|
Restoran Minah, Taman Tun Sardon |
Kalau datang ke Pulau Pinang, semestinya kebanyakan orang akan terjah restoran nasi kandar. Rugi la kan kalau tak cari nasi kandar. Penang ni adalah tempat original nasi kandar. Tak sama rasanya kalau makan nasi kandar di luar dari Penang niπππ....
Tapi kalau korang nak kelainan sikit, takmau makan nasi kandar, aku boleh cadangkan Restoran Minah yang terletak di Taman Tun Sardon. Restoran bukan restoran nasi kandar. Restoran Minah ni nasi campur biasa dengan pelbagai lauk dan ulam-ulaman.
|
beratur panjang jugak la kalau datang waktu peak hour |
|
restoran pun luas gak dan selesa |
Peak hour, agak ramai la jugak yang datang. Mungkin parking akan full. Tempat parking pun tak banyak depan restoran ni. Kalau tak cukup parking di depan restoran, ada yang parking je kat tepi jalan. Bab parking ni korang pandai-pandai la sendiri nak adjustπ
π
π
...
|
pelbagai pilihan lauk |
|
ulam-ulaman pun ada |
Kalau datang ramai-ramai or datang satu family, korang boleh pilih lauk style hidang. Kalau datang sorang-sorang, better korang letak je lauk dalam pingan nasi korang...orang penang cakap kuah taruh ataih!ππ...
Disebabkan aku datang satu family, jadi aku pilih la lauk asing-asing.... jimat la sikitπ
|
hidangan makanan tengahari aku |
Sedap la jugak makan di Restoran Minah ni. Aku rekomen la untuk korang cuba. Boleh cari Restoran Minah ni Di Taman Tun Sardon. Korang boleh juga cari guna google map dan gps koordinat seperti yang aku share di bawah ni....
GPS koordinat :
5.3699991383841335, 100.30986112094534
No comments:
Post a Comment