RESEPI ROTI GULUNG SARDIN

ROTI GULUNG SARDIN
ROTI GULUNG SARDIN

Bahan-bahan:
  • 10-15 keping roti sandwich atau secukupnya potong tepi supaya nampak kemas .
  • Sardine ayam brand mackerel (satu tin besar diasingkan sos dan isinya)
  • 1 labu bawang besar (hiris halus )
  • 2 tangkai cili merah (hiris halus)Cili padi (jika suka pedas)
  • 2 biji telor dipukul
  • 1 mangkuk bread crumb (berwarna putih)
  • 2 sudu kecil jus limau kasturi
Cara Menyediakannya:
  • Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwich hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek.
  • Ikan sardine mackerel itu dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang,dihancur kemudian gaul dengan bahan diatas kecuali roti,sandwic,telor dan bread crumb.
  • Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar.
  • Kemudian lumurkan dengan telor yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak yang banyak (deep fry).
  • Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus ..masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll .sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis. 

kredit resepi: chef mat gebu

No comments:

Post a Comment