KUIH LAPIS PANDAN |
- 1 cawan tepung beras*
- 1 sudu besar tepung gandum*
- 1 sudu besar tepung jagung*
- 1 cawan santan pekat*
- 1 cawan air*
- 1/2 cawan gula*
- Secubit garam*
- 2/3 helai daun pandan dikisar dengan 1/2 cawan air
- 1/2 cawan air***
- Campurkan yg bertanda * kacau sebati dan tapis @ kisar.
- Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian masukkan air daun pandan kacau sebati. 1 bahagian ditambah dengan 1/2 cawan air yg bertanda *kacau sebati. Maknanya jumlah bancuhan adalah 250ml adunan pandan dan 250ml adunan asal.
- Panaskan air kukusan. Tutup tudung pengukus dengan kain bersih. Oleskan acuan saiz kecil (sebaiknya 5 inci) dengan sedikit minyak dan panaskan sebentar.
- Masukkan 1/2 cawan @ 1 senduk adunan pandan, kukus 5 minit.
- Ulang proses yg sama hingga selesai. Untuk lapisan terakhir yg pandan tu tokmi tambahkan sedikit pewarna hijau supaya warna nampak menarik. Kukus selama 10-15 minit kemudian buka penutup dan kukus lagi 5 minit supaya jika ada wap air yang jatuh akan jadi kering.
Tokmi guna pengukus letrik jadi tokmi kurangkan jadi 3 minit setiap 1 dan yg terakhir 8 minit. Tokmi pusing suhu kepada yang paling tinggi kalau ikut betul-betul bancuhan ni kuih ni memang gedik, lembut dan rasa lemak-lemak.
Kredit resepi foto : daridapurtokmi Sarimah Ismail
No comments:
Post a Comment