puding roti |
Bahan bahan:
- 8 keping roti (gardenia @ hi5)
- 500ml susu segar
- 2 biji telur
- 4 sudu besar gula kastor (nak guna gula biasa pun boleh tapi kena kurangkan la sebab takut nanti manis sangat)
- 1 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar butter (cairkan dulu)
- 1 sudu esen vanilla (nak hilangkan bau telur)
- Kismis utk hiasan
Cara-cara :
- Koyakkan roti ke dalam loyang.Susu segar, telur, gula kastor, tepung kastard, butter, esen vanila dicampurkan dan dputarkan sekali hingga sebati. (Bagi gula tu betul-betul hancur).
- Masukan bahan yang diputar tadi ke dalam loyang yang berisi roti dan gaulkan kesemuanya hingga sebati. Rendamkan selama 20-30 minit.
- Taburkan kismis ke atasnya.. Boleh juga guna mix fruit, chocolate chips, almond... Ikut kesukaan masing-masing.
- Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 180'. Nak kukus pun boleh.
Untuk sos kastard :-
- 1 tin susu cair
- 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula
Cara cara:
- Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan ikut selera masing-masing.
- Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dpotong dan dituang sos kastard.
No comments:
Post a Comment