3 perkara yang perlu dielak jika anda berasa lapar tengah malam

 Berikut adalah TIPS 3 perkara yang perlu dielak jika anda berasa lapar tengah malam

3 PERKARA YANG PERLU DIELAK :

1. Elak minuman berkafein
Kafein memberi anda kesegaran dan menyukarkan anda kembali tidur

2. Elak makanan proses & tinggi lemak
Makanan proses dan tinggi lemak tidak sesuai dimakan pada waktu tengah malam. Ia akan banyak disimpan sebagai lemak badan yang menjadi toksin kepada tubuh badan

3. Elak makanan karbohidrat ringkas berkalori tinggi
Karbohidrat memberi anda tenaga dan menyukarkan anda tidur semula. Walaupun anda tidur akibat keletihan, kalori berlebihan akan disimpan sebagai lemak.

CARA MERAWAT PENYAKIT SOPAK GARAM

Sejenis penyakit yang sering menyerang kita. Dalam waktu yang singkat, timbul tompok kemerahan di atas kulit dan rasa gatal menyucuk nyucuk. Semakin digaru semakin besar tompokan tersebut.Sebenarnya sopak garam adalah penyakit dari gangguan jin. Orang² lama menyebutnya, kena "ludahan jin".Dikatakan jin sopak garam ini bentuknya seperti asap yang bergerak. Tiada berwarna. Ia seakan kristal lembut atau gell kristal yang bergerak terbang perlahan lahan dan apabila ia merapati kulit kita terasa amat gatal menyucuk.

CARA MERAWAT
  1. sediakan air setimba yang bercampur sintok dan limau nipis 7 biji dan setimba air garam sekadar segenggam garam.
  2. mulakan dengan membaca ruqyah ringkas: surah Al Fatihah, ayat Kursi, 3 Qul.
  3. mulakan dengan mandian air garam. jirus bermula dari kaki hingga ke bahagian kepala. biarkan kering seketika. selepas itu di bilas dengan air biasa hingga bersih.
  4. mandian dengan air campuran sintok dan limau. jirus bermula dari atas kepala ke bawah hingga kaki. biarkan juga sehingga kering tanpa dilap.
  5. kemudian bahagian yang kena sopak disapu dengan bedak sejuk bercampur sedikit garam.

Resepi Sotong Goreng Tepung

Bahan Utama:
  • 250 gram sotong segar, potong bulat (cincin)
  • 1 sdm jagung
  • 1 sdm sos tiram
  • 1 sdt minyak bijan
  • 1/4 sdt serbuk lada
  • 1/2 sdt garam
  • 1 biji telur ayam
Bahan Salutan Kering:
  • 3 sdm makan tepung gandum
  • 2 sdm tepung jagung
  • 1/4 sdt baking powder
  • 1/4 sdt baking soda
  • 1/4 sdt serbuk lada
  • 1/2 sdt garam
Bahan Tumis:
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 batang daun bawang (dihiris)
  • 1/4 sdt garam
  • 1/4 sdt serbuk lada
  • 1/4 sdt gula
  • 1/2 sdt serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN:
  • Campur rata bahan utama dan biarkan selama 15 minit.
  • Kemudian campurkan sotong ke dalam salutan tepung sampai semua permukaan sotong di saluti tepung.
  • Goreng dengan minyak panas yang agak banyak sampai kekuningan atau kecoklatan. Angkat dan tapiskan.
  • Tumis bawang putih yang dicincang tadi sampai kekuningan. Lalu tambahkan daun bawang dan cili padi. Kemudian masukkan garam, gula, lada dan serbuk perasa. Kacau sampai sebati.
  • Akhir sekali masukkan sotong goreng dan kacau dengan cepat.
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Petua Sembuhkan Sakit Mata Merah Dan Berjangkit

▪ Petua 1
Bagi ibu yang menyusukan anak, boleh la cuba titiskan beberapa titis sus ibu ke dalam mata orang yang sakit mata. Selawat dan titiskan 3 kali sehari.

▪ Petua 2
Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Kemudian masukkan muka ke dalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali.

▪ Petua 3
Titikkan air zam² kedalam mata dan amalkan selalu sehingga sembuh.

▪ Petua 4
Atasi dengan menggunakan madu lebah. Cuci mata anda dengan air, kemudian sapu atau titIskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.

▪ Petua 5
Minum air putih atau air minarel sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Secara logiknya, air yang cukup dalam tubuh membantu proses detoks dan pemulihan dalam badan.

▪ Petua 6
Ambil beberapa helai daun sirih muda, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air dan dididihkan seketika. Selepas itu, tapiskan air sirih tersebut dan biarkan ia sejuk seketika.

Kemudian, rendamkan mata di dalam bekas berisi air tapisan sirih tadi dan kelip-kelipkan mata. Lakukan sehingga sembuh.

Resepi Yogurt Ice Cream

Yogurt Ice Cream
Yogurt Ice Cream

Bahan-bahan:
πŸŒΉπŸƒπŸŒΉ
  • 250gm Plain Yogurt
  • 250gm Dairy Whipping Cream
  • 250gm Non Dairy Whipping Cream
  • 200gm Susu Pekat Manis
  • 2sdb perahan jus lemon
  • 200gm Filling Mangga
  • 2 biji Buah mangga (potong dadu)
  • 200gm Filling Kiwi
  • 4biji buah kiwi (potong dadu)
  • Hershey's Coklat
  • Coklat parut
  • Hershey's strawberry
  • 250gm Buah strawberi (potong 8) 
  • Cup secukupnya
Cara-cara:
πŸŒΊπŸ€πŸŒΊ
1. Pukul Non dairy whipping hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul Dairy whipping cream hingga kental.
3. Satukan non dairy whipping cream dengan whipping.
4. Masukkan plain yogurt, jus lemon dan susu. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan dalam paiping bag.
6. Paipkan adunan dalam bekas layerkan dengan filling mangga/filling kiwi/hershey's coklat/hershey's strawberi.
7. Buat beberapa lapisan antara yogurt dan filling.
8. Akhir sekali paipkan Filling dan hias dengan buah segar atau coklat.
9. Simpan dalam chiller untuk sejukkan

Resepi inti serbaguna daging blackpaper

inti sebaguna daging blackpaper
inti serbaguna daging blackpaper

Nanti senang korang nak buat popia ke karipap ke murtabak ka... sedap wehhhhh.... πŸ˜πŸ˜‹

Bahan:
  • 1 pkt daging kisar ramly
  • 3 biji kentang-dadu halus
  • 1 pkt kecik rempah kurma adabi
  • 1 biji bwng besar-dadu
  • 3 ulas bwng putih-hiris
  • 1 sudu mkn lada hitam
  • 1 mangkuk daun sup/daun bwng-siap hiris
  • 5 tangkai cili padi-hiris
  • Garam,perasa n sedikit gula
Cara:
  • Tumis bawang putih n bawang besar dadu
  • Masukkan rempah kurma..tumis hingga naik bau..masukkan 2 gelas air
  • Masukkan kentang n daging kisar
  • Masukkan garam,perasa n gula
  • Bila daging n kentang dh empuk..masukkan daun sup/daun bwng dan cili potong..
  • Siap!!!

Selamat Mencuba!

Resepi Cucur Durian

Cucur durian
Cucur durian

bahan:
  • 2 cawan tpg gndm
  • 3 sudu besar gula
  • 3/4 cawan isi durian, lenyek halus
  • 1 st baking powder
  • 1/2 st baking soda
  • 1/2 st garam
  • Air ikut kepekatan

Cara-cara:

Ayak bahan kering, masukkan dalam mangkok, masukkan isi durian gula dan garam...tuang air sikit.... bancuh biar pekat sikit agak-agak boleh dicubit dengan tangsn... kemudian perap sejam..goreng dengan minyak banysk dsn betul-betul panas . Bila adunan dah masuk dalam minyak kecilkan api kerana cucur ni cepat hangus..

*Bancuhan pekat lebih kurang cucur pisang

Sahabat Cafe, Bertam Putra, Kepala Batas

 

Sahabat Cafe, Bertam Putra
Sahabat Cafe, Bertam Putra
Sahabat Cafe ni terletak di Bertam Putra, Kepala Batas Pulau Pinang. Aku pun first time datang sini. Tengok macam sempoi je, jadi aku pun nak try la jugak makan sini. Bagi aku ok la masakan diorang walaupun kedai nampak simple je..takda deko-deko bombastikπŸ˜„..

Aku just order nasi goreng ayam, paprik dan mee goreng je untuk makan malam aku masa tu...

nasi goreng ayam
nasi goreng ayam

mee goreng
mee goreng

paprik ayam
paprik ayam
GPS koordinat dan google map Sahabat Cafe ni adalah seperti di bawah:

GPS koordinat: 5°31'07.4"N 100°29'02.5"E atau 5.518716, 100.484021

Family Mart, Caltex Sungai Dua, Highway arah utara (Permatang Pauh)


Family Mart, Caltex Sungai Dua
Family Mart, Caltex Sungai Dua
Peminat Family Mart area Permatang Pauh, Boleh cari di Caltex Sungai Dua, lebuhraya utara selatan mengarah ke utara dari permatang pauh. Disini sesuai kepada peminat makanan korea. Tapi aku tak minat sangat makanan korea ni..just nak habaq kat hampa ja ada family mart di area permatang pauh.
Oden
Oden

ramen cheese
ramen cheese

sausage cheese bun
sausage cheese bun

triple chocolate bun
triple chocolate bun

brown sugar bubble milk
brown sugar bubble milk

mochi puff
mochi puff
GPS koordinat Family Mart, Caltex Sungai Dua : 

5°25'23.6"N 100°24'45.5"E atau 5.423212, 100.412636

Nasi Kak Wok, bandar Perda, Pulau Pinang

Restoran Nasi Kak Wok
Restoran Nasi Kak Wok
Pilihan Untuk korang nak makan tengahari di area bandar Perda, Pulau Pinang ni, korang boleh la cuba nasi Kak Wok ni. Rasai kelainan dan keunikan nasi kak wok. Biasa korang makan nasi campur kan waktu lunch. 
Korang boleh pilih ayam goreng, daging ke atau ada dua tiga lagi pilihan lauk yang lain.
lauk boleh pilih
lauk boleh pilih

nasi lauk daging masak hitam
nasi lauk daging masak hitam

nasi lauk ayam goreng
nasi lauk ayam goreng
GPS Restoran Nasi Kak Wok : 5°22'01.2"N 100°25'45.7"E atau 5.366989, 100.429364

Google Map Nasi Kak Wok:

Kedai makan tengahari kak Teh @ Pak Chop, Serdang Kedah

Kedai Kak Teh @ Pak Chop
Kedai Kak Teh @ Pak Chop
Serdang Kedah ni bukan besar mana pun. Serdang Kedah ni kawasan kampung je.. tak sama macam Serdang Selangor. Pusing-pusing pekan Serdang tu, jumpa yang tu jugak. Tempat makan tengahari yang jadi tumpuan di Serdang ni adalah Kedai Kak Teh ataupun dikalangan orang tempatan diorang panggil kedai makan Pak Chop. Landmark Kedai Makan Kak Teh ni, korang cari je stesen bas Serdang. Kedai Kak Teh ni memang betul-betul bersebelahan dengan stesen bas tu. Nak lagi confirm, ada tandas awan sebelah yang lagi satu Kedai Kak Teh.
banyak lauk makan tengahari
banyak lauk makan tengahari

ni nasi campur aku
ni nasi campur aku
Mungkin Kedai Kak Teh ni ada banyak lauk yang boleh dibuat pilihan yang menjadikan Kedai Kak Teh ni menjadi tumpuan masyarakat setempat terutamanya pekerja-pekerja disekitar kawasan Serdang untuk datang makan tengahari di sini.

GPS koordinat : 5°12'41.1"N 100°36'42.8"E atau 5.211404, 100.611891

Sedap betul nasi ayam di restoran IPOH Hainan Chicken Rice, Ipoh Perak

 

IPOH Hainan Chicken Rice
 IPOH Hainan Chicken Rice

IPOH Hainan Chicken Rice
 IPOH Hainan Chicken Rice
Ni kali kedua aku datang ke restoran IPOH Hainan Chicken Rice. Kali pertama pada hujung 2018. Masa tu belum lagi ada isu covid ni. Boleh tengok posting aku yang lepas di DISINI. Kali ni datang kena ikut SOP la. kena ikut turn. Ramai orang nak makan di sini. Kena tunggu kat luar kalau dalam restoran full. Parking macam biasa, sama macam aku datang yang first dulu tu, agak mencabar sikit nak cari parking😩😩...

Dah dapat masuk, apa lagi.. terus la order. Nak senang, aku order set jer. Kalau korang nak order ala cart pun boleh. Ada 3-4 jenis set yang korang boleh pilih. Antaranya seperti dalam menu di bawah ni.

IPOH Hainan Chicken Rice - Menu Set (1)
IPOH Hainan Chicken Rice - Menu Set (1)

IPOH Hainan Chicken Rice - Menu Set (2)
IPOH Hainan Chicken Rice - Menu Set (2)
Aku pilih set B (4 pax). Tapi makan tiga orang jer😁😁....Lepas tu add on kerabu mangga dengan apa ntah satu lagi...aku lupa plak nama menu tuπŸ˜…..
cream caremal puding
cream caremal puding

Set B + 2 lagi hidangan add on
Set B + 2 lagi hidangan add on

Set B + 2 lagi hidangan add on
Set B + 2 lagi hidangan add on
Semua sedap-sedap belaka. makan memang puas hati...macam nak pecah perut..semua nak makanπŸ˜‚...Rasa sedap sama macam yang first aku datang tu... nanti boleh repeat lagi kalau datang Ipoh.
air lemon tea satu jug
air lemon tea satu jug

roasted hainan chicken rice
roasted hainan chicken rice

kerabu mangga
kerabu mangga

Deep fried Tauhu with Oyster Sauce
Deep fried Tauhu with Oyster Sauce
Memang puas hati la makan nasi ayam ni. Kepada korang yang nak mencuba makan nasi ayam ni, boleh la datagn ke restoran IPOH Hainan Chicken Rice di Ipoh, Perak. Yang first time nak datang tu mungkin susah sikit nak cari restoran ni. Jadi aku sertakan di sini GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 4°35'57.9"N 101°05'06.3"E atau 4.599425, 101.085081


Sarapan pagi roti canai transfer road, Pulau Pinang

Gerai roti canai transfer road
Gerai roti canai transfer road

Gerai roti canai transfer road
Gerai roti canai transfer road
Salah satu port best sarapan pagi di Pulau Pinang, makan roti canai transfer road. Aku dah pernah buat posting dah sebenarnya pasal roti canai transfer road ni. Boleh rujuk posting aku yang lepas DI SINI. Tapi kali aku nak post la sekali lagi..posting yang lepas tu tahun 2017😊😊😊....

Sebab apa panggil roti canai transfer road? Sebab gerai roti canai ni memang terletak di kaki lima Jalan Transfer Road, George Town Pulau Pinang. Tempat ni walaupun kecil dan sempit serta tak selesa nak makan, namun masih ramai yang datang seolah-oleh macam tempat ni luas dan selesa untuk makanπŸ˜…πŸ˜…... Tapi masa sekarang ni macam dah ok dak, sebab diorang buat satu lagi tempat makan yang luas sikit diseberang jalan...jadi korang boleh pilih la nak makan yang sebelah mana...Kalau nak legend dan nostalgia, pilih la makan di sebelah kali lima jalan tu...

roti canai ayam kari
roti canai ayam kari

roti canai kosong
roti canai kosong
Apa yang rare di roti canai transfer road ni, roti canai dimakan sekali dengan ayam atau pun daging. Bukan secubit ayam atau daging, tapi seketul terus diorang bagi. kalau makan di warung roti canai biasa, mungkin kita jarang dapat yang style macam ni kan....Boleh la korang nak try kalau datang ke Penang ni...

Cumanya parking agak mencabar la sikit.. kena usaha gigih sikit la...

GPS koordinat Roti Canai Transfer Road : 5°25'13.9"N 100°19'49.9"E atau 5.420524, 100.330528



 

BISKUT MILO CRACKERS

BISKUT MILO CRACKERS
BISKUT MILO CRACKERS

Bahan bahan :
  • 1 pek biskut marie
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan milo
Cara cara :
1. Hancurkan biskut marie seperti serbuk roti.
2. Masukkan susu dan milo sedikit demi sedikit hingga sebati. 
3. Gaul dan bentukkan ikut suka hati.
4. Nak nampak biskit menarik boleh salutkan dengan coklat rice, nestum, kacang dan sebagainya.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam. Siap!

kredit : Nurasykin Ali

Resepi Sekaya

Sekaya
Sekaya

  • Santan (200ml)
  • Susu sejat (2 cawan)
  • Susu Pekat (2 sudu besar)
  • Gula Melaka (1/2 keping)
  • Gula Pasir ( 2 sudu besar)
  • Telur (1 biji)
  • Tepung Jagung (2 sudu besar)
  • Daun Pandai (8 helai)
  • Pewarna Hijau (1/2 sudu kecil)
Tumbuk/blend daun pandan. Tapis air pandan. 
Kacau rata sampai pekat likat. Siap. Boleh hidang bersama roti yang dah dikukus. Boleh tambah susu cair dalam sangkaya tadi 😘
Satukan semua bahan dalam periuk kecuali tepung jagung. Kacau rata. Bila gula melaka dah cair tambah tepung jagung. 

Restoran Cendol Pulut Haji Johari, Napoh, Jitra

 

Restoran Cendol Pulut Haji Johari
Restoran Cendol Pulut Haji Johari

Restoran Cendol Pulut Haji Johari
Restoran Cendol Pulut Haji Johari
Restoran Cendol Pulut Haji Johari ni terletak di KM17.3 LEBUHRAYA UTARA SELATAN PEKAN, Napoh, 06000 Jitra, Kedah. Restoran ni kira macam RnR la bagi yang nak bercuti ke arah utara. Biasanya orang yang nak pergi ke Padang Besar ataupun nak ke Langkawi melalui jeti Kuala Perlis ataupun nak jalan-jalan ke Perlis. Di sini ada disediakan surau dan tandas untuk para pelanggan diorang. Selesa la jugak. 

Di restoran ni biasanya orang akan order cendol la. Ada macam-macam jenis cendol. Cendol tapao pun adaπŸ˜‹πŸ˜‹... Yang aku paling suku di restoran ni adalah cucur udang diorang. Memang terbaik dengan kuah kacang yang mantap dan padu, menambahkan lagi selera...

Aku pernah review pasal Restoran Cendol Pulut Haji Johari ni. Masa tu tahun 2017. Boleh rujuk posting tersebut dalam blog ni DISINI.

cucur udang kuah kacang
cucur udang kuah kacang

yang ni cendol tapai, tapi dah dikacau-kacau dah (tak sempat snap diawal kejadian..hihih)
yang ni cendol tapai, tapi dah dikacau-kacau dah (tak sempat snap diawal kejadian..hihih)

Selain tu, ada banyak lagi la menu di restoran cendol pulut haji johari ni. Makanan tambahan lain yang aku order adalah nasi ayam penyet, laksa dan moi sup daging. Memang sedap. Laksa pun padu gak la. Recommeded...
laksa
laksa

moi sup daging
moi sup daging

nasi ayam penyet
nasi ayam penyet
Kepada yang nak singgah di Restoran Cendol Pulut Haji Johari ni, korang boleh cari di Napoh, sebelah jalan jer... atau korang boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah:

GPS koordinat: 6°21'51.5"N 100°25'22.0"E atau 6.364297, 100.422790



Restoran Anjung Keli, tempat makan tengahari popular di Perlis

Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli

Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli
Restoran Anjung Keli ni memang tempat famous untuk makan tengahari di Perlis ni. Terletak di dalam daerah Kangar dan berdekatan dengan simpang 3 traffic light Jalan Behor Pulai. Tempat parking pun ada luas dan selesa namun bila waktu puncak, parking full!...

Anjung Keli ni aku dah pernah buat review dalam blog aku ni masa tu tahun 2017. Boleh rujuk post aku yang lepas DI SINI untuk baca. Makanan di Anjung Keli ni memang sedap la. Sebab tu la rasanya ramai orang datang. Banyak dah blogger buat review berkenaan Anjung Keli ni dan semuanya rekomen untuk korang cuba makan sendiri di Anjung Keli.

banyak pilihan lauk di Anjung Keli
banyak pilihan lauk di Anjung Keli

banyak juga pilihan ulam-ulaman
banyak juga pilihan ulam-ulaman
Disebabkan nama restoran ni Anjung keli, jadi aku buat keputusan nak makan ikan keli di restoran anjung keli niπŸ˜…... Tak pasti la aku kenapa restoran ni dinamakan anjung keli. Aku rasa sebab ada ikan keli la kot😁😁...
ni nasi campur untuk makan tengahari aku di Anjung Keli
ni nasi campur untuk makan tengahari aku di Anjung Keli
Setiap pinggan akan dilapik dengan kertas. Mungkin senang diorang nak basuh kot. Lagi satu, korang kena bayar dulu sebelum makan. Yang ni rule diorang la..Rasa macam ok gak, sebab kalau diorang nak serve setiap meja, mungkin akan lambat dan customer akan marah-marah dengan jumlah customer yang ramai pada satu-satu masa....

Kalau korang bercuti di Perlis, boleh la cuba makan di sini. Aku sertakan GPS koordiant dan google map sebagai rujukan korang untuk ke Anjung Keli.

GPS koordinat: 6°25'46.9"N 100°13'00.7"E atau 6.429690, 100.216850