PARPU TELUR |
BAHAN-BAHAN:
- 100gm kacang thoor dal | rendamdalam air panas selama 10 minit
- 4 biji telur
- 1 biji kentang |dipotong
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 tangkai daun kari
- ½ sudu teh biji sawi
- ½ sudu teh jintan putih
- 1 tangkai cili kering
- 100gm santan pekat
- 1 biji tomato | dipotong dadu
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kacang thoor dal direbus bersama serbuk kunyit, bawang putih dan secubit garam sehingga empuk.
- Masukkan pula kentang yang dipotong dan masak sehingga kentang masak.
- Masukkan santan dan kacau selama 5 minit. Kemudian masukkan telur satu persatu. Biar telur masak.
- Selepas telur masak, masukkan santan dan kacau perlahan. Selepas kuah mendidih, tutup api. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan jintan putih.
- Selepas satu minit, masukkan bawang besar yang dihiris, cili kering dan daun kari. Kacau rata sehingga bawang merah bertukar warna.
- Masukkan tomato dan kacau selama 5 minit. Tutup api.
- Tuang ke dalam campuran dhal dan telur, kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa.Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment