Resepi Moi Sup Ayam

Moi Sup Ayam
Moi Sup Ayam 

Bahan:
  • Beras (Nak buat pagi malam sebelum tido rendam siap) taj rendam dulu pun takpa.
  • Kiub pati ayam
  • Bawang putih (ketuk)
  • Bawang goreng juga saya gunakan BAWANG PUTIH
  • Halia hiris @ ketuk 
  • Daun Sup
  • Carrot
  • Lada hitam(tumbuk)
  • Isi Ayam@Daging
  • Kicap Manis+Sos ikan+Cabai melaka(untuk Sambal)
cara-cara:
  • Rebus beras dan masukkan halia yang sudah diketuk@hiris.Bawang putih juga(diketuk).Carrot yang dipotong dadu.Lada hitam.Masukkan juga kiub pati ayam,garam secukup rasa.
  • Rebus ayam dalam periuk asing,bila ayam dah masak toskan airnya..goreng ayam hanya sekejap(jangan sampai garing)Selepas goreng carikkan ayam kecik-kecik.
  • Guna semula air rebusan ayam masukkan bersama beras yang direbus tadi.
  • Bila dah lembut beras tadi menjadi bubur hiris (batang sahaja)daun Sup agak-agak dalam seinci tabur dan tutup api.
  • Untuk cabai kicap. masukkan kicap manis+sos ikan+gula+garam+cabai Melaka dan perasakan secukupnya(lebih sedap kalau simpan dalam peti sejuk cabai kicap ni)
  • Hiris bawang putih nipis-nipis goreng

No comments:

Post a Comment