|
restoran Mie Langgar/Mee Langgar, Alor Setar |
|
restoran Mie Langgar/Mee Langgar, Alor Setar |
Aku tak pasti la nama sebenar restoran ni, kejap Mie Langgar, kejap Mee Langgar.... sebab aku dah conpius, aku tulis dua-dua sekali nama restoran ni dalam posting aku niπ
. Sebenarnya aku dah pernah datang dah masa tahun 2018. Ni kira repeat la untuk kali kedua.
Posting tu boleh tengok DISINI. Masa tu belum Covid lagi. Takda perubahan sangat yang aku perasan dari yang first aku datang. Semua sama jer.
|
tempat makan/meja makan dalam restoran |
Dari segi makan pula, memang banyak masakan tengahari yang korang boleh makan di sini. Yang special di restoran ni adalah ikan bakar, ayam golek, daging bakar, kira semua yang bakar-bakar lah. Yang bakar-bakar ni nampak menyelerakan, rasa macam nak makan semua sekaliπππ
|
pelbagai jenis masakan untuk juadah tengahari |
|
ikan-ikan bakar |
|
daging bakar |
|
ayam golek/ayam bakar |
Tapi disebabkan kekangan kewangan, aku tak jadi nak ambik semua tuπ...sengkek, poket tengah rabakπππ..Jadi makan tengahari aku simple-simple jer, cam gambar kat bawah ni.
|
Alhamdullillah, ni je rezeki akuπππ |
Kalau korang ada di Alor Setar, boleh la datang makan tengahari di sini. Boleh rujuk gps koordinat dah google map seperti dibawah sebagai rujukan.
GPS koordinat: 6°08'31.7"N 100°23'36.1"E atau 6.142138, 100.393369
No comments:
Post a Comment