Restoran Adam Chinese Muslim, Taman Kempas Indah, Kulim Kedah

 

Restoran Adam Chinese Muslim
Restoran Adam Chinese Muslim

Restoran Adam Chinese Muslim
Restoran Adam Chinese Muslim
Restoran Adam Chinese Muslim atau Restoran Adam Hj Razali ni terletak di Taman Kempas Indah, Kulim Kedah. Nama pun chinese muslim kan, tentunya makanan di sini berkonsepkan masakan cina yang halal.

Banyak juga menu masakan cina yang korang boleh cuba. Peminat dimsum, boleh la datang ke sini. Ada macam-macam jenis dimsum. Begitu juga dengan makanan cina yang berasakan mee. Ada pelbagai aneka mee yang korang boleh cuba. Antaranya adalah mee kari putih, wantan mee kicap, hokkein mee, koay tiow thin'g dan lain-lain. Menu dimsum dan aneka mee boleh rujuk dalam menu dibawah ni.

aneka chinese mee
aneka chinese mee

menu dimsum
menu dimsum
Untuk dimsum tu aku order dimsum chicken siew mai dan dimsum crab siew mai. Untuk mee pula aku try mee kari putih, koay tiow thin'g dan wantan mee kicap.
mee kari putih
mee kari putih

koay tiow thin'g
koay tiow thin'g

dimsum
dimsum

dimsum chicken siew mai dan dimsum crab siew mai
dimsum chicken siew mai dan dimsum crab siew mai

wantan mee kicap
wantan mee kicap
Selain tu, ada juga menu goreng-goreng dan yang berkuah, juga berkonsepkan masakan cina. Ada banyak juga list menu untuk yang jenis ni. Dalam banyak-banyak tu, aku cuba char koay tiow kering. Menu lain boleh rujuk menu di bawah ni.
menu makanan goreng-goreng dan berkuah
menu makanan goreng-goreng dan berkuah

char koay tiow kering
char koay tiow kering
Bagi yang nak bersarapan nasi lemak, pun ada di Adam Chinese Muslim ni. Bagi yang tak minat dengan masakan cina, boleh order nasi lemak. Mana la tau kan, kalau korang datang satu famili, ada sorang dua yang tak berapa gemar masakan cini, boleh la try nasi lemak ni. Macam aku ni, sorang anak aku tu mana makan yang pelik-pelik sikit. Jadi chinese food dia tolak tepi la. Jadi aku order la nasi lemak untuk dia. Tapi aku request takda sambal sebab anak aku taknak sambal😅...
menu sarapan pagi Malaysia
menu sarapan pagi Malaysia

nasi lemak (sambal aku taknak)
nasi lemak (sambal aku taknak)
Jadi, kesimpulannya, aku puas hati la makan di restoran Adam Chinese Muslim ni. Recommended untuk korang cuba. Satu lagi, korang boleh try juga nasi ayam hainan di sini. 

Kalau korang nak datang ke sini, boleh cari di Taman Kempas Indah, Kulim Kedah. Aku juga sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke sini.

GPS koordinat: 5°21'16.6"N 100°31'51.9"E atau 5.354618, 100.531077 


No comments:

Post a Comment