|
Gerai Coconut Shake Batu Berendam, area A Famosa |
|
Gerai Coconut Shake Batu Berendam, area A Famosa |
Coconut Shake Batu Rendam, gerai utama diorang terletak di tempat lain. Aku pernah tulis posting tempat tu.
Korang boleh tengok DISINI. Tapi yang ni mungkin cawangan diorang. Gerai coconut shake ni memang strategik betul. Lokasi betul-betul di simpang jalan untuk ke A Famosa. Di sini juga korang bukan saja boleh jalan-jalan di Kota A Famosa, malahan banyak tempat menarik lagi yang korang boleh melawat. Antaranya, boleh naik menara taming sari, ada pelbagai muzium, bangunan bersejarah dan banyak lagi lah. Kalau nak shopping, Dataran Pahlawan sebelah tu jer.
Berbalik kepada coconut shake ni, Coconut Shake Batu Berendam ni antara coconut shake yang famous gak arr di Melaka ni. Jadi sambil jalan-jalan di tempat bersejarah ni, korang boleh la sejukkan tekak dengan coconut shake. Rasanya memang padu😋😋😋😋.
|
coconut shake |
|
coconut shake |
Tempat ni kalau datang hujung minggu atau waktu cuti sekolah, menang padat la dengan orang ramai. Nak parking pun agak mencabar. Tips nak senang dapat parking, mudah jer..Korang datang awal pagi dalam pukul 9 pagi.. Masa tu tak ramai orang lagi..Datang pagi nak jalan-jalan di situ ok gak..tak panas sangat. Korang akan ambil masa lama sikit jalan-jalan kat sini.
GPS koordinat: 2°11'29.4"N 102°14'56.4"E atau 2.191496, 102.248998
No comments:
Post a Comment