DAGING AIR ASAM

DAGING AIR ASAM
DAGING AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
  • 500gm daging
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 2 biji tomato – dihiris
  • 2 biji limau kasturi
  • 8-10 biji cili padi – dihiris
  • 1cm belacan – boleh lebihkan. Lagi sedap
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
  • Bersihkan daging dan rebus hingga empuk.
  • Satukan semua bahan hiris, belacan dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  • Perahkan jus limau kasturi. Pastikan biji dibuang terlebih dahulu.
  • Bila daging dah empuk, hiris nipis kemudian masukkan ke dalam mangkuk beriis bahan-bahan yang dihiris tadi.
  • Tambahkan air rebusan daging secukupnya bergantung pada jumlah daging.
  • Rasa dan tambah perasa jika kurang. Jika suka rasa yang masam, tambahkan jus limau kasturi atau limau nipis ikut citarasa.
  • Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resepi: Rasa

RESEPI TAUHU KUKUS SOS TIRAM

TAUHU KUKUS SOS TIRAM
TAUHU KUKUS SOS TIRAM

Bahan-bahan:
  • 1 keping tofu lembut dlm bekas (dikukus selama 5-7 minit)
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 kiub ayam
  • sedikit minyak masak
  • sedikit daun bawang
  • Sedikit udang basah(di cincang kecil)
  • sedikit air + 1 sudu (k) tepung jagung
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.
  • Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kiub ayam dan sedikit air + tepung jagung. Kacau sebati.masukkan udang.
  • Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan daun bawang.bawang goreng,cili hiris.hidangkan panas-panas.

Kredit resepi: Eniza M. Salim

Resepi Cek Mek Molek

Cek Mek Molek
Cek Mek Molek

Bahan:
  • ubi keledek
  • sedikit tepung gandum
  • garam
  • gula untuk inti
Cara-cara:
  • keledek cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam
  • rebus hingga empuk
  • angkat dan toskan buang kulit
  • lenyek ubi keledek hingga hancur dan masukkan tepung
  • tepung tu masukkan sikit-sikit je dulu jangan banyak nanti liat
  • bila dah jadi doh yang tak melekat kat tangan tu dah okey la
  • ambil sedikit doh masukkan gula dan bentukkan melonjong
  • panaskan minyak goreng hingga perang
  • api sederhana je nanti pecah

Kedai makanan korea CU di Brinchang, Cameron Highlands

 

Pusat beli belah Cameron Centrum, Brinchang
Pusat beli belah Cameron Centrum, Brinchang

kedai makanan korea CU
kedai makanan korea CU
Kat brinchang Cameron Highland ada satu pasaraya Cameron Centrum yang ada banyak gerai-gerai jualan dan pasaraya. Kat sini juga aku jumpa kedai CU yang jual makan korea, makcik-makcik dan kakak-kakak yang minat tengok cerita korea tu, mesti datang ke sini punya lah....πŸ˜…πŸ˜…
makanan korea
makanan korea

makanan korea lagi
makanan korea lagi

lagi-lagi makanan korea
lagi-lagi makanan korea

dan lagi....
dan lagi....
jenis atau nama-nama makanan korea ni aku pun taktau sangat nak cerita kat korangπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Sebabnya aku tak minat makanan korea ni.....

GPS CU: 4°29'42.0"N 101°23'22.0"E atau 4.495012, 101.389446

Lan's Corrner Tanjung Bungah

Lan's Corrner Tanjung Bungah
Lan's Corrner Tanjung Bungah

Lan's Corrner Tanjung Bungah
Lan's Corrner Tanjung Bungah
Lan's Corner ni aku dah pernah review dalam blog aku ni dulu. Boleh tengok SINI. Ni aku datang lagi makan kat sini...alang-alang datang, review la sekali lagi... Makan kar sini memang sedap. Berbaloi datang dan makan.
menu set di Lan's Corner
menu set di Lan's Corner
Aku order set B, dalam set B tu ada siakap, sotong, lala, pari bakar, undang, kangkung/kailan... Harga set ni RM150... semua makanan sedap dan padu. Tapi ada satu je aku terkilan sikit, pari bakar diorang tak hantar. Aku pun lepas dah makan, balik hotel baru teringgal, pari bakar tak ada tadi😭😭😭😭... Aku lupa, orang kedai pun lupa(aku agak la)....
kailan ikan masin
kailan ikan masin

siakap tiga rasa
siakap tiga rasa

lala sambal
lala sambal

udang masak lemak
udang masak lemak

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung
Untuk ke Lan's Corner di Tanjung Bungah, Pulau Pinang ni, korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°27'54.2"N 100°16'55.0"E atau 5.465065, 100.281937





 

Restoran Nasi kandar Ahmad, Nasi kandar melayu di Simpang Ampat, Pulau Pinang

Restoran Nasi kandar Ahmad
Restoran Nasi kandar Ahmad

Ramai orang makan di sini
Ramai orang makan di sini
Restoran Nasi Kandar Ahmad ni terletak Taman Kasawari, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Restoran Nasi Kandar ni rare sikit sebab ni nasi kandar melayu... Biasanya nasi kandar ni orang akan kaitkan dengan mamak. Lauk-lauk pun kalau tengok sama saja dengan nasi kandar mamak, cumanya air tangan melayu saja. Masa aku datang ni, waktu peak hour orang nak makan tengahari, jadi kena beratur panjang la untuk sepinggan nasi kandar melayu ni........
lauk-lauk nasi kandar
lauk-lauk nasi kandar

dua periuk besar kari
dua periuk besar kari
Cuba korang tengok gambar lauk kat atas tu, nampak kuah bersepah kan? Kan nasi kandar kalau korang makan kat mana-mana restoran pun, kuah mesti bersepah... agaknya nak bagi identiti nasi kandar kena bagi kuah bersepah keπŸ˜‹πŸ˜„
ni lah nasi kandar aku, ayam goreng, sayur kacang panjang, bilis kacang sambal dan kuah campur
ni lah nasi kandar aku, ayam goreng, sayur kacang panjang, bilis kacang sambal dan kuah campur
Kalau korang nak datang ke sini, aku sertakan kat bawah ni GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang. Korang juga boleh terus cari di Taman Kasawari Simpang Ampat, Pulau Pinang.

GPS Koordinat: 5°16'54.0"N 100°28'27.7"E atau 5.281672, 100.474370

Restoran Syukor Burger di Bertam Kepala Batas (Abianggg Uko)

 

Restoran Syukor Burger
Restoran Syukor Burger

restoran ala-ala fast food ye abiangg uko?
restoran ala-ala fast food ye abiangg uko?
Syukor Burger ni biasanya aku beli kat stall tepi jalan jer... alah macam orang jual ramly burger tu. Tapi kali ni aku nak try la pulak makan kat restoran syukor burger ni. Ada kemajuan la abianggg uko (ni nama glamour si syukor ni dalam FB dia)... Bagus anak muda... muda-muda belia dah jadi jutawan...

Restoran Syukor Buger ni terletak di Bertam Kepala Batas.. Rasanya owner si abiangg uko ni pun duduk area Bertam ni, jadi restoran ni pun timbul la kat bertam bersempena kawasan jajahan si abianggggg uko ni...

menu 1 restoran syukor burger
menu 1 restoran syukor burger

menu 2 restoran syukor burger
menu 2 restoran syukor burger

menu 3 restoran syukor burger
menu 3 restoran syukor burger
Restoran syukor burger ni berkonsepkan ala-ala restoran fast food la...ada banyak menu gak di restoran syukor burger ni. Boleh tengok menu-menu kat gambar atas tu. Burger di sini semuanya saiz besar-besar. Kalau korang kena sebijik je pun, boleh kenyang sampai petang ooooo....
ni dia makanan yang aku order
ni dia makanan yang aku order

french fries dan juga sos yang dipek kecil-kecil
french fries dan juga sos yang dipek kecil-kecil

ni untuk makan dengan nasi lemak.. ada set nasi lemak
ni untuk makan dengan nasi lemak.. ada set nasi lemak

syukor's toast jem sandwich
syukor's toast jem sandwich

beef burger yang besar dan padu
beef burger yang besar dan padu
Tu dia set yang aku order.... banyak dan kenyang gila makan burger ni...Jadi selain korang boleh beli syukor burger ni di stall tepi jalan tu, boleh la try makan di restoran plak.

Kalau korang nak datang ke restoran syukor burger ni, boleh cari di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. GPS koordianat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°31'00.8"N 100°27'03.6"E atau 5.516890, 100.451002

Isi Ikan Goreng Kacang Gajus

Isi Ikan Goreng Kacang Gajus
Isi Ikan Goreng Kacang Gajus

Bahan:
  • isi ikan potong
  • bawang putih cincang
  • bawang besar potong
  • lada bangala potong
  • daun bawang potong 1 inci
  • sos tiram
  • sos ikan atau soya sos
  • gula
  • minyak bijan
  • kacang gajus yg dh goreng
  • minyak masak
  • air(sedikit sahaja )
  • tepung untuk goreng ikan

Cara-cara:
  • Gaul ikan dengan tepung kemudian goreng dlm minyak yg panas goreng sehingga garing angkat sejat minyak ketepikan
  • Tumis bawang putih hingga naik wangi kemudian masuk bawang besar lada bangala kacau sekejab kemudian masuk ikan dan bahan perasa last masuk kacang gajus dan daun bawang rasa secukup rasa tutup api boleh di hidangkan...

KAILAN SOS TIRAM

KAILAN SOS TIRAM
KAILAN SOS TIRAM

Bahan:
  • 1 genggam kailan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 3 sdb air
  • 1/2 sdt minyak bijan
  • 1 cawan air
  • 2 sdb minyak masak
  • garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara:
  • Masak air dalam periuk dan titiskan sedikit minyak masak
  • Celur sayur Kailan, jangan terlalu lama angkat tos dan susun atas pinggan
  • Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya dan masukkan sos tiram, garam dan lada sulah
  • Biarkan mendidih seketika dan masukkan bancuhan tepung jagung
  • Bila kuah agak pekat sedikit angkat dan curah keatas sayur tadi.
  • Taburkan bawang goreng semasa menghidang

SAYUR CAMPUR ALA CINA

SAYUR CAMPUR ALA CINA
SAYUR CAMPUR ALA CINA

Bahan-bahan:
  • 50g bunga kubis.
  • 5 ulas kacang buncis.
  • 1 biji lada benggala – dipotong dadu.
  • 2 biji lobak merah – dipotong nipis.
  • 5 ulas bawang putih – dikisar.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • sedikit stok ayam.
  • 50ml air.
  • 2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air.
  • 2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan).
  • 10g bawang merah – digoreng (untuk hiasan).

Cara Penyediaan Resepi :
1. Panaskan kuali , masukkan minyak dan t.umis bawang putih
2. Masukkan air , stok ayam dan sos tiram.
3. Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.
4. Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.
5. Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.

Dim Sum Valet di George Town, yang ni halal punya lol...

 

Dimsum Valet
Dimsum Valet
Peminat tegar dimsum, kalau datang ke Penang, boleh cari dimsum si Dimsum Valet di Lebuh Kwee, George Town. No worries pasai kehalalan sebab yang ni milik chinese muslim. Selain mengekalkan keaslian, faktor halal pun kena ambil kira bagi orang islan. Kalau non muslim, takde masalah la kan..
ruang dalam dimsum valet
ruang dalam dimsum valet
Selain beli tapow/takeaway, korang boleh juga makan dalam kedai ni. ada dua tingkat.. tapi takde la besar sangat. Lagi satu cabaran lorong ni, susah nak cari parking, jalan pun agak sempit.
antara dimsum yang diorang jual
antara dimsum yang diorang jual
Aku just beli makan dalam kereta jer. Rasanya memang sedap la... dah memang specialist diorang buat dimsum ni kan.
mini pau yang aku beli di dimsum valet
mini pau yang aku beli di dimsum valet

dimsum yang aku beli di Dimsum Valet
dimsum yang aku beli di Dimsum Valet
Kepada korang yang minat nak makan dimsum ni, boleh la cari Dimsum Valet di Goerge Town, Pulau Pinang. Aku sertakan GPS koordinat dan google map untuk rujukan korang.

GPS koordinat: 5.416894392413493, 100.33109522769422


Minum petang di Gelora Coffee & Tea, Kubang Semang, Pulau Pinang

Kafe Gelora Coffee & Tea, Kubang Semang
Kafe Gelora Coffee & Tea, Kubang Semang
Kafe ni viral kat media sosial. Mungkin deko dalaman yang rare, lain dari yang lain menjadi tarikan utama untuk orang datang dan menjadi viral. Deko dalaman seolah-olah kafe ni satu lukisan hitam putih. Rasa macam masuk dalam buku komik plak. Setiap inchi ruang seakan-akan dilukis. Contoh macam dalam gambar yang aku snap dalam kafe ni.
lukisan real, macam masuk dalam komik
lukisan real, macam masuk dalam komik

langsir, pokok pun macam lukisan
langsir, pokok pun macam lukisan
Akhirnya sampai gak aku di sini. Selama ni asyik tengok orang review jer. Kafe Gelora Coffee & Tea ni terletak di Taman Oren Hartamas,Bukit Mentajam, Kubang Semang, Pulau Pinang. Kafe ni kat Penang yer. 

Menu pun sempoi-sempoi gak. Ada juga terdapat pelbagai jenis kopi yang sedap. Boleh tengok menu seperti di bawah.

Menu 1 Gelora Coffee & Tea
Menu 1 Gelora Coffee & Tea

Menu 2 Gelora Coffee & Tea
Menu 2 Gelora Coffee & Tea
Setelah meneliti dan mentelaah senarai menu makan dengan ini aku membuat keputusan untuk bahawa aku akang meng"oder" Iced Cappuccino, Iced Cafe Mocha, Nasi Lemak Ayam Pandan, Meatball with Black paper sauce dan cheese & vege croissant.
Iced Cappuccino, Iced Cafe Mocha
Iced Cappuccino, Iced Cafe Mocha

Nasi Lemak Ayam Pandan
Nasi Lemak Ayam Pandan

cheese & vege croissant
cheese & vege croissant

Meatball with Black paper sauce
Meatball with Black paper sauce
Ok la, makanan pun not bad. Tempat makan pun yang rare. Sesuai untuk OOTD yang suka ambil gambar-gambar.

Kepada yang nak datang ke sini boleh la cari di Kubang Semang atau boleh terus guna gps koordinat dan google map.

GPS Koordinat: 5°24'29.8"N 100°28'40.1"E atau 5.408282, 100.477795

BROCOLI SOS TIRAM

 

BROCOLI SOS TIRAM
BROCOLI SOS TIRAM

BAHAN:
  • 1/2 pokok brocoli
  • Sedikit udang
  • 1/2 biji capsicum merah
  • 1/2 biji capsicum hijau
  • 1/2 labu bawang besar - hiris
  • 3 ulas bawang putih - ketuk
  • Sos tiram

CARA:
Tumis bwg besar dan bawang putih, masukkan brocoli,udang dan perasa. Masukkan 2-3 sudu air, tutup kuali dengan tudung periuk. Biarkan 2-3 minit. Buka tudung periuk, gaul2, angkat dan hidangkan.