RESEPI BINGKA ROTI JAGUNG PANDAN

BINGKA ROTI JAGUNG PANDAN
BINGKA ROTI JAGUNG PANDAN

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur 
  • 100 gm gula kastor
  • 100 gm mentega - dicairkan
  • 250 ml susu cair + 250 ml santan
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 1/2 sudu kecil pandan emulco
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 150 gm tepung gandum
  • 200 gm roti putih
  • 100 gm jagung krim dalam tin
Cara-cara:
  • Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan dan susu cair, pewarna hijau, pandan emulco, tepung gandum dan garam halus yang diayak bersama. Kacau rata.
  • Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi dan gaul rata. Rendam selama 15-20 minit.
  • Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
  • Sapukan mentega pada loyang bingka 23 cm dan boleh juga guna loyang biasa berukuran 9 inci alaskan dasarnya dengan kertas minyak.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 50 minit atau satu jam.
Kredit resepi: fb kuih muih tradisional 

No comments:

Post a Comment