RESEPI KACANG BUNCIS SAMBAL TUMIS

KACANG BUNCIS SAMBAL TUMIS
KACANG BUNCIS SAMBAL TUMIS

Bahan:
  • 1/2kg kacang buncis potong serong
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit belacan
  • segenggam ikan bilis
  • 3 sudu cili kisar
  • garam & aji
  • sedikit gula
Cara-cara:
  • tumbuk bahan-bahan bertanda (*)..
  • panaskan minyak.. masukkan ikan bilis.. goreng sekejap jangan sampai garing..
  • masukkan bahan tumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
  • masukkan pula cili kisar.. tumis hingga naik bau..
  • masukkan kacang buncis.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
  • bila kacang dah agak lembut.. tutup api
  • sedia untuk dihidang..

Makan nasi kandar di Restoran Nasi Kandar Beratur 786, Bayan Lepas

 

banyak lauk/masakan nasi kandar
banyak lauk/masakan nasi kandar

Restoran Nasi Kandar Beratur 786
Restoran Nasi Kandar Beratur 786
Ni ada satu cerita di Bayan Lepas. Ada satu restoran nasi kandar iaitu Restoran Nasi Kandar Beratur 786 yang beralamat di 1-1-11, Summerskye Residence, Jalan Sungai Tiram 8, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kira ni bangunan apartment la...tapi di bahagian bawah ada banyak kedai-kedai dan restoran.
pilih-pilih mana yang korang nak makan
pilih-pilih mana yang korang nak makan
Dari segi masakan, banyak juga la aku tengok..bersusun lauk-lauk nasi kandar ni. macam biasa kalau restoran nasi kandar, korang boleh pilih untuk makan nasi putih atau nasi briyani.Senarai harga setiap makanan adalah seperti di bawah. Tapi ni harga masa aku datang sini. Kalau masa korang datang tak pasti la harga masih sama ke tak.
Senarai harga makanan Nasi Kandar beratur 786
Senarai harga makanan Nasi Kandar beratur 786
Sedap gak la aku makan nasi kandar di sini. Ni kira first time la aku makan telur sotong kat nasi kandarπŸ˜…πŸ˜…, sebab terpengaruh dengan review yang selalu cakap kalau makan nasi kandar, wajib ambil telur sotong...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Nasi kandar telur sotong, ayam goreng, sayur kacang panjang
Nasi kandar telur sotong, ayam goreng, sayur kacang panjang

ni aku close up sikit nasi kandar aku makan
ni aku close up sikit nasi kandar aku makanπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Kalau korang nak try, boleh la datang ke Nasi Kandar Beratur 786 ni. Aku sertakan kat bawah ni  GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang...kalau korang nak datang ler..

GPS koordinat: 5°17'57.5"N 100°16'01.6"E atau 5.299304, 100.267113

Stall Jan's Chicken Chop depan Restoran Bertam Corner, Bertam Perdana 3, Kepala Batas

 

Stall Jan's Chicken Chop, Bertam Perdana 3
Stall Jan's Chicken Chop, Bertam Perdana 3

Menu Jan's Chicken Chop
Menu Jan's Chicken Chop
Jarang kita tengok stall tepi jalan yang jual chicken chop kan...Tapi di Bertam Perdana 3, Kepala Batas ni, ada satu stall yang diorang buka betul-betul depan restoran Bertam Corner menyediakan menu western food. Menu utama diorang chicken chop ler... rare kan stall ni..korang boleh cari di sini jer...mungkin di tempat lain pun ada, cuma tak ramai yang buka stall jual chicken chop.
cheezy meat ball
cheezy meat ball

chicken chop
chicken chop

black pepper sos dan coleslaw
black pepper sos dan coleslaw
Ni aku try chicken chop diorang, padu gak la.....selain tu aku try gak cheezy meat ball.. pun sedap gak. Ramai gak orang yang beli chicken chop diorang ni. Semoga diorang istiqamah jual makanan western food jalanan ni..

GPS koordinat: 5°31'41.7"N 100°28'15.0"E atau 5.528244, 100.470834

Nasi ayam sempoi di Ida Nasi Ayam Delight's Astaka Bandar Perda, Perda Pulau Pinang

Nasi Ayam Ida Delight's
Nasi Ayam Ida Delight's 

Ida Nasi Ayam Delight's ni terletak di Astaka Bandar Perda. Dalam astaka ni ada banyak sebenarnya gerai-gerai makan. Selain nasi ayam ada juga menu lain yang mereka ada. Tapi kebanyakkan berasaskan ayam ler. Makan yang bersup pun ada seperti mee sup, koay teow sup, dan sebagainya.

Sebenar aku dah pernah terjah gerai Ida Nasi Ayam Delight's pada tahun 2017. Posting yang lepas, boleh rujuk DISINI. Aku tengok takde perubahan sangat gerai Ida Nasi Ayam Delight's sekarang dan dengan tahun 2017. Semuanya nampak macam samaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Gerai Ida Nasi Ayam Delight's Astaka Bandar Perda
Gerai Ida Nasi Ayam Delight's Astaka Bandar Perda

Astaka Bandar Perda
Astaka Bandar Perda
Menu jenis makanan Ida Nasi Ayam Delight's boleh rujuk dalam gambar di bawah.
Menu Ida Nasi Ayam Delight's
Menu Ida Nasi Ayam Delight's
Nampak menarik kan semua menu-menu tu... Selain daripada nasi ayam yang aku order tu, aku juga order nasi goreng ayam dan mee sup.
mee sup perut
mee sup perut

nasi goreng ayam
nasi goreng ayam
Menarik juga la untuk korang nak try makan di sini. Waktu tengahari, time orang keluar makan terutamanya pekerja-pekerja dikawasan sekitar, memang sangat ramai orang datang. Nak cari gerai ni senang je, korang just cari Astaka Bandar Perda di area Perda Pulau Pinang. Korang juga boleh je guna gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°22'05.9"N 100°25'36.4"E atau 5.368299, 100.426776

Resepi Asam Laksa

 

Asam Laksa
Asam Laksa

Bahan-bahan:
  • Sebungkus laksa (celur atau rebus kejap je..nak laksa tu kenyal-kenyal makan nanti)
  • Bahan kisar(ground spice paste)
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji cili padi
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 1 inci belacan
  • (semua dikisar halus)
Bahan Untuk Kuah:
  • 3-4 ekor selar kuning yg agak besar-besar ya-ambil isi sahaja..cerai-ceraikan atau lecek dgn garfu sahaja
  • 1 tin Sardin (425gm)-buang tulang..isi sekadar cerai2kan secara kasar..tak perlu halus,sos jugak diambil nanti
  • 1 tangkai bunga kantan
  • 3 -4 tangkai daun pudina
  • Daun kesum
  • 1 batang serai ketuk2 je
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan jus asam jawa(adjust masam ikut korang nak la ye)
  • 4 keping asam keping
Bahan Sampingan:(garnishing)
  • Nenas dihiris
  • Bawang besar dimayang
  • Cili merah besar hiris
  • Cili padi (optional)
  • Timun
  • Daun salad
  • Daun pudina
  • Petis/otak Udang
Cara membuatnya:
  • Bersihkan ikan selar kuning dan rebus hingga masak..keluarkan ikan,asing isi(cerai2kan/lecek dengan garfu),air rebusan ikan simpan
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
  • masukkan air rebusan ikan tadi,campakkan serai yang telah dititik/ketuk-ketuk tadi..biar mendidih,masukkan asam keping dan air asam jawa..biar mendidih
  • Masukkan daun kesum,daun pudina,bunga kantan yg telah dibelah dua.
  • Perlahankan api dan masukkan perlahan lahan Ikan sardin bersama sosnya tadi..kacau perlahan-lahan agar ikan tidak hancur
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa,biarkan kuah direneh dahulu..pastikan kuah secukup rasa..Kuah Assam laksa seharusnya lebih dominan dengan rasa masam.
  • Akhir sekali bolehlah dihidangkan dengan laksa dan ulam-ulaman.
  • Jangan lupa masukkan petis udang jugak untuk rasa yang lebih lazat

kredit Resepi: sis Siti Yani Ishak

Resepi Mee Pad Thai

Mee Pad Thai
Mee Pad Thai

Bahan-bahan:(4 orang)
  • 1 bungkus mee Pad Thai (300 gram)
  • 1/2 biji bawang besar-mayang
  • 10 ekor udang sederhana besar
  • 2 sudu besar udang kering- ditumbuk
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh kicap sotong
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh asam jawa-bancuh dengan sedikit air
  • 4 biji cili
  • 1 biji telur
Bahan hiasan-pelengkap hidangan ini:
  • 1 cawan taugeh
  • 2 biji limau nipis
  • Sedikit daun bawang
  • 1 keping tauhu-potong kiub
  • 1/2 cawan kacang tanah-dipanggang dan
  • cincang kasar
Cara-cara:
  1. Rendamkan mee pad thai didalam air panas kira-kira 20 minit atau sampai lembut.
  2. Panaskan minyak cukup untuk menumis. Goreng tauhu hingga kekuningan dan angkat.
  3. Kemudian dalam kuali tadi tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.Kemudian masukkan cili merah dan udang kering,kacau hingga garing.
  4. Masukkan udang dan air asam jawa. Kemudian masukkan gula,garam dan kicap sotong.
  5. Masukkan mee Pad Thai. Tambahkan air sebanyak lebih kurang 3-4 sudu besar supaya mee cepat masak.
  6. Ketepikan mee dibahagian tepi kuali. Besarkan api, letakkan 1 sudu minyak dan pecahkan telur.Kacau hingga masak.Kemudian gaul bersama mee.
  7. Hidangkan panas-panas bersama bahan hiasan.

Resepi Popia Basah Meleleh

Popia Basah Meleleh
Popia Basah Meleleh

Bahan-Bahan:
Bahan Kulit –

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
Bahan Inti Popia –
  • 1/2 biji kobis – di racik halus
  • 3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
Bahan Sos Sambal –
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar – jika suka
Cara Membuat:
Kulit Popia –

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
  2. Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
  3. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat.
Inti Popia –
  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  2. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
Sos Sambal –
  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
  3. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.

Kredit  resepi: My Resepi  

Resepi koleh kacang

koleh kacang
koleh kacang

Bahan utk tahi minyak:
  • 1 cawan santan pekat
  • secubit garam

masak bahan atas dengan api perlahan, kacau jangan tinggal, dah keluar tahi minyak, boleh tutup api.tapis supaya tahi minyak tak hitam,tabur atas tisu.

Bahan A:
  • 1 1/2 cawan gula merah (boleh dapatkan dekat kedai bakeri, gula dia warna gelap sikit, bukan gula perang) 
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan 

masak bahan di atas dengan api perlahan sampai gula hancur. jangsn smpai pekat, tapiskan dan guna 2 CAWAN sahaja.

Bahan B:
  • 2 1/2 cawan tepung kacang hijau (boleh dapatkan dekat kedai bakeri
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 cawan air
  • secubit garam
satukan semua bahan di atas.. tapis dan campur sekali bahan A tadi.
masak diatas api sederhana besar sampai likat.

sapu loyang dgn minyak atau alas dengan plastik.. tuang adunan dan biarkan sejuk seketika..tabur tahi minyak masa adunan tu tengah panas supaya melekat cantik..

sejukkan sekejap dekat luar, lepastu masuk dalam peti ais lebih kurang sejam.. dah boleh potong

Kredit resepi: noratikah syuhada 

Kafe Kopi Bunga, Bakar Arang, Sungai Petani

 

Kafe Kopi Bunga, Bakar Arang, Sungai Petani
Kafe Kopi Bunga, Bakar Arang, Sungai Petani
Dulu aku pernah datang ke Kafe Kopi Bunga, tapi bukan yang di Jalan Bakar Arang, Bakar Arang ni. Tapi di tempat lain iaitu di Pusat Perniagaan Pekan Lama(klik SINI). Dua-duanya masih di Sungai Petani. Bila nak repeat beli kopi, aku pi kat Kefe Kopi Bunga di Pusat Perniagaan Pekan Lama. Tapi diorang cakap kat situ dah tak jual kopi. Jual bunga saja. Kalau nak kopi kena datang kafe yang di Jalan Bakar Arang ni.😎😎😎
Kafe Kopi Bunga
Kafe Kopi Bunga

ruang dalam Kafe Kopi Bunga
ruang dalam Kafe Kopi Bunga
Selain menu kopi, di Kafe Kopi Bunga terdapat juga menu makanan seperti chicken chop, pasta, sandwich dan beberapa menu yang lain. Gambar kat bawah ni adalah menu yang terdapat di Kafe Kopi Bunga. Maaf gambar blur sikit menu tu.
menu kafe kopi bunga
menu kafe kopi bunga
Ni satu lagi gambar kopi yang blurπŸ˜…...... Maklum la suruh assistant blogger yang ambil gambar ni, nak kena hantar pi kursus cara nak snap gambar pasniπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚....
Gambar kopi, tapi korang kena renung gambar ni baru nampak kopi tu
Gambar kopi, tapi korang kena renung gambar ni baru nampak kopi tuπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Gambar kat bawa ni pulak, gambar kopi yang snap dari pandangan atas. Diorang letak bunga kot dalam kopi😍😍😍... baru kena la kan tema kopi bunga....
dalam kopi ada kelopak bunga
dalam kopi ada kelopak bunga
Kalau korang nak datang sini, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah. Kafe Kopi Bunga ni beralamat di 1, Jalan Bakar Arang, Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah. Bersebelahan Kafe ni, nanti korang boleh try la jugak makan Zam Char Koay Teow yang padu!

GPS koordinat: 5°37'25.0"N 100°28'39.2"E atau 5.623611, 100.477545

Zam Char Koay Teow, Sungai Petani - mesti mau try!

Zam Char Koay Teow, Sungai Petani
Zam Char Koay Teow, Sungai Petani

Zam Char Koay Teow, Sungai Petani
Zam Char Koay Teow, Sungai Petani
ZamChar Koay Teow ni terletak di Jalan Bakar Arang, Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah. Daripada review yang aku baca berkenaan dengan Zam Char Koay Teow ni, depa kata char koay teow kat sini padu. Sejauh mana skala kepaduan tu, aku kena try la makan dulu. Cari punya cari, jumpa jugak la Zam Char Koay Teow ni. Diorang masak dalam kedai, tapi pelanggan semua makan kat luar jer. Kita bersusun la meja-meja kat sebelah luar, ditepi jalan dan juga di atas koridor.
teh ais ni kira minuman peveret aku la
teh ais ni kira minuman peveret aku la😁😁

char koay teow
char koay teowπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

kasi hantam 2 pinggan char koay teow terus
kasi hantam 2 pinggan char koay teow terus😎😎

char koay teow, kuah padu
char koay teow, kuah paduπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
Setelah aku makan char koay teow ni, memang level kepaduannya sangat extreme... Tak dapat menahan aku dari order sepinggan lagiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ ..... menghirup kuah sampai ketitisan terakhirπŸ˜…...licin pinggan aku kerjakan....aku rekomen la untuk korang try makan di sini. Memang berbaloi dan sedap.

Harga setakat aku datang ni, macam kat bawah ni. taktau nak kedepan akan naik lagi harga. Kalau dah nak korang boleh update latest harga kat ruangan komen.

senarai menu dan harga
senarai menu dan harga
Lepas makan boleh try minum kopi pulak di kafe kopi bunga yang bersebelahan je dengan Zam Char Koay Teow ni.

Jadi, kepada yang nak try sendiri char koay teow ni di Zam Char Koay Teow, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 5°37'25.4"N 100°28'39.8"E atau 5.623718, 100.477714

 

20 NUKILAN MUTIARA KATA

  1. Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.
  2. Hebat seseorang kerana mampu mengawal marahnya saat hati sedang dilukai. Mengalah bukan bermakna seseorang itu lemah. Itu kerana dia mengalah untuk menang.
  3. Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, dan yang tinggal hanyalah kenangan.
  4. Seberat manapun masalah sedang menyapa, tetaplah bersabar dan ikhlas. Hadapi dengan tenang, pertolongan Tuhan pasti mendatang.
  5. Jika ingin mimpi menjadi kenyataan.. kamu perlu bangkit dari lenamu.
  6. 1000 batang mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selamanya, tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan.
  7. Bila nak buat benda baik, banyak saja halangannya.. Kerana Allah sedang menguji kekuatan hati kita dalam membuat kebaikan. Jangan putus asa.
  8. Hidup ibarat roda, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Bersyukurlah kerana kita  masih dapat meneruskan kehidupan.
  9. Jangan terlalu fikirkan pandangan orang terhadap anda. fikikan pandangan anda terhadap diri anda sendiri.
  10. Umur bukanlah pengukur kematangan, jika anda merasa anda telah matang,belum tentu ia kematangan sebenar-benarnya.
  11. Tak perlu kisah orang pandang rendah,  apa yang penting cita-cita dan usaha kita tinggi.
  12. Orang yang hebat asalnya tidaklah sehebat mana..
  13. Seseorang yang tidak berputus asa amat sukar untuk ditewaskan.
  14. Orang berjaya tidak akan mengalah. Orang yang mengalah tidak akan berjaya.
  15. Orang yang biasa boleh jadi luar biasa hebat, bila tidak berputus asa walau berbagai rintangan.
  16. Janganlah sering berandai-andai dengan segala yang berlaku. Redhalah dengan ketentuan, bersyukurlah dengan pemberian, sabarlah dengan dugaan, tetaplah dalam pengharapan, kerana Allah maha pengasih maha penyayang.
  17. Dalam setiap masalah ada terdapat peluang. Anda perlu melihatnya !
  18. Jangan berlengah esok kerana esok menjadi minggu hadapan dan akan menjadi bulan hadapan. Lakukannya sekarang !
  19. Ambil langkah pertama walaupun belum dapat melihat langkah seterusnya.
  20. Kesusahan hari ini adalah kesenangan hari esok !

RESEPI KEK LUMUT WITH CHEESE TOPPING

KEK LUMUT WITH CHEESE TOPPING
KEK LUMUT WITH CHEESE TOPPING

Bahan A 
  • 250g butter
  • 125g gula halus
  • 5 biji telur gred A 
Bahan B
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan kaya pandan
  • 1 sdb pewarna hijau epal
  • 1 sdb pandan paste
  • 1 sdk esen vanilla 
Bahan C
  • 210g tpg gandum
  • 40g nestum (blend halus)
  • 60g horlick 
Bahan D
  • 250g creamcheese
  • 1/2 cawan gula kastor
  • (Pukul bahan D hingga sebati)
  • Sedikit kelapa kering yg diwarnakan hijau
Caranya:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur 1 by 1
3. Masukkan bahan B ikut turutan
4. Masukkan bahan C
5. Kacau rata
6. Kukus selama 45mins
7. Selepas kukus, sejukkan kek kemudian baru lepakan dengan creamcheese.
8. Hias dengan kelapa kering yg diwarnakan hijau...siappp!!

RESEPI AYAM LEMON

AYAM LEMON
AYAM LEMON

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam - bersihkan dan dipotong saiz sederhana
  • 1 biji telur
  • sedikit lada sulah
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji bawang besar - dipotong baji
  • 1 sudu besar minyak masak
  • hirisan buah lemon

Untuk sos:
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 biji lemon - diperah ambil airnya
  • 1 sudu besar pati jus lemon
  • 3 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan air

Cara membuatnya:
  • Pukul telur di dalam bekas hingga kembang. Masukkan lada sulah. Gaul ayam dan perap selama 10 minit. 
  • Salut ayam dengan tepung jagung sebelum menggoreng ayam. Goreng ayam hingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  • Masukkan semua bahan untuk sos di dalam bekas. Kacau. Ketepikan.
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga kekuningan.
  • Masukkan bahan sos, sedikit air, hirisan lemon dan garam gula secukup rasa. Masukkan ayam dan gaul rata. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Ayam masak kurma

 

Ayam masak kurma
Ayam masak kurma 

Bahan-bahannya:
  • Ayam
  • Ubi kentang
  • Bawang besar
  • Bawang putih 
  • Perencah kurma ayam daging
  • Susu cair

Cara-cara membuatnya:
  • Potong bawang kesemuanya dan kisar dalam mesin pengisar. Kemudian, masukkan dalam periuk berisi minyak panas. 
  • Tumis hingga warna coklat dan keluar bau wangi serumah. Masukkan perencah kurma ayam mengikut sesedap hati. 
  • Kalau rasa kering sangat, tambah air sikit. Dan seterusnya letakkan ayam dan kentang yang telah dibasuh dan dipotong dan kacau. 
  • Masukkan air ke dalam periuk dan tutup periuk. Bila dah 15 minit dan ayam dah masak, masukkan hirisan lebihan bawang serta garam dan gula mengikut cubit rasa. 
  • Biarkan mendidih sehingga kentang empuk. Perlahankan api. Akhir sekali baru masukkan susu cair.

Resepi bakso bebola daging dan ayam

bakso bebola daging dan ayam
bakso bebola daging dan ayam

Bahan-bahan:
  • Suhoon@bihun
  • Bebola daging
  • Bebola ayam
Bahan kuah:
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 sudu lada putih*
  • Semua bhn bertanda* di tumbuk hingga lumat guna lesung batu.
  • Rempah tumis(tiga sekawan)
  • 1 sup bunjut
  • 1 pek rempah sup
  • 2 kiub daging knorr
  • Air secukupnya
Cara-cara:
  • Sediakan periuk
  • Tuang sedikit minyak anggaran 3 sudu
  • Tumis bahan yang telah ditumbuk berserta rempah tumis 3 sekawan.masukkan rempah sup yang telah di bancuh dengan sedikit air..biar garing sikit, masukkan air anggaran 2 jug.
  • Masukkan kiub daging,sup bunjut dan biarkan kuah merenih sebentar sebelum masukkan bebola daging atau bebola ayam.
  • Bila kuah dah terbit minyak,masukkan bebola dan biarkan mendidih supnya. Perasakan garam.
Bahan untuk cili:
  • Cili api merah+cili merah besar(kisar)
  • Masak sekejap atas dapur.
  • Kicap pekat ABC
  • Sos cili
Bahan sampingan:
  • Kobis dihiris halus
  • Daun sup/bawang
  • Bawang goreng

Kredit resepi: Eniza M. Salim

Restoran The Plater Cafe & Bar, Sungai Petani

The Plater Cafe & Bar
The Plater Cafe & Bar

The Plater Cafe & Bar
The Plater Cafe & Bar
Restoran The Plater Cafe & Bar ni beralamat di Lot 896, Jalan Kampung Baru, Bakar Arang 08000 Sungai Petani, Kedah. Aku dah lalu depan restoran ni dah 2-3 kali, tapi tak pernah nak singgah. Nampak macam hipster sikit la deko restoran ni a.k.a cafe & bar. Tapi kali ni rasa macam nak singgah la di The Plater Cafe & Bar ni. Sebenarnya aku plan nak makan kat tempat lain, tapi tutup plak tempat tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..... tu yang tersinggah di siniπŸ˜ŽπŸ˜ŽπŸ˜ŽπŸ˜„.....

Ada western food, ada juga asian food....ada juga shellout.... Yang paling mesti kena ada adalah kopi....air aku pilih cappucino iced dan mocha iced.

menu asian delight
menu asian delight

menu western food
menu western food

shell out
shell out
Aku pilih untuk makan nasi goreng ayam merah, chicken chop, cheezy nachos with bolognese sauce, seafood aglio olio, chicken nugget, chicken grill.
chicken nugget
chicken nugget

chicken chop
chicken chop

seafood aglio olio
seafood aglio olio

cheezy nachos with bolognese sauce
 cheezy nachos with bolognese sauce

cappucino iced dan mocha iced
cappucino iced dan mocha iced

chicken grill
chicken grill

nasi goreng ayam merah
nasi goreng ayam merah
Restoran ni tepi jalan jer. Senang nak cari...Kalau korang dari tol Sungai Petani Selatan, tak jauh dah dari situ. Makanan di sini, bagi aku oklah...kena tekak aku ni, kira citarasa aku la....Nanti boleh repeat lagi...

Aku sertakan juga di sini GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk mencari The Plater Cafe & Bar ni...

GPS koordinat: 5.631354482268718, 100.48222025885552