Singgah Jalan-Jalan Di Pantai Klebang, Melaka

Pantai Klebang, Melaka
Pantai Klebang, Melaka
Mungkin ramai yang tak tahu Pantai Klebang ni antara tempat menarik untuk dilawati atau pun tempat untuk nak santai-santai dengan family. Kawasan pasir pantai yang luas sesuai untuk beraktiviti sama ada aktiviti sendiri atau pun aktiviti yang disediakan di sini. Tapi kena bayar la sikit😅..

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah naik kereta kuda, main layang-layang, menunggang kuda, sewa kereta elektrik kanak-kanak, menunggang ATV, berkelah, menikmati pemandangan matahari terbenam dan terbit, menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual di gerai/food truck dan pelbagai lagi aktiviti.

banyak food truck dengan pelbagai makanan
banyak food truck dengan pelbagai makanan

boleh naik kereta kuda
boleh naik kereta kuda

boleh menunggang kuda
boleh menunggang kuda
Memang sesuai tempat ni untuk bersantai bersama family. Selain tu ada gak tempat untuk shopping dalam khemah disepanjang jalan diseberang jalan. Jadi aktiviti shopping pun boleh masuk sekali dalam agenda korang😂..
sebelah kiri food truck, sebelah kanan tu khemah-khemah untuk korang shopping
sebelah kiri food truck, sebelah kanan tu khemah-khemah untuk korang shopping

gerai-gerai jualan untuk aktiviti anak-anak pun banyak
gerai-gerai jualan untuk aktiviti anak-anak pun banyak

playground kanak-kanak
playground kanak-kanak
Kalau korang nak datang ke Pantai Klebang, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
GPS koordinat : 2°12'59.0"N 102°11'33.0"E atau 2.216380, 102.192499

SALAD PERIA

SALAD PERIA
SALAD PERIA

Bahan:
  • 1 biji peria (buang kulit dan hiris nipis - jika suka perap dengan sedikit garam dan ramas-ramas - kemudian bilas)
  • 5 biji cili padi (hiris)
  • 1 labu bawang besar (mayang)
  • 1 labu bawang merah (mayang)
  • 3 biji limau kapas (ambil airnya)
  • 1 biji tomato (hiris)
  • sedikit ikan bilis, bersihkan, cuci dan tos
  • 1/2 sudu garam
  • 2 sudu gula
Cara-cara:
Campur kesemua bahan dalam satu bekas. Gaul bersama gula dan garam, dan perahkan air limau kapas. Biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum dihidangkan.

RENDANG DAGING CILI HIJAU

RENDANG DAGING CILI HIJAU
RENDANG DAGING CILI HIJAU

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging batang pinang
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 btng serai-di ketuk
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu

Bahan (dikisar):
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 5 tangkai cili hijau
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara Menyediakan:
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
  • Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
  • Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.Kacau lagi di atas api yang perla han dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  • Bila cukup kering, bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resepi: ajeyshatiella

DAGING GORENG BEREMPAH

DAGING GORENG BEREMPAH
DAGING GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:
  • 500 gram daging lembu, potong lebar
  • 3 helai daun limau purut (buang tulang)
  • 2 helai daun salam
  • 2 cm lengkuas (lebih kurang ibu jari), diketuk
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan gula merah, kikis halus 
  • 1500ml santan daripada 1/2 biji kelapa
  • 1 sudu makan air asam (daripada campuran 1 sudu kecil asam jawa dan 2 sudu makan air)
  • 2 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan (dikisar):
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 2cm halia
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara Menyediakan:
  • Rebus santan, bahan kisar, daun limau purut, daun salam dan lengkuas sehingga timbul bau.
  • Masukkan daging lembu, kacau sehingga berubah warna.
  • Masukkan garam, gula merah dan air asam. Kemudian masak sehingga daging lambut dan rempah meyerap. Toskan.
  • Goreng daging hingga kecoklatan.Hidangkan dan makan bersama keluarga.

Nasi Kandar Chef Mohd Yussof Ramadan, Serdang Kedah (Nasi Kandar Melayu)

Nasi Kandar Chef Mohd Yussof Ramadan
Nasi Kandar Chef Mohd Yussof Ramadan
Kalau korang datang ke Serdang, Kedah ni, jangan lupa singgah makan tengahari di kedai makan nasi kandar melayu Chef Mohd Yussof Ramadan. Lokasi di Pekan Serdang dan terletak betul-betul di tepi jalan utama macam dalam gambar yang aku ambil dari pakcik google kat bawah ni. 

Kedai nasi kandar Chef Mohd Yussof Ramadan)gambar dari google
Kedai nasi kandar Chef Mohd Yussof Ramadan (gambar dari google)
recommended untuk korang try. Makanan di sini sedap-sedap belaka. Mana la tau korang tersesat sampai ke sini, singgah la jap makan kan😁😁
pelbagai jenis masakan
pelbagai jenis masakan

ayam goreng nampak menarik tu
ayam goreng nampak menarik tu😋😋😋
GPS koordinat dan google map Kedai Makan Nasi Kandar Melayu Chef Mohd Yussof Ramadan ni seperti di bawah.
GPS koordinat: 5°12'41.2"N 100°36'44.8"E atau 5.211445, 100.612433

SAYUR CAMPUR BERGAJUS

SAYUR CAMPUR BERGAJUS
SAYUR CAMPUR BERGAJUS

Bahan-bahan:
Bahan A

  • 1/4 cawan biji gajus - di goreng dan toskan
  • 10 tangkai cili kering - di goreng dan toskan
  • 1/2 cawan isi ayam - di potong memanjang
  • 1 sudu besar Sos Tiram Maggi
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan minyak sayuran - untuk menggoreng

Bahan B
  • 1/4 cawan lobak merah - di potong seperti mancis
  • 1/4 cawan brokoli
  • 4 tangkai sayur bok choy
  • 4 tangkai putik jagung - di potong menyerong
  • 1/4 cawan hirisan lada benggala (kuning dan merah)
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
  • 2 sudu besar minyak sayuran - untuk menumis

Cara-cara:
  • Panaskan 1 cawan minyak di dalam kuali, goreng isi ayam yang di perap dengan Sos Tiram Maggi serta golekkan dengan tepung jagung terlebih dahulu sehingga garing. Goreng juga biji gajus dan cili kering secara berasingan.Tos dan ketepikan seketika.
  • Di dalam kuali yang lain, panaskan 2 sudu besar minyak sayuran. Masukkan putik jagung dan lobak merah terlebih dahulu. Kacau sebentar dan masukkan pula sayur brokoli dan bok choy sambil di kacau lagi.
  • Seterusnya tuangkan air kedalam sayuran dan kacau lagi.
  • Setelah sayuran separuh masak masukkan lada benggala dan taburkan penambah perasa semua dalam satu, Maggi Cukup Rasa ke dalam sayuran.
  • Seterusnya masukkan cili kering, isi ayam dan biji gajus yang di goreng tadi. Kacau hingga semuanya bercampur dengan sayuran dan matikan api dapur. Jangan terlebih masak ye, kerana zat dan vitamin dalam sayuran akan hilang.

kredit resepi: fizalgk 

CILI SUMBAT DAGING

CILI SUMBAT DAGING
CILI SUMBAT DAGING

Bahan-bahan:
2 sudu makan lebihan daging masak merah
3 biji cili merah | dibelah tengah dan dibuang biji
2 biji kentang | dipotong dadu bersaiz besar
1 biji telur | dipukul bersama garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa

Cara buat:
1. Cuci lebihan daging dan goreng sekali lagi buat seketika. Ketepikan.
2. Goreng kentang sehingga layu dan dilenyek hingga lumat.
3. Satukan di dalam bekas, kentang lenyek bersama dengan daging, garam dan lada sulah. Gaul rata.

Makan Char Koay Teow di Lan Corner Char Koay Teow, Bertam Indah Pulau Pinang

 

Lan Corner Char Koay Teow, Bertam Indah
Lan Corner Char Koay Teow, Bertam Indah
Salah satu port untuk makan char koay teow di area Kepala Batas dan Bertam, Pulau Pinang, korang boleh layan di Lan Corner Char Koay Teow yang terletak di Bertam Indah. Simple je kedai ni, macam ala-ala warung jer. Menu utama di sini char koay teow la. Tapi ada juga dua tiga menu yang lain seperti koay teow kerang dan char maggie...boleh tengok menu seperti dibawah ni....
Menu Lan Corner Char Koay Teow
 Menu Lan Corner Char Koay Teow
Aku order char koay teow biasa 2 pinggan, besar 1 pinggan dan sepinggan koay teow kerang. Nak telur mata kena tambah seringgit.
Char Koay Teow biasa
Char Koay Teow biasa

Char Koay Teow besar
Char Koay Teow besar

Koay Teow kerang
Koay Teow kerang
Kalau korang nak try char koay teow di Lan Corner ni, korang boleh cari di Bertam Indah atau pun korang guna je gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 5°31'31.4"N 100°26'06.9"E atau 5.525383, 100.435250

Kedai Makan Tengahari Lidiana di Medan Selera Tanjung Bungah, Pulau Pinang

 

Medan Selera Tanjung Bungah
Medan Selera Tanjung Bungah

Kedai Makan Tengahari Lidiana
Kedai Makan Tengahari Lidiana
Tempat makan tengahari yang sedap dan bukan nasi kandar di Pulau Pinang ni, korang boleh cari Kedai makan tengahari Lidiana yang terletak di Medan Selera Tanjung Bungah. Landmark untuk korang nak cari senang je.. Medan Selera ni betul-betul bertentangan dengan Masjid Terapung Tanjung Bungah. Tapi korang kena masuk dulu ke simpang jalan tu, kalau dari Gurney, simpang ke ke kiri la...sebelah kanan masjid terapung....Medan selera ni atas bukit sikit....👍👍
banyak gak masakan sayur
banyak gak masakan sayur

pelbagai masakan untuk tengahari
pelbagai masakan untuk tengahari

ayam goreng pun padu
ayam goreng pun padu

dan banyak lagi lauk dan masakan untuk hidangan tengahari
dan banyak lagi lauk dan masakan untuk hidangan tengahari
Semuanya masakan ala kampung, bukan style nasi kandar la...Semuanya nasi campur masakan ala kampung. Semuanya sedap-sedap. Korang boleh makan dikedai atau tapau bawa balik.

Kalau datang waktu puncak, mungkin korang struggle sikit la nak cari parking, tapi kalau nak seribu daya kan💪💪💪😎

GPS koordinat dan google map Kedai Makan Lidiana ni adalah seprti dibawah.

GPS koordinat: 5°28'08.9"N 100°16'36.6"E atau 5.469145, 100.276832

Lirik lagu 'Allah Allah Aghisna' (الله الله أغثنا)- Nazwa Maulidia

الله الله أغثنا يا رسول الله
Allâh Allâh aghitsnâ, yâ Rosûlallâh
Wahai Allah bantulah kami, wahai Rasulullah...

يا عظيم الجاه عليك صلوات الله
Yâ ‘adhîmal jâh ‘alaika sholawâtullâh
Wahai yang berkedudukan tinggi, atasmu shalawat dari Allah

عبد بالباب يرتجي لثم الأعتاب
‘Abdun bil bâb yartajî latsmal a’tâb
Hamba yang berada di pintu berharap, agar dapat mengecup maqommu

جد بالجواب مرحبا قد قبلناه
Jud bil jawâb marhabân qod qobbalnâh
Kasihanilah kami dengan memberi jawaban;"Kami telah menerimanya"

أنت المعروف بالجود مقری الضيوف
Antal ma’rûf bil jûdi muqrîdl-dluyûf
Engkau terkenal pemurah dan memuliakan tamu

إنی ملهوف أغثنی بحق الله
Innî malhûf aghitsnî bihaqqillâh
Sesungguhnya aku menderita bantulah aku demi Allah

أنت الحبيب الأعظم سر المجيب
Antal habîbul a’dhom sirrul mujîb
Engkaulah Kekasih yang mulia, rahasia Allah

حاشا يخيب من لاذ برسول الله
Hâsyâ yakhîb man lâdza birosûlillâh
Mustahil kecewa orang yang meminta perlindungan dengan Rasulullah

Jalan-Jalan di Uptown Pahlawan Walk, Melaka

 

Permandangan Uptown Pahlawan Walk dari atas menara Taming Sari
Permandangan Uptown Pahlawan Walk dari atas menara Taming Sari
Lokasi Uptown Pahlawan Walk tu bertentangan dengan menara Taming Sari. Kalau korang naik menara Taming Sari, korang akan nampak view Pahlawan Walk macam dalam gambar si atas tu, yang payung warna biru tu.

Uptown Pahlawan Walk ni macam pasar malam la lebih kurang. Uptown ni buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja bermula dari 6 petang hingga lewat malam.

macam biasa, zaman covid19 ni, nak masuk kena scan mysejahtera dulu
macam biasa, zaman covid19 ni, nak masuk kena scan mysejahtera dulu

boleh cari barang survenior untuk bawa balik
boleh cari barang survenior untuk bawa balik

panjang ooo nak jalan...penat kaki
panjang ooo nak jalan...penat kaki
Lokasi Uptown Pahlawan:

GPS koordinat : 2°11'25.5"N 102°14'51.1"E atau 2.190405, 102.247513

Kuih doraemon a.k.a dorayaki

 

Kuih doraemon a.k.a dorayaki
Kuih doraemon a.k.a dorayaki 

Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar air 
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking soda
  • Inti (coklat, kacang merah, strawberry etc)
Cara-cara:
  • Masukkan telor dan gula dalam mangkuk.pukul guna whisk sampai berbuih.
  • Masukkan madu, minyak dan esen vanila.gaul sebati.
  • Ayakkan tepung + baking soda ke dalam adunan tadi.gaul sebati.
  • Masukkan air.dan gaul lagi hingga sebati.
  • Panaskan non-stick pan.dan masukkan sesenduk adunan.api kecil je tau.
  • Masak je macam masak lempeng. 😄
  • Lepastu boleh la letak inti kegemaran korang.

Kredit Resepi: Salimah Olie

Makan tengahari di Restoran Ikan Bakar Malim, Ayer Keroh Melaka

 

Restoran Ikan Bakar Malim, Ayer Keroh Melaka
Restoran Ikan Bakar Malim, Ayer Keroh Melaka

banyak jenis masakan yang ada di Restoran Ikan Bakar Malim
banyak jenis masakan yang ada di Restoran Ikan Bakar Malim
Restoran Ikan Bakar Malim ni terletak di Ayer Keroh. Kalau nak makan tengahari di sini, menarik gak. Ada banyak jenis menu masakan yang diorang sediakan. Jadi ada banyak pilihan la untuk korang nak makan apa. Selain tu, sesuai dengan nama restoran ikan bakar, mesti la ada ikan bakar kan😁.. Cumanya masa aku datang ni dah lewat petang, ikan bakar pun dah habisss😅
ni nasi campur selera tekak aku laa
ni nasi campur selera tekak aku laa😋

asam pedas ikan kembong
asam pedas ikan kembong
Sedap gak la makan disini.. tak pasti plak aku, sedap tu sebab aku tengah lapar or memang betul-betul sedap😂😂😂..Sebab masa aku datang ni, memang aku betul-betul tengah lapar😜😜... Apa-apa pun korang boleh la try sendiri makan di Restoran Ikan Bakar Malim ni.

Korang boleh cari guna gps koordinat ataupun google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 2°16'23.1"N 102°16'52.8"E atau 2.273071, 102.281340

RESEPI NASI DAGING AIR ASAM

NASI DAGING AIR ASAM
NASI DAGING AIR ASAM

▪️2-3 bahagian daging
▪️Garam
▪️Air

Cara:
👉Basuh bersih daging, takyah potong biar seketol seketol.
👉Masuk air gan garam masak sampai daging empuk lembut.

BAHAN TUMIS UTK NASI:
▪️4 biji buah pelaga
▪️1 batang kulit kayu manis
▪️5 biji bunga cengkih
▪️Setengah sudu lada hitam kasaq
▪️1 kuib ayam
▪️1 sudu minyak sapi tambah sikit minyak masak
▪️Setengah tin susu cair
▪️2 sudu serbuk kurma
▪️Selai daun pandan
▪️Garam secukup rasa

Cara:
👉Panaskan minyak sapi gan minyak masak tumis buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih lada hitam, tumis hingga naik bau. Pastu baru masuk serbuk kurma. Tumis hingga pecah minyak, baru masukkan susu, daun pandan kuib. Dah wangi baru masukkan beras dalam 4-5 pot. Kacau sebati. Bole dah masuk dalam rice cooker.
👉Tambah air rebusan daging tadi ikut sukatan pot beras tadi jugak. Settle bahagian nasi 😋

RESEPI AIR ASAM:
▪️Sudu makan asam jawa
▪️Secawan air
▪️2bijik bawang merah (dadu)
▪️Sebijik tomato (dadu)
▪️10 bijik cili api (potong hiris)
▪️2 bijik cili besar merah (hiris)
▪️Setengah inci belacan
▪️3 4 tangkai daun kesum (cincang)
▪️ Garam gula Secukup rasa

Cara:
👉Masuk semua bahan yang dipotong dadu, dhiris dan cincang tadi dalam bekas. Letak air, asam jawa. Kemudian tumbuk lumat belacan masukkan dalam bekas. Gaul semua dah perasa kan dengan gula garam.
‼️ Hidangan ni utk 6-7 orang makan
‼️ Nak sedap goreng daging tu lepas rebus, goreng kejap api besar.
‼️Daging hiris nipis lepas goreng
Okayy siap! ❤️

kredit resepi: hazwani zakaria

Ayam tandoori dan roti nan terbaik di Restoran Pak Putra, Taman Kota Laksamana, Melaka

 

Restoran Pak Putra, Taman Kota Laksamana, Melaka
Restoran Pak Putra, Taman Kota Laksamana, Melaka

buku menu restoran pak putra
buku menu restoran pak putra
Kalau korang ada di Melaka, dan nak makan ayam tandoori dan roti nan yang power, korang boleh cari di Restoran Pak Putra, Taman Kota Laksamana. Recommended la untuk korang cuba. Petang-petang ramai orang datang sini. Diorang akan buka meja diluar kedai.

Restoran Pak Putra ni aku pernah review dalam blog aku ni. Masa tu Jan 2019, setahun sebelum covid19 wujud. Boleh tengok posting tu DISINI.

roti nan cheese
roti nan cheese

potato zeera
potato zeera

kuah cicah roti nan (lupa la nama dia)
kuah cicah roti nan (lupa la nama dia)

ayam tandoori
ayam tandoori
Memang terbaik. Tak lengkap kalau datang Melaka tapi tak makan di restoran pak putra ni😁😁😁..Jadi, kepada korang yang nak datang ke sini, aku sediakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
GPS koordinat : 2°11'42.3"N 102°14'37.3"E atau 2.195078, 102.243682

KUIH KERIA/KUIH GELANG😊

kuih keria/gelang
kuih keria/gelang

BAHAN:
1kg ubi keledek oren
1 1/2 cawan tepung gandum atau 2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder 
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar marjerin
Sedikit garam

CARA-CARA:
1) Kukus keledek sampai empuk.. Biarkan suam/sejuk.. Kemudian lenyekkan
2) Campur semua bahan yg lain dlm keledek tadi.. Gaul2 hingga /sebati.. Uli hingga jadi doh yg tak melekat di tangan
3) Buat bulat-bulat doh (35g - 38g) kesemuanya..kemudian leperkan sedikit doh & tekan/buat lubang ditengahnya
4) Goreng dlm minyak panas hingga masak kekuningan.. Angkat

BAHAN SIRA:
1 cawan gula 
1 cawan air
Sedikit tepung gandum - jika suka

CARA-CARA:
👉🏻Masak bahan sira hingga mendidih/berbuih
👉🏻Kacau sampai pekat & bertali
👉🏻Masuk kuih keria tadi.. Gaul-gaul rata dgn cepat.. Boleh tutup api..kacau-kacau biar gula bersalut/melekat/berketul pada keria
👉🏻Masuk sedikit tepung gandum & gaul rata sebati (tujuan masuk sedikit tepung..nak bagi gula melekat lama pada keria & gula tu tak la rasa bila makan berketul keras)
👉🏻Sedia dihidang & menikmatinya 😊

Petua Untuk Menghilangkan Perut Buncit

 1. Makan Dengan Perlahan - Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.

2. Jangan Minum Teh - Daun teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.

3. Kurangkan Pengambilan Garam - Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

4. Jangan Tidur Selepas Makan - Makanan yang anda baharu ambil itu pastinya tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur.

5. Jangan Mandi - Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. Kalau boleh, sebelum makan, mandi dahulu.

Restoran Nasi Arab Tazaa di Seberang Jaya, Pulau Pinang

 

Restoran Tazaa - makanan arab
Restoran Tazaa - makanan arab
Restoran Tazaa ni adalah restoran makanan arab yang terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang bersebelahan dengan The Blanket Hotel. Peminat makanan arab boleh la kalau nak cuba makan di sini. Restoran ni pun agak eklusif, deko dalaman pun berkonsepkan arab.
dalaman restoran tazaa
dalaman restoran tazaa

ramai gak orang yang datang makan di sini
ramai gak orang yang datang makan di sini
Cara nak order pun unik. Setiap meja akan ada QR code. Korang kena scan QR code tu untuk nak tengok menu, kemudian pilih terus menu apa yang korang nak. Nanti order korang akan terus masuk dalam sistem diorang. Lepas tu tunggu je makanan korang sampai ke meja korang.
bila dah scan QR code, akan keluar menu macam ni
bila dah scan QR code, akan keluar menu macam ni
Ada banyak menu yang sempoi-sempoi, tapi harga agak mahal sikit la..sekali sekali boleh la nak makan sini😂😂😂

Menu yang aku pilih adalah Tazaa Mix Grill, Chicken Mandy 1/2, Arabic Bread, Adeni Tea Pot dan mineral water. Mineral water ni kalau boleh bawa sendiri, sini mahal sikit😅.... Semua menu yang aku order tu, memang padu! Sedap... Makan sampai buncit perut😁😁

Adeni Tea Po
Adeni Tea Pot

Tazaa Mix Grill
Tazaa Mix Grill

Chicken Mandy 1/2
Chicken Mandy 1/2

Tazaa Mix Grill
Tazaa Mix Grill

Arabic Bread
Arabic Bread
Selesai makan, fuh! kenyang beb... recommended untuk korang datang. Boleh cari di Seberang Jaya, Pulau Pinang. GPS koordiant dan google map seprti di bawah.

GPS koordinat:  5.395256528826262, 100.40006190539813