meal - penne mamamia

aiskirm untuk set kids meal
aiskirm untuk set kids meal
Untuk anak aku pulak, diorang nak makan kids meal saja..sebab kids meal dapat aiskrim...tu yang diorang tergoda sangat nak menu kids mealπŸ˜…...

Ada banyak menu lain lagi yang ada di restoran Padi House ni....Korang boleh tengok dalam menu-menu Padi House yang aku sempat snap gambar untuk tatapan korang...

ni menu masa promo hari merdeka
ni menu masa promo hari merdeka

menu 1 - Padi House
menu 1 - Padi House

menu 2 - Padi House
menu 2 - Padi House

menu 3 - Padi House
menu 3 - Padi House

menu 4 - Padi House
menu 4 - Padi House

menu 5 - Padi House
menu 5 - Padi House
Dari segi rasa dan kesedapan menu yang aku makan ni, aku boleh recommend la untuk korang try sendiri di sini....bagi aku sedap jugak makanan tu...cuma harga ler..aku kan B40πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜…...

Kepada yang datang ke restoran Padi House ni, boleh cari di The Curve, Mutiara Damansara. Aku sertakan juga di sini GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1576766302544312, 101.61094711767028

Pengalaman Dunia Dewasa Kanak-Kanak di Kidzania Kuala Lumpur di Mutiara Damansara

jejantas ke Kidzania dari The Curve Mall
jejantas ke Kidzania dari The Curve Mall

kalau dari luar, ni adalah bangunan Kidzania
kalau dari luar, ni adalah bangunan Kidzania
Kidzania ni adalah tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak korang terutamanya waktu cuti sekolah. Di sini diorang akan berpengalaman untuk berada dalam dunia dewasa buat seketika...Banyak aktiviti pekerjaan dewasa yang kanak-kanak dapat merasai sendiri pengalaman tersebut seolah-olah mereka sedang lakukan perkara sebenar!

Kidzania ni buka setiap hari kecuali hari Selasa bermula jam 10 pagi sehingga ke jam 6 petang. Harga tiket aku taknak tulis di sini, takut ada perubahan nanti tak sama plak dengan harge tiket yang aku masuk ni...untuk tiket, korang boleh terus ke website https://www.kidzania.com.my/ untuk latest harga tiket.

guideline untuk yang kali pertama masuk kidzania
guideline untuk yang kali pertama masuk kidzania
Penting untuk yang kali pertama yang nak masuk ke Kidzania ni, korang kena fahamkan dulu arahan(guideline) seperti dalam gambar di atas tu..Biasanya akan ada seorang staf Kidzania yang akan explain dekat extrance.

Apa yang korang ke faham adalah.....setiap kanak-kanak akan dibekalkan dengan duit sebanyak 50 kidZos (macam RM50 la)...kidZos ni kira matawang dalam dunia kanak-kanak di Kidzania la😁😁..Lepas korang boleh buat B.KIDZANIAN paZZport (macam passport laaa) untuk kalau nak membeli boleh dapat diskaun, kalau nak bekerja boleh dapat extra income...tapi yang optional jer..taknak buat pun ok...

Dalam Kidzania ni, kanak-kanak yang dibekalkan dengan 50 kidZos tu, diorang boleh nak shopping..dan yang bestnya diorang boleh tambah duit dengan banyak jika diorang rajin bekerja..berapa banyak dapat duit tu? setiap pekerjaan tak sama upahnya..ada yg dpt 5 kidZos, ada 10 kidZos, ada yang belas-belas kidZos....

Ada 5 tempat pekerjaan yang korang kena buat reservation dulu sebelum boleh nak join...aku cadangakan bila korang masuk jer, terus cari tempat-tempat ni untuk buat reservation..kalau lambat booked, jawabnya tak dapat join la aktiviti ni...slot sentiasa full...5 tempat tu adalah bomba, airasia, tealive, KZPD (polis) dan AVISENA...

ni duit yang digunakan dengan matawang kidZos
ni duit yang digunakan dengan matawang kidZos
Dalam Kidzania ni, semua bentuk-bentuk banguan adalah direkabentuk seperti dunia sebenar..seolah-olah kita berada dalam dunia lain yang di penuhi dengan kanak-kanakπŸ˜‚πŸ˜‚...macam duduk dalam movie hollywood cerita kanak-kanakπŸ˜…...
tengok jalan diorang buat pun macam duduk kat europe
tengok jalan diorang buat pun macam duduk kat europe😍

banyak bangunan comel-comel untuk nak shopping or bekerja
banyak bangunan comel-comel untuk nak shopping or bekerja

suasana di salah satu lorong dalam kidzania
suasana di salah satu lorong dalam kidzania

tengah-tengah tu ada pokok besar (pokok tiruan je)
tengah-tengah tu ada pokok besar (pokok tiruan je)πŸ˜…
Di dalam Kidzania ni, antara pekerjaan yang kank-kanak boleh join adalah sebagai bomba, polis, foodpanda, penghantar barang, buruh pembinaan, pilot, doktor, pekerja kedai tealive, kedai kek, dan banyak lagi lahπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜πŸ˜Ž.....
jadi ahli bomba untuk padam kebakaran
jadi ahli bomba untuk padam kebakaran

jadi foodpanda hantar makanan
jadi foodpanda hantar makanan

jadi pilot airasia
jadi pilot airasia

jadi buruh binaan
jadi buruh binaan
Gambar-gambar kat atas antara aktiviti yang kanak-kanak boleh join...ada banyak lain yang best-best untuk bagi pengalaman kat dioarang... Bila diorang dah faham konsep ni, diorang sendiri akan semangat cari kerja untuk kumpul duit banyak-banyak sebab tu nanti diorang boleh guna untuk shoppingπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...duit tu laku oooo dalam kidzania ni!!
kedai barang yang boleh shopping guna duit KidZos
kedai barang yang boleh shopping guna duit KidZos

antara barang-barang yang boleh beli pakai duit kidZos
antara barang-barang yang boleh beli pakai duit kidZos

antara barang-barang yang boleh beli pakai duit kidZos
antara barang-barang yang boleh beli pakai duit kidZos
Dah kumpul banyak-banyak duit, boleh la shopping kat kedai kat atas tu....tapi kalau korang nak shopping last minute, memang tak dapat la barang yang korang dah aims...sebab waktu dekat-dekat pukul 6 petang (Kidzania dah tutup), akan ramai kanak-kanak serbu nak beli barang-barang tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...
kedai dah kena serbu
kedai dah kena serbuπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜‚
Tapi kalau korang plan nak datang lagi ke kidzania ni, duit kidZos tu korang boleh simpan dalam bank dalam kidzania ni yer...bukan pergi simpan dalam bank yang kat luar sana tuπŸ˜…....nanti bila datang balik, boleh cashout balik dekat bank tu....tapi kalau taknak simpan dalam bank pun takdak masalah...simpan sendiri, nanti kalau datang balik, boleh pakai balik duit tu....

Memang terbaik Kidzania ni untuk bagi pengalaman yang lain yang bukan kebiasaan bagi kanak-kanak...Sangat recommeded untuk korang datang. Bagi yang nak datang ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1580948988437623, 101.61380426278228

ZUS Coffee di The Curve Mall, Mutiara Damansara

ZUS Coffee
ZUS Coffee
Sekarang ni mana apa pergi, mesti akan jumpa ZUS Coffee ni...dah jadi trending Zus Coffee ni...peminat coffee hipster dah masukkan Zus Coffee ni dalam list coffee hunting diorangπŸ˜‚πŸ˜‚...Yang Zus Cooffee yang aku terjah ni sebenarnya berada dalam Mall, The Curve Mall di Mutiara Damansara..The Curve Mall di bertentangan dengan IKEA Damansara.
iced spanish latte
iced spanish latte
GPS koordinat The Cuve Mall dan google map boleh rujuk seperti di bawah.

GPS koordinat: 3.1575853614410203, 101.61202796500821

Kiosk Tealive di The Curve Mall Mutiara Damansara

tealive, The Curve
tealive, The Curve
Jalan-jalan dalam Mall The Curve ni, kalau rasa nak minum tealive, boleh cari kiosk tealive ni di tingkat bawah...Menu standard la macam tealive di tempat-tempat lain...peminat tealive boleh ler terjah di kiosk ni kalau dah memang ada di mall ni....
air tealive
air tealive
GPS koordinat Tealive the curve: 3.1579242730341486, 101.6120009520478

Auntie Anne's di The Curve, Mutiara Damansara

 

Kiosk Auntie Anne's
Kiosk Auntie Anne's
Auntie Anne's yang aku terjah ni dekat The Curve, Mutiara Damansara...Rasa kat mana-mana mall ada Auntie Anne's ni...saja la nak bagitau korangπŸ˜…....Makanan di sini pun sempoi-sempoi gak..boleh layan makan untuk petang-petang a.k.a makan petang....
lai-lai...mau makan yang mana satu?
lai-lai...mau makan yang mana satu?πŸ˜‹
GPS koordinat Auntie Anne's the curve: 3.1579242730341486, 101.6120009520478

Makan steak premium di Restoran Me'nate Steak Hub, The Curve, Mutiara Damansara

Restoran Me'nate Steak Hub
Restoran Me'nate Steak Hub

Restoran Me'nate Steak Hub
Restoran Me'nate Steak Hub
Restoran Me'nate ni menu diorang adalah berkonsepkan western food. Lebih terperinci lagi, restoran me'nate ni menggunakan daging premium dalam hidangan steak diorang. Bila sebut premium, korang pun kena la level up sikit duit poket korang, sebab harga di me'nate ni boleh pitam gak ooo bila nak bayar nantiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.....
boleh pilih daging wagyu, agus, tomahawk
boleh pilih daging wagyu, agus, tomahawk

jenis-jenis bahagian daging
jenis-jenis bahagian daging
Kalau taknak makan daging, ada juga menu-menu lain yang korang boleh try, contohnya pelbagai jenis hidangan pasta, burger, pizza dan juga beberapa jenis hidangan yang lain....tapi signature dish diorang ni masih dalam hidangan daging premium la...Gambar-gambar di bawahnya adalah antara menu-mmenu yang ada di restoran me'nate ni....
menu restoran me'nate steak hub
menu restoran me'nate steak hub

menu restoran me'nate steak hub
menu restoran me'nate steak hub

menu restoran me'nate steak hub
menu restoran me'nate steak hub

menu restoran me'nate steak hub
menu restoran me'nate steak hub

menu restoran me'nate steak hub
menu restoran me'nate steak hub

menu restoran me'nate steak hub
menu restoran me'nate steak hub

menu restoran me'nate steak hub
menu restoran me'nate steak hub

menu restoran me'nate steak hub
menu restoran me'nate steak hub
Di sini, kalau steak yang aku try adalah jenis angus striploin...asal nak makan tomahawk, tapi dah habis plak😌...Wagyu plak aku try burger wagyu....harga burger wagyu ni dalam RM53.90...Harga untuk steak plak di kira per kilogram...
Aglio E Alio
Aglio E Alio

mamamia beef carbonara
mamamia beef carbonara

burger wagyu
burger wagyu

angus striploin
angus striploin

complete set menu yang aku order
complete set menu yang aku order

ni ler daging premium yang aku makan
ni ler daging premium yang aku makan
Lama dah aku teingin nak masuk makan di dalam restoran me'nate ni....sebab harganya la buat aku fikir banyak kali nak masuk ke tak....tapi kali aku nekad juga nak try...rasa memang padu beb....sangat recommend untuk korang pulak yang try.
Restoran Me'nate  yang aku datang ni terletak di The Curve, Mutiara Damansara...The Curve ni bersebelahan dengan IKEA...Di bawahnya ni, aku sertakan GPS koordinat serta google map sebagai panduan dan rujukan korang jika hendak ke sini.
GPS koordinat:  3°09'29.3"N 101°36'37.6"E atau 3.158137, 101.610436