Makan western food di Restoran Overstepped Cafe, Sungai Petani, Kedah

Restoran Overstepped Cafe, Sungai Petani
Restoran Overstepped Cafe, Sungai Petani
 Peminat makanan ala-ala barat ataupun depa panggil western food, boleh la nak cuba makan di restoran Overstepped Cafe yang terletak di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Restoran ni kat tingkat 1. Tingkat bawah ada kedai jual barang-barang untuk buat kek.

Makanan sedap dan sempoi-sempoi dok ada..tak ranjau punya kat hampa. Ada banyak menu best-best yang ampa kena cuba. Kalau nak makan makanan korea pun depa ada jual. Nasi lemak pun ada jugak, tapi ala-ala hipster la sikit..

Restoran Overstepped Cafe ni buka dari hari Selasa hingga Ahad bermula pukul 12 tengahari sehingga jam 12 tengah malam. Depa cuti hari Isnin. Toksah dok mai la hari Isnin, depa katup kedai..

keadaan dalaman overstepped cafe
keadaan dalaman overstepped cafe

stesen depa buat ayaq dgn kaunter bayaran
stesen depa buat ayaq dgn kaunter bayaran
Masa aku mai ni, kira masa kerajaan benarkan untuk dine-in dalam restoran...sebelum ni lockdown pasai isu covid19. Jadi ada SOP sikit la bila nak masuk dalam restoran ni kan... takda masalah selagi dapat jadi SOP, perut pun terjaga secara automatik..hihihi..
Ada surau juga disediakan untuk para pengunjung yang menjaga solat depa macam pak aji... Berikut adalah menu-menu yang ada di overstepped cafe yang aku sempat snap untuk ampa uhsar tengok kot-kot terliuq...
menu 1: Overstepped Cafe
menu 1: Overstepped Cafe

menu 2: Overstepped Cafe
menu 2: Overstepped Cafe

menu 3: Overstepped Cafe
menu 3: Overstepped Cafe

menu 4: Overstepped Cafe
menu 4: Overstepped Cafe

menu 5: Overstepped Cafe
menu 5: Overstepped Cafe

menu 6: Overstepped Cafe
menu 6: Overstepped Cafe
Tak lupa juga, menu makanan ala-ala korea pun ada. Peminat-peminat Kpop dan drama korea mesti aku ambil menu ni... aku kompiden 100%, kasi kerat jari punya...
menu makanan korea
menu makanan korea
Daripada menu-menu tersebut, aku pilih makanan seperti kat bawah ni. Ampa jangan terkejut sebab ada menu makanan korea! Bini aku order, peminat drama korea!
air carrot susu dan freddo
air carrot susu dan freddo

chicken cheese carbonara
chicken cheese carbonara

oriental chicken chop
oriental chicken chop

BBQ chicken pizza
BBQ chicken pizza

korean ramen + chicken wing
korean ramen + chicken wing

ribeye steak
ribeye steak
Tu yang aku order kat sini. Ampa boleh pilih la mana yang ampa rhasa nak makan. Kalau tak tau kat mana restoran ni, aku sertakan di bawah gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan ampa semua...
GPS koordinat : 5°40'22.4"N 100°30'23.8"E atau 5.672895, 100.506609

2 comments: