buah melaka |
Bahan-Bahan:
- tepung pulut
- air pandan
- sedikit garam
- sedikit air kapur
- 1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
- gula kabung/melaka dipotong kecil
- kelapa parut (putih)
Cara-cara:
- Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
- Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
- Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
- Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
- Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
- Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.
Tambahan:
- Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
- Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya
Sedap nih buah melaka tepung pulut tambah keledek. Tidaklah liat rasa tepung pulut saja. Warna hijaunya pun cukup menawan sebab warna semula jadi air pandan.
ReplyDelete