10 RAHSIA DAN TIPS DALAM MASAKAN

 1. Timun.
- Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas.

2. Garam.
- Jangan bubuh garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk.
Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal di dalam masakan.

3. Santan.
- Elakkan menggunakan api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan.
Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak.
Gunakan api dengan perlahan atau sederhana.

4. Gula merah.
- Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas.

5. Buah keras.
- Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan.
Jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana mampu membuatkan orang sakit perut ketika menjamah masakan anda.
Sukatan paling baik adalah sebiji buah keras untuk seekor ayam. Contohnya seperti masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah.

6. Asam gelugor.

- Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam kuali ketika menggoreng ikan.
Ikan tidak akan melekat di kuali dan lebih mudah diangkat.

7. Bawang putih.

- Ambil dan masukkan bawang putih ke dalam tempat simpanan beras. Boleh juga dimasukkan ketika memasak nasi.
Ini akan membuatkan beras tahan lebih lama dan beras atau nasi berbau wangi.

8. Tebu.
- Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan sup tulang diikuti dengan bahan rempah sup.
Sup tulang akan lebih kaw dan bertambah sedap.

9. Limau kasturi.
- Rendam ikan dengan air asam jawa. Kemudian potong limau kasturi dan gaul bersama ikan beserta air asam jawa.
Biarkan seketika dan bau hanyir ikan akan hilang.

10. Air kelapa.
- Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut dan biarkan seketika. Kemudian barulah diperah kelapa tersebut ke dalam masakan.
Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya

Resepi Biskut Kelapa

Resepi Biskut Kelapa
Biskut Kelapa

Bahan-bahan:
  • 1 cwn majerin
  • 1 cwn gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sdm esen vanilla
  • 3 1/2 cwn tepung jagung
  • 1 cwn kelapa kering
Cara-Cara :
1. Adukkan majerin,gula icing dan kuning telur
2. Gaul sebati dgn menggunakan senduk (kayu)
3. Bila dah sebati masukkan esen vanilla 1sudu makan
4. Kemudian masukkan kelapa kering ,dan masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
5. Sapu majerin pd loyang,dan terap doh dgn acuan sapu sedikit telur putih dan tabur sedikit kelapa kering yg diwarnakan (tidak ada rasa tapi boleh menjadikan biskut lebih rangup)
6. Bakar pd suhu 150'c selama 15-20 minit

Kredit resepi : Raffizah Redzwan

SAYUR CHAN CHOY

SAYUR CHAN CHOY
SAYUR CHAN CHOY

Bahan:
  • 1 Ikat sayur chan choy.
  • 1 Bawang besar dipotong bulat.
  • 3 Biji bawang putih.
  • 1 Cili merah dipotong nipis.
  • 1 Sk Minyak bijan.
  • 1 Sk Serbuk lada hitam.
  • 1 Sk Udang kering ditumbuk.
  • Garam dan gula secukupnya.
Cara penyediaan :
  • Tumis bawang putih yang diketuk hingga wangi diikuti dengan bawang besar.
  • Biar hingga layu.
  • Masukkan gula dan udang kering tumbuk.
  • Masukkan sayur chan choy.
  • Kacau hingga sedikit layu.
  • Masukkan cili merah dan serbuk lada hitam.
  • Kacau lagi.
  • Masukkan minyak bijan.
  • Perasakan denga garam dan gula.
  • Siap dihidang.

Sos Sengkuang Calit

Sengkuang Calit
Sengkuang Calit

Bahan:
  • cili kering blender
  • sos cili
  • kicap lemak manis
  • belacan sikit
  • gula
  • air asam jawa
Cara-cara:
masak semua bahan dengan api perlahan hingga masak.. masuk tepung jagung untuk pekatkan.
quantiti bahan agak-agak je...

Nota:
Kalau buat boleh byk simpan dlm peti sejuk...

Kredit resepi: Ameena Rahman

Daging masak merah ala Thai

Daging masak merah ala Thai
Daging masak merah ala Thai 

Bahan-bahan:
  • Daging secukupnya cuci bersih dan rebus hingga empuk bersama sos bawang atau boleh juga guna pewarna merah. Rebus 30-35 minit menggunakan api kecil, kalau air kering tambah lagi.
  • Bila daging dah empuk sejukan dan hiris nipis-nipis
Bahan Tumis:
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bawang besar dihiris tebal
  • 4 sudu besar  cili boh 
  • 4 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos merah bawang (jika tiada boleh guna beberapa titik pewarna merah)
  • 1 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • garam, gula, secukup rasa dan serbuk perasa jika perlu
  • tambahan: apa-apa sayur kegemaran
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih masukkan daging bila hampir garing masukkan bawang besar dan semua jenis sos dan bahan berbaki satu persatu kecuali air tepung jagung dan sayur
  • setelah mendidih masukkan air tepung jagung, sayur dan air mengikut banyak kuah yang diingini kacau sebati. siap. 

Kredit resepi: aisyah Humairah

Rendang ikan tongkol@ikan kayu

Rendang ikan tongkol@ikan kayu
Rendang ikan tongkol@ikan kayu

Untuk 2 ekor ikan yang sederhana besar:
  • Bawang merah sebiji yg besar
  • Bawang putih 4 ulas
  • Cili kisar 2 sudu makan..boleh tambah cili api kalau nk pedas
  • Halia 1inci
  • Serai 3 batang
  • rempah kari ikan 2 sudu makan
  • asam keping 1 keping
  • gula kabung agak-agak je
  • santan pekat agak-agak ye
  • kerisik 2 sudu makan

Tips nak sedap ..sebelum blander goreng dulu sampai garing lepas tu semua blender sekali
Tumis pakai minyak yang di goreng tadi sampai bahan-bahan garing masuk kan ikan..kerisik dan santan..last tabur daun kunyit

selamat mencuba

Kredit resepi: siti fairuz mahn

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahannya:
  • 4 keping ikan patin
  • 10 tangkai cili api } Di tumbuk
  • Sedikit kunyit hidup } Di tumbuk
  • Sedikit tempoyak
  • Sedikit daun kunyit dan kesom
  • Garam dan gula

Cara membuatnya:
  • Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali ikan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  • Kemudian, masukkan ikan patin, daun kesom dan daun kunyit
  • Angkat apabila ikan telah pun masak.

Sumber resepi: Wanita Idaman

IKAN MERAH MASAK CUKA

IKAN MERAH MASAK CUKA
IKAN MERAH MASAK CUKA

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kilo potongan ikan merah
  • 3-4 sudu besar cuka masakan
  • 10batang cili padi merah(jangan dikatok)
  • ½ biji timun Di potong
  • 1 Biji tomato(dibelah 6)
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 1 Biji bawang besar dipotong bulat
  • 3 ulas bawang putih Di hiris
  • 2 cm halia(dihiris)
  • 1 batang serai(dikatok)
  • ½ sudu kecil garam
  • 400-500ml air
  • 1 sudu serbuk perasa Knorr atau maggi
  • ¼ sudu kecil serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1)ikan dicuci bersih Dan direndam sebentar bersama air garam,bilaskan Dan lumurkan bersama garam Dan kunyit untuk mengoreng ikan
2)panaskan minyak didalam kuali,masukkan biji sawi(biarkan biji sawi meletup letup)sebentar
3)masukkan halia,bawang putih Dan serai,masak sehingga sedikit keperangan Dan Dan Naik bau..
4)masukkan bawang merah Dan cili padi merah
5)masukkan cuka Dan air,serbuk kunyit,garam Dan serbuk perasa(Rasakan seperti Yang dimahukan)
6)madukkan ikan,timun Dan tomato...biarkan ianya masak seketika..Dan padam Kan API
7)siap dihidang Dan dimakan bersama nasi 🤗❤️

Kredit resepi: nurul Ateekah mahn

Resepi Paprik Sotong

Paprik Sotong
Paprik Sotong

Bahan-bahan:
  • Sotong setengah kilo
  • Cili merah 3 biji
  • Cili padi 8 biji
  • Bawag kecik 5 ulas
  • Bawag putih..2 ulas
  • Sedikit halia
  • semua di atas tumbuk ya
  • 2 batang serai ketuk-ketuk
  • Air asam setengah cawan
  • sedikit kicap manis
  • 2 sudu cili sos
  • Sayur karot.
  • Setengah ketul pati ayam knorr
  • Garam..dengan gula

Utk hiasan.....Cili padi ..bawang besar...daun limau purut...dengan daun bawang

Cara-cara:
Tumis Cili yang di tumbuk tadi dengan serai sampai pecah minyak... masukkan air asam.jawa..Cili sos ,Kicap manis , Sotong..masukkan...
garam gula dengan pati ayam..masak sampai.. kuah pekat masukkan , karot agak-agak
separuh masak sayur... masukkan hiasan bawang besar, Cili padi dengan Daun bawang..dan daun limau...Siap😊

kredit resepi : Siti Fatimah

Resepi ikan bawal stim halia

ikan bawal stim halia
ikan bawal stim halia

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan bawal emas(kelar-kelar supaya bahan meresap masuk dalam ikan)
  • 1 biji bwg merah
  • 1 inci halia
  • Cili merah
  • Cili api
  • 2biji limau
  • Sos cili Mae Pranom
  • 2 batang serai (ketuk)
Cara-cara:
  • Masukkan ikan ke dalam bekas.
  • Taburkan bawang, halia dan cili.
  • Tuangkan sos cili Mae Pranom.
  • Letakkan serai yang dititik bersama hirisan limau di atas ikan.
  • Kukus selama 20 minit

IKAN MASAK SOS ASAM JAWA

IKAN MASAK SOS ASAM JAWA
IKAN MASAK SOS ASAM JAWA

Ikan:
Goreng dulu..klo nk sdap.. Guna minyak yg goreng awas-awas dia tu... Boh garam ja...bila minyak panas tabur tepung beras sikit dalam 1 sudu dalam minyak tu.. Baru masuk ikan.. Goreng sampai garing... Boleh jugak kalau nak gaul tepung beras kat ikan tu.. Tapi jangan banyak ye...

Bahan-bahan sos:
  • Air asam jawa.. Perah pekat-pekat... 
  • Gula siam (somtam).. Kalau tak ada guna gula perang pun boleh..
  • Garam..
  • Minyak sikit..guna minyak goreng bawang dengan halia..
Cara buat:
letak minyak sikit dalam kuali.. Letak gula. Air asam.. Tambah air.. Bubuh garam.. Masak sampai mendidih.. Rasa.. Kuah mesti masam lebih skit.. Masin dan manis tu bagi balance...

Bahan-bahan nak goreng garing: (Goreng asing-asing ye)
  • Halia.. Hiris nipis-nipis dan halus-halus
  • Bawang putih...
  • Bawang merah..
  • Cili api...
  • Cili kering kalau suka..
Goreng semua bagi garing dan tabur atas ikan...
Kalau taknak letak pun boleh benda ni. 

Kredit resepi : nooraida abdullah alim

Resepi Rojak Tauhu

Rojak Tauhu
Rojak Tauhu

Bahan Rojak:
1. Tauhu (Goreng/bakar separuh masak).
2. Kangkong (celur).
3. Tauge (celur).
4. Timun.

Bahan untuk Kuah Rojak:
1. Cili kering 10 tangkai (blend halus)
2. Sos Cili 1/2 cawan.
3. Belacan 2 inci.
4. Gula Merah 1 Cawan.
5. Gula pasir 1/2 cawan.
6. Kicap pekat manis 1/3 cawan.
7. Air masak 1 cawan.
8. Tepung Jagung 3 sudu besar.

Cara membuatnya:
  • Campur semua bahan kecuali tepung jagung.
  • Masak sampai gula semua cair dan mendidih. 
  • Lepas tu masukkan tepung jagung, kacau-kacau sampai pekat likat dan sejukkan.
  • Campurkan dengan kacang tumbuk, curahkan ke atas Tauhu, taugeh, timun dan kangkung dan gaul rata.

GARLIC CRISPY CRUNCHY

GARLIC CRISPY CRUNCHY
GARLIC CRISPY CRUNCHY

Bahan-bahan:
  • Bawang putih yg dikopek, dibasuh dan di sagat@potong nipis-nipis.
  • Halia dikopek, dibasuh dan di sagat memanjang(untuk dapatkan tekstur serabut-serabut) di perah airnya.

Cara goreng:
  • Panaskan minyak (quantiti minyak harus banyak ye supaya bawang yang kita goreng boleh berenang-renang dengan jayanya)
  • Panaskan minyak tadi dengan 1 SENDUK MAJERIN (ni la rahsia crunchy tu)
  • Bila minyak dah betul-betul panas.... masukkan bawang putih dan goreng seperti biasa dengan api kawalan api yang baik...(jangan terlalu slow or terlalu besar apinye ye...sedang-sedang je)
  • Sambil goreng kene kacau-kacau sekali sekala(untuk elak masak tak sekata)
  • Goreng lah ia sampai nampak kekuningan keemasan sekata warnanya...boleh lah angkat dan toskan ye... (jangsn smpai bawang tu bertukar colour coklat baru nak angkat...nanti pahit )
  • Halia pon sama...goreng guna minyak yang sama dan step yang sama.

Kredit Resepi: Bycikpooja

AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN

AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN
AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN 

AYAM:
1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
2. Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.
3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.
4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering. Perap daging paling kurang selama 1 jam.
6. Bakar daging sehingga masak.

MUSHROOM SOS:
Bahan-Bahan:

Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:
1. Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
3. Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
4. Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat. Sesuaikan rasa.Tutup api.

IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN

IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN
IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN

Bahan-bahan:
  • ikan kembung yg telah dibersihkan
  • air (ikut berapa banyak kita nak kuah dia)
  • garam, perasa
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1 biji lada besar - hiris halus
  • Cili api - hiris halus - ikut nak pedas mana
  • 1/2 cawan asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit belacan
  • asam limau (optional) 

Cara-caranya: 
  • 1. Rebus ikan dengan air sehingga masak.
  • 2. Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.
  • 3. Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan.Perahkan asam limau.

RESEPI LONTONG

LONTONG
LONTONG

Bahan-bahan kuah lemak lontong :
  • 1/4 biji kubis
  • 1 batang carrot - potong panjang
  • 9 batang kacang panjang
  • 1 ikat soo hoon 
  • 1 keping fucuk - potong panjang
  • 1 keping tempe - potong dadu dan goreng dahulu
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 cawan udang hidup 
  • 1/2 biji kelapa parut 
  • Garam gula secukup rasa
  • Serbuk kunyit

Bahan kisar :
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering

Cara-cara :
1) Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya. 
2) Masukkan udang dan sayur² yg keras.
3) Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
4) Masukkan kunyit sampai warna nmpk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yg digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api slow je.
5) Last skali, masukkan gula dan garam secukup rasa.

Acar Nenas Murah

Acar Nenas Murah
Acar Nenas Murah

Ramuan:
Ramuan utama:

  • 1 biji nenas masak besar
  • 3 sudu besar minyak
  • 2 cili merah
  • 2cm halia
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • ½ cawan cuka putih
  • ½ sudu the garam
  • 50g gula halus

Rempahan lain:
  • 4cm batang kayu manis
  • 3 biji buah pelage
  • 2 biji bunga lawing
  • 4 biji cengkih

Cara:
1. Sediakan nenas dan ketepikan. Panaskan minyak dengan kuali* menggunakan api sederhana dan gorengkan hirisan cili untuk beberapa saat. Kemudian pindahkan cili kepada pinggan. Masukkan rempahan-rempahan lain dan goreng selama 10 saat sebelum menambahkan halia. Gorengkan sehingga halia bertukar warna sikit sebelum memasukkan serbuk kunyit. Kacau untuk beberapa saat lagi dan tambahkan nenas untuk digoreng untuk 2-3 minit lagi.
2. Masukkan cuka dan biarkan campuran ini mendidih. Masak menggunakan api sederhana selama 3-5 minit dan tambahkan garam dan gula untuk perisa. Akhirnya masukkan semula cili ke dalam kuali dan padamkan api.
3. Biarkan acar sejuk sebelum disimpan di dalam balang gelas dengan penutup plastik. Dinasihatkan agar dimasak 2-3 hari sebelum dihidangkan agar keharumannya dibiarkan masa untuk membentuk.

*Jangan pakai kuali aluminium atau keluli sebab asid dari cuka boleh membawa rasa metalik ke atas acarmu.

Acar Timun Mentah

Acar Timun Mentah
Acar Timun Mentah

Bahan-Bahan:
• 1/2 biji nenas
• 2-3 biji timun, bergantung kepada saiz
• 2 biji bawang besar
• 2 biji cili merah
• 8 sudu besar cuka
• 4 sudu besar gula
• sedikit garam

Cara Penyediaan:
1 Bersihkan nenas dan buang kulit, kemudian hiris nipis.
2 Bersihkan timun, buang kulit dan cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. Hiris nipis
3 Hiris nipis bawang merah dan cili merah.
4 Gaulkan semua bahan bersama cuka, gula dan sedikit garam sehingga sekata. Siap dihidang.

Tips:
• Jangan tambah air di dalam acar kerana dengan perlahan air dari buah nenas dan timun akan keluar sendiri selepas dibancuh bersama cuka dan bahan2 lain. 

CHEESEKUT NESTUM MUDAH

CHEESEKUT NESTUM MUDAH
CHEESEKUT NESTUM MUDAH

Bahan A:
1 paket biskut Cream Crackers HUP SENG
1 paket Nestum Original NESTLE (topping pilihan)
1 kotak susu segar DUTCH LADY

Bahan B:
250 gm Cream Cheese TATURA
1/2 tin susu pekat MARIGOLD
2 sb susu segar DUTCH LADY

Cara-cara:
1. Masukkan bahan B ke dalam mixer dan adun sebati, takperlu sampai kembang pula ye. Kalau tak ada mixer nak adun sendiri pun boleh
2. Sediakan bekas berbentuk segi empat sama atau segi empat tepat (senang nak susun biskut nanti)
3. Seterusnya celup biskut dalam susu segar selama seminit, takperlu sampai lembut sangat (kalau suka crunhcy takperlu celupkan pun tak apa)
4. Mulakan lapisan pertama dengan biskut yang dicelup lembut + adunan mixer (tuang adunan lebih sikit sbb nanti biskut serap) + topping pilihan (saya guna nestum)
5. Ulang langkah 3 dan 4
6. Lapisan terakhir tu boleh lah taburkan serpihan lebihan biskut tadi
7. Sejukkan dalam peti sejuk bawah selama 2-3 jam

Haaa siappp. Senang je kan, boleh cuba ye semua.😉

resepi asal : Ismazura Ismail‎

ROJAK MEE & ROJAK KUIH

ROJAK MEE & ROJAK KUIH
ROJAK MEE & ROJAK KUIH 

Untuk Bahan-bahan hiasan:
1. Tahu putih (goreng potong-potong)
2. Kentang rebus sebijik-sebijik bagi empuk (toskan potong)
3. Telur rebus
4. taugeh,lada besar,timun..
5. Mee kuning..

Untuk kuah :
1. 1 paket biskut marie patah-patahkan 
2. Kentang rebus 3 bijik (Blend) 
3. Cili kering, udang kering & bawang putih 3 ulas (blend)
4. 2 sudu besar tepung jagung
Tumis sedikit minyak,masukkan bahan blend masak sehingga naik minyak,masukkan air,selepas mendidih masukkn kentang yang di blend,masukkan biskut marie,kacau sehingga biskut hancur,masukkan tepung jagung pastikan gula garam secukup rasa.. 

Untuk kuih rojak :
1. Tepung gandum 2 senduk
2. 2 sudu besar yis 
3. Daun kucai 
Satukn tepung,yis,secubit garam bancuh jangan terlalu cair,masukkan kucai,perap dalam beberape minit kemudian goreng, sy goreng menggunakan hujung sudip utk dptkn kuih rojak yg panjang-panjang..nak goreng cara apa pon xkisah😜.. selamat mencuba

Kredit resepi : suisan aliezsha

TIPS RUMAHTANGGA BAHAGIA

 1. Sembahyang jemaah bersama-sama.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.
3. Berbual dengan pasangan anda setiap hari.
4. Mandi bersama sekali-sekala.
5. Jadi penawar hati buat pasangan anda.
6. Isteri tidur di atas lengan suami.
7. Mesra dengan suami.
8. Sentiasa ungkapkan kata cinta..I LOVE YOU
9. Apabila berjalan di luar, genggam jari isteri. Dan isteri paut lengan suami.
10. Apabila berselisih faham, kenangkan saat-saat indah anda berdua.
11. Berhias untuk pasangan masing-masing.
12. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang.
13. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.
14. Kekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walau masing-masing sudah berusia.
15. Bantu isteri melakukan kerja rumah.
16. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
17. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
18. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan isteri.
19. Bentuk sifat cemburu yang positif.
20. Jadilah suami yang pemaaf.
21. Tegur kesilapan pasangan dengan hikmah dan kasih sayang.

PUDING BISKUT CREAM CRACKERS

PUDING BISKUT CREAM CRACKERS
PUDING BISKUT CREAM CRACKERS

BAHAN-BAHAN:
  • 25 keping biskut cream crackers
  • 4 biji telur
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 2 sdb gula perang 
CARANYA:
  • sediakan loyang 7x7 sapu sedikit minyak
  • rendam biskut ke dalam air panas sehingga kembang,kemudian toskan
  • masukkan biskut, susu, telur dan gula perang ke dalam blend
  • blend sehingga halus
  • bahagi adunan kepada 2 bahagian atau lebih.. terpulang
  • masukkan pewarna (optional/milo) 
  • kukus selapis-selapis sehingga masak
  • setiap lapisan 5min sahaja, 
  • lapisan terakhir 10 min
  • 5 min akhir bukak penutup kukus 
  • tujuan nak bagi air atas permukaan puding kering
  • siap/sejukkan baru dipotong
  • boleh kukus menggunakan acuan kecil, lebih mudah
  • 2/3 cawan untuk setiap 1 lapisan

Kredit : 1001 aneka resepi biskut

TANPA BAKAR BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL

 

BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL
BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL

Bahan-bahan
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

  • Butter : 250 gram
  • Chocolate compound (Dark Chocolate): 325 gram
  • Serbuk koko : 120 gram
  • Susu Pekat : 100 gram
  • Biskut Marie : 300 gram
  • Mini cookies paper cup macam dalam gambar
BAHAGIAN TOPPING
  • Chocolate compund (Dark chocolate) : 500 gram
  • 4 sudu kecil minyak masak
Cara-cara
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

  • Cairkan 250 gram butter dan 325 gram coklat compound. Boleh pakai double boil atau microwave.
  • Kalau double boil. Masukan sekali butter & chocolate tu. Api slow. Dah cair tutup api. terus masukan bahan2 susu pekat n serbuk koko ..panas-panas tu kacau sampai sebati.
  • Microwave pun sama. Dh cair butter n cholate tu..masukan bahan lain tadi kacau sebati.
  • Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain. Hancurkan dulu awal2 sebelum step pertama tadi.
  • Masukkan biskut yang dihancurkan kedalam adunan dan gaul sehingga sebati.
  • Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Jangan gentel sbb dia akam crack. Mampatkan dan buat bentuk kecil-kecil dan masukan dalam mini paper cup tadi.
  • Buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap ..boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah. Pakai lidi sate pun boleh. Janji yang belum digunakan.
  • Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.
  • Setkan ke dalam peti selama 10 minit..
BAHAGIAN TOPPING
  • Cairkan 500 gram dark chocolate.
  • Masukkan 4 sudu kecil minyak masak ke dalam dark chocolate yang dicairkan dan kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.
  • Hias ikut kreativiti anda.
  • Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik.Bila kita sentuh diandah tak melekit. (Tak perlu letak dalam peti ais)
  • Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je. Senang kan. Memang sedap

Kredit resepi: Muhammad Ali

Jalan-jalan tengok Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar

 

Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad
Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad

Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad
Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad
Rumah kelahiran Tun Mahathir Mohamad ni terletak di Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000 Alor Setar, Kedah. Di rumah ini lah Tun Dr Mahathir Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 dan seterusnya membesar di rumah ini. Rumah yang mempunyai sebuah bilik ini dimiliki oleh Mohamad bi Iskandar. Struktur rumah ini asalnya berasaskan kayu, beratap nipah, berlantai papan dan bersiling kain ombak-ombak. Ia telah berberapa kali di ubah suai sehingga enjadi bentuk seperti yang ada sekarang.

Pada tahun 1990, Lembaga Muzium Negeri KEdah telah mencadangkan agar pihak Akid Negara Malaysia mengambil alih dan seterusnya memperbaiki rumah ini setelah mendapat persetujuan dari keluarga, usaha membaik pulih dimulakan pada tahun 1992.

Di dalam rumah ini dipamerkan segala peralatan asal, bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah hidup semenjak Tun Dr Mahathir dilahirkan sehinggalah beliau berkahwin yang kebanyakkannya diperoleh dari saudara-mara dan sahabat handai beliau.

galeri pameran (rumah bumbung lima)
galeri pameran (rumah bumbung lima)

galeri pameran (rumah bujang)
galeri pameran (rumah bujang)

antara barangan yang dipamerkan
antara barangan yang dipamerkan
Selain rumah asal Tun Dr Mahathir, pengunjung juga boleh melawat dua rumah pameran yang di namakan sebagai Rumah Bujang dan Rumah Bumbung Lima. 

Rumah Bujang mempamerkan bahan-bahan pameran yang memperlihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kegiatan-kegiatan politik dari peringkat awal sehingga menjadi ahli UMNO, ahli parlimen, menteri kabinet dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Pameran juga memperlihatkan aktiviti-aktiviti beliau dalam pertubuhan yang dianggotainya sebelum menceburi bidang politik. Hobi, aktiviti rekreasi dan makanan kegemaran Tun Dr Mahathir Mohamad juga dipamerkan dalam rumah ini.

Rumah Bumbung Lima pula memaparkan kisah pendidikan Tun Dr Mahathir Mohamad dari peringkat persekolahan sehingga ke Universiti, kariernya sebagai seorang doktor yang berjaya dan juga pernulisan beliau yang mempengaruhi pemikiran masyarakat.

basikal kegemaran Tun Dr Mahathir Mohamad
basikal kegemaran Tun Dr Mahathir Mohamad
Begitu la serba sedikit berkenaan Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Kepada yang nak datang melawat ke sini, boleh cari di Alor Setar. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 6°06'47.5"N 100°21'46.3"E atau 6.113203, 100.362853

PUDING BISKUT

 

PUDING BISKUT
PUDING BISKUT

BAHAN:
  • 10 keping biskut cream crackers [rendam dengan air hingga kembang kemudian toskan air]
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat manis

CARA:
  • Blend telur dengan susu kemudian masukkan biskut yang dah kembang tadi, kemudian blend lagi.
  • Masukkan adunan ke dalam acuan pilihan dan kukus dalam 15-20 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan sebelum dimakan.

Makan Malam di Restoran D' Pantai, Jalan Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan

 

Restoran D' Pantai
Restoran D' Pantai

Restoran D' Pantai
Restoran D' Pantai
Restoran D' Pantai ni terletak di Batu 6, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan. Aku pun main google je ni. Kira gamble je malam tu nak cari makan di Seremban ni. Tengok review macam sempoi jer. Jadi, apa lagi Onnnnzzz je..terus gerak ke Restoran D'Pantai ni..

Dah sampai, tengok restoran ni luas gak. Ada banyak parking kat sebelah restoran ni. Rupanya restoran ni dekat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 

Dah order makanan, layan la dulu otak-otak dengan fries sementara nak tunggu menu utama yang aku order ni sampai..

otak-otak
otak-otak

fries
fries
Aku pilih menu set la untuk makan malam aku ni. Rasa cam mahal la sikit dari yang biasa aku makan. Tapi ok la, layan jer.. kalau sedap kita datang lagi😂😂😂... Menu aku ikan siakap tiga rasa wajib kena ada, sebab tu jer la feveret anak aku. Kalau takde tu, diorang tak makan sangat😅
complete set menu aku dah sampai
complete set menu aku dah sampai😋😋😋

siakap tiga rasa
siakap tiga rasa
Nasib sedap la gak..kalau tak penah rasa datang jauh-jauh😇😇....Kepada korang yang datang ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 2°45'24.2"N 101°59'44.0"E atau 2.756722, 101.995565

Menikmati Cendol Songkok Tinggi Gazebo di Kampung Jiboi Baru, Negeri Sembilan

 

Cendol Songkok Tinggi Gazebo, Kampung Jiboi Baru
Cendol Songkok Tinggi Gazebo, Kampung Jiboi Baru

Cendol Songkok Tinggi Gazebo, Kampung Jiboi Baru
Cendol Songkok Tinggi Gazebo, Kampung Jiboi Baru
Tempat ni pun macam famous gak. Aku google nak makan cendol di Negeri Sembilan ni, keluar Cendol Songkok Tinggi ni... Masa aku datang tu, ramai gak la kereta silih berganti parking nak minum cendol songkok tinggi ni. Jadi aku rasa betul la kot ke'famous'an diorang ni😅...

Kedai tepi rumah jer. Ada la 2-3 bijik gazebo bawah pokok rendang. Aku nak try la cendol diorang sedap ke tidak..... aku ambil cendol pulut dan cendol jagung...

cendol pulut
cendol pulut

cendol jagung
cendol jagung
Nak kata sedap sangat pun, takde la sangat...tekak aku biasa-biasa saja la... mungkin dah pernah rasa yang lagi padu dari yang ni kot... Tapi enjoy la makan cendol bawah pokok.

Selain cendol, ada gak la menu lain. Boleh tengok menu lain tu dalam menu kat bawah ni. Aku try la nak makan mee rebus johor, jemput-jemput ikan bilis dan roti bakar.

Menu Cendol Songkok Tinggi Gazebo
Menu Cendol Songkok Tinggi Gazebo

mee rebus johor
mee rebus johor

roti bakar
roti bakar

jemput-jemput ikan bilis
 jemput-jemput ikan bilis
Nak makan santai-santai petang-petang, boleh la nak datang sini. Alamat lengkap Cendol Songkok Tinggi Gazebo ni adalah Jalan Gedung Lalang 1, Kampung Jiboi Baru, 70400 Ampangan, Negeri Sembilan. GPS koordinat dan google map adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 2°44'05.7"N 101°58'18.5"E atau 2.734928, 101.971808


NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH
NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan A (Nasi Kukus)
  • 4 cawan beras
  • 2 cawan air
  • 3 helai daun pandan
Cara Penyediaan :
  • Rendam beras lebih kurang satu jam. Kemudian toskan air dan cuci beras seperti biasa.
  • Sementara itu didihkan air didalam periuk kukus. Simpul daun pandan dan rebus bersama air tadi.
  • Masukkan beras ke dalam mangkuk besi (sediakan empat). 
  • Kemudian tutupkan dengan kain putih pada setiap mangkuk beras atau boleh juga jika anda mempunyai kain putih yang besar, balutkan pada penutup periuk kukus supaya air tidak menitik kedalam beras. Kukus beras selama 15 minit. 
  • Keluarkan semula beras dan rendam didalam air sehingga beras sejuk. 
  • Boleh juga selalu menukar air rendaman supaya beras cepat sejuk. Jika direndam dengan air sejuk, beras akan kelihatan lebih panjang. Keluarkan semula beras tadi. 
  • Kali ini gaulkan dengan 3 cawan air dan biarkan air menyerap ke dalam beras.Kukus semula ke dalam mangkuk besi tadi sehingga 15 minit atau sehingga masak.
  • Menggunakan teknik kukusan begini membuatkan beras kelihatan cantik berderai.
Bahan B (Ayam Goreng)
  • 1/2 ekor ayam (potong empat)
  • 1st serbuk ketumbar
  • 1st serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1sb serbuk kunyit
  • 4 tangkai daun kari (dilurutkan dan hanya ambil daunnya sahaja)
Cara Penyediaan :
  • Setelah ayam dicucikan. Rebus ayam dengan 8 cawan air atau 1 liter air.
  • Agak-agak dalam separa masak. Toskan ayam. Air rebusan tadi jangan dibuang.
  • Gaulkan ayam dengan kesemua bahan B dan perapkan selama satu jam.Kemudian panaskan minyak dan goreng.
Bahan C (Sambal)
  • 5 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili api
  • 1 biji tomato
  • 3cm belacan
  • 2 biji limau nipis
Cara penyediaan  :
  • Bakar belacan sehingga masak. Tak mengapa jika ada kesan hangus terbakar sedikit.Kisar cili merah, cili api, tomato dan belacan yang telah dibakar tadi.
  • Hidangkan didalam mangkuk dan perahkan limau
Bahan D ( Kuah Kari Tanpa Santan)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 1sb serbuk kunyit
  • 2sb cili boh/ cili kering dikisar
  • 4sb serbuk kari
  • 1 tangkai kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • minyak secukupnya untuk menumis
  • air rebusan ayam
Cara penyediaan :
  • Kisar bawang besar dan tomato.
  • Gaulkan bahan kisar bersama dengan serbuk kari dan kunyit.
  • Panaskan minyak dalam periukTumis kulit kayu manis dan bunga lawang.
  • Masukkan cili boh dan biarkan garingMasukkan air asam jawa
  • Tuangkan pula campuran bahan kisar tadi.
  • Apabila sudah garing masukkan air rebusan ayam. Taburkan garam.
  • Tunggu sehingga mendidih dan tuangkan kuah ke atas nasi kukus yang telah disedia untuk dimakan segera. Selamat mencuba

NASI BUBUR BERLAUK

 

NASI BUBUR BERLAUK
NASI BUBUR BERLAUK

Bahan A (bubur nasi):
  • 2 cawan beras
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • 2 inci halia muda (dihiris halus)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • Daun sup (dihiris halus)
  • 2 sudu kecil lada putih (ditumbuk)
  • 3 cawan air (mengikut citarasa)

Bahan B (lauk):
  • 1 mangkuk ayam goreng yang dicarik
  • 1 mangkuk ikan bilis goreng
  • 3 biji telur masin (direbus dan dibelah 2)
  • 1 cawan lobak masin (dipotong dadu)
  • Hirisan daun sup
  • Hirsan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Sambal kicap
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan A dan masak hingga sempurna.
2.Setelah bubur masak dengan sempurna , hidangkan bersama semua bahan B dan sedia untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Nasi Bubur Berlauk juga boleh ditambah lada hitam bagi penggemar makanan pedas.

AMALAN BAGI HAJAT YANG BESAR

 Kaedah amalan Solat Hajat :
1 - Dilakukan antara pukul 3 sehingga pukul 4 pagi sahaja.
2 - Solat sunat hajat sebanyak dua rakaat:
              a . Pada rakaat pertama, selepas membaca Surah al-Fatihah sekali, kemudian bacalah Surah                         al-  Kafirun sebanyak 10 kali
              b . Pada rakaat kedua, selepas membaca Surah al-Fatihah sekali, kemudian bacalah Surah                             al-Ikhlas sebanyak 10 kali
3 - Selepas memberi salam, angkat takbir sekali lagi dan niat sujud syukur, "Sahaja aku sujud syukur kerana ALLAH SWT ".

Ketika sujud, bacalah:
a . Berzikir " سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر " sebanyak 10 kali
b . Selawat " اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد " sebanyak 10 kali
c . Membaca doa : رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
d . Membaca Surah al-'Alaq

 AMALAN DOA DUA KALI
Caranya adalah seperti berikut :
1 - Doa yang pertama disudahi dengan ayat ke 201 daripada Surah al-Baqarah ini ..
رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
2 - Kemudian, diselangi dengan bacaan surah al-Fatihah
3 - Seterusnya, doa yang kedua barulah dibaca ayat ke 127 daripada Surah al Baqarah ini ..
رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡع

~ TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HAJI MOHD ROMLI

Alhamdulillah ♥️

PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA DAN TIDAK BERKULAT

 Bahan-Bahannya:
  • 400 gram Cili Kering (Dipotong, buang bijinya kemudian cuci bersih).
  • 3 Labu Bawang putih
  • Air tapis
Cara Membuat:
  • Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih.
  • Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.
  • Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama.
  • Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye…guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.

Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat Mencuba...

Makan western food di Ezy Delites, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani

Restoran Ezy Delites, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani
Restoran Ezy Delites, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani

Restoran Ezy Delites, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani
Restoran Ezy Delites, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani
Kalau nak makan western food dan korang berada di Sungai Petani, memang banyak restoran yang buat menu western food ni. Dah banyak aku review restoran-restoran western food di area sunga petani ni. Korang boleh search la dalam blog aku ni...kebanyakannya berkonsepkan hipster.. Ni yang aku terjah ni pun sempoi gak. Restoran Ezy Delites ni terletak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah. Betul-betul bertentangan dengan masjid.
ni bukan aku..ni pelanggan yang datang sini
ni bukan aku..ni pelanggan yang datang sini, tapi yang baju hitam, mask hitam tu cam ushar rapat je 😂😂😂😂
Banyak gak menu yang best dan menarik yang aku tengok dalam menu diorang. Dari banyak-banyak menu tu, aku pilih untuk cuba creamy carbonara pasta, aglio olio pasta, chicken chop black paper, cheese pizza dan sirloin steak. Minum plak aku cuba chocolate toffee nut cappuccino. Padu dan sedap😋😋😋
chocolate toffee nut cappuccino
chocolate toffee nut cappuccino

creamy carbonara pasta
creamy carbonara pasta

aglio olio pasta
aglio olio pasta

chicken chop black paper
chicken chop black paper

sirloin steak
sirloin steak

cheese pizza
cheese pizza
Memang puas hati la makan kat restoran Ezy Delites ni, aku rekomen la untuk korang try. Boleh cari di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang kalau nak ke sini.

GPS koordinat: 5°41'00.7"N 100°29'36.7"E atau 5.683517, 100.493518