PETUA LEMBUTKAN TANGAN

 1. Kentang
Parut sebiji kentang yang sudah dikupas, lalu gosok-gosokkan hasil parutan berkenaan ke tapak tangan dengan lembut hingga merata. 
Jika sudah rata, biarkan selama 20 minit sebelum membilas parutan kentang menggunakan jus lemon dan seterusnya dengan air bersih.

2. Daun lidah buaya
Daun lidah buaya mengandungi zat yang boleh mengurangkan keradangan pada tapak tangan. Anda boleh menggunakan daun lidah buaya yang dicampur dengan minyak kelapa dara atau madu dan oleskan ke tapak tangan.

3. Kopi
Pupur antara cara menghaluskan tapak tangan yang kasar dengan cepat dan bahan yang boleh digunakan adalah kopi. Kopi amat berkesan sebagai pupur untuk membuang sel kulit mati, termasuk pada tapak tangan yang kasar.
Caranya dengan menggosokkan hampas kopi yang dicampur dengan sedikit air pada tapak tangan terutama pada bahagian yang kasar. Biarkan selama lima minit supaya bahan ini meresap dalam kulit, kemudian bilas hingga bersih.

4. Minyak kelapa
Minyak kelapa mampu menghaluskan permukaan kulit yang kasar atau merekah. Gosok minyak kelapa pada tapak tangan anda sambil menggosoknya dengan lembut dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air, tanpa menggunakan sabun.
Biarkan sisa minyak melekat pada tapak tangan kerana nutrisi yang terkandung di dalamnya dapat menghaluskan telapak tangan anda. Lakukan rawatan alami ini setiap hari, sebelum tidur malam untuk kesan pantas.

5. Gula dan madu
Campur sesudu madu dan sesudu gula, lalu urut tapak tangan dengan campuran ini selama 10 minit dan bilas sampai bersih.

6. Daun betik
Pilih daun betik yang masih muda dan gosokkan secara perlahan ke seluruh bahagian tapak tangan hinggalah daun itu lumat. Biarkan selama lima minit sebelum bilas hingga bersih.

Sekian, selamat mencuba

No comments:

Post a Comment