|
Medan Selera Tanjung Bungah |
|
Kedai Makan Tengahari Lidiana |
Tempat makan tengahari yang sedap dan bukan nasi kandar di Pulau Pinang ni, korang boleh cari Kedai makan tengahari Lidiana yang terletak di Medan Selera Tanjung Bungah. Landmark untuk korang nak cari senang je.. Medan Selera ni betul-betul bertentangan dengan Masjid Terapung Tanjung Bungah. Tapi korang kena masuk dulu ke simpang jalan tu, kalau dari Gurney, simpang ke ke kiri la...sebelah kanan masjid terapung....Medan selera ni atas bukit sikit....๐๐
|
banyak gak masakan sayur |
|
pelbagai masakan untuk tengahari |
|
ayam goreng pun padu |
|
dan banyak lagi lauk dan masakan untuk hidangan tengahari |
Semuanya masakan ala kampung, bukan style nasi kandar la...Semuanya nasi campur masakan ala kampung. Semuanya sedap-sedap. Korang boleh makan dikedai atau tapau bawa balik.
Kalau datang waktu puncak, mungkin korang struggle sikit la nak cari parking, tapi kalau nak seribu daya kan๐ช๐ช๐ช๐
GPS koordinat dan google map Kedai Makan Lidiana ni adalah seprti dibawah.
GPS koordinat: 5°28'08.9"N 100°16'36.6"E atau 5.469145, 100.276832
No comments:
Post a Comment