Restoran Nasi Pak Ya di Taman Keranji, Kulim ni nasi kandar ke?

 

Restoran Nasi Pak Ya
Restoran Nasi Pak Ya
Restoran Nasi Pak Ya ni terletak di Taman Keranji, Kulim Kedah. Nasi Pak Ya ni rare sikit la. Sebab dari nama macam restoran nasi campur melayu yang biasa. Tapi sebenarnya kalau korang masuk restoran ni, korang akan perasan bukan nasi campur yang style melayu tu. Nasi Pak Ya ni lebih kepada style nasi kandar...nak macam nasi lemak royale pun agak gak, sebab Pak Ya guna nasi kuning macam nasi lemak royale di Alor Setar.

Nasi Pak Ya buka dari pukul 10 pagi hingga ke 7 malam setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Jumaat depa cuti.

Nasi ala nasi kandar di sedap gak arr..not bad.. recommended untuk hampa yang mai Kulim yang tengah cari-cari tempat makan tengahari sedap di Kulim. Sila la datang ke Nasi Pak Ya.

lauk pun macam lauk nasi kandar gak
lauk pun macam lauk nasi kandar gak

masakan sotong dan daging
masakan sotong dan daging

kuah untuk dicampur-campur - kuah campur
kuah untuk dicampur-campur - kuah campur
Terbaik lah Nasi Pak Ya ni...aku ambil ayam goreng, bendi rebus, sayur kobis dengan telur masin, kuah musti mau campuurr....nasi kaler kuning...
ayam goreng, bendi rebus, sayur kobis dengan telur masin, nasi kuning kuah campur
ayam goreng, bendi rebus, sayur kobis dengan telur masin, nasi kuning kuah campur
Kepada yang nak makan Nasi Pak Ya ni, boleh cari di Kulim dan kalau korang tak familier dengan pekan Kulim, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang ke Nasi Pak Ya.

GPS koordinat: 5°22'10.1"N 100°32'31.6"E atau 5.369471, 100.542102

No comments:

Post a Comment