Jeruk Limau Kasturi |
Bahan-bahan:
- 40-50 biji limau kasturi
- 10 gram gula perang
- 10 gram gula pasir (jika tak mahu manis, tak perlu letak)
- 3/4 cawan garam halus + 2 sudu untuk perapan limau
- 1/2-3/4 botol cuka
- 1 liter air untuk merebus limau
- 2 cawan air untuk mencairkan gula
Cara-cara:
- Satukan 3/4 cawan garam halus dengan limau.
- Gaulkan dan golek-golekkan limau sehingga limau menjadi lembut dan kulitnya berkilat. Ini bertujuan membuang getah limau dan rasa pahit kelatnya setelah dijeruk nanti. (Jangan gunakan tekanan terlalu kuat bagai mengelakkan limau pecah)
- Cuci bersih limau dan rebus sehingga mendidih, matikan api dan toskan.
- Biarkan ia sejuk.
- Sementara itu, masak air gula campuran gula pasir dan gula perang. Jika tidak mahu manis, abaikan penggunaan salah satunya. Gunakan 2 cawan air sahaja dan setelah mendidih dan gula larut, matikan api dan biarkan sejuk.
- Limau tadi dihiris/lukakan sedikit dan masukkan ke dalam balang pilihan.
- Masukkan bersama 2 sudu garam halus dan tuangkan air gula anggaran setengah balang.
- Tuangkan cuka sehingga limau tenggelam sepenuhnya.
- Biarkan ianya terawet.
- Biasanya tempoh matang selepas 3 minggu, jeruk limau sedia digunakan. Simpan di dalam peti sejuk untuk ketahan lebih lama lagi..
No comments:
Post a Comment