|
Restoran Brader's Cafe - 'Chicken Chop Terbesaq di Bertam' |
Tagline ' Chicken Chop Terbesaq' dekat billboard yang sebesar-besar alam di atas restoran Brader's Cafe ni, memanggil-manggil aku untuk masuk ke dalam restoran dan merasai sendiri kebesaqan chicken chop yang di war-warkan tu😁😁😁...
Sebelum Brader's Cafe ni wujud, restoran yang sebelum tu di tempat yang sama adalah restoran Nasi Arab Al-Haura...tapi dah tak beroperasi dan kemudian Brader's Cafe ni yang ambil alih lot kedai ni....
|
meja makan dibahagian luar |
Brader's Cafe ini terletak di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang. Walaupun seolah-olah macam di Brader's Cafe ini hanya ada chicken chop sahaja, namun sebenarnya ada banyak lagi menu lain yang ada di sini..
|
kaunter bayaran Brader's Cafe |
Menu-menu makanan di Brader's Cafe ni, korang boleh tengok dalam gambar-gambar menu seperti di bawah ni.
|
menu 1 Brader's Cafe |
|
menu 2 Brader's Cafe |
|
menu 3 Brader's Cafe |
|
menu 4 Brader's Cafe |
Dalam banyak-banyak menu tu, aku pilih untuk makan set putra yang mengandungi giant chicken chop, carbonara chicken grill, nugget tempura dan 2 green tea cup. Selain tu, aku order juga seafood aglio olio, carbonara beef pepperoni dan juga french fries.
|
french fries |
|
2 green tea cup dan 2 air mineral |
|
seafood aglio olio |
|
carbonara beef pepperoni |
|
carbonara chicken grill |
|
giant chicken chop |
|
nugget tempura |
Makanan semuanya tip top...sedap-sedap belaka... Kepada yang nak mencuba makan di Brader Cafe ni, boleh la cari di Bertam Kepala Batas. Aku juga sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat: 5.517588850123913, 100.44890851231672