|
Restoran Al-Araby Mathaam |
|
Restoran Al-Araby Mathaam |
Restoran Al-Araby Mathaam ni terletak di dalam pasaraya Lotus, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Sebelum ni Lotus ni adalah Tesco Extra, tapi sekarang dah ditukar kepada pasaraya Lotus pulak. Walaubagaimanapun Restoran Al-Araby ni masih kekal maintain berada dalam pasaraya ni sama ada Tecso Extra(lama) ataupun Lotus(baru). Deko dalaman restoran ni juga berkonsepkan arabian..
Dah masuk ke restoran ni dan pilih meja mana yang korang nak duduk, then korang kena scan QR code yang ada di atas meja untuk pilih menu apa yan korang nak makan.
|
antara menu-menu yang terdapat di restoran Araby |
|
ada 3 menu dalam menu Family Favorite |
Di resotoran Al-Araby Mathaam, menu yang terdapat di sini adalah dalam kategori appertizer, main course, family favorite, soup dan local delight.
Disebabkan aku datang dengan family dalam 5 orang, jadi aku pilih menu Family Favorite iaitu set Chicken Mendy Shiniah yang berharga RM157.90. Dalam set ni, nasi dihidangkan dalam talam...tapi pinggan korang diberikan juga jika taknak makan dalam talam...Selain chicken mendy shiniah, disertakan juga dalam menu ni chicken shawarma, salatha, cause mendy, air teh o limau ais satu jug dan ais krim sebagai dessert....😋😋😋
|
air teh o limau ais satu jug |
|
set Chicken Mendy Shiniah |
|
set Chicken Mendy Shiniah |
|
ais krim sebagai dessert |
Memang padu beb..Sedap! Kenyang betul makan nasi arab ni..portion yang banyak...tak boleh nak habiskan oooo....aku siap bungkus yang tak habis tu bawa balik untuk stok makan malam aku hari tu😂😂😂😂...
Sangat recommended untuk korang datang ke restoran Nasi Arab ni. Lokasi google map dan GPS koordinat, boleh rujuk seperti di bawah.
GPS koordinat: 5°24'19.8"N 100°24'17.9"E atau 5.405494, 100.404982
No comments:
Post a Comment