Mungkin ada yang nak bercuti yang rare sikit dari yang lain, boleh la datang ke Murni Camp yang terletak di Gopeng, Perak. Kalau dari highway utara selatan, korang exit tol Gopeng. Dari tol Gopeng, korang ambil kiri. Kira-kira 1 or 2km dari simpang tol tersebut, ada lorong kecil disebelah kiri, masuk ke lorang tu. Jalan tu agak sempit sikit. Nak sampai ke Murni Camp dari jalan besar, mungkin dalam 2-3km.
|
Pintu gerbang Murni Camp |
|
antara aktivit murni camp |
Yang menariknya di Murni Camp ni, terdapat sungai bukit yang sesuai untuk pelbagai aktiviti. Untuk aktiviti famili pun sesuai untuk mandi manda. Pelambung besar disediakan untuk para pengunjung dengan sedikit bayaran sewaan.
|
sungai disebelah Murni Camp |
|
sungai disebelah Murni Camp |
terdapat pelbagai jenis penginapan yang disediakan oleh pihak Murni Camp. Antaranya adalah jenis chalet, homestay, dorm, rumah orang asli dan yang lebih adventure boleh pilih untuk berkhemah di tepi sungai. Harga setiap pakej boleh rujuk seperti dibawah.
|
Pakej-pakej penginapan di Murni Camp |
Fasiliti-fasiliti yang disediakan oleh pihak Murni camp antaranya adalah beberapa dewan untuk seminar dan dewan terbuka untuk makan. PA system dan LCD projektor juga disediakan. Bagi yang ingn masak sendiri, dapur juga disediakan manakala yang nak pakej sekali dengan makanan pun ada disediakan oleh pihak Murni Camp. Dari segi aktiviti, banyak juga aktiviti yang tersenarai di Murni Camp ni. Boleh rujuk seperti dibawah.
|
Pakej-pakej aktiviti, fasiliti dan makanan di Murni Camp |
Jadi, untuk sesiapa yang pilih percutian yang macam ni, boleh la datang ke Murni Camp yang terletak di Gopeng, Perak. Aku sertakan di sini untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai panduan korang ke sini.
GPS koordinat: 4°26'18.3"N 101°11'13.4"E atau 4.438425, 101.187054
No comments:
Post a Comment