Layan minum di Kafe Bendera Coffee & Tea betul-betul di depan Masjid Ibadur Rahman, Taman Seri Serdang, Kepala Batas, Pulau Pinang

 

Kafe Bendera Coffee & Tea, Kepala Batas
 Kafe Bendera Coffee & Tea, Kepala Batas
Peminat-peminat Coffee di area Kepala Batas, boleh la datang layan Coffee di Kafe Bendera Coffee & Tea yang terletak betul-betul di hadapan Masjid Ibadur Rahman, Kepala Batas. Selalu tengok orang viral Kafe Bendara ni...terutamanya di tiktok...sampai aku sendiri terpengaruh, then terus cari๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚..

Aku try la kan sebab ramai dah orang komen dah try...aku pilih untuk minum caramel machiatto..menu ni agak manis la sikit...yang tak suka manis-manis boleh try menu lain..tapi adik musstiii mau manisss๐Ÿ˜๐Ÿ˜

caramel machiatto
caramel machiatto

caramel machiatto
caramel machiatto
Lokasi Kafe Bendera ni secara detail boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°30'20.4"N 100°25'47.9"E atau 5.505668, 100.429981


Makan tengahari di Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu, Penaga, Pulau Pinang

Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu
 Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu

Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu
 Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu
Aku jumpa kedai makan ikan bakar ni hasil dari menggoggle ler...Saja je nak cari kedai  makan tengahari yang sempoi-sempoi sikit area Penaga ni...and then, aku terjumpa Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu ni...Kedai ni betul-betul dekat dengan simpang 3 traffic light Pasir Gebu...Simpang Pasir Gebu ni Kalau masuk simpang tu, korang boleh pergi pantai merdeka.
antara juadah masakan makan tengahari
antara juadah masakan makan tengahari

ada ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar
ada ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar
Ok la...no bad gak masakan di sini...ikar bakar, ayam bakar pun nampak menarik...sotong pun gemuk-gemuk...tapi aku layan talapia ikan bakar jer kat sini...yang talapia ni pun padu beb...sedap....
talapia ikan bakar
talapia ikan bakar

aku makan simple2 jer..tapi sedap
aku makan simple2 jer..tapi sedap
Kalau korang nak try makan di Kedai Makan Ikan Bakar Simpang Tiga Pasir Gebu ni, boleh la usha-usha di Penaga, tepi jalan jer kedai makan ni..boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni sebagai panduan.

GPS koordinat: 5°32'49.5"N 100°22'40.3"E atau 5.547094, 100.377861

Resepi bihun rebus versi terengganu

bihun rebus versi terengganu
bihun rebus versi terengganu

Bahan kisar:
  • *2 biji Bawang besar
  • *5 biji Bawang putih
  • *Halia sikit -Isi ayam
  • Sayur-sayur
  • Lada hitam
  • cili padi
  • Telur
  • Garam
  • Bihun/mee (nak celur pun boleh, nak masakkan skali dalam kuah terus pun boleh)
Cara-cara:
  • Tumis bahan kisar *, masukkan air,(adjust la banyak mana kita nak kuah), dan isi ayam.
  • Masukkan serbuk lada hitam, bila dah mendidih masukkan sayur-sayur, cili padi yang diketuk, telur, dan garam.
  • *Rahsianya kat sini... Bawang-bawang tu kena kisar dan kena lebihkan. Baru kuah rasa manis-manis dari bawang tu.
Kredit resepi: Haniza Ishak 

Resepi Apam Jagung

Apam Jagung
Apam Jagung

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir (suka manis lebihkan gula)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan jagung manis yang telah di sagat (boleh juga guna jagung krimer dalam tin)
  • 2 sudu kecil yis mauripan (sudu kecil kfc yang warna putih)
  • Sedikit perisa jagung
  • Sedikit pewarna kuning lemon
Cara-cara:
  • Acuan lompang oles dgn sedikit minyak
  • Satukan semua bahan2 dalam bekas,gaul rata bagi sebati,pastikan tiada tepung yang berketul kemudian tutup,perap adunan selama 1 1/2 jam
  • Selepas perap,tuang 3/4 adunan dalam acuan lompang bt sampai adunan habis
  • Kukus selama 10-15 minit api sederhana.
  • Loyang besar kukus 30 minit atau sehingga apam masak sempurna.
Kredit resepi: Nawar Azhar 

RESEPI BISKUT RAYA FERRERO COOKIES

BISKUT RAYA FERRERO COOKIES
BISKUT RAYA FERRERO COOKIES

Bahan:
  • 250 gm buttercup
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan Serbuk badam
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1 cawan nestum dikisar menjadi serbuk
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu tepung beras
  • Tepung gandum (cap sauh) ikut sukatan doh.. 2 dalam cawan lebih..(kalau doh lembik sangat, tambah tepung sikit-sikit ye sampai doh cantik dan boleh olah dengan baik..Jangan terlalu banyak tepung, doh mudah keras dan pecah masa nak getel jadi bulat)
  • Kacang hazelnut biji..dibakar hingga ranggup
  • Kacang nib dibakar terlebih dahulu
  • Beryl's Milk compound dicairkan
Cara-cara:
  • Pukul buttercup dan gula hingga kembang.
  • Masukkan Serbuk badam, susu tepung, nestum kisar, tepung jagung, tepung beras..Kacau dan masukkan tepung gandum sikit-sikit sehingga doh sebati cantik, mampu digetel dengan elok terletak.
  • Bentukkan bulat doh, letakkan kacang hazelnut sebiji-biji..Bulat kan dan bakar sehingga masak.. Depends oven masing-masing ye..Bakar sehingga doh garing sikit(Untuk rangup).
  • Sejukkan biskut.. Cairkan coklat beryl's, masukkan kacang nib dalam coklat cair..ambil biskut dan celup kan dalam coklat yang dah bercampur dengan kacang nib.. Masukkan dalam papercup.. Biarkan sehingga keras atau letak dalam freezer sekejap.. Siap!
Kredit resepi: faizal arzmi  

RESEPI RENDANG HIJAU

RENDANG HIJAU
RENDANG HIJAU

Bahan-bahan:
  • Seekor ayam @ sekilo daging
  • 2 genggam cili api (warna hijau je)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang besar
  • 6 btg serai
  • 1 inci halia
Blend semua dengan sikit air jadikan pes
  • Santan (1 biji kelapa)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 3 sudu besar kerisik
  • 3 asam keping
  • Garam, gula & bahan perasa

Cara-cara:
Tumiskan pes tadi minyak agak-agak la... dah kering sikit masukkan daun limau... pecah minyak masukkan ayam @ daging bersama asam keping.. dah kering sikit air ayam @ (daging boleh tambah air beberapa kali sampai empuk) masukkan santan dan kerisik.. Jangan lupa perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa.. Taburkan hirisan daun kunyit. Siap!  

RESEPI TELUR BISTIK

TELUR BISTIK
TELUR BISTIK

Bahan-Bahan:
  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • 5 biji cili padi - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih -  cincang halus
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 1/2 camca besar sos cili
  • 1/3 cawan daging cincang
  • 1 camca besar mayonaise
  • 1/2 kiub pati daging lembu
  • sedikit Sos Ikan
  • sedikit air
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 cawan mix vege (jagung, kacang pis, karot)
  • 1/2 inci halia - cincang halus
Bahan Hiasan:
  • hirisan daun bawangcili merah - buang biji dan potong kecil
Cara-cara:
  1. panasan minyak, kemudian tumis cili padi, bawang putih, halia, dan bawang besar hingga harum. bila sudah harum masukan sos tiram dan kacau rata.
  2. tambahkan daging cincang dan kiub daging (opsyenal) kemudian masukan sedikit air dan kacau rata. masak sekejap.
  3. masukan sos tomato bersama dengan sos cili kemudian kacau rata dan masak menggunakan api kecil hingga pekat. tambahkan mix vege kemudian gaul rata dan masak sebentar.
  4. perasakan jika kurang masin renjis dengan sedikit sos ikan. kemudian gaul hingga rata dan matikan api lalu ketepikan.
  5. satukan telur dengan serbuk lada hitam dan mayonaise kemudian kacau rata. panaskan sedikit minyak menggunakan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci. selepas tu goreng telur tadi hingga masak dan masukan ke dalam pinggan yang sesuai.
  6. tuang semua bahan yang sudah dimasak pertama tadi diatas telur dadar dan ratakan. untuk hiasan tabur hirisan cili merah dan hirisan daun bawang.
  7. akhir sekali, hidangkan bersama nasi putih hangat.

Layan petang-petang makan cucur udang campur di Warung Cucur Udang Campur Kampung Pokok Tampang, Tasek Gelugor, Penang

 

Warung Cucur Udang Campur Kampung Pokok Tampang, Tasek Gelugor
Warung Cucur Udang Campur Kampung Pokok Tampang, Tasek Gelugor
Warung ni terletak betul-betul di simpang 3 jalan di Kampung Pokok Tampang...Senang nak cari. Kampung Pokok Tampang ni terletak di Tasek Gelugor.

Selain cucur udang campur, ada juga menu lain yang sempoi iaitu laksa, mee celup, dan cendol.. Warung ni buka dari jam 1.30 petang hingga jam 8 malam... Tapi kalau korang datang hujung-hujung, maybe banyak makanan yang dah habis๐Ÿ˜…

dekat simpang ni ada signboard POKOK TAMPANG
dekat simpang ni ada signboard POKOK TAMPANG
Disebabkan aku first time sampai kat sini, jadi aku nak try la semua makan kat sini....Gambar kat bawah ni, menu yang aku order ler๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
cendol pulut
cendol pulut

laksa yang padu!
laksa yang padu!๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

cucur udang panas-panas
cucur udang panas-panas

cendol biasa
cendol biasa

cucur udang campur kuah kacang
cucur udang campur kuah kacang

mee celup
mee celup
Sedap dan sempoi-sempoi jugak la makanan ni...kalau korang nak try boleh datang ke sini. GPS koordinat dan google map warung ni adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°28'32.6"N 100°29'01.3"E atau 5.475712, 100.483702

Makan petang di Gerai Dapur Onna, gerai no 3 Al Ihsaniah Simpang Ampat, Pulau Pinang

 

Gerai Dapur Onna
Gerai Dapur Onna

dalam ni ler Gerai Dapur Onna
dalam ni ler Gerai Dapur Onna
Rasa nak makan nasi kandar melayu di Restoran Nasi Kandar Ahmad. Tapi kiciwa la plak sebab sebab Nasi Kandar Ahmad tutup!๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ...

Jadi sebab dah lapar sangat ditambah dengan perasaan kiciwa...maka aku cari jer gerai yang dekat area-area tu...dan terjumpa la Gerai Dapur Onna yang terletak betul-betul di sebelah Masjid Al Ihsaniah di Simpang Ampat, Penang..

So, aku order nasi goreng macam dalam gambar di bawah ni...

senarai menu nasi goreng gerai dapur onna
senarai menu nasi goreng gerai dapur onna

nasi goreng daging
nasi goreng daging

mee goreng
mee goreng

nasi goreng biasa
nasi goreng biasa
selain nasi goreng, ada juga gerai yang jual char koay teow.....

GPS koordinat: 5°16'57.5"N 100°28'34.6"E atau 5.282632, 100.476269


makan aiskrim llaollao, di Design Village batu kawan, Pulau Pinang

kedai aiskrim llaollao, design Village
kedai aiskrim llaollao, design Village

ada banyak perisa yang korang boleh pilih
ada banyak perisa yang korang boleh pilih
Jalan-jalan shopping di Design Village ni waktu tengah panas terik, memang satu penyiksaan...kering tekak oooo๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚..

Sekali terpandang kedai aiskrim pulak dalam desgin village ni...apa lagi yang ko tunggu, terus ler aku terjah beli aiskrim ni..ni kedai aiskrim llaollao...aku pun first time nak try llaollao ni...

ni antara menu-menu diorang ler
ni antara menu-menu diorang ler

masa aku datang ni, yang ni kira flavor terbaru diorang
masa aku datang ni, yang ni kira flavor terbaru diorang
Dan dengan bangganya, aku berjaya mendapatkan semangkuk aiskrim berperisa coklat...fuhhh nikmat oooo makan aiskrim waktu panas terik ni....
tudiaaa...asikrim yang aku beli ni
tudiaaa...asikrim yang aku beli ni๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
settle makan, jom sambung shopping di design village ni.... yang nak try aiskrim ni boleh le singgah design village kalau korang ada di area Batu Kawan.

GPS design Village, Batu Kawan: 5°14'34.0"N 100°26'12.4"E atau 5.242782, 100.436776

Resepi sup pekat ikan merah

sup pekat ikan merah
sup pekat ikan merah

Bahan-bahan: 
  • Ikan merah (kepala ikan tu paling sedap)
  • 2 peket kecil rempah sup adabi
  • Setengah sudu teh lada hitam biji(tumbuk je kasar-kasar)
  • Cili burung 4,5 biji di hempuk-hempuk je kasar-kasar.
  • Garam, gula secoet(ikut sesedap rasa). Yang suka pak aji boleh je letak.
  • Asam keping sekeping
  • Bawang besar 2 biji, bawang putih 6 ulas dan halia dikisar kasar.

Cara: 
Tumis bahan-bahan kisar hingga garing, masukkan secawan air, lada hitam dan rempah sup. 
Tumis hingga pecah minyak. Tambahkan air dalam 4 cawan. Jangan banyak sangat air sebab kita nak sup pekat. Masukkan asam keping, cili burung, garam dan gula. Biar hingga menggelegak. Masukkan ikan dan rasa secukupnya. Kemudian sekali baru masukkan buah tomato, daun bawang/sup. Dah siap!!

Kredit resepi: Amy Aziz Mohamed

Resepi kuih lopis

kuih lopis
kuih lopis

Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras pulut susu
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air daun pandan - dikisar beberapa helai daun pandan
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Beberapa titis pewarna hijau
  • Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam
Cara-cara:
  • Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air, pewarna hijau dan air kapur selama 1/2 jam. Sementara itu, kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Ketepikan dulu.
  • Kemudian toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang. Lepas tu, masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul rata. Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan dikukus sehingga masak atau 3/4 masak pun tak apa sebab akan dikukus lagi.
  • Bila santan kering, kacau rata supaya pulut masak rata. Kukus seketika lagi sebelum diangkat. Sejukkan seketika.
  • Ambil daun pisang yang dipotong panjang dan layur sekejap atas api. Bentangkan daun pisang, bubuh pulut ikut kadar yang dikehendaki dan gulungkan daun tersebut dua atau tiga lapis. Punjutkan bahagian kiri dan kanan sambil dipadatkan. Ikat dengan benang atau tali rapia.
Nota:
  • Boleh juga dimasukkan pulut yang telah masak ke dalam bekas 4 persegi dengan plastik/daun pisang. Tuang pulut ke dalamnya dan ditekan padat padat dengan plastik/daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai.
  • Sementara pulut dikukus, bolehlah disediakan air gula. Hidangkan kuih lopes dengan air gula yang disejukkan.
Air Gula Melaka
Bahan bahan:
  • 3 ketul gula Melaka
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 cawan air
  • 2 helai daun pandan- disimpul
Cara-cara:
  • Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
Nota:
Lebih sedap jika air gula Melaka disejukkan dalam peti ais seketika sebelum dihidangkan.

RESEPI KAILAN IKAN MASIN ALA THAI

kailan ikan masin
kailan ikan masin

Bahan-bahannya:
  • 2 ikat sayur kailan - ambil pucuk kalian yang berbunga sahaja
  • 2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
  • Minyak bijan
Cara-Cara:
  • Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda, 
  • Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .
  • Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
  • Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing. 
  • Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu . 
  • Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati. 
  • Setelah betul-betul sebati anda masukkan pula nampla dan terus kacau. 
  • Akhir sekali masukkan sayur kailan. 
  • Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air . 
  • Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya. 
  • Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.
  • Masakan kailan ikan masin anda telah pun siap untuk dihidangkan.

Resepi Kek Keju

Kek Keju
Kek Keju 

Bahan-bahan diperlukan:
  • 250g Philadelphia cream cheese
  • 50g mentega tanpa garam
  • 80g gula halus
  • 3 biji telur -asingkan kuning dan putih
  • 80cc fresh cream
  • 2 sudu kecil jus lemon
  • 40g tepung roti
  • 40g dry fruit
  • sedikit gula aising untuk hiasan
Cara menyediakan dan memasak:
  • Pukul cheese dan mentega sehingga kembang dan masukkan separuh gula dan pukul lagi
  • Masukkan sebiji demi sebiji, diikuti dengan fresh cream dan lemon jus
  • Masukkan pula tepung roti dan gaul sehingga sebati
  • Dalam mangkuk lain pukul telur putih dan gula yang separuh lagi sehingga kembang. (Bila diterbalikkan telur tak jatuh)
  • Masukkan dry fruit ke dalam telur putih dan kacau sebati
  • Masukkan adunan telur putih ke dalam adunan pertama tadi. Gaul sebati.
  • Kemudian masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 40-45 minit. Loyang tu mestilah diletakkan dalam dulang yang berisi air. 
Setelah masak. Ayaklah gula aising ke atas kek tadi

Resepi Naan Cheese

Naan Cheese
Naan Cheese

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 ½ sudu besar yis
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • ¾ cawan air suam
  • Secubit garam
  • Cheese mozarella
Cara-cara:
  • Campur yis, gula & susu pekat dalam air suam.Tunggu yis kembang.
  • Gaul marjerin & garam dengan tepung gandum.
  • Masukkan campuran yis, gaul rata sehingga adunan tak melekat di tangan.
  • Rehatkan doh 30-45 minit.
  • Tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin,bentukkan bulat. Gelek dan letak cheese.
  • Bulatkan dan gelek semula. Rehatkan doh sekejap.
  • Boleh masak atas pan.Tutup pan dan masak dengan api kecik.
  • Setelah masak boleh sapu sikit marjerin di bahagian atas untuk efek kilat.
*Adunan 2 cawan tepung boleh dapat 4 keping nan...

Kredit resepi: Ain Kamarudin  

RESEPI BINGKA LABU

bingka labu
bingka labu

Bahan-bahan:
  • labu sederhana besar
  • santan pekat
  • gula pasir
  • marjerin pelangi
  • telur
  • esen vanilla
  • garam
  • pewarna kuning
  • 2 cawan tepung gandum
Caranya:
sebatikan bahan-bahan di atas, kemudian masukkan tepung dan kisar halus..masuk dalam loyang (oles marjerin) tabur bijan putih bakar suhu 160° selama 1 jam atau nak ada effect garing-garing sikit lebih kan masa..siap

RESEPI PES SAMBAL TUMIS

PES SAMBAL TUMIS
PES SAMBAL TUMIS

Bahan-bahan:
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang besar 2 biji (hiris bulat)
  • Bawang putih 5 ulas
  • Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
  • Asam jawa
  • Garam, gula, perasa
Cara-cara:
  • Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.
  • Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)
  • Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.
  • Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mee goreng, bihun goreng, dan sebagainya.
kredit resepi: Puan Asrimah Bakri

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap

Ikan Tongkol Masak Kicap
Ikan Tongkol Masak Kicap

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepas tu goreng)
  • 8 ulas bawang merah - kisar
  • 3 biji cili hijau - hiris
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 4 ulas bawang putih - kisar
  • 2 sudu besar cili - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sedikit cuka
  • kicap
  • gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak Ikan Tongkol Masak Kicap:
  • panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar tadi sampai harum dan garing
  • selepas itu masukan sos tomato, sos tiram, kicap, sedikit cuka dan sedikit air dan masak hingga mendidih
  • Akhir sekali, masukan cili hiris dan bawang dan sesuaikan rasa. selepas tu masukan gula dan garam secukup rasa. tutup api dan masukan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  • angkat lalu hindangkan dengan nasi panas, Mmmmmm Sedaaaap!

Makan di Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang
Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang

Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang
Medan Selera lotus Seri Tanjung Pinang
Aku ada program family day kat area Tanjung Bungah...jadi kebetulan ada di sini, aku singgah la Lotus Seri Tanjung Pinang ni yang terletak di Tanjung Tokong untuk beli barang-barang keperluan untuk ber family day...

Di pendekkan cerita....aku lapar๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚....jadi aku terus tuju ke medan selera dalam Lotus ni...banyak jugak pilihan makanan di Medan Selara ni...Tanpa membuang banyak masa, terus aku mengoder makanan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

nasi goreng belacan
nasi goreng belacan

mee goreng
mee goreng

sizzling yee mee
sizzling yee mee

nasi goreng udang
nasi goreng udang
Ok dah kenyang, jom sambung balik shopping๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

GPS koordinat Lotus Seri Tanjung Pinang: 5.459167106053387, 100.30848294806931

Gerai Ali Char Kuey Teow & Ikan Bakar, Sungai Besar, Selangor

Gerai Ali Char Kuey Teow & Ikan Bakar
Ali Char Kuey Teow & Ikan Bakar
Aku singgah sini nak makan isi perut aku yang lapar ni si Sungai Besar, Selangor. Aku macam pelik sikit la gerai ni..sebab tajuk gerai ni Ali Char Kuey Teow & Ikan bakar....tapi bila aku masuk ke dalam, tempat ni seolah-olah macam food court la..ada 2-3 lagi gerai/kiosk dalam ni yang jual makanan yang lain๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
nak order masakan ala thai dan ikan bakar kat kaunter depan tu
nak order masakan ala thai dan ikan bakar kat kaunter depan tu๐Ÿ˜Ž
Dalam ni juga ada menu lain seperti Very nice burger, Char koay teow, Yong tau foo, Sotong celup tepung....Disebabkan aku ni lapar nasi, jadi aku order la nasi goreng daging dan telur dadar...
ni air aku..sekali order, 2 gelas terusss
ni air aku..sekali order, 2 gelas terusss๐Ÿ˜…

nasi goreng daging telur dadar
nasi goreng daging telur dadar
not bad jugak la nasi goreng ni..layannnnnn....

Kalau korang nak try makan di sini, boleh cari di Pekan Sungai Besar ni..kalau dari jalan besar, kena masuk ke dalam sikit..GPS koordinat dan google map lokasi gerai ni seperti di bawah.

GPS koordinat: 3°40'26.5"N 100°59'10.1"E atau 3.674023, 100.986140