|
Kafe Adik Abang (Adik Abang cafe) |
|
Kafe Adik Abang (Adik Abang cafe) |
Kafe Adik Abang ni kira macam Restoran makan tengahari la... aku tak pasti pasai apa depa panggil kafe๐๐..Kafe Adik Abang ni beralamat di Jalan Alor Mengkudu, Kampung Tok Sirun, 05400 Alor Setar, Kedah. Sebelah Kafe Adik Abang ni ada stesen minyak Caltex. Seblah Caltex ni ada KFC, Mac Donald, Starbuck....
|
Kawasan nak ambil makanan yang luas |
|
boleh makan santai-santai tepi bendang |
|
tempat makan pun selesa |
Bagi aku Kafe Adik Abang ni selesa la nak makan. Tempat yang agak luas. Tempat parking pun disediakan pun agak luas dan selesa. Korang boleh pilih nak nak makan bawah bumbung or nak santai-santai tepi bendang....kena plak angin sepoi-sepoi bahasa..perghhh syahdu... tapi kalau takde angin kepanasan la korang๐๐๐...
Kalau korang datang sini, mula-mula sekali cari meja sebab kalau korang datang waktu lunch, kemungkinan susah nak dapat meja. Dah dapat meja, sorang kena tunggu di meja, yang lain boleh pi ambil makanan. Jangan tunggu depa mai ambik order sebab takan ada pun..Kafe Adik Abang ni style layan diri. Kena bayar dulu sebelum makan.
|
ada gulai kawah |
|
lauk-lauk goreng |
|
pelbagai jenis masakan |
|
pelbagai jenis ikan bakar |
|
ada ulam-ulaman |
Banyak kan masakan yang ada di Kafe Adik Abang ni kan kan kan... Kalau korang nak makan secara hidang, ada disediakan talam supaya senang nak bawa ke meja. Aku guna talam senang sikit nak bawa banyak-banyak makanan.
|
ni la habuan makan tengahari aku di Kafe Adik Abang |
Semua yang aku ambil tu kena bayar dulu sebelum makan. Diorang dah tulis besar-besar kat depan kaunter supaya korang alert๐
๐
|
bayar dulu sebelum makan! |
Kepada korang yang nak datang ke Kafe Adik Abang ni, korang boleh cari di Alor Mengkudu di Alor Setar ataupun kalau korang susah-susah sangat nak cari, boleh guna gps koordinat dan google map seperti dibawah ni.
GPS koordinat: 6°05'49.4"N 100°22'28.5"E atau 6.097060, 100.374593
No comments:
Post a Comment