|
Restoran Cahaya Gembira pandangan tepi |
|
Restoran Cahaya Gembira pandangan depan |
Restoran Cahaya Gembira ni terletak betul-betul di simpang tiga traffic light jalan besar iaitu Jalan Lunas. Restoran ni menyediakan hidangan nasi campur dengan pelbagai lauk pauk sebagai pilihan. Selain itu Cahaya Gembira ni juga ada menyediakan hidangan special. Apa yang special tu? Ikan bakar dan ayam bakar la...yang di bakar panas-panas di atas grill dapur arang. Tapi sedih arr... masa aku sampai dah habis ikan bakarðŸ˜ðŸ˜.....
|
restoran pun luas dan selesa |
|
boleh pilih pelbagai jenis lauk |
Tempat parking pun luas jugak la untuk para pelanggan diorang. Untuk yang first time datang, mesti korang tercari-cari mana parking. Korang boleh masuk sebelum traffic light dan juga selepas traffic light... ada jalan nak masuk ke parking Restoran Cahaya Gembira... korang slow-slow la sikit takut terlepas jalan masuk tu.
|
disebabkan ikan dan ayam bakar dah habis, yang ni pun jadilah |
Kalau korang nak try makan di Restoran Cahaya Gembira ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan lokasi untuk korang.
GPS koordinat: 5°24'17.7"N 100°33'10.4"E atau 5.404920, 100.552879
No comments:
Post a Comment