Buah pisang atau nama saintifiknya Musa Species, buah yang sangat mudah didapati di negara ini dan juga di negara yang beriklim tropika dan separuh tropika. Walaupun harganya agak murah berbanding buah-buahan tempatan lain, namun pisang mempunyai khasiat yang tinggi dan baik untuk kesihatan.
Jika dibandingkan dengan buah epal, pisang kurang kandungan airnya, tetapi 50 peratus lebih banyak kandungan tenaga dalam makanan, empat kali lebih banyak kandungan protin, separuh lebih banyak kandungan lemak, dua kali lebih banyak kandungan karbohidrat. Ia juga mengandungi tiga kali lebih banyak kandungan Forforus, lima kali lebih banyak kandungan Vitamin A dan Ferum, dua kali lebih banyak kandungan vitamin dan mineral berbanding dengan epal yang diimport.
Di seluruh dunia, pisang terbahagi kepada 64 spesies yang asal. Ini tidak termasuk jumlah spesies yang terhasil selepas menjalani proses kacukan atau kaedah pengkulturan benih menjadi satu spesies yang baru. Jenis pisang asal ialah seperti Acuminata, AEAE, African Rhinohon, Apple, Balbisinia, Balongkaue, Banksii, Basjoo, Brazilian, Cardaba, Coccinea, Cavendish, Dwarf, Tall Gross Michel, KRU, pisang jari buaya, pisang raja, rajapuri, saba dan zaburia.
Kebanyakan pisang yang kita makan atau ditanam di negara ini adalah pisang kacukan dan bukan dari jenisnya yang asal. Jenis pisang yang primitif ialah jenis yang buahnya mengandungi biji-biji kecil dan biasanya tumbuh liar di dalam hutan. Bagaimanapun, kini jenis yang seperti itu semakin sukar diperoleh. Seperti epal, pisang juga ada yang berwarna hijau, kuning dan merah atau bercampur-campur.
Sebenarnya dalam sesisir pisang mengandungi potasium, pectin dan trytophan yang tinggi. Dari segi perubatan, potasium sangat berguna untuk menyeimbangkan kandungan sodium di dalam darah dan ia sekaligus mengelakkan penyakit hipertensi dan arrhythmias. Pada masa sama, pengambilan satu hidangan pisang yang mengandungi potasium ini membantu mengurangkan risiko terdedah kepada strok yang membawa maut, kemudian memudahkan pergerakan otot-otot. Ia juga melancarkan perjalanan saraf kepada sistem saraf.
Pectin di dalam pisang pula sangat baik untuk merendahkan kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) tanpa sedikit pun menjejaskan tahap kolesterol yang baik (HDL). Seterusnya, trytophan membantu mengelakkan penyakit imsonia iaitu dengan melalui proses di dalam tubuh ia bertukar menjadi serotonin yang kemudiannya menghantar isyarat rasa mengantuk kepada sistem saraf pusat. Pisang juga didapati dapat melindungi bahagian lapisan dalam perut daripada penyakit ulser.
No comments:
Post a Comment