Resepi Rendang Pedas Ayam

Rendang Pedas Ayam
Rendang Pedas Ayam

Bahan:
  • 1ekor ayam dipotong kecil.
Bahan kisar dengan 1 cawan air:
  • 12-15 ulas bawang merah rose
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 ruas jari kunyit idop
  • 3 ruas jari halia
  • 1 ruas jari lengkuas
  • 2 btg serai
  • 4 biji buah keras
  • 1 sdb ketumbar biji sangai dulu
  • 1 sdk jintan manis sangai dulu
  • 1 sdk jintan putih disangai dulu
Cara-cara:
  • Mula masukkan sedikit minyak ke dlm kuali kemudian masukkan
  • 2 btg kayu manis,goreng sekejap,kemudian masukkan bahan kisar.
  • Masak sehingga wangi,baru masukkan
  • 40-50 btg cili kering direbus dulu, kemudian dikisar,masak lagi sehingga 30 minit,
  • Masuk ayam (kalau takmau ayam hancur goreng ayam setengah masak dulu)
  • Tambah 2 kiub pati ayam, 1 sdb gula merah, 1 sdb gula putih dan 2-3 sdb kerisik
  • Masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dihiris
  • Akhir sekali masukkan 1/2-1 kotak kecil santan kotak
  • Masak biar mendidih sehingga ayam betul-betul masak.
kredit resepi: Makcik Ratu‎

Sambal ayam goreng garing

Sambal ayam goreng garing
Sambal ayam goreng garing

Bahan:
  • Ayam-bersihkan ..potong kecik dan goreng garam kunyit
  • *2 biji lada besar @ cili masak
  • *10-15 biji cili padi
  • *2 biji bwng besar
  • *3 ulas bwng putih
  • *sedikit belacan
  • 2 sudu kicap manis
  • Garam dan perasa
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • Tomato ceri
Cara:
  • Mesin kasar bahan bertanda *
  • Tumis bahan mesin hingga garing
  • Masukkan garam dan perasa
  • Masukkan kicap manis
  • Masukkan ayam yang siap dan goreng tadi
  • Kacau rata dan masukkan bawang hiris dan tomato ceri
  • Siap!!!

kredit resepi: Mazliza Ahmad‎

RESEPI PULUT PANGGANG

pulut panggang
pulut panggang

Bahan:
  • 3 kilo Pulut,rendam setengah jam
  • 2 biji kelapa parut
  • Sedikit cili kisar
  • 5 ulasBawang putih
  • 5 sudu makan jintan manis direndam
  • Sebatang serai
  • Udang kering/udang geragau direndam
  • 2sudu makan kari
  • 1 sudu teh kunyit
  • Garam dan gula sesedap rasa
Cara-cara:
Pulut:

Kukus pulut dengan perahan santan sama paras sahaja untuk dapatkan struktur pulut yang cantik, tambahkan sedikit garam.

Inti:
Potong pendek serai, kisar semua bahan-bahan sehingga halus. Udang kering dikisar sedikit kasar. Terus masukkan ke dalam kuali.Tak perlu tumis. Masukkan kelapa parut selepas bahan kisar hampir mendidih. Pastikan kelapa bergaul sebati dengan bahan kisar. Kalu kering, boleh tambah sedikit air. Biarkn sehingga hampir kering, baru masukkan garam dan gula sesedap rasa. Sebaiknya, garam jangan banyak, sebab udang tetap masin walaupun dah rendam dulu. 

Kredit Resepi : mohd zakaria

Macam tu ke kalau buah pinggang ada banyak batu karang??? takutnya....

Ini ialah buah pinggang yg telah rosak kronik dan berlaku pertumbuhan batu karang. Yg warna kuning tu batu karang.

AKIBAT MALAS MINUM AIR 

ini antara akibat malas minum air kosong. 

- sarapan minum kopi/teh tarik/3in1
- minum pagi kena lagi kopi/teh tarik/3in1
- tengahari minum sirap/teh o ais/jus
- petang minum kopi/teh tarik/3in1
- malam minum kopi/teh/3in1
- macam2 makanan dah telan seharian

Buah pingang jadi sesak dengan mineral sehingga membentuk BATU dan menjejaskan fungsi buah pinggang.

Akibatnya terpaksa ulang alik pusat dialisis cuci buah pinggang, 3 hari sekali kena pi cuci darah sebab buah pinggang dah tak boleh cuci.  kalau nak pi mana-mana tak boleh lebih 3 hari @ kena booking pusat dialisis ditempat yg nak pi.

Memang susah kan. 
Semuanya sebab MALAS MINUM AIR

MARI AMBIL IKHTIBAR.
MULAKAN HARI DENGAN AIR KOSONG

Semoga bermanfaat.

RESEPI UDANG DIRAJA

udang diraja
udang diraja

Bahan-bahan dikisar:
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang lada cili
3 sudu lada kering kisar

Bahan-bahan lain:
Udang galah/udang kulit putih etc
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat

Cara-cara memasak :
Tumiskan barang yang dikisar, bila minyak naik masukkan serai dan asam keping,masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam. Gaulkan sehingga sebati. Last sekali masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit, garam sikit dan gula bagi yang gantikan ajinomoto. Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh.

Kredit Resepi : suhaiza binti haji sukardi via mahn

Resepi Laksa Siam/Thai

Laksa Siam/Thai
Laksa Siam/Thai

Untuk 1/2 kilo laksa
Bahan untuk kuah laksa:
  • Ikan kembung 2 ekor (ikan besar kalau kecil tambah lagi la ikan ya. Sebab kuahnya sedikit pekat) - rebus dan kisar
  • 10 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • Sedikit halia, lengkuas dan kunyit hidup
  • Serai
  • Cili padi (ikut tahap pedas korang nak)
  • 200ml santan
  • Daun limau purut (untuk bau saja)
  • Asam keping
  • semua bahan ni kisar halus kecuali daun limau dan asam keping.
Cara-cara:
  • Pastu, semua bahan yang dah kisar letak dalam periuk. Masukkan santan, daun limau, garam dan gula. Kacau sampai mendidih.
  • Bila hidang, letak ulam-ulam. 
  • Contoh ulam:-
  • Daun pudina
  • Daun selasih 
  • Timun
  • Cili flake
  • Kalau suka taugeh, letak la taugeh. Yang tak suka jangan letak.

Kredit resepi: laila ismail

AYAM MASAM MANIS ALA THAI

AYAM MASAM MANIS ALA THAI
AYAM MASAM MANIS ALA THAI

Bahan:
  • 1/2 ekor ayam(gaul sedikit garam kunyit dan goreng..jangan goreng terlalu garing)
Bahan kisar(jangan kisar sampai halus yer):
  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 10-15 biji cili padi(tak suka pedas boleh kurangkan)
  • 2 batang serai(hiris-hiris)
(kisar semua bahan ini jangan terlalu halus)

Bahan lain:
  • 3 sdb sos cili
  • 1 sdb sos ikan
  • 3-4 helai daun limau purut(carik-carik)
  • 1 1/2 sdb gula 
  • Sedikit garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 1 cawan air utk kuah
  • 2 senduk minyak untuk menumis
  • 5-6 biji cili padi(hiris membulat)tak masukkan pun boleh..
  • 1 biji bawang besar(hiris membulat)
  • Sedikit daun ketumbar
Caranya:
Panaskan minyak..tumis bahan kisar,masukkan gula,sedikit garam(jangan banyak)dan bahan perasa...tumis hingga betul-betul naik minyak dan agak garing..masukkan sos cili,sos ikan dan daun limau purut..masukkan ayam dan air..gaul rata..bila dah memdidih dan kuah pekat..masukkan bawang besar dan cili potong..gaul rata..sesuaikan rasa...tabur daun ketumbar dan tutup api...siap

TEKS Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

 Khutbah ini disampaikan pada 

9hb, Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah 

di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap oran gmuslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang yang tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah dibulan ramdhan dan tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggal kepada kamu 2 perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain dan hendaklah orang itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dan dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.

Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w
Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w

Makan mee goreng sotong di restoran Mee Sotong depan UiTM Pulau Pinang (Permatang Pauh)

 

restoran Mee Sotong
restoran Mee Sotong

restoran Mee Sotong
restoran Mee Sotong
Ni antara specialist mee goreng la kat Penang ni terutamanya Penang sebelah tanah besar. Aku kira first time makan kat sini. Sebelum ni dok ushar (tengok) je dari jauh. Kali ni aku nekad nak singgah restoran mee sotong ni. Lokasi Mee Sotong di mudah je kalau korang nak cari. Restoran Mee Sotong ni betul-betul depan pintu utama UiTM Pulau Pinang di Permatang Pauh. Maksudnya kalau korang jumpa UiTM Pulau Pinang, maka secara tak langsung korang akan jumpa gak Restoran Mee Sotong ni😎😎😎...
set mee sotong dengan teh ais limau
set mee sotong dengan teh ais limau
Diorang ada macam set mee sotong...tapi sebenarnya set ni mee sotong dengan teh o ais limau je.. Aku pun ambil je set ni, sebab alang-alang aku nak order teh o ais kan...
teh o ais limau
teh o ais limau

2 pinggan mee goreng sotong
2 pinggan mee goreng sotongπŸ˜…

sepinggan mee goreng sotong
sepinggan mee goreng sotongπŸ˜‹πŸ˜‹
Dari kepaduan dan sedap, memang diakui padu dan sedap...memang kena la dengan selera aku ni. Aku rekomen la untuk korang try.

Selain mee goreng, ada juga pasembor, mee rebus, nasi goreng ayam/sotong dan ada juga megi goreng. Anak aku nak makan megi goreng, jadi terpaksalah order sepinggan.

megi goreng telur mata
megi goreng telur mata
kesimpulannya menang sedap... aku dah makan mee goreng ni, korang bila lagiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...

GPS koordinat dan google map lokasi Restoran Mee Sotong ni seperti dibawah:

GPS koordinat: 5°22'59.0"N 100°25'10.6"E atau 5.383044, 100.419601

"Kopi Kampung" di medan selera Bandar Perda, Pulau Pinang

gerai 'kopi kampung'
gerai 'kopi kampung'
Gerai kopi kampung ni terletak di medan selera Bandar Perda, Pulau Pinang. Medan selera ni diorang panggil juga sebagai Astaka Bandar Perda. Peminat-peminat kopi boleh nak nak try yang ni. Aku just nak maklumkan kat korang di medan selera ni ada jual kopi. Aku try 'kopi kampung' satu dan satu lagi anak aku nak perisa 'coklat senyum'. Kat bawah ni ada menu di gerai Kopi Kampung ni untuk korang nak ushar-ushar/tengok-tengok....πŸ’–πŸ’–.
'kopi kampung' dan 'coklat senyum'
'kopi kampung' dan 'coklat senyum'

menu di gerai kopi kampung
menu di gerai kopi kampung
Kepada yang nak cuba kopi ni, boleh datang di medan selera bandar Perda ni. Boleh rujuk gps koordinat dan google map di bawah lokasi tempat ni.

GPS koordinat: 5°22'05.6"N 100°25'35.6"E atau 5.368225, 100.426566

PETUA MENGHILANGKAN KELETIHAN BADAN

Seharian sibuk bekerja pastinya badan rasa lemah dan letih. Sampai sahaja di rumah rasa terus nak tidur. Tapi sebelum tidur apa kata anda mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.

Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut
7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda

Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.

Semoga Bermanfaat

Jom makan Nasi Ayam Gemas Pak Mus, Seberang Jaya

Nasi Ayam Gemas Pak Mus
Nasi Ayam Gemas Pak Mus
Ni kira kedai nasi ayam la...menu utama diorang memang nasi ayam. Nasi Ayam Gemas Pak Mus ni terletak di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Macam rare la gak restoran ni.. Kalau korang nak tengok menu diorang ni, boleh tengak dalam menu kat bawah ni.
senarai menu yang ada di Nasi Ayam Gemas Pak Mus
senarai menu yang ada di Nasi Ayam Gemas Pak Mus
dah disebabkan ni kedai nasi ayam, jadi ofcos la aku nak makan nasi ayam. Jadi aku pun mengoder laaaa.....dan add on pak choy...dah macam chicken rice shop la plak...
ayam nasi ayam
ayam nasi ayam

ayam nasi ayam
ayam nasi ayam

pak choy
pak choy

tu dia...set nasi ayam aku
tu dia...set nasi ayam aku
Kalau korang nak makan  Nasi Ayam Gemas Pak Mus ni, boleh la datang ke Bandar Sunway Seberang Jaya. GPS koordinat dan google map di bawah adalah lokasi restoran ni.

GPS koordinat: 5°23'42.9"N 100°23'55.5"E atau 5.395255, 100.398752

Bucu Laundry Cafe, Kompleks BM City, Bandar Perda Pulau Pinang

 

Bucu Laundry Cafe
Bucu Laundry Cafe

ada dobi layan diri dalam cafe ni
ada dobi layan diri dalam cafe ni
Bucu Laundry Cafe ni terletak di Kompleks BM City, Jalan Perda Selatan, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Macam rare sikit la konsep cafe ni sebab ada dobi layan diri dalam cafe. Sapa-sapa yang tengah tunggu basuh baju tu, boleh la makan-makan dulu.... Menu makanan di sini macam dalam gambar kat bawah ni....antara menu yer...aku tak snap semua😁😁😁
menu bucu cafe
menu bucu cafe

minuman yang rare
minuman yang rare
Daripada menu-menu tu aku pilih nak makan koay teow udang, koay teow daging, nasi goreng udang, nasi goreng pekasam daging. Menu semua sedap-sedap la bagi aku...cuma aku nak komen pasai koay teow goreng, jenis koay teow yang diorang pakai tu jenis yang kecil....tak paus nak makanπŸ˜…πŸ˜…... kalau yang jenis besar sikit, mungkin lagi padu kot rasanya...
koay teow goreng daging
koay teow goreng daging

koay teow goreng udang
koay teow goreng udang

pekasam daging
pekasam daging

nasi goreng daging pekasam
nasi goreng daging pekasam

nasi goreng udang
nasi goreng udang
lepas tu aku nak try la gak minuman yang rare kat cafe ni... ada banyak jenis menu, tapi aku pilih cheesy brulee milktea..nampak cam sedap, tapi ada rasa cheesy sikit la....
cheesy brulee milktea
cheesy brulee milktea
kalau korang nak datang ke Bucu Cafe ni, boleh cari di Bandar Perda Pulau Pinang atau boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°22'02.3"N 100°26'17.2"E atau 5.367304, 100.438105

Terung Goreng Berlada

 

Terung Goreng Berlada
Terung Goreng Berlada

Bahan-bahan:
  • 5 biji terung (kunyitkan dan garamkan sedikit - goreng dulu sekejap dan jangan sampai layu sangat.. sebab terung mudah empuk)
  • Garam
  • Gula
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Segenggam ikan bilis goreng (untuk tabur atas) - optional
Bahan-bahan ditumbuk/dikisar kering kasar:
  • 1 sudu besar udang kering (rendam dulu 10 min)
  • 11 biji Cili api merah
  • 5 biji Cili merah
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 keping kecil hirisan halia
  • 1/2 sudu kecil belacan bakar
Cara-cara:
  • Panaskan minyak lebihan goreng terung tadi...Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk kasar...
  • Agak-agak dah pecah minyak/garing cilinya, masukkan asam jawa, garam, pati ikan bilis dan sedikit gula... Last baru masukkan terung yang telah digoreng.... Kacau sebati.... Sesuaikan rasa....Siap.... Taburkan ikan bilis goreng kalau suka...Makan dgn nasi panas-panas

kredit resepi: Adnil Sam

Makan nasi set ikan keli di Wan Zai Bawal Goreng, Perda, Pulau Pinang

Wan Zai Bawal Goreng
 Wan Zai Bawal Goreng

Wan Zai Bawal Goreng
 Wan Zai Bawal Goreng
Gerai Wan Zai Bawal Goreng yang di Astaka Perda, Bandar Perda Pulau Pinang ni aku dah pernah buat posting dalam blog aku ni..Nak lagi jadi sejarah blog aku, posting tu adalah posting yang pertama dalam blog ni!😍😍😍..Boleh tengok posting tu DISINI....

sekarang aku datang lagi..nak try makan set keli..dalam set keli ni ofcoz la ada ikan keli goreng panas-panas, kuah gulai ada bendi, sayur salad dan timun dan juga sambal kicap..tak lupa juga sambal belacan.. Memang padu la beb..sedap di makan panas-panas...

keli goreng panas-panas
keli goreng panas-panas

kuah gulai, bendi gulai
kuah gulai, bendi gulai

3 set ikan keli...besar-besar ikan kelinya...
3 set ikan keli...besar-besar ikan kelinya...

sayur salad, timun, kicap, sambal belacan
sayur salad, timun, kicap, sambal belacan
Memang rekomen la untuk korang makan sini...diorang start berniaga pukul 12 tengahari. Senang je nak cari Wan Zai Bawal Goreng ni..Korang pergi ke Perda, Pulau Pinang...cari Astaka Perda...Wan Zai ni kat hujung sekali...

GPS Wan Zai Ikan Bawal: 5°22'04.5"N 100°25'35.8"E atau 5.367925, 100.426610

jalan-jalan tengok ikan di Langkawi Underwater World, Jalan Pantai Cenang

Langkawi Underwater World
Langkawi Underwater World
Salah satu tarikan di Langkawi, korang boleh singgah di Langkawi Underwater World yang terletak di Jalan Pantai Cenang. Yang best kat sini, korang boleh tengok hidupan laut...ikan air tawar macam sepat, puyu, keli, haruan kalau korang nak tengok ni, kena pi sendiri kat sawah or parit-parit belakang rumah korangπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
senarai harga tiket Langkawi Underwater World
senarai harga tiket Langkawi Underwater World

beli tiket dulu baru boleh masuk
beli tiket dulu baru boleh masuk
harga tiket pun boleh tahan gak laπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ...Tapi disebabkan jarang-jarang datang Langkawi, pejam mata gak la bayar tiketπŸ˜‚πŸ˜‚...Ini harga tiket masa aku datang..nanti masa korang datang harap-harap maintain la harga tiket...nak kata tiket nak turun harga, jangan harap ler😁😁
ada ikan pari gergasi
ada ikan pari gergasi

ada penguin
ada penguin
Banyak juga la ikan-ikan yang rare yang ko boleh tengok di Langkawi Underwater World. Kalau nasib korang baik, korang boleh tengok persembahan staf Underwater World bagi makan ikan.
terowang arkuarium yang besar, ada banyak ikan dalam ni
terowang arkuarium yang besar, ada banyak ikan dalam ni

ada juga arkuarium yang kecil-kecil sesuai dengan ikan kecil
ada juga arkuarium yang kecil-kecil sesuai dengan ikan kecil
Satu pengalaman yang menarik dapat jalan-jalan dalam ni...Anak-anak la yang paling seronok....Kalau korang nak datang sini, senang je nak cari...korang cari je kat area Jalan Pantai Cenang...tak jauh sangat dah dengan airport. GPS koordinat dan google map pun aku kasi kalau masih sesatπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

GPS koordinat: 6.287722691604483, 99.72858660537625

Jalan-jalan di Langkawi Wildlife Park

 

Langkawi Wildlife Park
Langkawi Wildlife Park
Kalau datang Langkawi dengan anak-anak, tempat santai dan best, korang boleh datang ke Langkawi Wildlife Park. Kira macam zoo la...tapi mini zoo...walaupun mini zoo, banyak juga haiwan liar yang ada dalam ni. Selain tu, korang boleh juga nak bagi makan sesetengah binatang yang ada dalam tu kalau korang beli sekali pakej makanan haiwan masa bayar tiket.
boleh ambil makanan haiwan di sini, tapi kena bayar dulu ler
boleh ambil makanan haiwan di sini, tapi kena bayar dulu ler

harga tiket Langkawi Wildlife Park
harga tiket Langkawi Wildlife Park
Gambar atas ni harga tiket masa aku datang..masa korang datang taktau la harga masih masa ke tak..yang pasti kalau tak sama harga, mungkin lebih mahal dari ni...memang tak kan la harga nak turunπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...
Map laluan dalam Langkawi Wildlife Park
Map laluan dalam Langkawi Wildlife Park
Sebelum korang nak masuk tu, ada map sebelah pintu tu, korang boleh snap, usar-usar dulu...mana la tau kot-kot tersesatπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…... Sebenarnya puas hati gak datang sini..banyak binatang yang kita boleh tengok... Tapi kali ni aku tak snap banyak sangat gambar binatang sebab aku ingatkan aku dah pernah buat posting pasal Langkawi Wildlife Park ni dalam blog aku...bila aku cari-cari, rupanya takde lagiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚....
boleh naik kuda
boleh naik kuda

boleh bagi makan rusa
boleh bagi makan rusa

ada laluan macam dalam hutan..buaya pun ada.. harimau pun ada
ada laluan macam dalam hutan..buaya pun ada.. harimau pun ada

ada kolam yang luas untuk ungas-ungas berterbangan
ada kolam yang luas untuk ungas-ungas berterbangan

part ni yang best, bagi makan burung atas tapak tangan jer
part ni yang best, bagi makan burung atas tapak tangan jer

iguana...ni sebab ada cermin, boleh la snap dekat-dekat
iguana...ni sebab ada cermin, boleh la snap dekat-dekatπŸ˜…πŸ˜…

kandang binatang-binatang yang rare..
kandang binatang-binatang yang rare..

ada sang kancil
ada sang kancil

ada flamingo
ada flamingo

ada burung kakak tua
ada burung kakak tua
dan banyak lain la binatang-binatang lain yang ad dalam Langkawi Wildlife Park ni. Korang kena datang sendiri tengok. Aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan kalau korang nak datang.

GPS koordinat: 6°23'16.0"N 99°51'43.1"E atau 6.387765, 99.861968