Melawat Zoo Taiping, Perak

 Zoo Taiping ni dah banyak kali aku pergi dan dah pernah sekali aku tulis dalam blog aku ni. Boleh refer posting yang lepas tu kat SINI. Masa tu tahun 2018. Kali ni aku datang lagi. Tapi kali ni datang waktu pendemik covid-19. Bezanya kena jaga SOP la. Tapi seronok la jalan-jalan bawa anak-anak tengok binatang dalam zoo ni.

Banyak juga binatang dalam zoo Taiping ni. Kawasan pun luas gak. Aku cadangkan bila korang masuk je zoo Taiping ni, naik terus train tour.. Train ni akan bawa korang pusing satu zoo. Lepas tu baru la korang plan untuk jalan kaki tour zoo. At least kalau tak larat nak jalan, korang dah habis pusing dengan train. Naik train ni free je. Tak macam zoo lain, train kena bayar asing, tak termasuk dalam tiket.

Gambar kat bawah ni antara binatang yang aku sempat snap yang ada di Zoo Taiping ni...

zirafah
zirafah

badak sumbu
badak sumbu

buaya tembaga
buaya tembaga

singa
singa
Best Zoo Taiping ni. Boleh la bawa anak jalan-jalan. Lokasi Zoo Taiping ni adalah seperti berikut:

GPS koordinat: 4°51'18.0"N 100°45'03.7"E atau 4.854995, 100.751031

JUS KALAMANSI ASAM BOI

JUS KALAMANSI ASAM BOI
JUS KALAMANSI ASAM BOI

BAHAN-BAHAN:
  • 8 biji limau kasturi
  • 2 biji asam boi
  • Sedikit air
  • Ketulan Ais

CARA MEMBUATNYA:

  • Masukkan asam boi ke dalam air panas dan biarkan ia lembut.
  • Limau kasturi dibelah dua dan buang bijinya kemudian dikisar.
  • Masukkan air dan ais kemudian masukkan ke dalam gelas dan hidangkan.

POPCORN AYAM ALA KFC

POPCORN AYAM ALA KFC
POPCORN AYAM ALA KFC

Ayam - potong 20 keping kecik-kecik
3-5ulas bawang putih - tumbuk lumat
3sb tepung goreng pisang adabi
½cawan tepung gandum
1sk garam
1sk serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng.

Gaulkan semua bahan sehingga bahan kering semua lekat pada ayam.
Panaskan minyak. Goreng sampai keperangan.

Siap!

Santai-santai minum kopi dan western food di Bricklin Cafe & Bar, Jalan Gurdwara, George Town, Pulau Pinang

 

Bricklin Cafe & Bar
Bricklin Cafe & Bar

Bricklin Cafe & Bar
Bricklin Cafe & Bar
Peminat kopi boleh la nak terjah di Bricklin Cafe & Bar ni yang terletak di Jalan Gurdwara, George Town, Pulau Pinang. Cafe ni buka dari jam 9 pagi hingga jam 7 malam pada setiap hari kecuali hari Selasa. Cafe ni cam sempoi ja.. sesuai la untuk santai-santai makan...kalau couple lagi la shaduuu...manis kopi, manis lagi bercinta๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ’˜....

Landmark bangunan ni kalau korang tak perasan, cuba cari 'HIN BUS DEPOT' macam dalam gambar di bawah ni. Cafe tu kat bangunan tu jer... Kalau dah jumpa, terus cari parking..

HIN BUS DEPOT
HIN BUS DEPOT
Ada banyak juga menu yang sempoi-sempoi yang korang boleh cuba. Aku disebabkan datang pun dah pukul 6 lebih, dah dekat nak tutup dah cafe ni, banyak makanan yang dan close order๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ...

Jadi aku just layan iced latte, iced mocha, iced chocolate dan sepotong kek biscoff chocolate.

biscoff chocolate
biscoff chocolate

iced mocha
iced mocha

iced latte
iced latte

iced chocolate
iced chocolate

 Kalau korang nak tengok menu-menu lain yang ada di Bricklin Cafe & Bar ni, aku sempat la snap menu-menu tu untuk korang tengok. Ada banyak gak la menu tu.

 


 


 


 


 


 


 


 


Bahagian belakang Cafe ni juga ada tempat-tempat menarik yang ambik gambar. Ada view cantik dan boleh nampak bangunan komtar dari belakang๐Ÿ“ท๐Ÿ“ท๐Ÿ“ท.......

bahagian belakang Cafe
bahagian belakang Cafe

Jika korang nak datang ke sini, selain refer landmark yang aku dah explain kat atas, korang boleh juga guna jer gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordianat: 5.412231283973725, 100.32813207049045

Makan masakan ala thai di Station Warung Kita, Tanjung Tokong, Pulau Pinang

 

Station Warung Kita, Tanjung Tokong
Station Warung Kita, Tanjung Tokong
Station Warung Kita ni terletak di Tanjung Tokong berhampiran dengan traffic light. Warung tepi jalan jer. Tapi nak parking tu hati-hati la sikit, sebab parking kat bahu jalan jer. Nak cari makanan yang style macam ni area Tanjung Tokong ni susah sikit nak jumpa. Aku singgah jap sini nak tapau(take away) makanan sebelum check in hotel. Asalnya nak foodpanda je dari hotel, tapi bila tengok dalam list foodpanda, banyak yang ragu-ragu status halal. Area sini kan banyak restoran non-muslim๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ

Menu 1 - Station Warung Kita
 Menu 1 - Station Warung Kita

Menu 2 - Station Warung Kita
 Menu 2 - Station Warung Kita

Menu 3 - Station Warung Kita
 Menu 3 - Station Warung Kita
Gambar kat atas ni, menu-menu yang ada di warung ni. Masa aku datang ni dah nak dekat waktu maghrib. Aku rasa mungkin diaorang buka start dari petang hingga malam.
Kalau korang nak datang ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
GPS koordinat : 5.451089287088644, 100.30616491219861

Nasi Kandar Beratur sebelah Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang

 

Nasi Kandar Beratur
Nasi Kandar Beratur

Nasi Kandar Beratur
Nasi Kandar Beratur
Nasi Kandar beratur ni terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling, George Town, Penang. Nasi kandar ni aku dah pernah review dah posting yang lepas. Boleh tengok SINI. Ni kira kali kedua la aku datang ke sini. Biasa la kat penang ni, nak cari parking satu cabaran. Tapi aku bernasb baik dapat juga parking dekat dengan Nasi Kandar Beratur ni.
nasi kandar ayam goreng bendi rebus
nasi kandar ayam goreng bendi rebus

nasi kandar ayam goreng telur masin
nasi kandar ayam goreng telur masin

lauk nasi kandar
lauk nasi kandar
Tempat makan pun sempoi ja... diorang buka payung pasar malam ja dekat depan kedai. Semua pakat makan bawah payung pasar malam tu.. Kalau hujan, naya oooo๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Nak mai sini? boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti dibawah.

GPS koordinat: 5.416781659537668, 100.3375612539757

Nasi kandar kuah banjir tahap lemas di Restoran Nasi Kandar Kampung Melayu, Ayer Itam, Pulau Pinang

 

Nasi Kandar Kampung Melayu
Nasi Kandar Kampung Melayu

pakat-pakat dok beratoq nak makan nasi kandaq
pakat-pakat dok beratoq nak makan nasi kandaq
Nasi Kandar kampung Melayu ni terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang. Restoran ni dalam kawasan rumah flat yang terletak di satu sudut penjuru salah satu flat yang terdapat di sini. Nasi Kandar Kampung Melayu ni terkenal dengan pelbagai kari yang banyak dan juga setiap pinggan nasi kandar mesti disusuli dengan kuah banjir tahap boleh lemas oooo dalam sepingggan nasi kandar. Banyak oooo kuah diorang boh๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...

Restoran ni bukan seawal 6.30 pagi tapi tutup pun awal agak... seawal 1.30 tengahari. Petang mungkin bukan balik jam 4 petang hingga 10 malam... tak pasti la musim covid ni macam mana pengoperasian Restoran Nasi Kandar Kampung Melayu ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜.

beratur panjang ooo untuk sepinggan nasi..
beratur panjang ooo untuk sepinggan nasi..
Kalau kena time cuti sekolah or cuti umum, orang yang beratur ni akan lagi panjang sampai boleh beratur keliling restoran. Sambil beratur, kedai-kedai sebelah dok promote macam-macam. Memang betul ambil kesempatan berniaga๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

banyak kari di Nasi Kandar Kampung Melayu
banyak kari di Nasi Kandar Kampung Melayu

nasi kandar kuah banjir, ayam goreng, telur masin
nasi kandar kuah banjir, ayam goreng, telur masin

nasi kandar kuah banjir, ayam goreng, bendi rebus
nasi kandar kuah banjir, ayam goreng, bendi rebus
Kalau nak makan roti canai pun ada diorang sediakan. Maklum la kalau bawah anak-anak kechik, diorang mana layan nasi kandar. Jadi Penyelamatnya adalah order roti canai, baru la mak bapak dalam layan makan nasi kandar dengan tenang๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž
roti canai
roti canai

roti canai panas-panas
roti canai panas-panas
Roti canai pun lembut, kuah pun sedap gak. Berselera la budak-budak makan. 
Tempat duduk terhad dan sentiasa penuh... nasib korang la kalau dapat meja kosong. Macam kena loteri bila dapat meja..nikmat dia lain macam bila dapat meja๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
kawasan dalam restoran nasi kandar kampung melayu
kawasan dalam restoran nasi kandar kampung melayu
Ok lah... Kepada yang nak try makan nasi kandar kampung melayu ni, korang boleh cari flat di Ayer Itam, Penang. Atau korang boleh je guna gps koordinat dan google map seperti di bawah.

A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

GPS koordinat : 5°24'01.1"N 100°17'03.7"E atau 5.400294, 100.284346

The Bakaw, Burger Premium Jalanan, Bertam Kepala Batas

Gerai The Bakaw, Burger Premium Jalanan
Gerai The Bakaw, Burger Premium Jalanan

Bukan Sebarangan Burger!
Bukan Sebarangan Burger!
The Bakaw ni terletak di Bertam Kepala Batas. Gerai diorang ni betul-betul di depan Restoran Bafana. The bakaw ni gerai jual burger jalanan tapi lain macam sikit dari yang biasa kita beli tu... Yang ni cam betul-betul eksklusif sebab ada kotak yang ada tulis The Bakaw, lagi best dekat setiap roti pun ada tulisan 'The Bakaw'. Ada 5 jenis menu burger je yang diorang jual. Antaranya adalah The Bakaw Classic, The Bakaw Single, The Bakaw Taken, The Bakaw Terrible, The Bakaw Happiness dan The Bakaw Say Cheese. 
Setiap Burger tu ada ingredientnya tersendiri. Tapi harga pun boleh tahan la jugak๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.. Menu The Bakaw boleh tengok dalam gambar dibawah ni.
The Bakaw Menu
The Bakaw Menu
Aku try la beberapa jenis burger. Yang The Bakaw Say Cheese ni macam padu gak la.... cheese leleh dengan daging homemade lain macam ooooo bila makan. lagi satu nak habaq, daging yang diorang guna bukan biasa-biasa, daging homemade kot aku rasa. Semuanya daging lembu๐Ÿ„✅, ayam takdak nooo๐Ÿ”❌....
tudiaaa cheese leleh....
tudiaaa cheese leleh....

daging burger sedang dimasak
daging burger sedang dimasak

kotak dan roti siap ada tulisan "The Bakaw"
kotak dan roti siap ada tulisan "The Bakaw"

The Bakaw Say Cheese
The Bakaw Say Cheese
Rare kan gerai burger ni? Kalau korang rasa nak cuba makan gerai ni, mai la beli kat depa ni di Bertam Kepala Batas. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.
GPS koordinat : 5°31'01.0"N 100°26'50.6"E atau 5.516940, 100.447392

Nasi Campur Restoran Cahaya Gembira di Kulim Kedah

Restoran Cahaya Gembira pandangan tepi
Restoran Cahaya Gembira pandangan tepi

Restoran Cahaya Gembira pandangan depan
Restoran Cahaya Gembira pandangan depan
Restoran Cahaya Gembira ni terletak betul-betul di simpang tiga traffic light jalan besar iaitu Jalan Lunas. Restoran ni menyediakan hidangan nasi campur dengan pelbagai lauk pauk sebagai pilihan. Selain itu Cahaya Gembira ni juga ada menyediakan hidangan special. Apa yang special tu? Ikan bakar dan ayam bakar la...yang di bakar panas-panas di atas grill dapur arang. Tapi sedih arr... masa aku sampai dah habis ikan bakar๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ.....
restoran pun luas dan selesa
restoran pun luas dan selesa

boleh pilih pelbagai jenis lauk
boleh pilih pelbagai jenis lauk
Tempat parking pun luas jugak la untuk para pelanggan diorang. Untuk yang first time datang, mesti korang tercari-cari mana parking. Korang boleh masuk sebelum traffic light dan juga selepas traffic light... ada jalan nak masuk ke parking Restoran Cahaya Gembira... korang slow-slow la sikit takut terlepas jalan masuk tu.
disebabkan ikan dan ayam bakar dah habis, yang ni pun jadilah
disebabkan ikan dan ayam bakar dah habis, yang ni pun jadilah
Kalau korang nak try makan di Restoran Cahaya Gembira ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan lokasi untuk korang.

GPS koordinat: 5°24'17.7"N 100°33'10.4"E atau 5.404920, 100.552879