Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam

Ikan Tenggiri Masak Asam
Ikan Tenggiri Masak Asam 

Bahan-bahan:
  • Sepotong ikan tenggiri - potong 2
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • Seinci halia - dihiris
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Lada besar nak pedas guna cili api
Cara-cara:
Tumis bawang besar, putih & halia sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa. Masukkan ikan & cili besar. Perasakan dengan garam & gula. Mesti ada rasa masam, masin & manis. Siap.

Kredit resepi:dapurayuemi

RESEPI SAYUR LEMAK TAUHU

SAYUR LEMAK TAUHU
SAYUR LEMAK TAUHU

Bahan-bahan:
  • santan semangkuk
  • sayur taugeh putih
  • kangkung
  • sebiji bawang merah
  • sedikit lada hitam
  • seekor ikan selayang rebus
  • dua ketul tauhu
  • sesudu kecil garam
  • gula
Cara penyediaannya:
  1. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan ikan bagi hancur. Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan cair tadi. Kacau sebati tak nak bagi berketul.
  2. Panaskan santan tadi sehingga mendidih. Masa panaskan pastikan kacau selalu tau sebab taknak bagi kuah berketul ketul. Santan kalau tak dijaga akan naik ketulan.
  3. Boleh masukkan sayur dan tauhu. Letak gula dan garam. Kacau sebati dah siap. Ready untuk dimakan.
Selamat mencuba!

Kredit resepi: iman panji laras

Santai-santai makan di Bask bear coffee, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya

 

Bask bear coffee, Sunway Carnival
Bask bear coffee, Sunway Carnival
Bask Bear Coffee, ni terletak di Shopping Mall Sunway Carnival, Seberang Jaya Pulau Pinang. Kat sini kira menu diorang kalau bahasa kampung tu, roti bakar la...tapi di Bask Bear Coffee ni diorang kasi sedap sikit jadi toastie😁😁😁...dan ada juga air yang sempoi-sempoi... Boleh tengok menu kat bawah ni yang sempat aku snap gambar...
menu minuman
menu minuman

menu minuman
menu minuman

menu makanan
menu makanan
Aku layan 2 menu hot diorang iaitu spicy oriental beef burger toastie dan spicy oriental chicken katsu toastie...nampak simple..tapi layannnn..sedap jugak😋😋😋😋
spicy oriental beef burger toastie dan spicy oriental chicken katsu toastie
spicy oriental beef burger toastie dan spicy oriental chicken katsu toastie

spicy oriental beef burger toastie dan spicy oriental chicken katsu toastie
spicy oriental beef burger toastie dan spicy oriental chicken katsu toastie

spicy oriental chicken katsu toastie
spicy oriental chicken katsu toastie

spicy oriental beef burger toastie
spicy oriental beef burger toastie
Ok boleh layan.....korang boleh try menu toastie ni...aku dah endorse memang sedap😎😎😎.... Boleh cari Bask Bear Coffee ni di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya.

GPS koordinat: 5°23'57.6"N 100°23'52.3"E atau 5.399345, 100.397859


Makan malam di Restoran Port Seafood, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Port Seafood
 Restoran Port Seafood

Restoran Port Seafood
 Restoran Port Seafood
Restoran Port Seafood ni terletak di No 958 Jalan Bawah Penaga, 13100 Kepala Batas, Pulau Pinang. Restoran ni buka dari jam 4 petang hingga ke 11 malam. Di buka setiap hari kecuali hari Selasa. Selasa diorang cuti...

Dekat restoran Port Seafood ni, korang boleh layan makan shell out, masakan ala thai, western food pun ada....dan juga ikan bakar...King crap pun ada kalau korang nak makan...

King Crab set - shell out + king crab
King Crab set - shell out + king crab
Makanan paling mahal dekat sini, semestinya la king crab dan juga lobster... Harga boleh mencecah hingga RM400 ooooo....untuk satu hidangan... Kalau ada bajet lebih boleh la nak try...tapi kalau korang takde duit, jangan la nak viralkan kata mahal...dah memang harga dia macam tu😁😁😁😁..

Aku datang nak makan malam set biasa saja...set masakan ala thai...ada 2-3 set mengikut bilangan pax...aku ambil yang set 2 pax saja....dalam set tu ada siakap 3 rasa, tomyam, kailan ikan masin dan telur dadar...

packaging air tes air ais dengan nescafe ais pun cantik jer
packaging air tes air ais dengan nescafe ais pun cantik jer

tomyam campur
tomyam campur

kailan ikan masin
kailan ikan masin

telur dadar
telur dadar

siakap 3 rasa - besar gak la walaupun untuk set 2 pax jer
siakap 3 rasa - besar gak la walaupun untuk set 2 pax jer
Ramai yang datang sini aku tengok diorang makan shell out....nampak cam padu gak la shell out kat sini...korang boleh la try nanti....

Kat bawah ni ni, menu-menu restoran Port Seafood yang aku sempat snap gambar untuk korang tengok-tengok....

menu set masakan ala thai
menu set masakan ala thai

menu ala carte
menu ala carte

king crab dan lobster mahal oooo
king crab dan lobster mahal oooo

nasi goreng dan western food
nasi goreng dan western food

western food
western food
Air dekat restoran Port Seafood ni pun padu gak.... lain la sikit dari yang lain..korang boleh try....
menu minuman
menu minuman

menu minuman
menu minuman
Port makana yang recommeded untuk korang try makan di sini...tempat yang santai-santai..service pun pantas...terbaik...boleh cari di Penaga, Kepala Batas... Boleh rujuk  GPS koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5°31'55.4"N 100°22'46.1"E atau 5.532051, 100.379469

Restoran Afandi Tomyam, Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Restoran Afandi Tomyam, Tasek Gelugor
Restoran Afandi Tomyam, Tasek Gelugor

Restoran Afandi Tomyam, Tasek Gelugor
Restoran Afandi Tomyam, Tasek Gelugor
Restoran Afandi Tomyam ni teletak di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Menu di Afandi Tomyam kira masakan ala-ala thai la...Semua ada..nak makan yang set pun ada...Boleh dijadikan pilihan tempat korang nak makan malam la kalau ada di area Tasek Gelugor ni...
ni menu set..tapi soory kalau tak nampak menu tu..jauh sangat plak
ni menu set..tapi soory kalau tak nampak menu tu..jauh sangat plak😅😅😅
Aku layan makan yang menu biasa jer kat sini.... habuan makan malam😁😁😁...Tapi parking susah sikit la kalau naik kereta...boleh parking jauh sikit dekat kubur..situ ada la ruang sikit untuk nak parking..
nasi goreng biasa
nasi goreng biasa

sup ayam
sup ayam

sambal belacan + timun
sambal belacan + timun

telur dadar
telur dadar
Lokasi Afandi tomyam, gps koordinat dan google map adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 5°28'58.0"N 100°29'32.2"E atau 5.482786, 100.492275

Makan masakan ala thai di restoran Hamiza Seafood Cafe, Taman Seri Serdang, Kepala Batas, Pulau Pinang

 

restoran Hamiza Seafood Cafe
restoran Hamiza Seafood Cafe

restoran Hamiza Seafood Cafe
restoran Hamiza Seafood Cafe
Restoran Hamiza Seafood Cafe ni terletak di Jalan Serdang 1, Taman Seri Serdang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Dekat sini korang boleh layan masakan ala thai la... Cuma aku pelik sikit sebab nama kat luar Hamiza Seafood Cafe, dekat dalam pulak restoran Mashitoh Tomyam...mana satu ni tokey?😂😂😂😂...
ni menu yang dekat dinding
ni menu yang dekat dinding
Ada pelgagai menu set yang korang baleh pilih...semuanya masakan ala thai...tapi kalau nak masakan yang ala carte, pun ada jugak....menu kat bawah ni pulak menu detail Hamiza Seafood Cafe ni...
senarai menu Hamiza Seafood Cafe
senarai menu Hamiza Seafood Cafe

senarai menu Hamiza Seafood Cafe
senarai menu Hamiza Seafood Cafe
Gambar-gambar makanan kat bawah ni pulak adalah makanan yang aku order...aku order menu ala carte jer...takde bajet hujung-hujung bulan nak makan yang set mahal-mahal😥😥😥
telur dadar
telur dadar

sup ayam
sup ayam

sambal belacan padu!
sambal belacan padu!

nasi goreng udang
nasi goreng udang

nasi goreng blackpepper
nasi goreng blackpepper
Kepada yang nak makan masakan ala thai, boleh la datang ke restoran hamiza Seafood Cafe ni yang terletak di Taman Seri Serdang, Kepala Batas Pulau Pinang.

GPS koordinat dan google map seperti berikut:

GPS koordinat: 5°30'19.3"N 100°26'10.4"E atau 5.505349, 100.436207

CARA-CARA MEMBUAT PETAI JERUK

petai jeruk
petai jeruk

Bahan:
  • Petai secukupnya, pilih yang agak tua (4 cawan isi petai)
  • Garam (1 cawan garam)
  • Air secukupnya
  • beberapa keping asam gelugur
Cara Membuatnya:
  • Didihkan air, celurkan petai. Tapi jangan sampai lembut, cukup sekadar untuk mengeluarkan isinya.
  •  Rendamkan ke dalam air sejuk. Asingkan isi dari kulitnya dan cuci bersih. Gaulkan dengan garam secukupnya, agak-agak biar masin sedikit. Masukkan ke dalam botol kaca, tutup dan perap selama dua malam. 
  • Selepas itu, masukkan asam gelugur dan air secukupnya. Selepas beberapa hari, bolehlah dihidangkan bersama nasi dan lain-lain lauk pilihan.
Nota :
  • Kuah jeruk petai hendaklah masin dan masam sedikit untuk mengelakkan jeruk petai cepat rosak. 
  • Sekiranya kuah petai jeruk kelihatan jernih dan tidak keruh, menandakan garamnya telah cukup, tetapi sekiranya kuah petai jeruk kelihatan keruh, cepat2 tambahkan garam.

Resepi Biskut Raya - Cornflakes Coklat

 

Cornflakes Coklat
Cornflakes Coklat

BAHAN:
  • 100 gm cornflakes
  • 50 gm kepingan badam
  • 70 gm kismis
  • 100 gm coklat masakan (cairkan jangan di tambah air)
  • mangkuk kertas
CARANYA:
  • satukan cornflakes, kepingan badam & kismis di dalam satu bekas
  • masukkan coklat masakan yang telah di cairkan ke dalam cornflakes, kepingan badam & kismis tadi dan gaul rata
  • kalau coklat terlebih, masukkan lagi cornflakes, kepingan badam & kismis ….. biar ngam-ngam je dengam coklat
  • sudukan sedikit kedalam mangkuk kertas
  • biarkan sehingga coklat kering
  • simpan di dalam bekas kedap udara
kredit resepi: Seminit Resepi

Resepi Moist Vanila Butterscotch

Moist Vanila Butterscotch
Moist Vanila Butterscotch

Kek moist vanila:
bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (150g)
  • 1/2 cawan tepung selfrising (50g)
  • tambah 1/2sk baking soda
  • tambah 1/2 sk cream off tartar
  • ayakkan
step 1:
  • 6 bijik telur
  • 1 cawan gula 170g
  • 1sb ovalate
  • 1sk esen creamy vanila
  • mix smpai kembang gebu
  • slowkan mixer
  • masukkan 3sb susu pekat sikit-sikit dan mix sebati
  • kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit
  • masukkan 1/2 cawan minyak masak mix sebati
  • masuk dalam bekas sq450
  • panaskan  pengukus
  • kukus 10 minit dengan api besar
  • dah masak terbalikkan
Untuk Sos Butterscoth:
  • 170g/1cawan gula perang
  • 150 gram mentega
  • 120 gram sirap glukos bak
  • 180 gram UHT whipping cream
  • 1/2 sudu teh Garam
Dalam periuk satukan gula,mentga dan garam dan sirap glukosa..
Masak atas api sederhana, kacau selalu supaya tak hangus masak sampai semua bahan cair. Biarkan mendidih 2 minit kemudian angkat dr api dan tuang uht whipping cream, kacau sebati. Masak semula selama 2 minit sehingga pekat.
simpan kejap dalam peti ais sebelum masuk piping dan hias pada kek

cheese lelehnya:
  • 500g cream cheese
  • 3/4 tin susu pekat
  • 1 cawan whipping dairy
  • 1/2 cawan susu segar
  • blender sebati
  • tuang atas kek dan cucuk2 sket pakai garfu
  • tuang tompok-tompok caramel
  • lorekkan dan tabur butter scoth chip
kredit resepi: cikgu azlina ina

KITA CORAKKAN BAKI USIA TERBAKI

Kalau umur kita sekarang 50 tahun dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun lagi.

Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 atau atau lebih... 

berapa hari lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal...

Kerana pada hari-hari yang tersisa ini ada waktu-waktunya kita jatuh sakit.

Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun juga tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak usahlah terlalu berhemah.

Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera.

Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" yang akan bakal terjadi hanya kematian.

Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian & kritikan orang lain.

Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak-anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing-masing.

Setelah mereka mempunyai anak, biarkanlah mereka mengurus sendiri atau menggunakan wang mereka sendiri untuk membayar mengurus anak-anak mereka. 

Jangan biarkan mereka merampas lagi hak kesihatan, hak istirehat, hak kesenangan & hak kebebasan orang tuanya.

Jangan terlalu banyak berharap pada anak-anak kita. Anak yang berbakti, sememangnya memiliki niat untuk berbakti. 

Tetapi kerana pekerjaannya terlalu sibuk, apalagi jika bekerja di bandar-bandar besar, maka tidak juga  akan dapat membantu kita.

Apatah lagi anak yang tidak berbakti, sewaktu kita masih hidup pun sudah buat kita susah.

Anak-anak sebegini beranggapan bahwa jika harta kita berikan kepada mereka itu adalah suatu hal yang wajar. Tapi pd masa yg sama, wang mereka bukanlah wang kita. 

Jika kita ingin minta wang kepada mereka dah tentu tidak mudah bukan?

Kita yang berusia 60 tahun atau lebih, jangan lagi menukarkan kesihatan kita dengan benda lain.  Kerana pd saat ini, belum tentu kita dapat membeli kesihatan dengan harta benda & wang ringgit kita.

Mencari wang sampai bila? 

Dalam sehari, kita hanya dapat makan 3 pinggan saja. Walau pun mungkin kita memiliki banyak rumah, untuk tidur di malam hari kita hanya perlukan ruang tempat sekadar 2 setengah meter saja. Maka cukup makan, cukup wang.... ya sudahlah.

Kita harus menjalani sisa hidup ini dengan bahagia serta gembira, meskipun setiap keluarga mempunyai masalah rumah tangga masing-masing.

Kita jangan lagi berebut nama & kedudukan dengan orang lain, memikirkan bagaimana masa depan anak cucu kita & hal-hal lain. 

Tetapi cukup sekadar membandingkan dengan orang lain bahawa siapa antara kita yang hidupnya lebih gembira, lebih bahagia.

Untuk hal yang tidak  mampu kita ubah, janganlah terlalu dicemaskan... kerana cemas juga tidak ada gunanya, malah akan mempengaruhi kesehatan diri kita.

Jika setiap hari berlalu dengan kita mencari kesenangan sendiri, setiap hari kita pasti dapat menjalani hidup ini dengan perasaan gembira.

Berlalunya sehari dlm hidup kita, maka berkuranglah sehari lagi. Bergembiralah sehari, maka untunglah kita sehari lagi.

Memiliki semangat yang tinggi maka penyakit dapat disembuhkan, insya Allah. 

Suasanakan hati yang gembira dgn bersenam  secukupnya (senaman ringan, berjalan pagi-pagi, berbasikal etc), biar terkena sinar matahari, makan jenis makanan yang berkhasiat (perbanyakkan sayuran & buahan), menyerap bermacam-macam vitamin & sedikit elemen logam yang seimbang, diharapkan dapat tetap hidup sehat sampai 20, 30 tahun lagi, semoga Allah Memberkati kita.

(Kiriman dari sahabat, seorang doktor)

 Elok jugalah dikongsikan kepada teman-teman seusia.

Resepi Kerabu Pauh/Kerabu Pelam Muda

Kerabu Pauh/Kerabu Pelam Muda
Kerabu Pauh/Kerabu Pelam Muda

Bahan-bahan:
  • 3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 3 sudu besar kerisik
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • 2 tangkai lada burung dipotong serong
  • 3/4 cawan santan yang diperah segar
  • 3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya
Cara-Cara:
  1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut. Ketepikan (boleh guna mangga jenis lain)
  2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
  3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat.
  4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. Masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.
  5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Tabur lada burung yang dah dipotong. Siap untuk dihidangkan.
Nota:
  • Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.
  • Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan... kalau boleh guna santan fresh yang diperah.
SELAMAT MENCUBA!!

Kredit resepi: pipi pau

RESEPI KUIH SIPUT

kuih siput
kuih siput

Bahan-Bahan:
  • 500 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula (ikut citarasa kalau suka manis)
  • 150 ml air
  • 10 tangkai daun kari
Cara-cara:
  • Cairkan marjerin kemudian sejukkan.
  • Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, garam dan gula.
  • Tuangkan marjerin cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan marjerin menyerap ke dalam tepung.
  • Masukkan hirisan daun kari.
  • Pukul sebiji telur dan tuang ke dalam adunan tepung diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masih keras.
  • Rehatkan doh seketika.
  • Tabur sedikit tepung di atas dulang utk elak doh melekat. Gentel sedikit doh dan tekan dia atas acuan kuih siput kemudian letak di atas dulang tadi.
  • Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan.
  • Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resepi: Ummu Hana

PETUA LEMBUTKAN TANGAN

 1. Kentang
Parut sebiji kentang yang sudah dikupas, lalu gosok-gosokkan hasil parutan berkenaan ke tapak tangan dengan lembut hingga merata. 
Jika sudah rata, biarkan selama 20 minit sebelum membilas parutan kentang menggunakan jus lemon dan seterusnya dengan air bersih.

2. Daun lidah buaya
Daun lidah buaya mengandungi zat yang boleh mengurangkan keradangan pada tapak tangan. Anda boleh menggunakan daun lidah buaya yang dicampur dengan minyak kelapa dara atau madu dan oleskan ke tapak tangan.

3. Kopi
Pupur antara cara menghaluskan tapak tangan yang kasar dengan cepat dan bahan yang boleh digunakan adalah kopi. Kopi amat berkesan sebagai pupur untuk membuang sel kulit mati, termasuk pada tapak tangan yang kasar.
Caranya dengan menggosokkan hampas kopi yang dicampur dengan sedikit air pada tapak tangan terutama pada bahagian yang kasar. Biarkan selama lima minit supaya bahan ini meresap dalam kulit, kemudian bilas hingga bersih.

4. Minyak kelapa
Minyak kelapa mampu menghaluskan permukaan kulit yang kasar atau merekah. Gosok minyak kelapa pada tapak tangan anda sambil menggosoknya dengan lembut dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air, tanpa menggunakan sabun.
Biarkan sisa minyak melekat pada tapak tangan kerana nutrisi yang terkandung di dalamnya dapat menghaluskan telapak tangan anda. Lakukan rawatan alami ini setiap hari, sebelum tidur malam untuk kesan pantas.

5. Gula dan madu
Campur sesudu madu dan sesudu gula, lalu urut tapak tangan dengan campuran ini selama 10 minit dan bilas sampai bersih.

6. Daun betik
Pilih daun betik yang masih muda dan gosokkan secara perlahan ke seluruh bahagian tapak tangan hinggalah daun itu lumat. Biarkan selama lima minit sebelum bilas hingga bersih.

Sekian, selamat mencuba

Merawat Hati Dengan Sifat Redha

 Setiap kita akan diuji dengan pelbagai ujian. Namun kita diajar agar bersabar serta memiliki sifat redha dengan sebarang ujian yang kita hadapi.

Yakin dan percayalah bahawa ujian yang menimpa kita bukan sia-sia. Pasti ada hikmah yang kita tidak ketahui.

Dalam menghadapi ujian, kita perlu banyak bersabar dan redha. Firman Allah SWT:

جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

Maksudnya: Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) dengan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (Surah al-Bayyinah ayat: 8)

Kita perlu merawat hati agar memiliki sifat redha antaranya melalui:
  1. Perbanyakkan zikrullah
  2. Tingkatkan ibadat-ibadat sunat.
  3. Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Sentiasa melazimi majlis ilmu dan pertingkatkan kefahaman agama.
  5. Sucikan hati daripada segala sangka buruk atau kejahatan yang membelenggu.
  6. Bergaul dengan orang-orang sekeliling yang baik dan soleh. 
  7. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai

RESEPI KUIH AKOK

KUIH AKOK
KUIH AKOK 
Bahan-bahan:
  • 1 cawan telur @ 5 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air gula melaka yg telah di masak
  • Ikut tahap kemaninsan masing-masing
  • 1/2 cawan tepung gandun
  • Secubit garam
(Resepi ni untuk 20 biji lebih)

Cara-cara:
  • Bancuh bahan sampai sebati..siap bancuh tapis dulu ye
  • Panaskan oven dengan suhu 200°c selama 15 minit
  • Dan sapu sedikit minyak pada acaun muffin dan masukan kedalam oven, panaskan sekejap
  • Dah siap panaskan, bolehlah tuang bancuhan tadi ke dalam acuan muffin yang telah dipanaskan
  • Bakar dengan suhu 180°c menggunakan api atas dan bawah
  • Bakar selama 20 ke 30 minit sehingga masak
Selamat mencuba!

Kredit resepi: Orkid Melati

Jom makan Mee Sotong di Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Mee Sotong, Kepala Batas
Restoran Mee Sotong, Kepala Batas

Restoran Mee Sotong, Kepala Batas
Restoran Mee Sotong, Kepala Batas
Peminat mee goreng terutamanya mee goreng mamak di area Kepala Batas, Pulau Pinang ni, boleh la cari restoran Mee Sotong di pekan lama Kepala Batas. Mee di sini memang sempoi habis punya la..Sebab apa dipanggil mee sotong, sebab mee ni akan diletakkan dengan sambal sotong...sama jer dengan mee sotong di tempat-tempat lain.
boleh makan terus di restoran atau bungkus bawa balik
boleh makan terus di restoran atau bungkus bawa balik

menu makanan di restoran Mee Sotong
menu makanan di restoran Mee Sotong
Selain mee sotong, di sini juga ada bihun goreng, koey teow goreng dan pasembur. Kalau nak lain macam sikit, minta menu special...Nasi kandar takde ye di sini...jangan korang cari nasi plak kat sini😂😂😂😂
mee sotong
mee sotong
Aku just beli bungkus jer mee sotong....makan kat rumah...padu gak la mee goreng tu...Restoran Mee Sotong ni agak tersorok sikit di pekan lama Kepala Batas ni...jalan depan restoran mee sotong ni jalan sehala/1-way...jadi untuk memudahkan pencarian korang, disertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5°31'01.3"N 100°25'32.8"E atau 5.517022, 100.425784